I'm back!

Ya Allah..takde langsung entry utk bulan nov.
nampak sangat bz tuan punya blog ni kan?


hihihiihihi..
ok.mmg bz. tak sempat langsung nak berlagha.
masa makin suntuk.
kena masuk gear 5 terus ni.
moga Allah permudahkan segala urusan.Amin.

Jauh perjalanan, luas permandangan

Tajuk..mcm nak g jauh je.


Kitorg on the way nak g scotland ni. 2nd time. Yg first dulu g jalan belah2 glasgow.kali ni nak g lochness, inverness, ben nevis, tpt penggambaran kuch kuch hota hei...glencoe.

Ok.nnt saya update ye.




Our little arryan

Arryan ni suka duk dapur.mula2 risau gak.lama2 mcm, agaknya sbb masa pregnant saya suka masak kot.


Pastu besar sket, suka no main sudip ngan besen.tah pape.

Kalau tak bagi, dia main permainan masak2 kakak. Kelakar, tp sbb dia cam ganas, takpela bg je la main.

Lately, minat sgt ngan lori.kete.haaa tu baru la mainan budak lelaki.oooohhh abis truck2 kat umah tu yg selama ni jadi perhiasan dh jadi barang permainan dia.

Bangun tido, truck, nak mandi, truck, nak tido truck, 24 hours.tp comel je kan.ye la; dulu masa balqish asyik ngan teddy bear je, ni arryan ngan kete2 n truck pulak.
 

Ni sebahagian drpd koleksi kami.

Tido pun nak dgn truck tu.


Satu lagi aktiviti dia panjat tingkap rumah.suka sgt, duk kat situ.

 
Gambar ni saya ambik dr tingkap dapur saya.arryan duk mengendap.


Pastu, main atas meja.dah bape kali dah jatuh dr meja sbb khayal tgk tv, pastu terjatuh.tak reti serik.


Tu je.esok sambung ngumpat pasal arryan ye.

Ujan rintik rintik

Pagi ni hujan.lebat la jugak.tapi tak selebat hujan di malaysia.masih boleh redah.


Teringat plk time pagi2 hujan kena hantar balqish g school.rasa nak tolak stroller sambil nangis je.tp kuatkan hati jugak.eh... Lupa nak bagitau, darling saya dah keje ngan gomen.pastu keje belah petang.yuhuuuu.

So, pagi2 just kena siap2 kan diri, siapkan balqish, pastu trs g school.dlm kul 4 gitu darling ambik balik. Hantar balqish g sekolah agama every tues n thurs,kumon every wed. Tu la rutin harian skang ni. Takde dah tragedi tolak2 stroller pagi2 ni.hihihihi.

Setiap kali nak jemput balqish dr school, arryan la yg excited sbb dpt main2 kat playground sekolah tu. 





Takde la playground sgt..tp mcm ada bukit n arryan duk daki bukit tu pastu gelungsur. Tu pun kalau cuaca elok la.ni gambar ptg semalam ye.




Ok..ni gambar pagi ni. Hihihihi


Jemputan hari lahir

Smlm balqish balik dr school bawak invitation card.


Next week birthday classmate dia. Theme : super power. Hahahahahhaah. Balqish plk dh merengek2 nak fancy dress. Tengokla.kalau rajin, mummy beli.pakai sekali je pun.

Tp kagum la anak omputih ni..rajin betul buat invitation card sendiri. Comel plk tu. 




Mood raya lagi


Mcm biasa, sambutan raya kat sini meriah dr seminggu sblm sambutan. Sapa nak jadi ketua chef.nak kena masak apa? Nak masak umah sapa? Pkl berapa? Seronok tau.sbb sume org mengembleng tenaga.

Sbb masa aidilfitri kawasan kitorg kena masak kambing, so aidiladha ni kitorg kena masak ayam.

Jenuh la nak lantik chef.nk lantik org baru kang, takut x tau pape.so, lantikla chef dr malaysia.hihihihi. Teknologi kan ada.chef pakai facetime lagi tau. Tak pasal2 mak saya yg jadi ketua chef bg resepi sume. 

Program masak2 start kul 4 pm = 11 mlm waktu malaysia. Confirm la chef dh tido.kitorg main agak2 je la. nasib baik sedap ayam masak merah kitorg.
Lama gak la.sbb periuk kecik, kena masak dua kali.kul 11 mlm baru abis masak.

Dan sambutan raya aidiladha mestila meriah.masa ni pun nak berkumpul n jumpa sume org.seronok, bila sume pakai baju kebangsaan.mcm kat malaysia je rasanya. 








Penjimatan

Last week tesco ada buat offer. Beli satu diapers percuma satu.hmm... Borong sakan la.


Banyak gak la dpt jimatkan duit.harap2 bontot ian tak mengembangla dalam tiga empat bln ni. Sbb sume saiz 4+.hahahahahahaha


Sampai tak muat dia nak duk dlm troli tu.


Skang ni, kalau kakak g school ian berangan la plk main toys kakak. Masa ni dia tgh berangan jadi cashier... Lawakla si tembam ni.


Jadi cleaner vacum rumah.



Ni tak tau la.suka sgt main atas meja. 


Kedai ikan fresh

Penemuan terbaru.


Kalau tak kena drive 45mins baru sampai kedai ikan fresh.tp skang ni drive tak sampai 5mins dh sampai kedai ikan fresh. 

Seronok.

Kedai bukak setiap hari kecuali isnin.seronok kan? Sbb biasanya weekend baru ada masa nak g beli ikan.

Haritu pegi ada ikan merah.balik trs masak sup.sedap.bentuk2 ikan dia pun mcm ikan malaysia je. Suka suka suka.






Best kan?

Aidiladha

Tahun ni, buat pertama kalinya aidiladha tanpa keluarga. Eh kali kedua.danggg...


Kali pertama masa first time dtg uk.pastu, last year mak n abah ada sama.this year, kena la masak sendiri.sob sob sob.

Raya hari selasa.isnin tu mula2 rasa nak g lab tapi tak sihat.demam.selsema.batuk.cuaca pun tak elok.arryan plk baru balik demam, kesian pulak kalau kena ujan nnt demam semula.

So, jadila surirumah hari isnin tu.takde benda nak buat, masakla lauk utk raya.sib baik la kat sini sejuk. Masak awal2 pun memang takkan basi punya.kena masak banyak sbb niat nak panggil org makan pagi raya nanti.

Menu raya aidiladha tahun ni

1. Laksa johor
2. Rendang kasih sayang mak
3. Ketupat

Dari last friday dh stand by cari ikan makerel fresh.nasib jumpa. Rebus ikan, tumis bawang, lada, kari...jadila kuah laksa johor.

Pastu masak rendang daging.tahun ni masak rendang 3kg. Mak ckp, banyak gile.tp tak sampai malam, licin rendang tu. sedap sangat kot.

Kek tak buat thn ni.tak sempat.so iceland  tolong buatkan kek.hihihi..


Tak dpt pun g solat raya thn ni.sbb dua beradik tu bangun lambat. Yg buat lg sedih, pagi raya tu ada kelas english 11-1pm. Kena la g kelas ngan jubah raya. Sejuk la pulak. 

 
Darling ckp, ian dh macam pakistan kecik dah, pakai jubah pastu pakai jacket.



Kakak balqish pun berjubah jugak.sponsored by nenek kg.







Balik dr kelas trs g umah kak ita. Ada jugakla org jemput dtg beraya.kak ita every year mmg buat satay.sedapnya.sedap giler. 


Lps tu trs balik rumah n tunggu tetamu dtg.sblm g kelas ramai gak yg dh dtg rumah. Last tetamu sureen n d gang. Sampai kul 11 mlm dtg beraya.letih mmg la letih tp seronok bila tengok makanan sume abis..sedap lettew.hihihihi


Salam aidiladha utk semua!!

- tahun ni xde gambar sefamili pun :(

Cakkk!!!

Dah lama tak update.


Tak sempat nak bukak blog dah.hihihihi

Sekarang ni dh makin sejuk.daun dah semakin kering, kuning, oren, merah fan berguguran.

Wajib ambik gambar hujung minggu ni sblm semua pokok togel tanpa daun. 

Hari ni saya g robinson lib.nak pinjam buku.tp tah sempat baca tak tidak.selak2 ambik point penting je.

Tak tau la apesal, hari ni rasa cam takde mood.loser. Sume la. Ya Allah, kuatkanlah hati ku.

   

Cantik kan? Suka autumn. Sumenya nampak cantik.tp sejuk laaa. Kena korek2 semula cari glove. Boots pun dh kat mana2. Dah tak sesuai nak pakai kasut sukan comel2 dah.


Rindu

tak yah tulis banyak2 la.jom layan gambar lama. 


Rindu kat tahani - skang dia kat mekah. Tak sabar nak tunggu dia balik.

4 org dr dlm gambar tu dh selamat berviva. Rindu kawan2 lab yg lama sbb sume happening.kepala gila2.skang ni, sume seriussss je.



Hahahahaha.ada gak gambar time pregnant.kena present poster.tu la prof barrie mecrow.skang ni dah jadi head of school.rilex je dia ni, memang tak berlagak langsung.

 
Ok tu je.sambung balik buat keje.

September bulan balqish


Setiap bulan duk kira, bila nak sampai september.

Sebab...september birthday balqish.hmmm tu yg dia excited lebih.

Kalau ikut kalendar isnin lepas balqish dah start sekolah.so, kejutla dia bangun pagi2,mandi, siap2.dengan darling saya pun balik awal sbb konon2 nak antar nak first day sekolah year 1.tp bila sampai rumah,darling saya ckp nampak dua org je tgh jalan kaki g school.aik...trs call school.sekali...sekolah start hari khamis ni.bukan isnin.hahahahah.lawak je.trs tukar semula baju.sian balqish.dah beria nak g school jumpa kawan2.

Semalam plk sepatutnya start kelas mengaji.tp bila call ustazah ckp start next week.kami hantar balqish g kelas mengaji.bagus.kat masjid.org arab yg ajar.mengaji, hadith, solat. £45 per month.harap2 ilmu diberkati Allah.

So, besok startla sekolah utk balqish.waaa saya yg nak nangis ni.kena la berperang pepagi tu.ni pun, ptg ni balqish ada kumon class.dah la masa balik malaysia langsung x buat kumon exercise.balik sini sehari kena buat 4-5 exercise.tu laaa.lain kali takmo camtu ye.

Tu saje bebelan mak mak utk kali ini.tetiba rasa nak hantar balqish kelas renang tp sempat ke? Hikhikhik.


Low and high force


Weekend..masa utk menenangkan minda.

Plan A nak g lake district.sian we all x pernah sampai lg.padahal dekat je.nak g lake district kena masa yg sesuai.tak sejuk.ok laaa.tp skang ni dh start sejuk balik. Dh janji2 4 families nak g, family kak rokiah, erwan + sal, khairi +mar.siap prepare bbq bagai sekali tukar plan sbb kete we all cam tak berapa nak ok.takut plk nak bawak jauh2.

Plan B: jadi plk g lake district tp tumpang2 kereta.ok.start marinate kambing, masak chocolate cake.

Plan C: tukar plan sbb ada yg keje malam tu. takut2 kalau g lake district balik lewat plk.so g dekat2 plk.ok.last2 decided nak g durham waterfall.
Gerak 8am.

Pagi 8am, tunggu2 lagi 2 families x sampai2.k.rokiah dah sampai.rupa2nya kereta erwan rosak.last2 erwan n family yg menumpang kereta kitorg.

Perjalanan lebih kurang 1hr 40mins.sepanjang perjalanan, subhanallah, permandangan cantik sgt.betullah org kata durham ni cantik sgt. 




Waterfall kat durham ni ada high force n low force.disbbkan anak2 nak mandi, so we all pergi yg low force dulu sbb high force x sesuai nak mandi.

Sampai2 je dah rasa macam ala2 waterfall kat malaysia je.

Cantik waterfall nya.tp air punyela sejuk.mula2 semangat la main air pastu nangis sbb sejuk.hahahahaha.bapak2 start membbq.mak2 makan.



Nak dijadikan citer, ayam marinate tertinggal.mar la ni.yg ada kambing + nasi goreng + daging burger kambing je.ngap tu je laa.


Cantik.sesuai utk mandi.tp sejuk sgt.abis makan, kitorg kemas2 pastu gerak ke high force waterfall.tak jauh.dlm 15mins perjalanan naik kete sampaila.

Dkt high force parking kete kena bayar, nak masuk pn kena bayar.tak mahal dalam £1.50 sorg.

Tp sgtla worth it.subhanallah.cantik sgt2.lagi la terasa mcm kat malaysia.cume, takde org mandi manda je.




Kemain we all conquer lepak2 kat batu tepi tu.anak2 siap menyusu.

With my cheeky boy!



With my partner in crime!



Sahabat...

Ibu2 gagah...


With the kids ...


Pastu bapak2 naik tangga g atas.tgk punca high force waterfall tu.ni la permandangan dr atas sblm air tu jatuh.ngeri kan? Darling i ckp, angin kuat, kalau jatuh mmg abis laaa.


Ingat lps tu trs balik ke? No no.keluar dr situ, singgah gift shop pastu, g cari port utk bbq lagi.abiskan apa yg ada.ni kira dinner la plk.td tu lunch.


Instant bbq tinggal satu je lagi.guna apa yg ada.


Sementara tu anak2 ngap dulu.masing2 dah letih n lapar.angin makin kuat.sejuk gilerr.







Lepas makan, kemas2 pastu pulang ke sarang.kul 8pm sampai rumah semula.sakit2 badan, letih...tp seronok.suka waterfall.nak g lg! Nak g lagi, please!

Pages - Menu