Showing posts with label balqish n arryan. Show all posts
Showing posts with label balqish n arryan. Show all posts

Setiap saat rindu

Aduhai...tinggalkan jap pegi school pun rindu.


Ish..tak dapat bayangkan camane org sanggup berpisah ngan anak lama2 kan.

Kalau saya, confirm tak jadi keje asyik nangis je.

Anak bujang saya...cecece anak bujang dah semakin melasak.

Pertama kali rasa ada anak kecik kat rumah abb masa balqish kecik, amatlah bersopan santun balqish tu.sampaikan mainan dia saya tak pernah kemas pun.sumenya balqish kemas sendiri.arryan? Aduhai...anak.daddy dia setiap hari kena vacum rumah.kemas sekejap..seminit pastu...disaster...hahahahaa.
Anak lelaki...biasa la kan.




Subhanallah

It's snowing...again?
Subhanallah.
Dah nak masuk spring tp masih turun snow.cuaca kat uk dah tak menentu.

Balqish tak berapa suka snow.sejuk sgt dia kata.

Arryan the geordie boy loves snow.

Everytime snow turun dia suka duk tepi tingkap tgk snow.jangan la alih.melalak2 little geordie ni tau.suka agaknya bila tgk kapas2 putih melayang2 turun ke bumi.serius cantik. Waktu snow turun adalah saat paling indah.tp bila snow dah menebal atas jalan tu hazab.

Ingat lagi dua tahun lepas saya duk meroyan dlm blog pasal balqish takde kawan kan.Alhamdulillah bila arryan lahir rasa lengkap semuanya.dgn izin Allah , Arryan cepat membesar, pandai main, kuat bergurau.tak rasa beza umur dua beradik ni 5 tahun.yg kakak lemah gemalai.adik plk kuat bergurau.kadang2 kalau bergaduh, saya biarkan aje.biar balqish rasa nikmat ada adik.bersyukur , kami mampu lahirkan balqish n seterusnya arryan.

Hari ni bangun2 tido balqish ckp not feeling well.baring atas sofa sambil tgk cartoon n berselimut.arryan tak puas ati.di tariknya bantal pingu kakak.saya ganti dgn bantal ladybird dn letak bantal pinggu kat bawah.sudahnya balqish tido atas.arryan baring kat bawah.so cute.si kecik ni saje je nak merampas bantal kakak.padahal takde la dia nak tido sgt pun.hahaha. Yup. I love them so much.sbg mommy, akan saya korbankan apa saja demi kepentingan mereka berdua and i knew, mulai sekarang kena beli barang utk dua2 sekali sbb salah sorg akan jeles.yesss...i love that feeling. Itulah adik beradik :).









Tentang islam

Minggu ni adalah discover islam week kat uni saya.
Ada khemah besar kat sblh king's gate.sapa lalu boleh la singgah.saya dah dua kali menyinggah.saje nk suh pakcik tu tuliskan khat nama anak2.sekali pergi dpt tulis satu je.nasib baik anak dua je.dia kata kalau jual £100 selai.tah la.pada saya biasa2 je khat dia.hahaha.

Focus utama discover islam ni nak tarik non-muslim supaya lbh mengenal islam.takyah la nak kecik ati kalau kita masuk khemah tu dia tak layan kita.mula2 terasa gak.lama2 lantakla. Kalau tgh beratur nak tulis nama khat tu sekali ada omputih nk tulis, dia akan dulu kan omputih

Setiap kali ada event ni mesti ada yg convert agama masuk islam.last year yg saya dengar ada tiga org.this year dah dua org kot.hari pertama pagi2 ada sorg tu beria2 nak masuk islam.Alhamdulillah.seronok dengarkan? Bagus gak idea buat event ni at least sapa yg berminat dtg islam boleh la dtg n tanya. Yg jadi committee member pun dahsyat2 gak siap kena pegi course tau.kadang2 dgr la diorg berhujah mempertahankan islam.matsaleh ni lan banyak tanya.

Saya letak gambar pakcik iran yg buat tulisan khat tu ye.smlm buat nama balqish je.ari ni kalau rajin nak buat nama arryan plk.

Ada gak org buat hena. Teringin jugak nak berhena bagai ni.hehehe





Boleh ke marah anak?

Selalu tgk muka arryan time die tgh senyum2 cute2 kan.meh saya tunjuk muka dia time nangis.hahaha.

Arryan ni boleh tahan gak ketangkasan n kelicikan dia.kadang2 sibuk nak usik cable tv.kalau daddy dia ada takut la dia.tp kalau saya je...tegur banyak kali pun xjalan.anak2 mmg tak takut ngan mak ek?

Balqish mmg good girl.alhamdulillah.senang nak bentuk dia ni.tak keras hati.mudah dipujuk.cuma bila dah bergeng...boleh tahan gak la perangai dia. :))

Pada pendapat saya kan...anak2 ni kita kena tegur dari kecik.even mcm x logik kecik lg n tak paham,kita kena larang kalau apa yg dia buat tu salah.takde la dia dtg rumah org usik sana usik sini.

Darling saya dgn anak2 mmg garang kalau bab tegur salah ni.manja bertempat la.kalau g rumah org baru nak start tegur mmg budak tu x heran la.nak didik biar dr rumah.mayb ada sesetengah tu yg pegang prinsip jangan larang anak2.biar dia explore. Terpulang.tp ingat..x semua org prinsipnya camtu.esp kalau kita bertandang rumah org.takkan selamanya x g rumah org lain.takkan nak tunggu anak besar baru nak g jalan kot.ada org rumah xde anak kecik of course perhiasan kaca2 dia letak rendah.kita la kena aware bila dtg rumah camtu.Ada jugak org yg anak2 dia tak usik barang2 sbb dah dididik n dia asume sume parents pun camtu.

Saya mmg dididik dgn cara mcm ni dr kecik.buat hal rumah org, abah jeling sket...dh dapat bayang dah nasib balik rumah nnt.kdg2 x sampai rumah pun.dlm kete dah kena cubit.

At least hormat harta org.tu je.tp sume tu kena bermula dari rumah.kalau mak tak garang...bapak kena garang sket.baru la anak takut.

Eh melalut ek.saya suka cara darling saya.kalau dia marah anak,dia takkan terus pujuk tp at the same time saya kena pujuk.pas bape minit baru dia pujuk.kalau saya yg tgh berangin plk n marah anak, dia pulak akan pujukkan.baru la anak2 tau yg kita mmg betul2 marah n x setuju apa yg dia buat tu.

Layan pic je la.update guna iphone takleh nak letak caption kat gambar..ke saya yg x tau.

Ok.i nak sambung mentelaah kat lab ni.









balqish n arryan lagi

februari kan bulan nak gong xi fa chai.

kat sini kan tak banyak adat.kesian kan omputih?so, sebab next month chinese new year..theme minggu ni adalah chinese new year.

macam2 la diorg belajar pasal chinese punya language, culture.
budak2 kan suke la.


senang je satu ayat. isnin depan kena present masa assembly.kena pakai baju merah.tp balqish ckp,teacher pesan pakai baju biasa jgn pakai yg sparkling2.hahaha.nampak sangat mommy die ni selalu lebih2.ok. senang la camtu.pakai baju yg sedia ada je. selamat duit mommy.hahaha.
kalau nak tau..ini rasanya notes yg ketiga kot. mesti ada budak yg tak hafal2 lagi..tu yg teacher keeps remind parents suh pantau anak2.setakat satu ayat.ape la sangat.kiranya mommy menang la.
ingat lagi mommy dulu (ni nak story kat balqish)..masa umur 4 thn dah pandai baca.umur 5 tahun dah start baca suratkhabar. pernah sekali atok sblh rumah tertinggal spec mata, mommy tolong bacakan utk die.kemain kagum atuk tu. sampai mommy besar die duk ungkit2.masa 5 tahun gak duk nangis2 nak masuk tadika kemas.tp mak tak bagi sbb die kata kecik lagi.frust sgt. masa masuk tadika 6 thn tah camane terkantoi kat cikgu along mommy pandai baca. terus die suh hafal satu cerita n buat persembahan masa penyampaian sijil.kalau tak silap, tajuk citer tu 'pelita'. cikgu relax je..yg lebih2 abah la. siap sediakan props sume. pastu abah la yg latih hari2. setiap hari kena hafal satu perenggan. bila abah balik kerja kena make sure dah hafal.kena diri atas kerusi pastu start la bercerita. dah lupela cerita pelita tu pasal ape..tp moment2 indah tu akan dikenang sampai bile2.

bila masuk darjah satu,upgrade sket.masuk pertandingan bercerita peringkat blok.wakil blok uolls. yg karangkan cerita..abahla. cerita 'tupai menolong kambing'. menang hokey. siap kena buat persembahan masa sambutan hari peneroka. tu cerita masa kecik..kalau suh buat semula.taknak la.segan. gambar2 masa tu ada lagi.tp kat rumah malaysia la.kalau ada kat sini boleh tunjuk kat balqish.

tak sabar nak tunggu isnin depan.nak tgk balqish atas stage. sepotong ayat pun takpe. janji balqish boleh ckp dgn confidence. Go go Balqish. Mommy..daddy n arryan support dari bawah yea. kalau ada jual chongsam mesti bestkan?

meh citer pasal debab demuk saya nie. bila dah pandai jalan..start la explore sana sini. geram.panjat pun teror yea. rasa nak gigit2 je die ni. balqish kalau nak buat homework kumon dah takleh buat kat meja sendiri..kena buat kat meja tinggi sket sbb arryan pun nak berkumon gak. ni port kesukaan arryan.gemuk2 pun muat gak menyelit celah kerusi abwah meja. bila dah tersepit pandia plk menjerit mintak tolong.ishh..rindunya kat si kecik nie.





untuk kamu berdua

hari tu saja2 tgk Uk deals.
ada jual fluffy pillows. harga die £4.99 harga asal berbelas pound kot.
tu la lain kali takmo dah bukak uk deal nie.
membuatkan nafsu membeli membuak2.
mula2 rasa nak beli satu utk balqish.
tetiba terkenang pulak anak yg sorg lagi.

so beli la dua.
satu penguin..satu ladybird.
bila sampai..balqish nak penguin.
automatic adik dapat ladybird.

balqish suka tido atas penguin tu.
ladybird plk jadi bantal peluk mommy.
sedap peluk malam2 rasa panas jek.

dia ada tali pengikat.kalau bukak..jadi la fluffy pillow.macam yg kat bawah nie.
tu la kawan2 balqish masa tido.
penguin - bantal
bebe - bff
dan satu lagi bff
kitty
ishh..malam2 sblm tido kena cukup sume nie.


bila ikat tali die jadila bentuk gini...boleh letak atas katil.comel je. surface die mmg fluffy.best sgt!!!



kalau org anak 5 camane ek. nak beli kat org nie..terkenang kat org ni. saya nie mmg jenis tak sampai ati la.

 ari tu kan balqish mintak basikal.saya beli kan la. tetiba rasa tak sampai ati bila arryan duk pegang2 basikal tu.padahal arryan tak tau ape pun.tah le..kalau boleh nak sama rata je untuk anak2 ni.

nanti la arryan besar sket..mommy belikan basikal yea.

balqish pulak tak sabar2 nak bawak basikal nie kat luar.
masalahnya tgh winter.
menggigil wooo...nak bersiar2 naik besikal kat luar.
kat dalam rumah plk kecik ke area. ke depan ke belakang  je la.
terkenang rumah pura kencana.
boleh main badminton kat dlm rumah.
sabar ye balqish.
nnt summer kite main kat luar ye
harap2 masa tu arryan pun dah pandai jalan.
sure lagi seronok.

basikal nie ade carrier kat belakang.
tp xleh letak arryan la kat belakang tu.
patah carrier tu nnt.
utk bebe n kitty ok la.
hahaha..nampak tak satu lagi basikal kat tangga tu?
tu lagi laaa.. tak pernah nampak pun tuan die bawak jalan2.
sian basikal tu.kekeke....



Balqish n arryan

Saya suka gambar ni.
Walaupun ni gambar 2 bln lepas.
Suka!

Beza betul anak saya yg dua org nie.
Perangai pun jauh beza.
Tapi balqish mmg kakak yg baik.
Kalau org duk bully adik die...die tak bagi.
Alhamdulillah...suka tgk balqish mcm ni.
Tak sangka plk.
Ingatkan die susah nak terima kehadiran adik die.
Dah bertahun2 manja sesorg.
Rupanya tak.
Kakak tetap kakak.
Alhamdulillah.

Betul cakap abah - bersyukur la dapat anak sulung perempuan sbb biasanya die pandai jaga adik.

Padahal abah anak sulung tu.

Yup! Saya setuju dgn teori tu.
Bkn sbb saya perempuan sulung.
Sebab kakak saya yg sulung.
Mmg jaga adik2 sampaila kami besar.
Tima kasih kakak...i love you so much!





semuanya bertampal

arryan dah sihat dah.
bila sihat..suara mommy la pulak bising...
mengemas..melasak..mcm2 benda dia nak buat.

teringat masa kakak demam dulu. payah betul nak pakai kan kool fever (yg tampal kat dahi tu).
geram.
everytime nak tampal..die punya melalak macamla kite nak kelar dahi die.

bila turn arryan. relax je.

macam2 cara nak pujuk kakak..last2 letak jugak kat bebe die. barula die nak pakai koolfever tu.
pernah ambik gambar susun bebe n ade kakak demam.nnt saya try cari semula gambar tu.

tetiba nak buat kat arryan.

ini la hasilnya...




org takde mood nak suh posing...kekekeke...

Aktiviti bangun pagi

Budak berdua ni comel.celik2 mata je dua2 layan charlie n lola.kakak mmg favourite die...adik layannnn.
Dptla mommy kemas umah.. :)

Oppss arini arryan turning 5 months.pantas masa berlalu. Dah pandai meniarap..usik2 kakak esp kalau bangun tgh mlm...die akan cuit2 kakak...ajak main la tu. Kdg2 kalau kakak peluk bebe...die tarik2 bebe.tak psl2 bebe dah ada 2 anak angkat.hahaha...


Pages - Menu