Terima kasih en Mot

ok..
sambung sket tajuk entry

Terima kasih en Mot kerana membahagiakan mak dan abah walaupun sekejap je.

1st..sori sbb lama tak update. sebab? malas + bz (alasan biasa.hehehe)

2nd..baru perasan takde entry utk ucap selamat menyambut ramadhan dan selamat menyambut hari raya.

3rd. uihh..byk benda nak citer..pasal btn..pasal pregnancy...psl mcm2..satu2 ok.

berbalik ke topik asal.

Mot adalah seekor kucing. kaler kelabu. ekor kontot pastu kat ujung mcm ada patah sket.

mak memang anti-kucing. dr kecik sampaila kitorg besar.jgn harapla kucing nak masuk dlm rumah. abah memang syg kucing.tp kerana menghormati-pasangan, terpaksala korbankan minat.

tipulah kalau tak pernah bela kucingkan. pernah sekali, masa kecik2 dulu.kucing tu kaler kuning.kitorg panggil die manja. hmm..lama gak la die idup. pastu mati.pastu, terus mak anti-kucing semula.

sampai la satu ketika, kira2 dua bulan lepas. wah kemain mak dan abah cerita pasal sekor kucing nie. baik perangai laaa....dengar cakap laaa...tak pandai manjat meja makan laaa...semangat betul. hari2 citer pasal kucing. nasib baik kucing, kalau org dah dapat la adik angkat sorg lagi. abah bagi nama comot kat kucing tu. bila balqish balik, die pulat tukar panggil Mot. Balqish yang anti + takut ngankucing pun dh mula sayang + bergurau ngan Mot. Mot nie plk, perangai die..kalau xde org die duk la main2 + melepak dlm rumah. kalau ramai org, die mula la bawak die..duk kat luar. kalau psl makan, toksah citer laaa...tak sempat Mot nak bukak mulut nak mengiauuuwww...die dah dh diberi mkn. memang kenyang la jadi kucing perliharaan en aziz nie.

raya tahun nie, raya pertama MOt dengan family kami. Tp Mot asyik bawak diri je konon2 merajuk. Mot nie manja tau ngan abah n eppy. masa raya ke-5 (kami kat PD) mak tepon bagitau Mot sakit perut cirit birit. sian Mot..layu je (mak cakap). tengok, Mot sakit perut pun nak bagitau sampai ke PD.

bila balik dr PD ke Kluang (sabtu ptg) sampai2 je mata abah dah bengkak. aikkk..tetiba balqish ckp " mommy..nenek ckp MOt dh mati"...aikkkk...

iyeaaa..Mot dah mati..mati sujud abah cakap.mulut dia keluar darah. tak taula apa puncanya. Yang paling sedih eppy laaa..melalak mcm tak ingat.pastu abah pulak. eppy ngan abah yg tanam Mot, mak plk tak sanggup nak tengok.

wahhh..panjangnya entry utk Mot. tetiba je ptg tu, ada sekor kucing nakal nie sibuk nak masuk rumah. memang nakal, panjat sana, panjat sini tp mak n abah tak suka. diorg cakap taknak kucing tu. tak sama mcm Mot...Mot..Mot...

ok Balqish, kalau awak baca nie masa awak dah besar nnt, tak tau la awak ingat lagi ke tak psl Mot. setiap kali jumpa kucing, semuanya awak panggil Mot.

kepada Mot..semoga berbahagia disana. doa2la mak n abah cepat2 dapat pengganti Mot. Sian diorg. dahla kitorg nie nak g jauh... eh..nape emo plk nie.

harap2 mak n abah dikurniakan cucu2 yang ramai dari akak n eppy lepas nie. aminnn...

1

Dear Darling n Balqish...

Yaaahuuu..today is my last day at Besut.
Pagi nie mummy ada test..doakan dapat jawab dengan baik yea.
camana sport day semalam?penat tak?banyak dapat hadiah?
ptg nie mayb Mummy akan gerak balik ke johor.
jangan tunggu mummy sbb mayb sampai awal pagi esok.

Balqish pergi sekolah yea.
jangan lupa ptg nie ada Kumon (homework dah siap ke blum?)

Love and miss both of you so much...

tak sabar nye nak jumpa awak berdua...RINDU....


2

Dear Darling n Balqish.

Today is Sunday.
Ruginya. mesti Balqish n papa bangun awal hari nie.
Yela..harini kan sport day.
Balqish..good luck tak. lari laju.
Darling...ambil gambar banyak2 tau..video sekali... ayg nak tgk nnt.

harap2 atuk n nenek dtg tgk balqish bersukan hari nie.
sori yea Balqish..mummy takde masa 1st sport day Balqish....mesti anak mummy comel...

hidup pasukan RED!!!

3

Dear Darling n Balqish...
hari ketiga mummy kat Besut.

hari nie sabtu...sila tidur sampai mata dah tak boleh tutup yeaaa... tu kan rutin kita sekeluarga.

Miss both of you so much..mmmmuuaaahhhh..

from,
Mummy.


4

Dear Darling n Balqish...

dah dua hari mummy kat Besut nie. Harap2 dah Ok n pura2 bz.
makan apa mlm tadi? Balqish ada teringat kat mummy tak?
Mummy rindu sangat pd kamu berdua.

ptg nie kalau tak penat, balik la kluang yea =)

Love u so much.

5

Dear Darling n Balqish..

masa nie mummy maybe dah sampai Besut.dah kena pakai baju putih.kain hitam. makan beratur...tidur dlm dorm.

balqish nakal tak? rindu mummy tak?jangan nakal2 yea.

Ptg nie jgn lupa hantar Balqish pergi KUmon n hantar borang yang dah diisi tu pada Teacher Haniza. (borang dlm beg kumon-jgn lupa sign)

pengorbanan

Kurang beberapa jam dari sekarang saya akan bertolak je utm...
jam 8pm kami akan bertolak ke Besut, terengganu.

Semakin hampir perjalanan..semakin hati berdebar2...jiwa semakin berat.

air mata toksah cakap laaa..dr semalam dah banyak yang tumpah.

Oh ye, semalam mak abah n eppy dtg. baru je dua hari lepas mak dtg.Dah dtg semula. saja nak meraikan berita gembira sambil nak tenangkan hati saya yang dirundum duka. duka utk meninggalkan anak dan suami utk 6 hari.

semalam biasa saja....lepas lepak2 makan2 steamboat pura kencana (sila cuba-berbaloi2)... saya berbual2 dgn mak. cuba nak lupakan kesedihan. tapi cinta hati suruh naik atas, teman Balqish nak tido. Saya naik ke bilik.

Mata Balqish bulat tgk saya. Saya tgk die...Saya ambil tangan dia..saya peluk dia..
"Balqish..esok mummy nak pergi work tau. Work for 5 days. Work dekat tempat jauh sangat. Balqish tinggal dengan papa yea. Jangan nakal2"

balqish angguk..sambil cakap " yea mummy...five days. nanti dah habis work mummy..mummy cepat2 balik yeaaa"

saya angguk...sambil berlerai air mata. Ya Allah..sesungguhnya saya akan merindui telatah anak kecil ini. Menangis...menangis..dan terus menangis....cinta hati biarkan saja saya luahkan rasa kesedihan..sambil saya kucup dan genggam tangan anak kecil saya.

pagi2...cinta hati nak hantar Balqish ke sekolah. Saya tidak bekerja. Tapi saya perlu ikut cinta hati hantar Balqish ke school sbb saya taknak dia ada masa saya nak bertolak nnt. Saya tak sanggup nak tgk die menangis nak ikut saya. Memang la saya akan patah balik dan takdela saya pergi btn tu.

Sebelum hantar Balqish..saya dah menangis sepuas2nya. Mak dan abah diam saja memerhatikan saya.Akhirnya mak bersuara "kena kuatkan hati. Bukannya lama sangat. lima hari je. mcmana anak nak masuk asrama mcm nie? mcmana anak nak belajar jauh kalau mak dia asyik menangis je. Tgk mcm mak nie..anak tiga2 sekolah asrama.jauh2 plk tu. mana pernah korang nampak mak menangis"

yea..saya akur. saya mengaku.saya memang cengeng.sket2 menangis...sket2 menangis. Mak memang kuat. saya memang tak setabah emak. Anak2 mak semua masuk asrama ketika umur 12 tahun. mula dr kakak di Kluang...saya di Kuala Pilah dan adik di Perak. memang mak tak pernah nangis depan kami tapi saya tau bila balik rumah mak nangis dgn abah. mak nangis depan kawan2 mak. Mak nak kami berjaya sbb tu mak pura2 tunjuk kuat depan kami. Kalau mak tak kuat, dah tentulah takde la lima tahun kami tinggal hostel.

Tapi ogy tak sekuat mak. Hati sayu nak tinggalkan si manja hati. Apatah lagi HP akan dipungut bila sampai kem dan akan dipulangkan semula selepas 5 hari. Ya Allah..memang la mati kutu. cinta hati kata kat sana nnt bz. Iyeaaa...tau.tp sblm tido mesti teringat2 suara nakal Balqish...Cinta hati pujuk lagi..."ayang kan ada bawa baby sama2.Tgk..baby pun nak teman ayang tau.Jangan sedih2...tak elok utk baby"

Ya Allah...ini memang satu pengorbanan. Pernah satu ketika saya pernah luahkan pada cinta hati " Ayang rasa nak pergi jauh2 sorang2..duduk sorang2 supaya masa tu ayang akan rasa sangat2 memerlukan abg dan Balqish". Menyesal dengan statement tu..Hakikatnya..mmg saya tak boleh hidup tanpa kamu berdua.Tp saya kena tempuh juga...

Ya Allah..kau tabahkan lah hati ini. Kuatkan lah semangat ku. Selamatkanlah perjalanan kami pergi dan balik. Lindungilah suami dan anakku Nur Balqish Qaisarah.

sekejap lagi cinta hati akan ambil dan hantar saya ke rumah kawan. Nak ke rumah kawan akan lalu school Balqish...Balqish, biar mummy tengok pagar school tu je sbb mummy tak sanggup nak bertentang mata dan ucapkan selamat tinggal pada Balqish. Cukup2 lah air mata.

Dear Darling n Balqish,
Take care..tunggu mummy balik tau!!!



Pages - Menu