Sahabat

Hidup di luar negara ni, sahabat adalah saudaraku.yg lebih tua umpama kakak, yg muda2 umpama adik.


Padahal baru je kenal.tp sebab duduk jauh dr family, bercuti sama2, jln 2 hujung minggu sama2, makan2 sama2 so kami akrab.

Alhamdulillah.sekurang2nya ada kawan serata semenanjung.yg bestnya kat sini, bukan geng2 mak2 je yg akrab, bapa2 pun akrab, anak2 lagi la.mmg bestfriend. So, kalai setakat melepak kat rumah sehari suntuk tu takde hal la.

Kebetulan, geng2 saya ni sume yg mak2 yg study.

Bila boring2 dlm lab, mula la...msg2.haaaa.mulala merepek.hahahahahahah.nak tgk tak ape  yg kitorg gossipkan.sorg lab machine, sorg medical lab, sorg lagi chemical lab. Tp otak masih remaja lagi.







Nnt bila dah abis belaja (amin), mesti rindu semua ni. Sob sob sob.semoga persahabatan yg terjalin kekal sampai bila2.

Tambatan

Bukan nak citer pasal ayam tambatan.

Bukan jambatan.

Nak citer pasal anak bujang saya.

Sedia maklumkan, kemana2 dia mmg diikat dlm stroller.oh.pasal stroller ni nnt saya citer pasal dua stroller saya ye.
Ok, kalau jalan2 mall ok je dia duk dlm stokke tu tp kadang2 dia jeles tgk kakak boleh jalan2 pegang2 dan dan masa tu dia nak turun.dah teror berdiri n boloskan diri tau.bahaya betul.



So, skang ni mmg standby la bawak safety harness.saya tak tau kalau kat malaysia safety harness ni nmpk pelik ke tak.tp kat sini mmg kebanyakan parents mmg guna ni kalau bawak anak kecik jalan.

Org ckp "ish...teruknya ikat anak mcm tu, mcm ikat pet".ok pet tu kekadang tukar kepada anjing, tak sampai ati nak type directly.

Looorrr.lantakla org nak ckp ape.kalau anak aku lari laju2 korg2 ni nak kejarkan ke? Kalau alih2 anak aku dah sampai kat escalator, korg sempat ke nak selamatkan?seawal arryan umur 6 bln saya dah beli.tak sabar plk nak bg pakai comel je.sib baik 10 bln dah pandai jalan, takde la rasa bersalah sgt beli awal2. Tp tak guna pun.simpan je.sebab arryan behave lagi.

Tapi..lately ni.bila dah pandai merengek2 nak jalan sendiri, mmgla kena pakai.mula2 dia suka la.lama2 tension gak sbb rasa tersekat2.



Hahahahahaha...kadang2 sampai merajuk taknak jalan.kalau taknak pakai, duk diam2 dlm stroller.abis citer.



Nak balik malaysia, mmg kena pakai.lantakla org ckp ape. Dah la bahaya.nak dpt anak bukan senang, kalau anak hilang sia2 je.

Bye reception hello year 1

Hari ni last day balqish sekolah.


Gembira ada.
Sedih pun ada (mommy la).

Gembira sebab...yuhuui takyah tolak stroller pagi2 lagi.takyah nak terkejar2 pagi2.

Sedih sbb ni last day utk  miss whitney ( class teacher).hmm...kalau ada pun balqish dah year 1 kan.tah la mommy ni mmg emo.hahahhahaha.

Satu lagi emo sbb year 1 nnt ada dua kelas.sume bestfriend balqish dapat sama kelas tp balqish kelas satu lagi.kesian kan? Saya tanya balqish "are you ok?". Dia jawab "it's ok mommy.miss whitney said, i gonna get new friend, new experience and i already met new friend name maia". Sedih je bunyinya.tp balqish positif.hopefully sumenya akan ok.

Last week, kena pakai baju pirates.pergila kitorg ke music box shop.tempah baju utk balqish.semangat ok.anak happy...mommy gembira!

Comel2 masing2.yg lelaki siap mak bapak lukis misai, kesan kena jahit.comel giler. Miss whitney pun pakai baju pirate ok.

Ni pic balqish dgn bestfriend.


My little pirate.tak berapa nak pirate sbb pegang sword pun tak betul.hahahahha


Ni pulak gambar pg td.balqish dgn miss whitney.



Kaki wayang

We all ni mmg kaki wayang.

Sejak dulu.
Sejak zama couple2.

Eh.masa couple dulu siap boleh layan 2 movie satu hari.bila dating, sampai mall, pergi check movie kat cinema dulu.hahahahahhaa.

Tu citer masa muda mudi.
Pastu kawen.
Dapat balqish.mmg tak g cinema lagi la.sampaila kuar citer upin ipin tetiba rasa nak test.ok tak balqish bawak g tgk wayang.masa tu dia kecik lagi.setahun setengah kot umur balqish.nnt la try cari entry tu semula.

Pastu cubaan berjaya.hmmm...ape lagi, asal weekend je g tgk wayang.

Bila datang sini aktiviti tu terhenti.sebab...

1. Tak jumpa cinema kat mana.tah celah mana tah.
2. Tiket wayang mahal giler. Kalau hari ahad lebih kurang £7.50 sorg.giler la.convert ke rm lebih kurang rm35.terus je balik.

Rupa2nya ada je cinema kat city center ni.pastu hari selasa murah.lebih kurang £3.50 sorang.ok la tu.

Cinema dah jumpa, harga dah murah masalahnya ada arryan.masa parents ade dulu, pernah la rasa nak tgk wayang tp tak sampai ati pulak nak berjoli2 pastu tinggalkan anak dgn parents.kan tak best.

Kadang2 balqish je g ngan daddy dia.tgk movie kanak2 hari sabtu pagi2 buta.ye la movie sepound.

Masa citer the croods keluar balqish duk merengek ajak tengok.masa tu arryan baru umur setahun. Tawakal.bawak bekal susu n makanan.

Mula2 arryan macam takut, apsal gelap.pastu bila sound dia cam terkuat sket, mula la nak nangis.tp akhirnya berjaya jugak.

Next movie epic.arryan dah berani melasak.nasib baik sejam kedua tu dia tido.ok la.

Latest movie despicable me 2. Masa tu g ngan mar n family sekali.ok la.walaupun dah nak last2 tu arryan start nak jalan2.

Yang penting kena beli popcorn, bawak bekal air n susu secukupnya.

Last week dah keluar monster university.tp bulan2 posa ni tak larat la plk nak g tgk wayang.tengok org makan popcorn, kita nganga je.so, batalkan niat.meh la kita beribadah kat rumah je :).







Puasa

Hari ni dah hari ke 9 puasa.cepatnya masa berlalu :).cepatla masa...cepatla berlalu....


Rutin harian seperti biasa.esok last day balqish sekolah.yeaaayyy!!! Takyah tolak stroller pagi2 lagi.

Biasanya rutin bulan puasa ni start kul 2am.masa tu nak solat sunat, panaskan lauk, masak air, panaskan nasi.imsak lebih kurang kul 3am.dlm 2.30am cantu kejut la roommate i yg sorg tu.pastu makan.nyum nyum. Pastu solat subuh.sambung tido semula. 

Bangun pagi terkejar2 nak mandikan arryan n balqish,sendiri mandi n siap2 g hantar balqish school.pastu sendiri g school sampaila petang.

Kat sini syok.buka puasa around 9.30pm.pkl 8mlm pun sempat lagi nak masak.balik school biasanya saya relax2 dulu...tido ke.kul 7pm baru bangun n start masak. Baru la rasa bertenaga nak solat terawikh malam tu.Tapi dua hari lepas tak dpt tido petang so, mlm takde energy nak solat.sedih betul.nak kena tune balik ni.

Pkl 9pm tu start panas2 kan lauk hidang n 9.30++ buka puasa.pastu solat maghrib.biasanya buka tak lama.kul 10pm dah selesai sume.isyak plk kul 11.20pm.dapat bayangkan betapa energy sgt2 diperlukan utk solat isyak + terawikh.Alhamdulillah, diberi kekuatan. Cuma semalam arryan demam.merengek je.kul 10 lebih camtu try tido kan arryan.dengan saya2 sekali tido.bangun2 dah kul 2.15am.nak terawik menda.tak sempat.sediah betul.

Kadang2 bila buka puasa tu, terbayang2 kalau kat malaysia time2 mcm ni dah balik terawikh.tp tu pun masih ada yg liat nak solat terawikh.macam kami ni mmg mencabar betul.nak solat terawikh, tunggu isyak kul 11 lebih.kul 12am baru habis terawikh.takde makna nak moreh2 nya.tak larat.

Kat sini ada gak buat terawikh ramai2 (malaysian) setiap sabtu malam ahad tp kami tak join.arryan tido awal.roommate plk keje awal pagi.last week dgr citer habis terawikh kul 1.30am.terus sahur kot.

Setiap org cabaran lain2.malaysia panas.sini pun tengah panas.panas sini lain macam sket. 30 degC pun dah tahap bahaya, kena duk umah je tau.skang ni around 26-27.dengan masa 4 jam je utk makan sehari (4 jam tu termasuk tido, solat), memang dapat minum air sket je.semakin hari makin takde tenaga.waaaa.

Tp kena kuatkan hati.kuatkan semangat.pengalaman kan :). 

So, rajin2 solat terawikh ok.takde alasan.no no no.(ckp kat diri sendiri jugak).




Dah mula panas

KDua tahun duk sini, baru ni la rasa panas berpanjangan.


Panas gilerr.

Sambil berpuasa.

Sampai malam pun kena tido dengan tingkap terbukak.nasib baik duk rumah tingkat atas, takde la takut sangat.

Dan dengar dengarnya, cuaca akan kekal begini.rare ok.esp newcastle.bila tempat lain panas, newcastle masih sejuk.panas pun mentari je, angin still sejuk.tp skang ni angin pun panas.takpe la, latihan sblm balik malaysia.

Utk julung2 kalinya. Kami beli kipas angin.sblm ni tengok kipas angin pun ngeri sbb duk dlm rumah pun pakai sweater apehal plk nak beli kipas angin.

We need it.

Table fan £14. Selamat kot.sebab lubang dia kecik2 tak muat jari arryan.jakun betul arryan bila rasa angin keluar dr kipas tu.hahahahha.org tak pernah jumpa kipas.balqish relax je.

Yeay...pasni boleh la duduk depan kipas anak beranak sambil tunggu waktu bebuka puasa.




Selamat berpuasa

Ramadhan menjelma lagi.


Seperti ramadhan lepas, saya beraya awal.org dah start puasa,saya masih boleh makan siang hari. Bila org dh stabil, saya baru nak start puasa.

Serious gigil.semalam, dua tiga kali tanya darling saya ok ke tak. Dah masak2, tido, bangun pun still belum masuk waktu berbuka lagi. Sekarang ni saya tengah mengumpul tenaga utk hadapi hari2 mendatang.cheewah.

Sehari sblm ramadhan, selasa tu, hari panas sgt.temp lebih kurang 27degreeC.masa tu topik borak2 mesti ckp pasal, uiiihhh camane la nak puasa dengan cuaca macam.hopefully Allah will help us.

Alhamdulillah.first ramadhan, hujan turun renyai2.langit mendung je.alhamdulillah.tahun ni azam taknak pegi pasar ramadhan n nak solat terawikh hingga ke penghujung ramadhan. Azam yg first confirmla tercapai punya.masa kat malaysia dulu, first week boleh la bertahan tak g param.masuk second week, sayur pun beli kat param je.punyela pemalas yg amat.goreng sayur je pun.

Ramadhan tahun ni disambut ceria.insyaAllah, minggu last ramadhan kami akan balik malaysia.yeayyy makan ketupat daun kelapa :).

Semalam masak ikan asam pedas + sayur kacang panjang goreng.hari ni kentang + telur masak air + ikan bakar + kuih onde onde.hahahahaahha...tak puasa, boleh la nak masak macam2.tgkla bila dah start puasa nnt larat ke tak.


Tengokla.ada masa 4 jam je utk makan.masa berbuka, mmg takleh nak makan kenyang2 sbb kalau kenyang sgt nnt sahur takleh nak makan plk.

Semalam sadis je.lepas teman darling buka puasa, call mak.mak plk baru lepas sahur.jap lagi kang dah nak kena sahur plk. 

Ni gambar pra raya.hahahahaaha.arryan pakai baju raya last year.tahun ni baru muat.pakaikan songkok, takmo.tu konon2 nak g solat terawikh la tu.


Memang susah tau nak ambik gambar si kecik ni.banyak kali snap. Ni je la yg jadinya.ok... Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.semoga ramadhan kali ini lebih membawa kepada kebaikan dan keberkatan.amin.



Pages - Menu