Makin mencabar

Rasa nak nangis.


Makin hari makin mencabar.

PhD life of course laaa. Kalau pikir2 mmg sampai takleh nak tido malam.

Ni pasal waktu solat.

Siang dah makin paaaaanjaaang.

Malam makin pendek.

Selalu jadi camni especially bila lepas habis period. Nak sesuaikan diri dengan waktu solat. Seminggu tido enak je. Lps tu, kelam kelibut la.

Memang ustaz ada mentioned, time2 mcm ni boleh je nak jama'kan solat.jamak ye bukan qasar.tp, macam tak best la. 

Contohnya semalam.
Lepas solat maghrib tu, buat2 sibuk, lipat baju, kemas rumah sementara nak tunggu isyak n masih pakai telekung.

Tp pukul 10.30pm tu rasa mcm mengantuk gile. Dalam 10.40pm tu baring2 je atas tilam dengan harapan alaaa lagi 15mins je lagi ni.

Takde maknanya.

Tertido terus.

Bangun2 dah pkl 3.00am. Ya Allah... Dah subuh.memang tak sempat nak solat isyak. Ya Allah ampuni aku.aku akui aku lalai.

So, yang subuh tu memang jaga betul sebab taknak terlepas.ko bangun kul 6am pun subuh dah takde.dah terang benderang dah kat luar tu.

Hopefully hari ni dapat jaga solat lg baik dari semalam.


Sapa yang tak abis ganti posa tu, cepat2 la ganti ye. Sib baik saya dah abiskan ganti masa winter dulu.legaaaa/

Jangan lepaskan peluang yang ada


Peluang apa?

Peluang menikmati cahaya matahari.

Isnin cuti lagi.

Sunny day.

Dah la hari terakhir cuti dengan cuaca yg sangat elok.takkan nak dipersia-siakan?

Pagi2 mr darl duk tanya2 kita nak g mana hari ni?
Rasa nak duk dalam rumah je tp last2 bgtau cuba search rumah amstrong.

Kebetulan ahad tu kan balik awal n masak siap2.so pagi isnin tu terus makan nasi.

Siap2 kul 10 lebih gerak ke cragside house and gardens. Ni memang main redah je ni. Perjalanan lebih kurang 45mins dr ncl. Dekat dengan alnwick castle.

Sebelum park kereta dah kena bayar ticket, nasib baik bawak cash sebab bayar ticket kena pakai cash sahaja.ohh lupa nak mention, kat sini jarang2 g jalan bawak cash.sebab sume guna debit card.bawak cash bila nak g carboot je. Kalau ada pun dalam £10 je. 

Sib baik baki duit carboot semalam ada lagi. Utk 2 adults ticket house n garden £27.50.
Budak kecik dua org ni free.


Main parkin dh full. So, kami kena park kereta kat formal garden punya parking.kena la menapak jauh nak g ke house.jauh means memang jauh ye dan bebukit bukau.



Dekat 15mins kot jalan lenggang kangkung sampai la kat visitor center. Tetiba blurr.eh..bukan rumah besar ke? Takkan ni je kot.kat area tu ramai org tengah berpicnic.


Ni la visitor center tu. Rasa nak nangis.takkan la kecik ni je kot.


Kat dalam bangunan tu adalah diterangkan pasal amstrong ni. 


Rumah dia kat tempat lain ye.kena menapak lagi.naik bukit, turun bukit. Rupa-rupanya ada shuttle bas. Dah sampai baru tau.



Masuk rumah ni, ticket kena check.stroller kena tinggalkan.


Amstrong ni hebat tau.dia teror part mechanical development.so, dia applied kat rumah ni. Rumah ni rumah pertama yg ada lift guna hydraulic machine. Pastu siap ada bilik mcm fridge utk simpan daging2 sume tu.






Rumah ni ada lebih kurang 100 lebih bilik.memang cantik-cantik.hebat kan dia.padahal sume ni dia buat lebih kurang tahun 1880-an camtu.


Ian sekarang ni susah nak tgk camera kalau nak ambik gambar dia.geram betul.







Keluar je balqish dh duk berzikir "i'm hungry, i'm hungry". Kat tepi tu ada rock garden ngan iron bridge.tp, kami tak pegi pun sebab susah la dengan nak tolak stroller lg.

Patah balik semula ke visitor center tu utk berpicnic.orang pun dah tak ramai sebab dah pkl 3 lebih.





Yg dah makan nasi kat rumah, makan roti ngan buah je.

Lepas makan, balqish request nak rolling down the hills.pergi la nak.janji bahagia.
Bergolek2 la dia. Tp takde gambar.ada video je.arryan taknak golek2.main ranting kayu je.


Pastu bergambar semula.




Pastu kemas-kemas.
Kami naik shuttle bas plk utk pegi formal garden. Cantik ye formal garden ni tp bukak dr mac- sep je.
Bunga dia pun time spring je kot yang cantik.

Ada clock tower.


Arryan konon-konon suka bunga.


Motif? Nak gambar bunga n clock tower tu.tp orang nya tak nampak pun.



Tengok ukiran owl kat pokok ni.


Sblh formal garden ada kandang kambing. Suka la arryan. Timmy!!


Hujan pun start turun renyai2.sib baik park kereta dekat je.


Masuk kereta pastu kitorg tour sekeliling cragside house n gardens.ada dua tasik besar. Perjalanan lebih kurang 6miles. Tp cantik sangat.banyak tempat boleh berhenti n sesuai utk picnic n bbq.


Last sekali singgah play area.suka la arryan n balqish.



Dah puas main.balik semula ncl.tak sampai bapa minit, dua orang kat belakang ni dah start tido.

Tu la last outing kami utk cuti easter ni. 
Harap2 balqish n arryan pun enjoy!

Ahad

Hari ahad.


Carboot day.

Tapi bagi kami, hari ahad.hari utk bangun tido paling lewat.hahahahaahha.hari bermalas-malasan kat umah.

Bangun jam 11am. Lepak2 atas katil. Pastu baru fikir nak lunch apa, kat mana.

Tp ahad baru-baru ni nehi nehi.
Dr malam dh pesan. Nak g carboot tau. Sume kena tido n bangun awal ye.

Lps subuh, sume tak tido.kalau sambun tido memang tak bangun la jawabnya. Subuh abis kul 5.45am ye.

Kul 8am sume dah siap n gerak ke destinasi pertama.

Carboot whitley bay.tak pernah pegi pun tp org kata best.lebih kurang setengah jam dr rumah.


Takde dapat apa pun -_-'.

Sebenarnya kami berdua ni bukan kaki carboot. Sebab setiap kali pegi memang tak tau nak beli apa.tengok org lain berbondong2 dpt beli barang. Ntahla ye.maybe sbb mentality taknak pakai barang 2nd hand kot.tp jeles tengok org dapat beli barang elok2 kat carboot.tu yang kuatkan diri pegi gak.

Sebab awal lagi...
Kami g basuh kete pulak. First time gak ni ikut g basuh kete bukan manual.

Ngeri gak kan.


Pastu g carboot indoor.ni kat metro station.lagi la tak beli apa pun, barang second hand n lagi mahal.tapi cantik- cantik la. 


Saje je abiskan masa sementara nak tunggu kul 12 sebab nak g lunch kat colman. Fish n chips terkenal kat ncl ni.

Sampai depan colman kul 11am tengok2 org dah ramai.rupanya bukak kul 11am. Terus la masuk n order.kalau nak makan kat sini, kena datang awal.kalau lunch hour betul2 org ramai n lambat nak dapat order.

As usual, order special seafood platter. Cukup utk 4 beranak makan.tapi masa ni arryan tido.


Dah sudah makan, mata pun rasa berat je.tp singgah pantai dulu...memang la sunny day tp dia punya sejuk tu...ya Allah... Tak sampai 15 mins, saya dah masuk dalam kereta semula. 



Balqish je la yang happy taknak balik.org lain sume dah gigil2.

Balik rumah.masing2 qada' tido.tu je la.hahahahaha

Melawat istana lama


Alnwick castle ni dekat je ngan ncl, lebih kurang 40mins perjalanan naik kereta.tapi, tak pernah sampai pun.

Pagi sabtu, bangun2 je terus rasa nak pegi.yang untungnya, tiket dia boleh pakai setahun.pegi la banyak kali mana pun. Event dia pun banyak.ok la tu.

Beli tiket, breakfast, siap2 dah kul 10am.
Gerak. Cuaca memang elok. Sunny day tp angin still kuat n sejuk.

Dkt pkl 11am sampai la castle. Kat alnwick castle ni, castle ngan garden, ticket lain2.tp ticket garden tu boleh guna sekali je la. Harga lebih kurang sama je ngan ticket castle.kami beli ticket castle je sbb tau..mesti tak sempat la nak g garden tu. Utk 1 adult+ 1 student + 1 child ticket £30.60. 

Parking kat keliling castle tu free. On the way nak masuk tu pun ada bunga2 cantik. Sempat bergambar sblm masuk.





Masuk2 je terus baca jadual aktivity utk hari tu. Sementara nak familiar ngan tempat, terus la cari tpt ticket utk broomstick training.ni kena cepat ye.mcm kami dpt la yg pkl 2.30pm punya. 



Pastu kat outer bailey tu ada pertunjukkan plk kul 11.30am. Suka la anak2 sebab kelakar. Suka bila kat sini ada event, mostly diorg akan buat utk kanak2.takde la boring sangat budak2 nak g castle kan. 

Kat castle ni gak ramai plk org buat wedding hari ni. Mcm2 gaya pengantin.


Kalau nak lagi feel, mula2 g gift shop dia n beli la costume harry potter utk anak2. Baru la ada gaya bila nak bergambar. Jangan risau, ramai je yang pakai constume harry potter tu


Pastu masuk lagi kawasan tengah2 tu ada lagi boleh pilih nak pakai costume apa utk bergambar.costume lama2 la. Princess ke knight ke..sume org pakai n nampak macam zaman dolu2 plk.

Baju balqish cantik.baju saya mcm jubah convo je kan.hahahahahaha.









Makan..pusing2 castle nak tunggu kul 2.30pm.

2.30pm kumpul semula kat outer bailey tadi utk broomstick training. Kanak2 je ramai.tp join je la.bila lagi kan.

Seronok gak.tp sekejap sgt masa yg dia bagi nak berposing ngan broomstick tu.




Masa untuk terbanggggg...



Balqish cam real je kan.bila tgk gambar sendiri, nampak sangat buat2.hihihihi



Dah abis tu g minum air sebab penat.pastu sambung jalan semula.




Budak kecik ni, tak dapat apa yg dia nak, mula la berguling atas rumput.



Hari pun dah petang...perut dah lapar.moh la kita balik rumah.


Jumpa plk sahabat2 dr ncl.


Sila baca n hayati.bagus betul family ni. Masa tour state room pun, ada banyak gambar2 latest diorg.tp takleh bergambar dalam tu.



Arryan la org paling penat sekali. 



Ada masa, pegi ye.antara castle yg paling best. Memang kena pegi semula ni.kena tgk list aktivity n target nak g yg mana.


Pages - Menu