Showing posts with label Newcastle life. Show all posts
Showing posts with label Newcastle life. Show all posts

perjumpaan


entry ni copy paste dari email yg saya terima dari admin uthm.



Tuan/Puan

Perkara : Lawatan Pejabat ORICC, UTHM Ke United Kingdom

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan, dan Perundingan (ORICC) UTHM, dan Ketua Pusat-pusat Kecemerlangan akan mengadakan lawatan ke United Kingdom dan Ireland mulai 20 hingga 29 Jun 2013 .

2. Sehubungan itu, tuan/puan warga universiti yang sedang bercuti belajar di United Kingdom adalah dikehendaki untuk menghadiri satu sesi perjumpaan bersama dengan rombongan dan penyelia tuan/puan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak untuk membentangkan laporan kemajuan pengajian masing-masing.

3. Jadual dan maklumat lanjut berhubung tarikh, lokasi pertemuan, dan senarai jemputan akan dimaklumkan pada bulan Mei 2013. Untuk sebarang maklumat lanjut, tuan/puan boleh berhubung dengan Timbalan Pendaftar di Pejabat ORICC iaitu En. Abd Hamid bin Yusof (Emel hamid@uthm.edu.my, No. Tel 07-453 8307) selepas bulan Mei.



of course la..perjumpaannya di kota london. sila bagitau awal2 ye tarikhnya.senang nak booking hotel n train ticket. jauh tu newcastle london.pastu, takkan nak g sorg2 plk. kena la bawak sekali ahli keluarga.


 

get well soon arryan!


Arryan demam.
kesian sangat. start hari sabtu malam badan dia dah mula panas. on off on off.
siang ok. bila malam, mula la panas.tp siang2 tu takde la seaktif biasa.
merengek je.

semalam darling saya plk tak sihat. so, saya kenalah berkorban tak g school. ye la, kalau saya pegi, sapa nak jaga anak2 kan?
darling saya pun berehat je la.org sakit kan.
saya?
jaga arryan yg demam la. uruskan kakak.
arryan plk takleh kena tinggal langsung. bila darling saya bangun baru la saya dapat masak.
masak.makan.

pastu kul 8pm arryan dah tido. sebab baru lepas makan ubat.
darling saya tido dlm bilik.saya taknak la ganggu dia berehat. so, saya, arryan n balqish tido kat living room.lagipun arryan asyik batuk.muntah.menangis. kalau atas katil susah nak handle.

malam, pkl 1am..rasa2 badan dia panas. popo pulak. nak basuh ngan air takut sejuk, lap dgn wipes je.tukar pampers.nangis. muntah. malam tadi tukar baju je dekat dua tiga kali. pastu bagi makan ubat.pastu basahkan kepala arryan dengan air asam.nasib baik la arryan ni senang nak makan ubat.

pkl 4am bangun lagi.merengek.. hmm..sekali lagi muntah. dugaan betul.

pagi ni sepatutnya arryan ada vaccinantion appointment yg tertangguh2 dulu tu tp Dr kata better tangguhkan sbb dia tak sihat. DR check kata takde apa2. hopefully arryan cepatlah sihat.kesian tengok.

Alhamdulillah, balqish anak yang baik. terima kasih Allah, kurniakan pada kami anak sebaik balqish. rajin tolong saya jaga adik. pujuk adik.teman saya tido. bersyukur sangat2.

Arryan cepat sihat ye sayang...camane mommy nak bawak g swimming kalau arryan tak sihat. kena kuat. aunties....tolong doakan arryan cepat sihat yea.mommy dia dah macam zombie dah g school ni.

york- flamingo land

sambungan dari entry jalan2 ke york,


hari kedua bermula pada awal pagi.sebab janji nak sampai flamingo land tepat 10 am.
zul n family + k.riana yg family akan gerak dari newcastle pagi2 n jumpa kat flamingo land tu.

janji tinggal janji.hahaha.

kitorg bangun awal.tp tu la pastu g bilik mar pulak masak2 bekalan


kitorg masak
-nugget
-sosej
- chicken butter
-nasi
-telur rebus



 ni permandangan dari bilik mar - cantik kan?nampak burung..laut2.



pastu kat area travelodge st nicholas tu memang susah nak carik parking. kitorg park kereta kat parking bertingkat utk hotel lain.so, kena la jalan sket g ambik kete. tp yg mak2 tinggal kat hotel je. tup tup zul n the gang dah sampai dah. kitog kul 11am baru la nak gerak ke flamingo land.



ada jalan lain tp saje nak ikut jalan tepi laut.sebab smlm sampai tak tau pun ada laut. ingat nak lalu je..tetiba ternampak pakcik freddie..kena la turun menyinggah.
ni la pakcik freddie.besar kan?





ok pastu cepat2 berlari masuk kereta.sejuknya satu hal. teruskan perjalanan ke flamingo land. on the way ke sana banyak sgt jumpa kedai fish n chips. tp x boleh nak singgah sebab dah lewat + dah ada bekalan makanan kan.

pintu masuk. dh start terasa..terbangla £100 utk ticket. sekali..flamingo land punye theme park tutup.yg bukak zoo je.tu pun khas utk winter ni n kebetulan cuti sekolah. rasanya ticket utk kami dalam £17 je kot.


sampai2 je terus la g tengok pertunjukan sea lion.cam biasa la tangkap2 bola...sea lion kan.





masa sampai tu dah tengahari dalam kul1 kot. geng2 dari ncl dah kelaparan.so, kitorg pun bukak la bekal n makan.syok gak. bila dah kumpul semua..banyaknya la makanan.


omputih makan sandwich je..org melayu? hah!! ambik ko!!


pastu melayan anak2 ni nak naik helikopter ni la pulak. tinggi wei.pastu boleh pusing2 terjerit2 saya tau.


pastu kitorg naik keretapi semut (yg mcm kat genting tu). keretapi tu bawak g flamingoland theme park. ada gak la satu dua permainan die yg bukak.ok la. 


yg menarik perhatian org ramai adalah roller coaster dia. dahsyat wei..kitorg yg gegerl ni duk la cakap "bg seribu pun takmo naik".





tapi tak semua yg takutkan cabaran. shah n bye berkobar2 nak naik. ok kita bagi peluang.meh la kita bertukar2 pasangan.nak naik kena bayar £3.50 sorg yea.mmg dahsyat ye. terjerit2.


zul n khairi bermati-matian taknak naik.hahaha.setelah adegan cabar mencabar. diorg akur gak. yg dua org teror tu (bye n shah) bila tau zul n khairi nak join terus taknak turun. sementara tunggu diorg bayar ticket n naik sempat lagi diorg main second round.


hahaha.ni masa nak mula.kitorg dah tergelak2 pecah perut dah.


selingan..ni masa on the way ke flamingo land.ambik gambar dalam kete je. pelik kan gamabr pokok ni?


pffttttt..tarik nafas dalam2. memula saya taknak naik. tp diorg duk pujuk2. last2 saya n mar naik. tapi punya la kitorg berzikir baca segala ayat sebelum naik tu. tangan toksah ckp la.sejuk giler.menggeletar wei. ini lagi dahsyat dari roller coaster kat genting. dulu naik masa muda mudi..ni urat dah banyak putus tau.

 
upside down..rasa nak tercabut tudung tau!


alhamdulillah,selamat. tu semua kenangan.dalam kul 5pm theme park pun tutup. kitorg pun bertolak balik newcastle. tp zul ckp ikut jalan dalam. kat situ ada tempat cantik and ada snow lagi. macam la tak pernah tgk snow kan. sempat la jejaka2 melaya ni turun jap ambik gambar. wife2 + anak2 masing2 tak tahan nak keluar sejuk giler pastu penat.



berakhirla pengembaraan ke york. dulu g york asyik teringat nak g outlet je. balik sampai ncl kul 7 pm.disebabkan bekalan makanan banyak lagi...semua org berkumpul kat rumah saya n makan malam. seronok.borak2 kul 10pm gitu semua balik ke rumah masing2. nnt saya upload video saya n mar naik roller coaster tu ye. kelakar pun ada. kitorg menjerit2 dari mula sampai la akhir.hahahaha.

Malam ini

Mar n family dtg rumah ptg td.
Pastu rombongan cik kiah trs ke metrocenter utk beli hadiah.esok birthday party aleesya.

Sambil tu kitorg dinner sama2 sekali. Lalu kat cinema...takde plk citer2 menarik.terus je balik rumah.

Malam ni marsya tido rumah ni. Risau betul mar takut masya menangis tgh2 malam.hahaha.tp tak kot. Ada balqish.insyaAllah sume ok. Jap lagi marsya dtg la.pastu esok pg2 marsya akan trs g school balai dari sini.balqish seronok la ada kawan nak tido sama malam ni. Balqish ckp "marsya is my BFF"..ceh kecik2 dah tau berbff bagai.kesian plk bila kenang2 kan nnt bila dh balik malaysia ntah masa bila la dapat jumpa semula kan. Sorg kat selatan, sorg kat utara.





saya tak suka memasak!

aritu kan saya citer pasal teman kat dapur

ni lebih kurang gak la.

org tua-tua cakap

pompuan...
belajar tinggi mana pun, kat ceruk dapur gak tempatnya
tak leh tukar ke hah peribahasa tu?
saya.
tak suka duk kat dapur.
tak suka menggoreng.tunggu kat depan kuali.goreng banyak2 trip.api kecik.huiissshhh. contohnya kena goreng ayam utk masak ayam masak merah (lauk hari raya). kena goreng utk 7 ekor ayam.banyak tu.lama weiiii.
lagi satu kena goreng jemput2 api kecik.saje je bukak api besar,jemput2 hangus pastu tension.hahhaha.
okla.sebenarnya saya ni tak suka masak.terus ngaku.hahaha

tp sebab saya wanita.isteri.mommy.
kena la jugak masak.
duk malaysia boleh la menapau je kerjanya.takpun makan kedai.
duk sini..kena la masak.

memanglah darling saya cuti tanpa gaji datang sini.
tp kat sini dia kerja jugak.
tolong jaga anak2 pun dah bersyukur sangat dah rasanya.
sapa kena masak? saya la.
kadang2 saje je buat alasan taknak masak.
hahaha.

salah satu sebab malas nak masak adalah...saya tak suka tumbuk bawang.tumbuk lada.
tapi tak suka gak nak blend benda2 tu sbb bila blend kena letak air.nnt rasa dia dah tak sedap.lagi sedap tumbuk kan?pastu kadang2 bawang putih tu ada yg tak hancur pun. tp nak menumbuk tu makan masa. dengan mata berair2 tumbuk bawang sebab pedih.dahsyat tu.

ini la batu lesung saya. batu lesung yg dihadiahkan oleh keluarga yg dah balik malaysia. banyak memberi khidmat batu lesung ni tau!




tada!!! ni saya sayang sangat! memang best giler! setakat nak buat nasi goreng kampung.zup zap zup zap.masuk dalam ni 3 ulas bawang putih, 1/4 biji bawang besar, 8 biji cili padi, segenggam ikan bilis...
tekan.sume hancur.macam kena tumbuk.yeeeahhhhhaaa!!!


comel je. sama besar ngan lesung batu yg kecik tu.skang ni lesung batu tu guna utk ketuk serai. tumbuk kunyit. eh..kunyit biasanya saya tak blend sbb nnt melekat2 kuning kat bilah tu.tak cun la. mini chopper ni jugakla saya guna utk blend bubur arryan. nak cuci pun kemas.sayang dia!!!!


sekarang ni order je la.nak makan apa!
zas!! siap! hahahhaha.tipu.kalau dah malas masak tu..malas la jugak jawabnya.hahahahha...

roti murah


rupa2nya dekat ngan rumah kitorg ada greggs bakery outlet.baru tau! org dari tempat lain duk la dtg membeli roti kat sini kitorg je yg tak pernah.murah giler yea. dengar2nya roti dari kedai greggs mane yg tak abis dikumpulkan dan dijual bundle kat sini.tp still fresh sedap yg penting murah.



Salju

Hari ni salji turun.lebat sangat.memang sejuk giler.sepanjang hari heater on.

Tp dah petang2 hujan turun.salji pun cair.alhamdulillah esok xde la bersusah payah nak menolak stroller time hantar balqish pegi school.

Bila sejuk...perut pun asyik lapar je.takut nak timbang.confirm naik banyak ni.bila la nak start berdiet ni.



Pelangi senjaku

Alolo sian...tak dpt tgk lagi kek pelangi senja kitorg kan.

Tandatanya terjawab bila g class n instructor adalah martha stewart uolls.

Takde sorg pun yg pernah buat kek tu n kitorg buat berpandukan youtube je.hahaha. Mmg lawak. Tp seronok la buat together2. Mula2 masing2 semangat mencatit.dah last2 masing2 dh malas.sibuk discuss psl benda lain. Last2 topping yg guna 9 biji telur putih + 2 buku besar butter xjadi.berair2. Putar2 pun x jadi.nape tah.

ni bahan2 nya yg disediakan kat living room.sib baik tak bawak arryan kalau tak duduk atas telur agaknya.


lunch dah terhidang.tp malula nak makan2 dulu.start kelas dulu br makan.hahaha.nampak nyummy kan?memang nyummy pun!


kata kek pelangi kan.colour kena la pelangi. ini beli dari ebay tau.sebab ape?sbb martha guna icing colors nie.hahaha. dari us. kos icing colour ni + penghantaran lebih kurang £15.



kena bahagi2 hasil adunan kepada 7 bahagian. sebenarnya sama kuantiti cuma lain2 bekas je.


tgk2 masing2 asyik mengaler.yg lawaknya martha tunjuk die letak secolet cungkil gigi je. tp kaler dia mmg pudar gilerrr.haruslah menderhaka. letak lebih sket.barula kaler die cun!


wokeh..ni hanya sebahagian yg menunggu turn utk dibakar.


sementara tu makan lunch.wow! ni mmg best gile.dah la lapar.ni pinggan yg pertama. lepastu tambah kuantiti yg sama. arrgghhh kenyang tau. suami2 di rumah kelaparan.kesian.nak buat camane...hehehe



ni kek2 yg dah siap dibakar.comel je kan.


masa ni la nak buat topping tp tak jadi.last2 pukul double cream pastu masukkan gula.senang.abis citer. ok..nak gam setiap lapisan just sapukan topping tu je.


 nie dah nak hampir jadi..kalau biar camni pun cantik gak kan?


ok modified bg cantik skeet.tp takla sekemas kek yg org buat jual2 tu.



takde sapa berani nak potong kek tu. hmm..terpaksalah. diorg siap nyanyi lagi besday tp nada sedih.hahaha.


memang hati2 giler sebab nak kena cantik2 kan.jap lagi nak ambik gambar bahagian dalam pulak.barula pelangi!


weeewiiittt!


ni la sebahagian yg sampai ke akhirnya.lagi sebahagian dah balik. ada hal.


kesimpulannya.kek memang sedap.bawak balik sejoreng kat rumah. masing2 kan kelaparan. sorg ambik selapis dah abis. budak2 memang suka.nak suh mommy buat memang tak lah..leceh wei.hahaha.nnt balik malaysia..kita tempah je la suh org buatkan.

Pages - Menu