kesian balqish

ahad lepas, tgk dlm fb ada org post gambar graduation day utk school little caliphs.
kesian balqish.tak dapat join.
mommy minta maaf yea.hopefully kat sini, balqish akan beroleh ilmu yg lebih lagi.
kalau kita kat malaysia mesti mommy n papa paling gembira tgk balqish ambik scroll atas pentas.

mcamane pun, terima kasih pada semua teachers.kerana kamu la Balqish jadi sehebat ini. =) (sapa lagi nak puji anak sendiri)

terima kasih jg pada teacher aisyah sbb bersusah payah atur schedule utk ambil gambar pakai robe n scroll masa seminggu sblm kami bertolak ke newcastle. die ckp sbb balqish die terpaksa cepatkan schedule. hasilnya? sijil balqish dah dapat.gambar je belum.teacher kata nanti die poskan ke rumah kluang. tp sekurang2nya ada balqish dlm gambar kelas.itu pun dh cukup untuk buat kenangan.

satu lagi balqish terlepas adalah event utk Kumon.haaa..nie pun teacher aniza ckp dalam bln oct/nov. hmmm...kalau tak dua kali balqish naik stage.
ok..kumon nie ada exam yg saya sendiri pun tak tau bile.tup2 dapat result je.

meh sini saya terangkan...(berdasarkan pemahaman saya la yea) sbb result nie keluar masa dah nak ke sini..so, tak sempat nak tanya betul2 kat teacher aniza.

school grade - PK2 sbb balqish umur 4 tahun, kalau 5 tahun PK1, dan seterusnya...

Level attained - masa exam balqish level 2A 120. sblm exam ada keluar jadual, utk PK2 sekurang2nya die kena sampai level **** barula die boleh tersenarai.camtu la kiranya.

rank - takkan la tak tau...balqish dapat no.23 daripada 461 kanak2 PK2 (seluruh malaysia) yang layak diiktiraf.

pastu, yg lain tu tak pasti. so, nnt adalah sikit majlis menghargai kanak2 nie...oohhh..syahdunya.terlepas peluang-sekali lagi.



bukan mudah yea..balqish melalui pelbagai liku. nasihat saya, hanya kanak2 yg sudah bersedia boleh join. (setiap anak lain interest die). Homework adalah setiap hari.SETIAP HARI.tak kira...cuti deepavali ke....raya puasa ke....merdeka ke...dan setiap homework adalah lebih kurang 100-120 soalan. parents kena pantau n ambil masa die buat setiap homework tu. lepas tu semak. buat correction.pastu hantar pada teacher.fuhhh.. kalau tertinggal sehari, maunye menangis nak buat.cabaran. lagi2 bila hari raya...semua org bz.kanak2 lain bersuka ria..balqish kena perah otak.

nie adalah homework masa bercuti ke sabah...tak boleh ngelat.nak cuti inform teacher n teacher bekalkan homework ataupun kalau demam, tak dtg kelas, teacher letak homework dlm bakul kat pintu ofis...sungguh tensi kan?nak anak pandai kan???





tips terbaik -kena ada org yang die takuti utk pantau apa die buat. biasanya Mr darl laaa...dgn mommy balqish banyak alasan.dgn papa...cepat je die buat...

nie gambar balqish buat kumon. belakang tu puncak gunung kinabalu.


sebelum bertolak ke newcastle sempat lagi teacher aniza bekalkan homework....hahahha...gile kentang.mmg takleh nak escape.so, bila dah settle down semua..Balqish kenalah kembali ke jadual asal....kena disiplin yea.sekarang nie setiap hari kena buat homework bekalan teacher aniza. bila dah siap sebeban homework tu, insyaAllah akan sambung kelas kumon kat sini plk.dekat je ngan rumah.

maka, homework akan berterusan....

His first experience

hari ini hari pertama mr darl bekerja. bekerja semula selepas 2 bulan.hehehe...
kerja apa?biasala..kat sini kerja apa yg famous utk malaysian kan.

tapi jadual kerja tidak mengganggu tujuan utama kami ke sini.alhamdulillah.
nak tambah pendapatan perlukan pengorbanan.

setiap hari mr darl akan bangun jam 3.45am dan balik semula ke rumah 8.30 am. lepas tu hantar saya ke school. khamis n jumaat hantar balqish ke school plk.

dan cuti hanya hari Isnin..ok la tu....

selamat berkerja darling...
kerja elok2 yea =)...












hasil karya Mr Darl

ahad lepas kami ke carboot sale...
walaupun hujan + sejuk tak terhingga...gagahkan jua..
sempatla sambar beberapa barang
dan jumpa kasut baby...
sangat murah OK...

tapi bila balik rumah..baru terperasan saya terbeli kasut kaler pink..ahhahaa...
pastu mr darl plk buat sesuatu dgn kasut2 tu...
semoga akan jadi kenangan terindah utk adik baby...
















semua tak sabar nak tunggu march..tp saya..serammmm...

Hari Raya Aidiladha kami

entry yg dah basi.

raya pertama di bumi England
berjauhan dr keluarga
selalu tumpang je lauk raya mak...kali ni kena pikir n masak sendiri
memang haru.
raya ahad, khamis baru buat decision nak masak apa.
jumaat carik nasi impit.nasib jumpa.
boil in bag...ok la.dr takde.
cari kerisik xjumpa.daun kunyit apetah lagi.

last2 buat kerisik sendiri...1st time tau.
tu pun dah bape kali keluar masuk kuali sbb x sure dah boleh blander ke blum.
bila kerisik dah keluar minyak...gembiranya.



maka terhasil laaa...

nasi impit

rendang daging



ayam masak merah



tetiba rasa tak caya boleh masak sendiri..kekeke..bila dah terpaksa semua benda boleh buat.

pagi raya...

mr darl sorg je g solat.memandangkan balqish tak bangun lagi...
pastu pkl 10am dah start beraya.

raya diperantauan adalah lebih meriah.

lepas satu rumah ke satu rumah lain.

mcm2 makanan masuk dlm perut. beraya sampai pkl 7mlm baru balik rumah.tido kekenyangan..

ok...layan gambar/suasana pagi raya yea...










ahad lepas ada sambutan raya balai newcastle...
meriah..n makan lagi...kekeke...








InsyaAllah..aidilfitri n aidiladha tahun depan ada penambahan ahli....alhamdulillah...



inilah gambar keluarga kecil en shahrizal di pagi aidiladha..


Salam aidiladha dari kami di Newcastle Upon Tyne




after a month...

sbnrnye nak tulis entry on 9.11.11...tapi bz sangat.tak sempat.

sudah sepurnama kami bermastautin di bumi England nie. cepat betul masa berlalu. ALhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah S.A.W kerana kami tak memerlukan masa yang lama utk adapt dengan environment kat sini. walaupun memang jauh berbeza dgn bumi malaysia.

Alhamdulillah...rasanya seminggu dua je kot hidup agak kelam kabut..lepas tu..semuanya setel.

1. jet lag
hahaha...nie mmg kelakar. yela.beza m'sia n uk 7hours.mana tak jet lag. hari pertama sampai pkl 3pm kami sekeluarga dah tido.sbb kat m'sia dah pkl 10pm.pastu, pkl 2am dah terbangun n tak tau nak buat apa.tapi jet lag saya sehari je =). mr darl lepas 4 hari baru ok.balqish plk lps seminggu baru OK.

2. rumah
memang dah book sebelum sampai lagi.kebetulan ada family nak balik mesia,so, die offer rumah die. landlord OK + kedudukan rumah strategik.dan kami nie pun bukanlah memilih sgt.janji boleh hidup + tido dgn selesa pn dah OK sgt. dan family tu (family jerry) mmg baik hati sgt...tinggalkan segala peralatan rumah + rempah ratus..kami hanya perlu topup mana yg kurang je.terhutang budi tp xsempat jumpa...jumpa dlm fb je. Hanya Allah yang dapat membalas jasa jerry sekeluarga.

3. makanan
hmm...mula2 dua minggu makan ayam je.sbb tak tau nak cari ikan kat mana.tapi sekarang nie...wuhuhuuuu..ada banyak ikan fresh. br tadi makan udang besar masak lemak cili padi. lada kering?ada....kalau setakat milo malaysia, kicap masin +manis kicap udang tu..mmg ada la.so, takde la nak rindu2 sgt. cuma rindu masakan kampung je la.esp masakan mak...makanan halal...mmg banyak sgt area rumah nie.Kfc halal?ada.kekeke...even ada kedai ayam goreng yg lg sedap dari kfc. sayur + buah sgt segar...

4. cuaca
newcastle adalah sgt sejuk.masa baru2 sampai 17 darjah C + windy.tu pun rasa mcm dah sejuk gilerrr.sekarang nie 1 darjah C pun ada.dlm rumah pun 24 jam pakai sweater.tak tau la mcmane nak hadapi winter nie.

5.solat
no prob.kat uni ada surau cuma jauh sket je dr school. masjid pun dekat utk mr darl solat jumaat.alhamdulillahh...

6. pengangkutan
bas sentiasa ada. rasanya mcm 10 min sekali. masa takde kereta, hari2 la naik bas g school.tp kenalah jalan sket.ok bukan jalan sket..jalan banyak sbnrnye.sbb kena turun kat city center. yg bestnya sambil2 tu boleh cuci2 mata. tp alhamdulillah...lepas seminggu setengah...ada jumpa kereta.juga org x-m'sian yang dah balik. condition OK..so..kitorg pun beli. lepas tu mmg xde la naik bas..pergi dan balik ada orang hantar...yeaaaahhhaaa. alaaa...naik kete dr rumah ke school tak sampai 5 min pun.

7. kawan2
memang la ramai.kat mana2 boleh jumpa.surau ada...masjid ada...school ada...school balqish ada...masa tu la nak berkenalan pun. area sini pun ramai malaysian.

8.school balqish
dah dua minggu die start sekolah.seminggu cuti apa tah. so far so good. die pun dah start paham apa teacher cakap n dah pandai buat ayat in english.kadang2 kat rumah die yang mintak semua org speaking english sbb die nak pandai cepat2 speaking english sbb nak cakap2 dgn kawan2. Malam2 balqish kena mengaji n buat kumon.tu je la aktiviti die..opsss masa lain 24 jam cartoon.

9. study?
hah..nie yg penting sekali. dapat kawan selab yang baik.kepala giler2.kadang2 ptg2 boleh plk main golf dlm lab. supervisor yang muda + prihatin +baik =alhamdulillah. buat masa ini progress adalah mengikut seperti yg dijadualkan dan diharapkan akan terus konsisten. yang penting komitmen dan disiplin.insyaAllah..sama2 doakan yea.

10. pregnancy?
minggu nie adalah minggu ke-20.dah half way. ada lagi 20 minggu.perut alhamdulillah...sudah semakin membesar. dah start jumpa midwife n sdg arrange beberapa kelas breastfeeding n kelas bersalin.sedang memikirkan samada nak try ke tak bersalin dlm pool (kata mcm kurang sakit). n mayb akan buat scanning dalam dua minggu lagi. tak lama lagi boxing day - boleh la beli baju baby banyak2.

apa2pun masing2 dah mula teringat malaysia. teringat mak abah...mak ayah..adik beradik. internet la penghubung kasih.gosip di malaysia tetap follow ok.

hujan emas di negeri orang
hujan batu di negeri sendiri...


halwa telinga

mari dengar lagu ini..mau meleleh air mata tau...
walau dah 5 tahun saat itu berlalu...
akan dikenang sampai bila2.




malam yg sedih

semalam saya menangis.jgn tanya apa sebabnya. hanya perkara kecil.mungkin ibu mengandung nie jiwanya sensitif.seboleh mungkin nak jadi wanita tegar.tapi saya kalah.

bkn nak cerita pasal saya menangis tapi saya nak cerita pada anak dara saya nur balqish.
bila tgk saya menangis, die dtg dekat dgn saya

balqish : mommy..kenapa mommy menangis? (suara sgt lembut, memujuk)
-saya diam saje.

balqish : mommy..mommy rindu atuk dgn nenek dkt malaysia.
- sekali lagi saya diam, tak sampai hati, saya mengangguk.

tiba2 nur balqish pun berair air mata

balqish : sebenarnya..saya pun rindu dgn org2 kat malaysia. mommy jgnlah sedih2 yea.

wah..saya plk serba salah bila tgk balqish dah mula nak sedih.

balqish : mommy jgn sedih lagi tau sbb next month ada snow.nnt kita buat snowman sama2. mommy beli carrot tau.saya nak buat idung snowman.

huh...cukup pandai memujuk n menyusun kata2. sebab tu la, apa juga kehendak nur balqish susah utk saya halang sbb...die bkn anak kecil umur 4 tahun..dia mcm dah dewasa. die seolah2 rakan sebaya saya.sahabat saya.die boleh dgr luahan hati saya..cuba pujuk saya..ohhh..sayangnya dengan nur balqish qaisarah.

dan semoga malam tadi adalah tangisan terakhir di sini.amin.










Pages - Menu