Hari ni hanya 23 jam

Hi...morning glory


Mengantuknya...tak larat nak bangun.

Dahla weekend.
Dahla last nite makan2 + borak sampai kul 11mlm.
Dahla tido tak cukup.
Ok.tido tak cukup tu tipu.
Tp yg tak tipu, hari ni mmg tak cukup 24 jam.sbb hari ni start daylight saving time.

Masa dicepatkan sejam.so mlm tadi lps kul 12.59am trs kul 2am. Tadaaaa.
Secara tak langsung, beza waktu msia uk 7 jam bukan 8 jam.gitu.
*beza masa, bukan perjalanan -_-'. Masih jarak yg sama.

Tak paham lagi? 

Ni saya tunjuk waktu solat semalam n hari ni ye.


Nampak tak waktu subuh start 3.35 abis kul 5.46am. Mmg kul 5.15am dh terang benderang dah kat sini.kalau bangun kul 6am, subuh gajah la jawabnya.



Ini utk hari ni.dh kembali normal sket bila waktu dipercepatkan sejam.saya ok lagi part subuh.part maghrib ngan isyak tu.ngerinya la nak mengenangkan bulan ramadhan nnt.bayangkan la sekarang ni maghrib 7.40pm. Ramadhan lg 3 bulan.makin lama siang makin panjang (summer).tu yg kitorg buka posa kul 9.30am. 

 
So, sapa nak pahala lebih, meh la dtg puasa kat uk. :p

Sejuk lagi

Sepatutnya dh spring.tp temperature masih lagi bawah 10c. Sejuk tau.

Cepat la panas. Padahal subuh dah abis awal dah ni. Dunia dh tua agaknya. 

Setiap selasa n khamis balqish ada sek agama kat masjid tauhid.selalunya balik sekolah tumpang mar tp sbb skang ni kul 6pm pun still terang lagi, saya g ambik balqish. Arryan suka la petang2 dpt keluar rumah.

Hari ni hujan je dari pagi. So memang sejuk giler.kena la keluarkan balik winter suit arryan.hihihihi.sbnrnya baru jumpa dalam kotak last week. Baru la arryan selesa nak jalan2 kat luar.



Happy je.padahal bukan dpt jalan pun.duk dlm stroller je.

 

Bad.min.ton


Hari ni ada badminton utk warga ncl.

Last pukul bola dgn racket pun dua tahun lps kot.

Tp..sebab nak enjoy, join je la.kuar duit sket g beli racket.racket kat msia tu pun abah yg punya.



Takmo kalah wei.racket lcw dgn harapan akan sehebat dia.
Hebat sgt la.hahahahahahaha.partner pun cari last minutes.pastu sampai masa, pukul je la. Rules pun baru tau tadi.


Saje cari partner budak2 sekolah.hahahahaha. Nampak muda sket.


Kitorg kena main tiga game.alaaa team perempuan ada 4 je.lelaki ramai gilos.


Ian ni kan...dia gedix.bila mommy nak ambik gambar, lari2.tp bila kakak2 tunjuk camera, trs posing.





Sementara nak tunggu abis sume, layan la anak2.


Balqish dah besar.dah makin tinggi dah dia.



Pastu, last sekali pegi makan.sbb lapar.hihihihi.team darling saya dapat la tpt ke-3. Team saya? Muahahahahha.next year cuba lagi ye. 


Yang penting enjoy!!! Tapi esok confirm sakit2 segala urat. Waaaaa..

Arryan turned 2

Selamat ulangtahun arryan!


Dah umur 2 tahun.
Dh pandai cakap daddy.
Dh pandai berlari.
Dh pandai malu2.
Dh pandai usha2 awex.
Dh pandai ikut mengaji tp alif taknak sebut.dia teror ckp 'ba' je.

Semoga cepat pandai bercakap ye sayang.
Semoga jadi anak yg soleh.
Semoga sentiasa jd anak lelaki kesayangan mommy.


Ni gambar birthday party arryan sabtu lepas.


12 mac sambut kat rumah fikri n midah.kebetulan diorg buat doa selamat sbb nak pegi umrah n fikri buat chocolate cake, hias cantik2 sambut birthday arryan sekali.



Dia malu2 bila mommy nak ambik gambar :)


Semoga jadi anak yg berguna dunia akhirat.amin. InsyaAllah Balqish n Arryan sentiasa ada dlm doa mommy. 

Hari buku sedunia

Yg excitednya adalah, anak2 kena g school ikut character dlm buku.dr last week dh dapat notice.


Isnin lps g la cari baju tuk balqish.suh dia jadi witch, dia taknak la plk.so, beli je la ala2 fairy godmother gitu.

Ok la janji anak gumbira.pagi2 td seronok je tgk macam2 pesen budak2 ni.kalau yg lelaki tu superhero la.yg ppuan, princess.ada gak yg jadi little red riding hood.kan best kalau kat msia buat camni.takde la boring sgt g sekolah.ni tak...tunggu sambutan hari raya baru la boleh bergaya sket g sekolah.



Kesian...

Kesian blog.


Lama dah terbiar sepi.
Tuan bz.
Update insta, blog terabai.padahal dulu entry panjang berjela.

Dh masuk bulan mac.
Bulan kelahiran anakanda kedua.
Tgh pikir2 ni nak masak apa utk birthday party arryan nnt.

 
Dan ini anak dara i. Dah besar dah.

Nnt kita sambung lagi ye.sikit2 lama2 jd bukit.

Pages - Menu