We all ni mmg kaki wayang.
Sejak dulu.
Sejak zama couple2.
Eh.masa couple dulu siap boleh layan 2 movie satu hari.bila dating, sampai mall, pergi check movie kat cinema dulu.hahahahahhaa.
Tu citer masa muda mudi.
Pastu kawen.
Dapat balqish.mmg tak g cinema lagi la.sampaila kuar citer upin ipin tetiba rasa nak test.ok tak balqish bawak g tgk wayang.masa tu dia kecik lagi.setahun setengah kot umur balqish.nnt la try cari entry tu semula.
Pastu cubaan berjaya.hmmm...ape lagi, asal weekend je g tgk wayang.
Bila datang sini aktiviti tu terhenti.sebab...
1. Tak jumpa cinema kat mana.tah celah mana tah.
2. Tiket wayang mahal giler. Kalau hari ahad lebih kurang £7.50 sorg.giler la.convert ke rm lebih kurang rm35.terus je balik.
Rupa2nya ada je cinema kat city center ni.pastu hari selasa murah.lebih kurang £3.50 sorang.ok la tu.
Cinema dah jumpa, harga dah murah masalahnya ada arryan.masa parents ade dulu, pernah la rasa nak tgk wayang tp tak sampai ati pulak nak berjoli2 pastu tinggalkan anak dgn parents.kan tak best.
Kadang2 balqish je g ngan daddy dia.tgk movie kanak2 hari sabtu pagi2 buta.ye la movie sepound.
Masa citer the croods keluar balqish duk merengek ajak tengok.masa tu arryan baru umur setahun. Tawakal.bawak bekal susu n makanan.
Mula2 arryan macam takut, apsal gelap.pastu bila sound dia cam terkuat sket, mula la nak nangis.tp akhirnya berjaya jugak.
Next movie epic.arryan dah berani melasak.nasib baik sejam kedua tu dia tido.ok la.
Latest movie despicable me 2. Masa tu g ngan mar n family sekali.ok la.walaupun dah nak last2 tu arryan start nak jalan2.
Yang penting kena beli popcorn, bawak bekal air n susu secukupnya.
Last week dah keluar monster university.tp bulan2 posa ni tak larat la plk nak g tgk wayang.tengok org makan popcorn, kita nganga je.so, batalkan niat.meh la kita beribadah kat rumah je :).
0 comments:
Post a Comment