1

Dear Darling n Balqish...

Yaaahuuu..today is my last day at Besut.
Pagi nie mummy ada test..doakan dapat jawab dengan baik yea.
camana sport day semalam?penat tak?banyak dapat hadiah?
ptg nie mayb Mummy akan gerak balik ke johor.
jangan tunggu mummy sbb mayb sampai awal pagi esok.

Balqish pergi sekolah yea.
jangan lupa ptg nie ada Kumon (homework dah siap ke blum?)

Love and miss both of you so much...

tak sabar nye nak jumpa awak berdua...RINDU....


2

Dear Darling n Balqish.

Today is Sunday.
Ruginya. mesti Balqish n papa bangun awal hari nie.
Yela..harini kan sport day.
Balqish..good luck tak. lari laju.
Darling...ambil gambar banyak2 tau..video sekali... ayg nak tgk nnt.

harap2 atuk n nenek dtg tgk balqish bersukan hari nie.
sori yea Balqish..mummy takde masa 1st sport day Balqish....mesti anak mummy comel...

hidup pasukan RED!!!

3

Dear Darling n Balqish...
hari ketiga mummy kat Besut.

hari nie sabtu...sila tidur sampai mata dah tak boleh tutup yeaaa... tu kan rutin kita sekeluarga.

Miss both of you so much..mmmmuuaaahhhh..

from,
Mummy.


4

Dear Darling n Balqish...

dah dua hari mummy kat Besut nie. Harap2 dah Ok n pura2 bz.
makan apa mlm tadi? Balqish ada teringat kat mummy tak?
Mummy rindu sangat pd kamu berdua.

ptg nie kalau tak penat, balik la kluang yea =)

Love u so much.

5

Dear Darling n Balqish..

masa nie mummy maybe dah sampai Besut.dah kena pakai baju putih.kain hitam. makan beratur...tidur dlm dorm.

balqish nakal tak? rindu mummy tak?jangan nakal2 yea.

Ptg nie jgn lupa hantar Balqish pergi KUmon n hantar borang yang dah diisi tu pada Teacher Haniza. (borang dlm beg kumon-jgn lupa sign)

pengorbanan

Kurang beberapa jam dari sekarang saya akan bertolak je utm...
jam 8pm kami akan bertolak ke Besut, terengganu.

Semakin hampir perjalanan..semakin hati berdebar2...jiwa semakin berat.

air mata toksah cakap laaa..dr semalam dah banyak yang tumpah.

Oh ye, semalam mak abah n eppy dtg. baru je dua hari lepas mak dtg.Dah dtg semula. saja nak meraikan berita gembira sambil nak tenangkan hati saya yang dirundum duka. duka utk meninggalkan anak dan suami utk 6 hari.

semalam biasa saja....lepas lepak2 makan2 steamboat pura kencana (sila cuba-berbaloi2)... saya berbual2 dgn mak. cuba nak lupakan kesedihan. tapi cinta hati suruh naik atas, teman Balqish nak tido. Saya naik ke bilik.

Mata Balqish bulat tgk saya. Saya tgk die...Saya ambil tangan dia..saya peluk dia..
"Balqish..esok mummy nak pergi work tau. Work for 5 days. Work dekat tempat jauh sangat. Balqish tinggal dengan papa yea. Jangan nakal2"

balqish angguk..sambil cakap " yea mummy...five days. nanti dah habis work mummy..mummy cepat2 balik yeaaa"

saya angguk...sambil berlerai air mata. Ya Allah..sesungguhnya saya akan merindui telatah anak kecil ini. Menangis...menangis..dan terus menangis....cinta hati biarkan saja saya luahkan rasa kesedihan..sambil saya kucup dan genggam tangan anak kecil saya.

pagi2...cinta hati nak hantar Balqish ke sekolah. Saya tidak bekerja. Tapi saya perlu ikut cinta hati hantar Balqish ke school sbb saya taknak dia ada masa saya nak bertolak nnt. Saya tak sanggup nak tgk die menangis nak ikut saya. Memang la saya akan patah balik dan takdela saya pergi btn tu.

Sebelum hantar Balqish..saya dah menangis sepuas2nya. Mak dan abah diam saja memerhatikan saya.Akhirnya mak bersuara "kena kuatkan hati. Bukannya lama sangat. lima hari je. mcmana anak nak masuk asrama mcm nie? mcmana anak nak belajar jauh kalau mak dia asyik menangis je. Tgk mcm mak nie..anak tiga2 sekolah asrama.jauh2 plk tu. mana pernah korang nampak mak menangis"

yea..saya akur. saya mengaku.saya memang cengeng.sket2 menangis...sket2 menangis. Mak memang kuat. saya memang tak setabah emak. Anak2 mak semua masuk asrama ketika umur 12 tahun. mula dr kakak di Kluang...saya di Kuala Pilah dan adik di Perak. memang mak tak pernah nangis depan kami tapi saya tau bila balik rumah mak nangis dgn abah. mak nangis depan kawan2 mak. Mak nak kami berjaya sbb tu mak pura2 tunjuk kuat depan kami. Kalau mak tak kuat, dah tentulah takde la lima tahun kami tinggal hostel.

Tapi ogy tak sekuat mak. Hati sayu nak tinggalkan si manja hati. Apatah lagi HP akan dipungut bila sampai kem dan akan dipulangkan semula selepas 5 hari. Ya Allah..memang la mati kutu. cinta hati kata kat sana nnt bz. Iyeaaa...tau.tp sblm tido mesti teringat2 suara nakal Balqish...Cinta hati pujuk lagi..."ayang kan ada bawa baby sama2.Tgk..baby pun nak teman ayang tau.Jangan sedih2...tak elok utk baby"

Ya Allah...ini memang satu pengorbanan. Pernah satu ketika saya pernah luahkan pada cinta hati " Ayang rasa nak pergi jauh2 sorang2..duduk sorang2 supaya masa tu ayang akan rasa sangat2 memerlukan abg dan Balqish". Menyesal dengan statement tu..Hakikatnya..mmg saya tak boleh hidup tanpa kamu berdua.Tp saya kena tempuh juga...

Ya Allah..kau tabahkan lah hati ini. Kuatkan lah semangat ku. Selamatkanlah perjalanan kami pergi dan balik. Lindungilah suami dan anakku Nur Balqish Qaisarah.

sekejap lagi cinta hati akan ambil dan hantar saya ke rumah kawan. Nak ke rumah kawan akan lalu school Balqish...Balqish, biar mummy tengok pagar school tu je sbb mummy tak sanggup nak bertentang mata dan ucapkan selamat tinggal pada Balqish. Cukup2 lah air mata.

Dear Darling n Balqish,
Take care..tunggu mummy balik tau!!!



Alhamdulillah Ya Allah

Alhamdulillah...subhanallah...

bersyukur ke hadrat Mu Ya Allah...

dari semalam sehingga ketika ini, tak berhenti ucapan tahniah dan doa semoga semuanya selamat dan dipermudahkan disampaikan kepada kami sekeluarga.

terima kasih kepada mak dan abah yang sentiasa positif dan tak putus2 beri semangat dan galakan utk kami beri seorang lagi zuriat pada keluarga kecil ini.

terima kasih kepada mak ayah mertua yang gembira + ceria dengan berita yang disampaikan .mak cakap.."a'ah laaa.pandaila baby nie..die nak ada dlm perut mak die masa mak die tgh belaja.harap2 jadi mcm Balqish"

terima kasih kepada akak (even tak sampai hati nak bgtau die, tp mak bgtau).semoga selepas ini rezeki utk akak plk. jangan putus asa, berusaha dan berdoalah.

terima kasih kepada eppy walaupun tak tunjuk rasa gembira teruja tp akak tau ko mmg mcm tu. mlm nie kite celebrate mkn steamboat yea.

terima kasih pada adik2 ipar yang dh mcm adik sendiri, kongsi suka duka...esp syahir n wanie. akak baca sms korang pada banglang.

terima kasih pada dua sahabat baik K.anim n Mun <--kamu antara orang terawal yang tau. Mun dah dapat agak, tp k.anim mcm nak nangis sbb mcm tak percaya n sampai ckp"akak rasa, it is a miracle kalau betul2 rozi pregnant" .yup akak..saya memang positif hamil.

terima kasih juga kepada sahabat baik khairayu..walaupun jauh. ko dapat agak aku tgh gembira.kita kongsi kegembiraan sama2. anak kita akan lahir pada tahun yang sama. bulan je beza sket.dan thanks for the tips...

terima kasih pada marina dan nina atas kiriman sms.

terima kasih pada huda sbb call n excited + gembira giler sampai pesan mcm2 suruh jaga diri baik2 sbb nak pregnant nie bkn mudah.

terima kasih pada hanis dan k.sha atas doa dan ucapan yang diberikan.

paling tak disangka banyak dapat ucapan tahniah dlm fb..of course fb shah laaa...saya kan pasif fb.

Alhamdulillah..memang tak sangka. Berita kehamilan saya kali nie memang membuatkan ramai org gembira...teruja...apa lagi.Iya..itulah yang saya harapkan.Rasa mcm baru first time pregnant plk. Saya sentiasa mengharapkan kehamilan yang dinanti2..yang ditunggu..

fyi, saya masih di awal kehamilan bak kata k.anim "rozi, jaga kandungan baik2.belum tentu lagi die rezeki utk kita.so, kena banyak2 doa"...iyea kak...

mungkin ada ramai yang tak setuju bila terlalu awal buat pengumuman...tapi bagi saya.itu bukan satu isu sbb...

1. Saya perlukan doa kalian...Saya akan pergi btn di Besut terengganu pada khamis nie. Akan bertolak dengan bus dr utm.perjalanan jauh + tak selesa. btn yang tak tau tough ke tidak. minta semua doakan perjalanan saya selamat. Saya telah minta surat dr doktor harap2 saya dibenarkan utk tidak menyertai mana2 aktiviti lasak dan harap2 baby dlm kandungan baik2 saja.

2. Saya mahu berkongsi kegembiraan ..yelaaa..asyik2 citer nak ambik anak angkat laaa...sedih Balqish takde adik laaa...kali nie kongsi cerita gembira laaa...

3. Saya mahu bertukar2 pengalaman dan fikiran ..yeaa..sudah 4 tahun meninggalkan dunia hamil.baju pregnant ntah dah kemana2.kalau senyap je.nnt dah terlepas pelbagai tips awal kehamilan.

4. Saya tahu org disekeliling saya semuanya supportive. lambat laun perut akan membesar jugak.apa salahnya bagi tau awal.lagipun jika ada rezeki, kami sekeluarga akan memulakan hidup di suatu tempat...tempat yang asing bagi kami. so, selagi ada di bumi malaysia nie, kami nak berkongsi kegembiraan dgn semua. bila dah jauh dah tak best dah...

akhirkata...sekali lagi ucapan terima kasih pada semua. Saya amat-amat memerlukan DOA kalian..supaya kehamilan saya pada kali dipermudahkan, lahir baby yang sihat, cergas, cerdik,sempurna segalanya. Dan satu lagi DOAKAN semoga dipermudahkan segala urusan cuti belajar saya. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas budi kalian.

update : alhamdulillah, cuti belajar saya dah lulus peringkat KPT.tinggal nak lengkapkan beberapa perkara...passport..visa pastu terbang....

Ya Allah...Kau permudahkan segala urusan kami. Jika itu rezeki untukku, kau bukakan lah jalan.

The chronology

yup....this is a chronology of a journey...

june 2009 - setelah tamat kursus induksi & btn saya n en hubby decided utk membesarkan lagi family kami. Maka, kontrak perancangan keluarga terbatal dengan sendirinya...dan bermulalah usaha utk menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad S.A.W

dec 2009 - rezeki masih lagi belum berpihak pada kami... kami sudah mula risau dan decided utk mengambil langkah2 seterusnya.

19 jan 2010 - saya period lagi...sangat kecewa...belum rezeki kami lagi (kate en hubby).

20 jan 2010 - kami ke Kluang Specialist & Maternity utk berjumpa Dr low (for consultation)...dan saya diberi pil hormon kesuburan yang amat pahit + asic folic --> pil perlu makan 2 biji sehari selepas hari kedua period hingga hari ke enam. Bawak duit beratus2 sekali kena charge RM55 sahaja...

30 jan 2010 - 2nd meeting with Dr Low...die scan n nampak dua biji telur yg telah membesar(18mm).. (normal person akan hasilkan 4 biji telur)..dan saya diberi injection supaya telur2 tersebut keluar ....
saya diberi pil menguatkan rahim + asic folic .
kami bawak RM50 saja..sekali kena charge RM213.00 -mintak tolong mak n abah datang bayarkan (kebetulan mak dan abah ada dkt2 situ)...

31 jan 2010 - semoga usaha kami menemui kejayaan...doakan kami yea...amin...

16 feb 2010 - sepatutnya hari ini saya period, tp macam tak je. rasa sakit2 pinggang. Ya Allah, murahkan lah rezeki kami sekeluarga. Sentiasa berdoa....

17 feb 2010 - masih lagi sakit pinggang tp still clear lagi. nak check tp takut negative sbb awal lagi.bersabar OK... tp hati sudah mula berbunga2....

17 feb 2010 (12pm) - kita hanya merancang...tuhan yang menentukan segala2nya. Yup...saya telah period. perlu usaha dan doa yang lebih lagi....

18 feb 2010 - sekali lagi pegi Kluang Specialist & Maternity utk jumpe Dr Low....harap semuanya berjalan lancar. Sekali lagi saya diberi ubat kesuburan dan kali ini kena makan 3 biji sekali makan + asid folic. Sume sekali dengan kos rm 125.00. Perlu makan ubat dari 2nd day period- 6th day.


1 mac 2010 - pada hari ke -13 saya dikehendaki ke klinik semula utk check telur n ambil injection. ada 2 biji telur juga. yang satu membesar 31mm dan satu lagi 21mm (kate Dr Low : aiyak..manyak besar yea:)
Dr Low : esok u akan rasa sakit sikit yea...
injection diberikan dan berapa kena bayar? RM 210....

17 mac 2010 - cukup kitar 28 hari dan saya pun period lagi. Sehari seblm tu sakit perut sangat (mcm senggugut).seumur hidup x penah pun kena. rasa mcm dah nak kena g hospital jek.Makan penadol , en hubby tolong ltk minyak angin, urut n tido....
sedih....mungkin belum rezeki lagi...

18 mac 2010- saya bertekad dgn diri sendiri. Mungkin ini dugaan dan ada hikmah di sebalik semua yg berlaku.Kita hanya merancang, Allah yg menentukan segala2nya.... ikut saja laluan yang ditetapkan sambil sentiasa berusaha dan berdoa...

20 april 2010 - Alhamdulillah..saya masih sihat dan berbadan satu.semua ketentuan adalah milik Allah. andai kata tiada lagi rezeki anak utk saya, saya bersyukur dengan pemberianNya sebelum ini. Anak yang cukup sifat, bijak, aktif dan comel. Inilah masanya utk saya beri didikan yang sempurna....perhatian yang lebih...kasih sayang sepenuhnya. Dia la penawar di hati kami suami isteri...

n'way doa dan usaha masih lagi diteruskan. Mohon doa dari rakan2 dan family semoga kami dipermudahkan segala urusan.

Amin...amin ya-rabbal 'Alamin...

sambungan....

18 July 2011 - genap sebulan selepas ulangtahun perkahwinan kami yang ke-lima...alhamdulillah..saya telah disahkan positif hamil. kandungan masih di awal usia. namun begitu tidak perlu dirahsiakan kerana saya memerlukan doa rakan2 semua supaya kandungan saya selamat dan dipermudahkan segala urusan.Amin.Merasa jugakla Balqish jadi kakak =).

Debaran kali kedua

sepatutnya 'kawan baik' dah dtg hari jumaat lepas.
dah ada tanda2.ok..boleh mkn durian.yeaaahhhh...
kebetulan mak pergi kenduri kawen dekat keratong.
balik tu suruh mak singgah pura kencana n pesan jgn lupa bawak durian yea.
mak "nak durian berapa bijik?"
saya " tiga biji cukuplah"
mak " cukup ke?"
saya " hmm...kalau tak cukup, 5 bijik laaa"

alih2 mak sampai dengan seguni durian.ape lagi.kami berdua terusla melantak durian.tak hingat dunia.

hari ahad still lagi rasa mcm kenapa period nie tak macam biasa. tapi saya masih buat2 biasa.
sampai la mlm ahad tu rasa nak buat pregnancy test.cari2 rasa nya ada beli dua tahun lepas.rupanya dlm dashboard kereta. sekali dah expired..arghh cuba je la.

subuh2 lagi dah bangun n test.walaupun dah expired (nampak sngat dah berzaman beli tp tak guna2), nak tgk jugak result.

seminit, dua minit rasa mcm dah berjam2 tunggu.napa takde line langsung nie.confirm mmg dah expired benda nie.

selepas seketika...terus keluar dua line terus. terus dlm hati "Ya Allah..aku nie nak pergi sambung blaja.dh bersedia ke aku nak ada baby nie?"

terus kejut chinta hati tp die tak percaya sbb die cakap alat tu dah expired.chessss...

ok...pastu pagi tu plan nak beli tiket keretapi ke besut..ohhh,..saya kena pergi BTn rabu ni.nnt citer yea.

so, drive la ke kluang sambil pikir2...eh..kalo pregnant kena check cepat2 nie, nnt Btn die suruh lari camane plk. Ok...terus straight ke Klinik Jamaliah. sbb saya hanya percaya kat dr nie je bila first check up.dengan harapan, boleh mintak ubat kuatkan rahim.

sekali lagi...saya ke klinik seorang diri.

dan sekali lagi..selepas UPT dr jamaliah cakap "Tahniah yea.awak mengandung lagi"
saya "tula Dr..dah lama saya tunggu. DR, saya nak surat sbb rabu nie saya kena pergi BTN"
dr jamaliah " Btn utk apa?dekat mana?"
saya "oh..saya Btn di besut, terengganu.saya nak sambung belajar"
dr jamaliah " oh yeke. baby nie nak ikut awak jalan jauh la nie.ok..nnt saya tulis note. nak belajar kat mana?"
saya " insyaAllah..nak sambung belajar kat ** (hahaha..konon nak rahsiakan)"
dr jamaliah "ooohhhh(lagi besar oh Dr)...baby nie memang suka nak jalan jauh nie"
saya " boleh tak saya nak minta ubat kuatkan rahim mcm dr bagi kat saya masa 1st pregnancy saya dulu?"
dr jamaliah "saya tak boleh bagi.kalau ada masalah baru dtg semula.harap2 kandungan kali nie OK. jaga diri yea"

lepas tu terus happy n call cinta hati yang tak sabar2 menunggu kat ofis. call mak. sekali lagi ucapan Tahniah dr doktor tu hanya ditujukan pada saya seorang. Cinta hati asyik complain je.."tak pernah pun lagi Dr ucap tahniah kat abg tau".

ok..berbalik kepada cerita btn.Rabu nie saya akan gerak ke Besut. Naik sekali dengan staf dr utm. hanya saya dan ain dr sini. Doakan perjalanan selamat.

Mula2 rasa sedih nak tinggalkan Nur Balqish tapi nasib baik ada baby ikut..takdela mummy sorang2.ekkeke.

penerimaan Balqish?

mummy : Balqish, suka baby tak?
Balqish : suka
mummy : dlm perut mummy nie ada baby tau. tp baby kecik lagi.ingat tak mcm mummy pernah cerita kat awak dulu.mcmana awak hidup dlm perut mummy.
Balqish : Ingat.saya tau. saya tgk dlm TV.lama2 baby besar, perut mummy besar.pastu bila baby dah besar baru baby keluar kan?
mummy : iyea...tp nnt awak boleh jaga baby tak bila die dah keluar?
Balqish : ok..tp saya nak yang baby kecik je tau. Saya taknak baby yang sepah2 barang. Saya taknak baby yang suka conteng2 buku. (banyaknya syarat nak jadi adik die)
papa : ok..tp baby tu kecik. mana boleh marah2 baby.
Balqish : iya..takpe. nnt saya ajar baby tu.

ok..bersedialah wahai baby.kamu akan bakal dapat kakak yang rajin memantau, itu tak boleh..ini tak boleh..semuanya die yang betul.

kesimpulannya.I'm so happy!!!






Debaran kali pertama

ok..mari kite kenang kembali
cerita 4 tahun yang lalu
ketika sudah masuk usia 6 bulan perkahwinan
masa tu mmg teringin sangat nak menimang cahaya mata
pregnancy test toksah cakap laaa...
tetiap bln beli...
tapi line yang kuar satu je..last2 frust
sampai la hujung bln 12 2006
bila rasa period mcm delay je..ajak k.anim pergi pusat kesihatan uni
(yelaaa..masa tu kan student husband jauh plk tu)
try buat UPT....
boleh ke pembantu Dr tu ckp " awak nie terlalu nakkan anak agaknya. Tapi maaflah...UPT awak negatif."

balik rumah dengan hampa.pastu malu nak g pku lagi.
seminggu lepas tu...lepas abis kelas...balik rumah kakak kat kluang.
try buat pregnancy test sendiri...dan yeayyy..ada dua line merah.
nervous..
nak call sape dulu?
call husband kat putrajaya ...bla bla bla..husband pun gembira.
call mak bagitau.tapi mak cakap " tah yea tah tidak"..terus letak telefon.merajuk.
tp lepas tu mak pujuk.
tak terpikir pun nak jumpa DR..ingat nak tunggu 3 bln baru nak pergi klinik.
ingat lagi masa tu johor dilanda bah besar.
Uni banjir.jalan nak masuk khg timur runtuh.perrggghh memang dahsyat masa tu.
dan..ada sekali tu saya terjatuh..gedebuk.
sejak hari tu..hari2 keluar secalit darah.takutnya.
ajak juga mak pergi klinik jamaliah.

Dr jamaliah "tahniah yea.kandungan awak dah 6 minggu. kena jaga kesihatan, minum susu..bla bla bla. pasal bleeding sket tu, saya bagi ubat kuatkan rahim. Kalau janin kuat, dia akan membesar. Kalau tak kuat, dia akan gugur.Awak jangan mengharap tapi kena selalu berdoa"

saya "baik doktor" tp happy.

yea...ucapan Tahniah yg mcm selalu dgr dlm drama TV tu hanya ditujukan pada saya seorang sbb suami jauh.

dan bermula dari saat itu...saya pun jadi wanita mengandung.masa tu muda lagi.perut pun kecik.org tak perasan pun yang kita nie mengandung.

pergi buat buku merah (klinik kerajaan) sesorng....
pergi first check up kat klinik dr luckman pun sendirian....
namun ku gagahkan jugak.
segala berita akan cepat2 dilaporkan pada suami nun jauh di sana.

ok nanti sambung debaran kali kedua plk yea.tunggu...



Pages - Menu