cikgi


baca tak suratkhabar smlm pasal budak kena tampar dengan cikgu sampai pekak.
cikgu pompuan tu.

meh sini i nak story sket.
saya pun cikgu gak = mengajar org. mungkin bezanya, anak murid saya org besar.
tp objektif tu sama je; menyampaikan ilmu pada sekelompok manusia.

aishh..saya tak paham la kenapa kena jadi cikgu yg garang. kenape?kenape?
garang kena pada tempatnya kot.
suka ke kalau kita dikenang hanya kerana kegarangan kita? tak best wooo.

masa saya darjah 1. masa tu saya berborak dengan kawan sebelah n cikgu muzik ni panggil saya ke depan n ketuk kepala saya dengan gitar.
eh cikgu ni...aku akan ingat sampai bila2. sib baik aku tak jadi bodoh tau!

masa darjah 2. ada sorg cikgu ni ganti cikgu kelas je. tolong jagakan kelas.kebetulan kitorg kena salin apa yg cikgu tulis kat papan hitam n tulis dlm buku garis tiga. gigih ok saya salin cantik2.kalau korg ingat, buku garis tiga tu takde garisan.masa tu first time guna.mane la tau kena garis sendiri. so, saya tulis luar garisan (garisan tegak yg kena lukis sendiri tu).eh paham tak ni? terus kena marah dengan cikgu ganti tu pastu kena cubit kat pipi.

oiiii..cikgu! sakit tau! ko ingat pipi aku ni ape?kuih pau!!!


tu dua kisah je. kesalahan yg tak logik sampai dua cikgu tu nak kena marah sampai camtu sekali.

yang first tu. saya borak ngan org sebelah.Allah haii..cakap slow je..kalau tak silap, tengah compare,skirt sape paling labuh.(masa tu pakai pinafore).ckp slow je.takde ganggu org lain pun.pastu takkan la sampai ketuk kepala guna gitar.

-eh kalau tak silap...beberapa bulan pastu, cikgu tu sandarkan gitar dia tepi meja masa mengajar. pastu gitar dia jatuh n patah.hahahahhaha (gelak dlm ati je la)

yg kes kedua tu pulak, alahai cikgu dot dot dot... takleh tegur elok2 ke hah? apasal nak cubit2?

kanak2 ni..doa dia makbul. jangan la nak aniaya diorg.bahaya.kena yang doa bukan2...abisla.

kakak saya cikgu.
cikgu garang. suara kuat. kakak cakap "kena garang2 dik, baru anak murid takut". tahla ek.tp selalu je saya cakap "kak..ko control la sket. takmo la garang sangat.kesian kat budak2".

maybe saya ni sensitif sket kot. saya memang tak boleh nak tgk org kena marah ni.

alahai cikgu.tugas kamu kan mendidik. beri la didikan yg terbaik. saya tak paham kenapa kena melempang la, mencubit la. kenapa ye? supaya murid tu rasa sakit?ke, nak lepaskan geram?lempang sampai pekak,tak pasal2 malu.satu malaysia tau.

kalau boleh taknak la compare cikgu kat sini ngan cikgu kat tanah air. eh..mmg takleh nak compare kot. :p kadang2 rasa sayu hati.... kat sini, berlainan agama, bangsa tp cara dia mengajar, mendidik, bersungguh-sungguh. kita ni dah sah2 la beragama islam, banyak nilai murni tp apsal tak dipraktikkan?

tak suka la nak bebel2 ni. cuba guna pendekatan yg terbaik. kalau kita tak suka anak kita diperlakukan mcm tu, kita jangan la buat anak org mcm tu. kalau kita guru yg baik. sentiasa bg semangat kat anak murid, insyaAllah..sampai bila2 anak murid akan kenang jasa kita. sebab anak2 ni makin lama makin membesar. kan best, kalau dah bertahun2, tiba2 jumpa anak murid still kenal n terkejar2 nak bersalam. tp kalau jumpa, anak murid macam nak larikan diri je adala something wrong tu. tak best la yea.

strict tak semestinya kena garang ye. lebih2 lagi utk anak2 tahun 1,2,3. kecik lagi diorg ni. ajarlah dengan kasih sayang.insyaAllah, anak murid senang terima ilmu yg kita sampaikan.kalau diberi peluang, saya teringin nak mengajar anak2 kecik ni. sebab rasa diorg comel je. jujur je.

saje je nak membebel pasal cikgu ni sbb bila baca news teringat kisah lama.kepada cikgu2 yg terlibat, takde pun cikgu nak minta maaf tp takpe, saya dah lama maafkan dan semoga takkan terjadi pd anak2 saya plk.

0 comments:

Pages - Menu