Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

kejayaan demi kejayaan


sebelum ke sini saya ada dua org sahabat baik. rakan sejawatan.
tempat mengadu nasib.
nangis sama2.
ketawa sama2.

saya ke uk.
sorg lagi baru je sambung belajar ke utm.
sorg lagi insyaAllah akan terbang ke japan tak lama lagi.
Alhamdulillah..semoga kejayaan milik kami. Permudahkan urusan kami Ya Allah.

ada juga seseorg ni.
orgnya humble sangat.
saya tak rapat dgn dia.
masa master dia sambung kat uk.
dia tak g jalan2 pun.elaun tu dia kumpul2 n bila balik malaysia, dia hantar parents g haji.
Ya Allah..sayu hati dengar.
dia adalah seorg lelaki.
utk phd dia taknak sambung di luar negara sebab dia cakap "takde apa kat oversea tu.sama je.dalam or luar negara"

yup. dia sambung Phd kat uni dlm negara. tp saya tak sure sbb apa permohonan dia tak diluluskan padahal dia dh start phd setengah tahun n dia kena gak g luar negara. masa tu saya ingat lagi, dia risau sbb adik dia sakit n parents dah tua.

hari ini..alhamdulillah.. dia dah pun bergelar DR.
tahniah. saya sangat terharu.
saya kagum dengan semangat dia.
saya kagum dengan sifat humble dia.

semoga Allah transfer semangat n sifat humble dia ke dalam diri saya.

*sorry yea masa tgh down ni saya amat2 perlukan perkara2 yg memotivasikan saya.bila kenang sume ni naik sikit semangat.

bertahanlah duhai hati


hi sume.
eh.assalamualaikum.

hari ni kat rumah kluang ada kenduri.
kenduri kesyukuran mak abah balik dari umrah.
kenduri kesyukuran ima habis pantang.
kenduri kesyukuran kelahiran tuah iskandar.

seharian duk refresh fb sbb nak tunggu gambar.

sedih.

kakak pun tak balik.

mak abah eppy n ima je kat rumah.
bertungkus lumus masak dari semalam.

sayu hati.

mak abah..kalau ogy ada kat sana, confirm ogy balik.tolong apa yg patut.

sepanjang duk sini banyak family event yg kami terlepas.kenduri arwah.tahlil.kenduri kawen.

selain drpd baca yaasin setiap malam jumaat, kami gak akan buat kenduri tahlil sblm bulan puasa. yup..ada yg panggil adat. tp tak salahkan kalau kita buat yaasin baca ramai2 sedekah pada yg telah kembali ke rahmatullah, jamu org makan.peduli la apa org nak kata.

smlm call mak, tak cukup kaki tangan.
kesian kan.
so, hari ni mmg takkan call.sebab nanti sedih.
baik diam je.tunggu cool baru call semula. itu la saya.
sedih sendiri2 je.
tp pm adik pun, mak mcm nak demam. sebak dada dengar.

saya duk kampung, manala ade catering2 sume ni.

takpe lah.

bertahanlah rozi.

tak lama je lagi.

tak lama je lagi...

Angin kuat

Pagi ni x larat gile nak hantar balqish g school sbb sejuk.

Ok...hari2 sejuk.tp pagi ni mmg sejuk.bila keluar rumah je angin kuat giler.siap beralih stoke.mayb sbb rumah kami atas bukit sket kot tu yg angin kuat.serious menggigil.

Balqish cam biasa la seronok je g school.td teacher dia remind me next week 26 mac ada lawatan g museum.kena byr sepound. Parent kena ikut.alaaaa...museum tu sblh je ngan school saya.layan je la.yg penting budak2 happy.apa la yg saya nak pack utk lunch nnt.kena pikir ni.

On the way balik rasa nak singgah kedai tp malas la.rasa nak cpt je sampai rumah. Sambil berpikir2 tu saya jalan belakang org kulit itam ni.rasanya dia baru dtg sini sbb sblm ni takde.masa mula2 dia dtg, mmg menarik perhatian ramai sbb dia tak pakai stroller.dia lilit2 badan n letak anak dia.macam comfy je anak dia dalam balutan tu.tp mak dia badan besar, boleh la buat camtu, kalau saya x sempat sampai school arryan dah terlorot ke bawah kot.hahahaah. Ni gambar curi2 yea.kalau ada kesempatan saya nak tau camane die lilit n bape minit utk buat lilitan tu.guna kain selimut ok.

Sudahnya saya ikut je blkg dia sampai terlepas kedai.hahahahah.ptg ni lps ambik balqish nak jalan2 cari makan la. malas nak masak :p

Single mother

Smlm darling saya je manchester.ada dua kawan dia sama2 keje sprm dulu dtg.nak g jalan2 uk katanya. Kalau kami ikut, tak muat plk kete.lagipun balqish kan school.so, tinggal saya n anak2 kat ncl ni.dua malam plk tu.selasa baru balik sini semula.

Risau gak sbb tak pernah2 lagi tinggal bertiga ngan anak2. Kalau kat malaysia ni confirm saya dah balik rumah parents.hahahaha.

Smlm lepas je hubby gerak, saya terus keluarkan tilam letak kat living room.kitorg akan berkampung dpn tv 3 hari ni.senang sket.nak tido lewat pun takpe.lg pun , saya boleh buat keje sambil arryan tgk tv kan.

Mlm semalam kul 8pm tetiba balqish tanya apasal daddy take so long time keluar rumah.oh dah rindu rupanya.bila face time dah menangis plk.wookeh, balqish tak pernah berpisah ngan daddy.kalau saya yg g jauh, dia relax je.saya la yg duk meroyan melalak.arryan plk x paham apa2 tp setiap kali face time dia nak muka dia je ada. Bila tiba turn kakak dia marah.arryan..arryan.

Ptg smlm arryan tido lama.mlm dah susah nak tido.biasanya sblm 8.30pm arryan dah tido.nasib baik ada citer kingkong so, kitorg anak beranak melayan la citer tu sampai abis.pandai plk arryan takut bila kingkong tu keluar.hahahahah.

Ok darling.we miss u so much! Cepat2 balik ye.

Hari ini hari saya!

Kalau kat malaysia, mother's day kan bulan may kan? Kalau kat uk bulan mac.tahun lepas mother's day adalah hari ke tujuh lepas bersalin kan arryan.mula2 mcm tak caya...eh bukan ke mother's day bln mei.

Segar dlm ingatan, pagi2 lagi darling saya n balqish dah keluar.pegi beli barang katanya.tetiba balik bawak kad, bunga n hadiah.

Balqish suka surprise2 ni...beria dia! Terharu wokeh.

Hari ni balik2 keje darling ku ucuk2 tu dah panggil2 balqish suh turun.tp balqish kan tak berapa sihat, melepek je tido.arryan pun tgh tido time tu.terus je dia hulur kat saya bunga.bukan satu.dua hokey.hehehe.anak dua, bunga kena dua jambak ye.

Happy yeah!!! Mmg patut para suami menghargai isteri.streessss ok nak ngandung, bersalin lagi.bukan benda mudah. Salute to myself.bravo! Muahahaha.

Gambar takde caption sbb update guna iphone saje.layan je la ye.

Hahaha.pastu sempat dia ngumpat saya dalam fb sbb sebelum tu saya tanya.nak beli handbag ni yg bunga2 ke yg plain.dia ckp bunga2 tu nampak fresh.plain tu nmpak elegant.ambikla dua2.tanjat saya tau.tetiba baik.pastu ngumpat.nakal wokeh.







Nasi lomak buah bidara

Pagi2 ni i breakfast nasi lemak.

Wow!!!terasa mcm kat malaysia plk.gigih buat sambal ikan bilis semalam sbb sblm ni mmg tak pandai buat.masa mak dtg dulu dua tiga kali gak la suh mak masakkan nasi lemak.

Tp yg ni air tangan sendiri.weeehuuu.

Syiok.

Pagi2 minggu makan nasi lemak n air neacafe sambil melayan sehangat asmara.

Eh hari ni mother's day. Happy mother's day to all mommies out there. Balqisj dah bawak balik dua tiga kad. Dah wish start jumaat lepas :)



hari sadis


hari ni sadis.
ok.angin tak sekencang semalam.
cuaca panas.sunny day.okla.
weather ok.
hantar balqish g school pun smooth je perjalanan.

selalunya setiap jumaat pagi ada meeting ngan sv. sv akan datang dari satu meja ke satu meja student under his supervision.

harini dtg lab lewat.sampai2 lab nmpk sv keluar dari lab.
aik..buat muka nak jumpa. dia tanya skang ke? jawab boleh je.
pastu die ckp..bg die 10 minit.jap lagi dia datang meja.
ok.

10 minit. takde.
20 minit.takde.
30 minit.nampak sv naik tangga terus g meja sanaa.
alaaa.ok.tunggu.

pas meja sanaa terus je die g balik ofis.time tu dah pkl 12.30pm.
terus kejar die g ofis.
sampai ofis nampak die siap2 nak g lunch.
die ckp "lupa nak jumpa. ok.jumpa semula sblm 2.30pm"

lepas saya lunch..eh harini bekal sardin.sedapnya sardin kan?
solat zuhur.pastu trs nak g ofis sv.
tgk2 die tgh2 berckp2 depan 4-5 org students.
pastu ternampak saya n die ckp "jap lagi saya dtg semula"

skang ni dah pkl 2.53pm.
mcm takde harapan je.
waaaa.sedih.kecik sgt ke saya sampai dia tak nampak saya.
next timt jumaat kena dtg awal2 pagi jumpa die.

tu saje luahan hati saya di hari jumaat.

selalunya lepas jumpa, sabtu barula boleh bersuka ria.
selagi tak jumpa selagi tu la rasa stress.padahal tetiap minggu jumpa.hahaha.

*update: ish macam tau2 je sv nie saya tgh tulis pasal dia.baru dapat phone call kul 3.02pm..dia kata sori.die bz sangat.tak sempat nak jumpa.next week seminggu die nak g sweeden. jumaat pagi baru boleh jumpa.ok boss.it's ok.selagi awak tak lupakan saya.hahaha..glynn...glynn.

anak

sepanjang bercintan cintun kan..tak pernah pun tanya kat darling saya "darling..awak nak anak berapa org ek?" tak pernah ok.

bila dah kawen.
tahun pertama pun tak pernah.
bila dah dapat balqish.
tak tertanya lagi.
bila tgh2 nak dapat arryan.
memang la langsung tak terpikir sbb rasa anak sorg je kan. so sad.
bila dah dapat arryan.
barula berteka teki.
"eh...kita nak anak bape org nie?"
"tiga cukup kot"

darling saya balas "tak cukup.lima baru cukup"

aiyookkk.
bila nak cukupkan lima tu.

tetiba rasa..dua cukup la kot.
by the time balqish masuk secondary school arryan br masuk primary school.
balqish graduate uni (insyaAllah)...arryan baru nak masuk uni.
ok la tu.
balqish kawen. arryan ada lagi.
arryan kawen? melopong laki bini.hahaha

korg percaya ngan teori pusat tak?
org tua2 ckp kalau pusat dalam kawen ngan org jauh.
kalau pusat tak dalam kawen ngan org dekat je.

hahaha.
pada saya teori tu betul!

kalau tengok pusat.pusat arryan dalam.mayb kawen ngan org jauh.
pusat balqish tak dalam.kawen ngan org pura kencana je kot.hahaha.

tp bila tgk org pregnant..rasa nak anak lagi. tp tknak la berjaga malam.hahaha.

banyaknya hahaha.

kesian betul org dari negara cina kan.boleh dapat anak sorg je.kalau yg 1st pompuan baru boleh dapat anak ke dua.
kat lab nie ada lebih kurang 10 org chinese.sume takde adik beradik.
diorg ckp kadang2 kalau dapat baby girl diorg bunuh ok.sbb nak baby boy.mcm zaman jahiliah je kan.nauzubillah..

yang penting..dah dapat anak.jaga amanah tu baik2.benci betul bila baca paper citer pasal org buang anak ni.geram!!
ok tu je bebelan pasal anak utk hari ni.
can cin cau!

kenape?why?

kenapa rajin sangat update blog ni?

ok.meh sini saya citer.
saya ni suka bercerita..berkongsi2 pengalaman..minta pendapat.cerita pasal anak2.
biasala...pompuan kan.
masa kerja dulu,ramai member. seronokla bercerita. berkongsi cerita sebenarnya.
yg selalu kena dengar of course la mun n k.anim.
pastu setiap hari call mak kat kluang.
bukan sekejap...berejam2.sampai darling saya pun duk argue apebenda la yg saya duk bergayut berjam2 ngan mak. setiap hari ok. tu pun weekend jumpa lagi either parents dlm pura kencana @ kami balik kahang.
pastu kalau akak balik.lagila panjang cerita.
uishhh...taip pun dah mengah.
tu masa kat malaysia.

bila sampai newcastle....masa bercerita dah pendek.
yela beza 8 jam.
masa saya tidur ...mak dah bangun.masa saya bangun mak dah tido.
tp still...setiap bln banyak gak kena beli prepaid top up telefon.
ym toksah cakap la. esp masa pregnant.takde budak kecik kan..syokla bercakap berjam2.

pastu..kalau g lab ada suriana.syokla..kongsi2 cerita pasal anak2.

sebenarnya, bila dah kongsi cerita akan rasa lega.ke saya sorg je yg camtu?korang rasa tak?
pastu masa parents ada lagila banyak berbual kat rumah.
kalau perasan start bln sept sampai nov last year mmg tak banyak update blog pun.

bila parents dah balik malaysia.
suriana dah balik malaysia.
takde kawan dah nak borak2.
nak call mak lama2 pun arryan kacau.
so, ape lagi.tulisla kat blog.
tu la sebabnya makin banyak entry esp lepas parents balik malaysia.
lagi satu, setiap pagi lepas darling saya balik kerja,saya akan pergi lab.
servis bertukar tangan.masa berbual hanya dalam kereta dalam perjalanan nak g lab.
pastu saya balik dari lab dah petang.balik rumah..masak2 makan pastu darling saya dah tido.
tak sempat nak berbual panjang n kadang2 tertinggal points.kadang2 peristiwa pagi2..bila malam dah lupa.

tu la sebabnya update kat blog je.
saya tau..salah sorg regular reader saya adalah shahrizal.hahaha!
senang kan? yg bestnya kalau nak recall balik pasal something..boleh review kat blog.
kan best!hahahaha.

ok.tu la jawapannya sebab apa saya dah rajin nak menulis.
harap2 rajin jugak menulis paper selepas ni..Amin.


Yeehuuu..i got it!

Ingat tak dedulu saya ada mention pasal pandora? Punye la duk usha...last2 smlm saya dh berjaya memilikinya! Best hokey.gembira rasa hati.
Semestinya la si cinta hati yg belikan.skang. ..tiap2 bln kena study la plk nk beli charms bentuk apa utk melengkapkan gelang pandora tu.hehehe... X sabar nk raya!


selamat dtg 2012

lambatnya la update...
ok..takpe..
selamat tinggal 2011...
alhamdulillah...
banyak azam 2011 dah tertunai.walau pun azam tu sebenarnya carry forward dr thn 2009, 2010 lagi.
yang penting dah tertunai kann...

penting ke azam tu?
azam tu lebih kurg mcm target laaa...kalau ada target ok ape.
contohnya..tahun nie azam saya nak beli rumah.so,ada time line laaa...kalau dah bln 9 tak beli2 rumah lagi harusla mengelabah..sbb dah nak ujung thn.tapi takpe..azam tu boleh di carry forward.takde sapa pun nak marah kalau tak tercapai.

untuk thn 2012 nie..saya harap yg baik2 saja utk saya n family.
sedang bersedia utk menerima kehadiran org baru dlm keluarga.
-adik baby
-adik2 ipars... ima, n fairudz (oohhh...2 org akan kawen pada awal thn 2012 - dan kami tak dapat hadiri =( )

-tunggu mak abah / family dtg melawatkami disini.
-kumpul duit lebih banyak (yg nie target bersama mr darling).

opsss..yg penting..
-progress yg bagus utk PhD. akan ada satu school conference ujung jan nie.pastu target at least nak g satu international conference sblm ujung tahun nie.insyaAllah-doakan yea.yang nie mmg kena rajin

ape lagi?
-travel?
-mungkin akan ke kota london (utk pendaftaran adik baby laaa..merangkap jln2)
-yg lain2 tu biar mr darling uruskan..saya mengikut je.yang penting fokus PhD.

lepas bersalin
-target..mesti kembali ke berat asal...mesti ok.so,kena berpantang dengan penuh dedikasi.
-nak menyusukan adik baby sekurg2nya 2 thn.insyaAllah...Ya Allah..perkenankanlah..harga susu formula mahal kat sini.

itu je la kot..akan diupdate dr semasa ke semasa yea.

semoga semuanya akan dapat kehidupan yang lebih baik pada 2012.Aminnn...


yeayy..sudah tau buat bun tuna

dr kat mesia lagi dah teringin nak blaja buat roti sendiri..
sbb suka makan roti yang kecik2+ inti banyak...wow! heaven!

akhirnya impian jadi kenyataan bila sorg kakak nie offer nak ajar buat bun tuna.
seronoknyaaa...

apa lagi.terus laaa...salin recipe n blaja.

jadi ..gebu ..sedap n darling...i nak beli bread maker yea...yeahhh =)


Roti Tuna
Bahan2

120ml susu segar
50g telur =sebiji telur sederhana besar
300g tepung roti (allison)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
******************
2 tin tuna
1/2 biji bawang besar
mayonis +lada hitam sket
Cara-cara

Masukkan semua bahan untuk buat roti ke dalam breadmaker. On kan.. tunggu siap
Bila dah siap, keluarkan angin dan bahagikan kepada 12 bahagian. Buat bentuk bulat dah rehatkan selama 10 minit.
Buat bentuk panjang lebih kurang 30-35cm dan buat macam bentuk ikatan.
Buatlah silang-silang sampai bertemu kedua-dua hujungnya. Buat sampai habis roti. Biarkan naik 2 kali ganda.
Sapukan roti dengan telur. Campurkan tuna, bawang dan mayonis. Letaklah dibahagian tengah roti.
Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 10-12 minit





toce toce

weeee...weeee....

minggu lepas adik call tanya..ada nak suruh beli apa2 tak?
wah..bile dioffer..terus jelaaa
order mcm2...
esp benda yang tak jumpa kat sini laaa
bergegas la eppy g beli sana sini..bungkus n then pos.
guna pos m'sia je.pos laju ( udara)...dlm 4 kg ++ = RM270.ok la tu kan?
sebabbb...pos hari rabu.hari jumaat dah sampai...
weee weee...
sanggup x bagi mr darl bukak dulu (masa tu saya kat school) sbb nk bukak sendiri.
bukak kotak yang dibalut oleh family - salah satu cara hilangka rindu.
yelaaa...lepas tgn diorg balut, tangan saya plk bukak -hahaha..dah giler rindu nie.





ok...meh check brg2.

1. maternity jeans. kat sini ada tapi susah nak cari size + malas nak berjalan kat mall utk carik.sbb kat m'sia ada satu kedai nie yg betul2 memenuhi kehendak. memang best.cuma haritu sblm fly beli 3 helai je.mana cukup.so, suruh eppy beli lagi 3 helai. ingat senang ke nak cari adik lelaki (bujang) sanggup belikan maternity jeans utk kakak die.hello..die pergi sorg2 tau! hasilnya? 3 helai yang sama colour...OK la tu.=P



2. nie br yang tak dipesan. atuk laa...dulu setiap kali dtg umah mesti bwk buku 3/4 keping.so, bila cucu sorg dah jauh, xdela beli buku lagi.so, dieambik kesempatan la kirim buku kat Balqish.seronok betul balqish. atuk kemain balut lagi buku tu.
kesana kesini balqish usung bukutu.la nie...tgh sibu mengalerrrr... tima kasih atuk.

3. ini adalah kain utk bedung.kat sini mana nak carik. tapi mak suh baby berbedung jugak. so, eppy + ima beli kain, mak jahitkan, abah tolong basuhkan. terima kasih semua. bila cium bau bedung bau sabun basuh kat rumah kluang.rindu.dpt cium bau sabun pun jadila.



4. alih2 ada pilis pulak.hmm..mak punye keje la nie.ok..nak kena pakai skang ke?kekeke...pastu ada segugus getah ikat rambut.tp salah beli daaa..almaklumla org yg beli sume jenis tak ikat rambut.takpe..alasan diterima.

5. ada lagi..telekung nipis sket utk bawak pegi school. senang. siap beg kecik lagi. terima kasih ya sbb bersusah payah.sgt2 menghargai jasa kalian. opppsss...hari tu solat kat mosque uni tetiba ada org tegur "eheemm..ehemm..i like ur dress" -sambil tunjuk telekung saya. " oohh..it's made in m'sia"...kalau ada lebih boleh la saya sedekahkat awak.tapi saya pun ada bawak 3 pasang je.

ok...dah syok2 bergumbira baru perasan balqish nak kena injection lagi. terus bergegasg klinik.appoinment pkl 4.40pm. sib baik klinik kat hujung bangunan nie je.

apa lagi balqish..melalak2 la....sian die.mr darl pegang die kuat2. saya?kat sebalik pintu sbb tak sanggup nak tgk.(belum ada kekuatan)...kekeke



lepas melalak dapatla sticker "I was brave today".suka la die....lalallaa..


ohh..sambung cerita sket.lps hantar balqish ke klinik pegi kedai buah n nampak pisang tanduk.beli empat btg pisang.(betul ke?mcm pelik).

dan pagi ini...for the very first time berjaya bancuh tepung utk goreng pisang+ buat sambal kicap. dulu,kalau nak makan pisang goreng tunggu mak dtg n tolong bancuhkan tepung pastu saya simpan. sambal kicap plk adik tolong buatkan banyak2. tapi kali ini berjaya. mr darl balik kerja je dpat makan pisang panas.

meh bagi resepi 'sambal kicap versi amai'

bahan
1. lada kering 4 btg
2. bawang putih 2 ulas
3. kicap masin + kicap manis
4. gula
5. lesung batu

bahan 1 and 2 tu kena goreng ngan minyak.sampai garing sket pastu tumbuk..pastu letak kicap masin + kicap manis, garam sket, gula sket.mesti pekat kan...letak air panas sket..pastu ngapp...yeahhhh..lazat.

doa seorg kakak

mlm td seperti biasa..sebelum tido, selepas bermaaf2an balqish tadah tangan...
berdoa

"Ya Allah...berilah mommy kuat dan sihat. berilah adik baby keluar sihat. saya nak main2 dgn adik baby nnt.Amin"

tergelak saya dengar doa balqish. lepas tu die terus cium perut saya.

Balqish : Mommy..nnt bila adik baby nak keluar, mommy kena baring atas katil putih.lepas tu nnt doktor ambil adik baby dr bawah katil.lepas tu..baru la boleh main dengan adik baby.

kelakar betul dgr imaginasi balqish.seronok betul die nak dapat adik dah tak sabar agaknya.sekarang nie kalau merengek nak toys die guna nama adik baby "toys tu utk adik baby main laaa"...

dan hampir setiap hari saya bisik kat telinga Balqish "balqish,awk tau tak..awak la harta paling bernilai yang Allah pernah anugerahkan pada mommy.Mommy bersyukur sgt ada awak kat sisi mommy"

respon Balqish? senyum jeee...






halwa telinga

mari dengar lagu ini..mau meleleh air mata tau...
walau dah 5 tahun saat itu berlalu...
akan dikenang sampai bila2.




ceciter besut


Ok meh sini citer pasal BTN ek.
memang dulu utk sah jawatan dah kena pergi BTN tp utk study oversea kena pergi BTN lagi.

memula rasa sedih + geram + malas + xde mood.

sebab kena g jauh....Besut, terengganu. sib baik la last minutes cik pej pendaftar tu tepon bas utm n bas utm sudi tumpangkan saya n ain..so...ok la kan.

gerakla sesama ain dari parit raja ke utm.lepas maghrib tunggu bas sampai.sblm tu..berkenal2an dengan staf dr utm. alhamdulillah...takdir Allah..kami semua satu kepala n giler2.hilang sket tension.

oohhhh..perjalanan beribu batu. dlm bas tu cuma ada 8 org je,so pilihla mana nak duduk. memang dah mcm2 gaya nak sesuaikan diri nak tido.bangun tido bangun tido..dlm kul 7am sampai la kat kem tu.

daftar..dapat cadar + selimut + sarung bantal...then cop katil...

lebih kurang sama je modul dia ngan btn biasa cuma banyak gak kelonggaran.

telefon? masa awal2 urusetia ada tanya " sorang ada bawak berapa biji hp"..hahaha..sbb tau kot mesti ada yg standby bawak hp lebih.kih kih kih..saya la tu. so, hp takkan diambil kecuali masa aktiviti sdg berjalan hp kena kutip masuk dlm bekas. alaaa..ada hp pun line tak clear.tapi jadilah utk pengubat rindu.

conclusions:

1. rasanya program ni, rakyat malaysia kena hadir at least 5 thn sekali. baru la..ada feel cintakan malaysia. sampai situ memang insaf. takut kalau negara kita yg aman damai nie jadi mcm negara lain tu. lagi2 bila nyanyi lagu " disini lahirnya sebuah cintaaaaa"...alaaaa..lagu sudirman Warisan.





memang sedih + touching giler n sayang giler kat Malaysia.

so, sesiapa yg berniat nak jadi pemberontak tu fikir2kan la. esp yg ditaja belajar kat luar negara, jgn lah dok kutuk2 kerajaaan. kalau kerajaan kita tak mantap, tak dapatlah kita belajar kat luar negara tau!

2. Jangan lupa bawak cetong..tau tak?tak tau tanya org kola pilah. dulu den skolah kat nogori.tengok senarai peralatan yang perlu dibawa, ada perkataan cetong.pobondo tu? hahaha...carik k. (linda...senyap yea). pastu satu yang penting bawak kain batik utk basahan (mandi)..sbb mandi pakai kolah je.cepat dan menyamankan. nak tunggu air baldi penuh dlm toilet..tak mandi la jawabnya.

3. bawaklah hanger beberapa keping utk sidai pebenda yang patut.

4. mcm saya mmg dah siap2 bawak baju putih 5 helai + 3 helai kain hitam + 5 helai tundung = dah gosok siap2 kat rumah.senang citor. takdelah nak numpang seterika org utk mengiron. plug plk satu bilik (20 katil) adalah lbh kurang 1 je plug boleh guna.sadis tak?

5. Bawaklah baju kurung biasa selai + kain batik lebih utk persembahan last day tu. selalunya memang kena nyanyi2 lagu patriotik.

6. setiap waktu di kem adalah sgt berharga. kalau boleh 5 minit pun nak tido kat atas katil. sbb kena bangun awal n aktiviti agak menuntut kefokusan minda jugakla.

7. haaa...bawak air mineral 2 botol besar siap2 + asam boi + gula2 mentos @ apa jua makanan utk hilangkan mengantuk.

8. bab tudung tu, takyah la nak pakai tudung yuna yuni nie. tak sompek. org dk tgk tudung korang je. Best kat kem tu, tak kira la ko jawatan apa...Dr ke...pakar ke....semua sama je sbb kena pakai baju putih kan.

tu je la perkongsian saya pada kali ini. yang penting kalau boleh mmg tak sanggup nak tinggal anak dan suami lagi...huwaaa.len kali buat btn kat ofis tpt kerja aci tak?kekeke.










pengorbanan

Kurang beberapa jam dari sekarang saya akan bertolak je utm...
jam 8pm kami akan bertolak ke Besut, terengganu.

Semakin hampir perjalanan..semakin hati berdebar2...jiwa semakin berat.

air mata toksah cakap laaa..dr semalam dah banyak yang tumpah.

Oh ye, semalam mak abah n eppy dtg. baru je dua hari lepas mak dtg.Dah dtg semula. saja nak meraikan berita gembira sambil nak tenangkan hati saya yang dirundum duka. duka utk meninggalkan anak dan suami utk 6 hari.

semalam biasa saja....lepas lepak2 makan2 steamboat pura kencana (sila cuba-berbaloi2)... saya berbual2 dgn mak. cuba nak lupakan kesedihan. tapi cinta hati suruh naik atas, teman Balqish nak tido. Saya naik ke bilik.

Mata Balqish bulat tgk saya. Saya tgk die...Saya ambil tangan dia..saya peluk dia..
"Balqish..esok mummy nak pergi work tau. Work for 5 days. Work dekat tempat jauh sangat. Balqish tinggal dengan papa yea. Jangan nakal2"

balqish angguk..sambil cakap " yea mummy...five days. nanti dah habis work mummy..mummy cepat2 balik yeaaa"

saya angguk...sambil berlerai air mata. Ya Allah..sesungguhnya saya akan merindui telatah anak kecil ini. Menangis...menangis..dan terus menangis....cinta hati biarkan saja saya luahkan rasa kesedihan..sambil saya kucup dan genggam tangan anak kecil saya.

pagi2...cinta hati nak hantar Balqish ke sekolah. Saya tidak bekerja. Tapi saya perlu ikut cinta hati hantar Balqish ke school sbb saya taknak dia ada masa saya nak bertolak nnt. Saya tak sanggup nak tgk die menangis nak ikut saya. Memang la saya akan patah balik dan takdela saya pergi btn tu.

Sebelum hantar Balqish..saya dah menangis sepuas2nya. Mak dan abah diam saja memerhatikan saya.Akhirnya mak bersuara "kena kuatkan hati. Bukannya lama sangat. lima hari je. mcmana anak nak masuk asrama mcm nie? mcmana anak nak belajar jauh kalau mak dia asyik menangis je. Tgk mcm mak nie..anak tiga2 sekolah asrama.jauh2 plk tu. mana pernah korang nampak mak menangis"

yea..saya akur. saya mengaku.saya memang cengeng.sket2 menangis...sket2 menangis. Mak memang kuat. saya memang tak setabah emak. Anak2 mak semua masuk asrama ketika umur 12 tahun. mula dr kakak di Kluang...saya di Kuala Pilah dan adik di Perak. memang mak tak pernah nangis depan kami tapi saya tau bila balik rumah mak nangis dgn abah. mak nangis depan kawan2 mak. Mak nak kami berjaya sbb tu mak pura2 tunjuk kuat depan kami. Kalau mak tak kuat, dah tentulah takde la lima tahun kami tinggal hostel.

Tapi ogy tak sekuat mak. Hati sayu nak tinggalkan si manja hati. Apatah lagi HP akan dipungut bila sampai kem dan akan dipulangkan semula selepas 5 hari. Ya Allah..memang la mati kutu. cinta hati kata kat sana nnt bz. Iyeaaa...tau.tp sblm tido mesti teringat2 suara nakal Balqish...Cinta hati pujuk lagi..."ayang kan ada bawa baby sama2.Tgk..baby pun nak teman ayang tau.Jangan sedih2...tak elok utk baby"

Ya Allah...ini memang satu pengorbanan. Pernah satu ketika saya pernah luahkan pada cinta hati " Ayang rasa nak pergi jauh2 sorang2..duduk sorang2 supaya masa tu ayang akan rasa sangat2 memerlukan abg dan Balqish". Menyesal dengan statement tu..Hakikatnya..mmg saya tak boleh hidup tanpa kamu berdua.Tp saya kena tempuh juga...

Ya Allah..kau tabahkan lah hati ini. Kuatkan lah semangat ku. Selamatkanlah perjalanan kami pergi dan balik. Lindungilah suami dan anakku Nur Balqish Qaisarah.

sekejap lagi cinta hati akan ambil dan hantar saya ke rumah kawan. Nak ke rumah kawan akan lalu school Balqish...Balqish, biar mummy tengok pagar school tu je sbb mummy tak sanggup nak bertentang mata dan ucapkan selamat tinggal pada Balqish. Cukup2 lah air mata.

Dear Darling n Balqish,
Take care..tunggu mummy balik tau!!!



Alhamdulillah Ya Allah

Alhamdulillah...subhanallah...

bersyukur ke hadrat Mu Ya Allah...

dari semalam sehingga ketika ini, tak berhenti ucapan tahniah dan doa semoga semuanya selamat dan dipermudahkan disampaikan kepada kami sekeluarga.

terima kasih kepada mak dan abah yang sentiasa positif dan tak putus2 beri semangat dan galakan utk kami beri seorang lagi zuriat pada keluarga kecil ini.

terima kasih kepada mak ayah mertua yang gembira + ceria dengan berita yang disampaikan .mak cakap.."a'ah laaa.pandaila baby nie..die nak ada dlm perut mak die masa mak die tgh belaja.harap2 jadi mcm Balqish"

terima kasih kepada akak (even tak sampai hati nak bgtau die, tp mak bgtau).semoga selepas ini rezeki utk akak plk. jangan putus asa, berusaha dan berdoalah.

terima kasih kepada eppy walaupun tak tunjuk rasa gembira teruja tp akak tau ko mmg mcm tu. mlm nie kite celebrate mkn steamboat yea.

terima kasih pada adik2 ipar yang dh mcm adik sendiri, kongsi suka duka...esp syahir n wanie. akak baca sms korang pada banglang.

terima kasih pada dua sahabat baik K.anim n Mun <--kamu antara orang terawal yang tau. Mun dah dapat agak, tp k.anim mcm nak nangis sbb mcm tak percaya n sampai ckp"akak rasa, it is a miracle kalau betul2 rozi pregnant" .yup akak..saya memang positif hamil.

terima kasih juga kepada sahabat baik khairayu..walaupun jauh. ko dapat agak aku tgh gembira.kita kongsi kegembiraan sama2. anak kita akan lahir pada tahun yang sama. bulan je beza sket.dan thanks for the tips...

terima kasih pada marina dan nina atas kiriman sms.

terima kasih pada huda sbb call n excited + gembira giler sampai pesan mcm2 suruh jaga diri baik2 sbb nak pregnant nie bkn mudah.

terima kasih pada hanis dan k.sha atas doa dan ucapan yang diberikan.

paling tak disangka banyak dapat ucapan tahniah dlm fb..of course fb shah laaa...saya kan pasif fb.

Alhamdulillah..memang tak sangka. Berita kehamilan saya kali nie memang membuatkan ramai org gembira...teruja...apa lagi.Iya..itulah yang saya harapkan.Rasa mcm baru first time pregnant plk. Saya sentiasa mengharapkan kehamilan yang dinanti2..yang ditunggu..

fyi, saya masih di awal kehamilan bak kata k.anim "rozi, jaga kandungan baik2.belum tentu lagi die rezeki utk kita.so, kena banyak2 doa"...iyea kak...

mungkin ada ramai yang tak setuju bila terlalu awal buat pengumuman...tapi bagi saya.itu bukan satu isu sbb...

1. Saya perlukan doa kalian...Saya akan pergi btn di Besut terengganu pada khamis nie. Akan bertolak dengan bus dr utm.perjalanan jauh + tak selesa. btn yang tak tau tough ke tidak. minta semua doakan perjalanan saya selamat. Saya telah minta surat dr doktor harap2 saya dibenarkan utk tidak menyertai mana2 aktiviti lasak dan harap2 baby dlm kandungan baik2 saja.

2. Saya mahu berkongsi kegembiraan ..yelaaa..asyik2 citer nak ambik anak angkat laaa...sedih Balqish takde adik laaa...kali nie kongsi cerita gembira laaa...

3. Saya mahu bertukar2 pengalaman dan fikiran ..yeaa..sudah 4 tahun meninggalkan dunia hamil.baju pregnant ntah dah kemana2.kalau senyap je.nnt dah terlepas pelbagai tips awal kehamilan.

4. Saya tahu org disekeliling saya semuanya supportive. lambat laun perut akan membesar jugak.apa salahnya bagi tau awal.lagipun jika ada rezeki, kami sekeluarga akan memulakan hidup di suatu tempat...tempat yang asing bagi kami. so, selagi ada di bumi malaysia nie, kami nak berkongsi kegembiraan dgn semua. bila dah jauh dah tak best dah...

akhirkata...sekali lagi ucapan terima kasih pada semua. Saya amat-amat memerlukan DOA kalian..supaya kehamilan saya pada kali dipermudahkan, lahir baby yang sihat, cergas, cerdik,sempurna segalanya. Dan satu lagi DOAKAN semoga dipermudahkan segala urusan cuti belajar saya. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas budi kalian.

update : alhamdulillah, cuti belajar saya dah lulus peringkat KPT.tinggal nak lengkapkan beberapa perkara...passport..visa pastu terbang....

Ya Allah...Kau permudahkan segala urusan kami. Jika itu rezeki untukku, kau bukakan lah jalan.

cerita ceriti

dah tgk super 8?
pegila tgk....seronok + tak boring + best dr mula sampai la akhir.
thanks cinta hati sbb belanja...dah lama kite tak tgk movie kan.
mula2 balqish taknak tgk sbb ingatkan tgk citer hantu rasuk tu...
"sakit..sakit..sakit...sakit" -yg kat melodi tu
persoalannya..kenapa super 8 ek?
geng2 die ada 6 org je.
naper plk 8?
haaa....g tgk nnt bagitau ek..


pastu bila mlm sbb dah lama tak tgk TV, so smlm kemaruk layan TV sampai pkl 1 pagi
ok...
mula2 layan gladiator kat ntv7..memang syiok...
pastu..layan Tv3 tak.

haaa..ni nak kongsi nie.
baru la tau...asal kejadian nama rock kapak.
alaaa...rock kapak tu pun kapak sebenarnya...nash cakap la
sbnrnye..rock carpark.
skang nie penyanyi nak buat show, penganjur akan sediakan hotel utk salin2 baju.
dulu2 diorg saling kat car park je..sbb tu la panggil rock car park.
ada paham?

pastu layan citer hantu kat ntv7.apetah tajuk die...nak sebut pun takut "kill kate motera...kalau tak silap laaa...ishh..seram
dah la tengok sesorg..cinta hati dan titon plk.
kejap2 tgk tangga..kejap2 tengok tingkap...
bila time hantu die nak membunuh je..terus tukar channel.
kekeke..tgk sampai habis tau.
tapi tak tau la hantu tu bunuh camana.
giler kejam citer tu.
pastu, nak tido dah takut sesorg sbb sume org dah tido...





air coke.terima kasih.

Pagi tadi makan kat kedai mamak dengan si cinta hati
tgh tunggu makanan, tetiba ada sorang i***a datang dan bercakap dengan si cinta hati
"saya mau air coke.boleh bayarkan?"
cinta hati buat muka blurrr n mamat tu blah.

kat belakang meja kami ada 2 org mamat melayu nie..
i***a tu tanye lagi " mau air coke.tolong bayar yea"
"okeh" kata mamat tu.

saya kata dlm hati "baik hati jugak mamat 2 org tu"
cinta hati cakap "kemain, nak air coke"

mamat i***a tu duduk sblh meja mamat belakang meja kami pastu minta ais kat org kedai tu
dia tuang air coke dlm gelas ade ais..pastu minum
ada lagi suku tinggal...
mamat i***a tu bangun n blah

apa lagi mamat dua org tu tgk air coke tak abis
diorg pn bising
"dah lah mintak air coke.minum tak abis.pastu tak reti nak ucap terima kasih.ape daaa"

cinta hati -senyum-
saya - hmm..sib baik tak jadi baik hati td.

Pages - Menu