Showing posts with label Balqish. Show all posts
Showing posts with label Balqish. Show all posts

jimba

Seumur hidup tak penah la saya nak ke disco.


Tetiba balqish kena g summer disco.alaaa...kat dewan sekolah je pun.hahahaahah.

Layankan je la.

Reception kena ada adult teman.aaahhh...satu family pegi.kekekekeke.


Kena la bayar sepound.kira sedekah la tu ye.hahahahaha.
Takdenya nak pakai baju baru...pakai je baju lama.tp tengok budak2 year 1 -year 6, boleh tahan gak diorg ni.dengan pakaiannya dengan berjoget2 nya.astagfirullah...sib baik tak duk lama kat negara ni.

Balqish ayu je.siap pakai thigh lg tau.

Bg la peluang dia berjoget2 jap.arryan dah mengamuk panas dlm hall.so, daddy bwk arryan keluar.bila dah penat menari nak ice cream pop plk.

Wah...teruja.tetiba teringat aiskrim malaysia perisa asam boi.perghh sedapnya.tak sangka, kat sini pun ada jugak plastik ice cream ni.


Adik pun dapat tp adik tak reti nak isap.tension2 dia baling atas tanah.hahaahahha.


Pastu, rasa lapar.terus ajak balqish balik.kitorg pegi makan kat aneesa.minggu depan kan dah ramadhan.pasni dah takde peluang nak makan kat restaurant lg.hikhikhik.

Panas

Dah lama tak update blog.

Banyak benda nak citer.surprise birthday celeb.pastu jalan2 germany.bayern munich uolls.nnt saya citer sume2 tu eh.

Ok.masih rutin sama pagi2 hantar balqish g school.sampai2 school mak aminah bgtau tengahari kang ada picnic kat school field.aiyooo...dah la tak tau pape. Takkan la tak join plk.kesian kat balqish.terusla terkocoh2 balik rumah.buat tuna sandwich ngan evil eggs.

Nasib baik picnic tu start kul 11.15.lepas dah siap sume tu trs g school balqish semula.pastu berpicnic ramai2.alaaa...kat padang sekolah je pun. Kalau kat malaysia mau fengsan picnic tghari buta kat padang.hahahahaahha.

So,saya lewat sket la g lab.takpela. Pengorbanan.asal anak gembira.abis picnic dlm kul 12 trs g lab.

Skang dah start panas.mmg panas.hoooyeeeaah.mencucuk2 tau panas dia.sib baik ada angin sejuk yg bertiup. Tgh2 berpikir2 camane la nak menghadapi dugaan puasa 20jam nnt dgn keadaan panas camni.tapi Allah Maha Mengetahui, insyaAllah...semuanya akan dipermudahkan.first week of ramadhan confirm lembik.lps tu ok la kot.

Meh layan gambar ye :)



Balqish kata, dia dapat sticker ni sbb buat ayat power utk homework dia...wah...congrats balqish.





After 5 years

kali terakhir balqish potong rambut adalah masa dia umur sebulan.
masa tu botak terus rambut dia. tp sebab rambut dia nipis n halus, mmg lepas tu biar je rambut dia memanjang.

masa mula2 dtg sini rambut dia dah start kusut.adala sekali tu saya potong sket ujung rambut die,part yg curly2 tu.

sabtu lepas tetiba rasa nak buat fringe utk balqish. sikat sana sini sket...zasss potong. tetiba rasa..eh..nape la aku tak hantar kat hair dresser je.

terus call hair dresser buat appointment. so, semalam..appointment kul 4pm. balik dari school awal wei semata2 nak teman anak g potong rambut.balqish excited. selama ni duk main game potong2 rambut, ni nak kena potong rambut plk.

ni la rambut terakhir sblm kena potong. siap request pagi td suh ikat pony tail.


yg fringe tu saya yg potong. ok la kan. masa ni hujan. hujan ais tu yg balqish taknak bukak mata.

tunggu sat.tengokla.rambut arryan pun dah panjang.

suh org ni buat layer.tp sbb rambut nipis tak nampak sangat la.tp ok laaa. lain sket.

hhahahahaha..hasil simpanan 5 tahun.ciput je pun rambut yg kena potong.kalau mcm ni..lenkali mommy potongkan je la. save £7.hahahhaha

balqish cakap


kat sini channel cbeebies akan tamat kul 7pm. alaaa..channel kanak2.

kids kat sini kena tido awal. padahal balqish kalau kat malaysia mesti tido kul 12 malam.

tu pun berpaksa.

kat sini paling lewat tido kul 9 malam laaa.

arryan? toksah cakap la. kul 8.30pm mmg time tido dia. kalau g jalan2 rumah org pun, kul 8.30pm tu dah nak kena balik. last week g rumah halim. borak2 tak sedar dh pkl 9 mlm patut la arryan asyik merengek je.pastu, masa nak balik dia boleh lak masuk bilik rumah halim pastu landing kepala atas katil.mengantuk la tu.hahahhaha.

rasanya dalam pkl 6 tu ada segmen story telling kat channel cbeebies tu. kebetulan semalam masa tu balqish tgh makan n saya plk duk khusyuk dengar. citer smlm adalah pasal baby brains.biasala..mesti ada story teller yg citer satu2. daripada baby brains ni lahir pastu dua hari pastu ayah baby brains terkejut sbb baby brains ni baca newspaper atas sofa. dua hari pastu baby brains nak g sekolah. dua hari pastu baby brains cemerlang, masuk uni.amik medic pastu baby brains jadi doktor. selang 2 hari ok. pastu alih2 baby brains diperlukan utk new project nak ke bulan. tak logik kan?langsung tak logik. sapa setuju?
tp saya dengarla dengan muka tak puas hati.

last2 masa kat bulan baby brains nangis sbb rindu parents dia. diorg bawak balik baby brains balik ke bumi pastu baby brains peluk parents dia. pastu baby brains nak jadi baby cam biasa cuma time weekend dia tolong doktor2 kat operation theater.

saya tunggu la kot2 ending dia baby brains tu mimpi ke ape ke..rupanya tak.

abis je citer tu saya mengomel "tah pape laaaa...cubalah bg cerita yg logik sikit.ni tah pape punya citer. tak logik langsung"

masa saya ckp tu, balqish tengok je muka saya n mcm terkejut.

then, saya tanya balqish "why balqish?" sbb muka balqish mcm tak puas hati.

balqish cakap "what is your problem mommy? this is just a cartoon. they are cartoon. they did not live in real world. we live in real world. They are different. cartoon can be what they want to be. cartoon can do what they want to do. because they are cartoon."

hahahhaahaha... darlingku bucuk2 tu plk cakap "haaa..kan dah terkena!"

Balqish n kumon

Tak abis2 citer kumon balqish kan?

Balqish dah pindah kumon center.dari jarak setengah jam ke jarak 5 minit dari rumah.

Dulu masa mula2 sampai.fikiran sempit.sanggup cari tempat jauh asalkan bukan dalam church.nak lalu dpn church pun gerun.

Tp bila kawan2 buat birthday party anak2 dlm church...ok je.mcm dewan biasa.eh satu lagi takde satu pun gambar salib atau gambar yg sewaktu dengannya.

So, kami decided utk tukarkan kumon balqish ke tpt yg lg dekat.mmg la dlm church.tp bukan church mcm dalam citer2 drama tu.yg ada kerusi panjang.gambar bukan2. No.ni hall besar.n dia susun meka n kerusi.

Smlm first day.teacher baru pun ok n better kot dr Jo.kali ni nama dia Gill.sama je.ada sticker n just sambung je yg sebelum ni.

Tpt menunggu tingkat atas ada cermin.so, saya ambik la gambar.cuba teka, mane balqish.boleh pulak balqish pusing nampak saya kat cermin n tanya time.hahahaaha.





Bintang bintang

Lupa lak nak citer.
Smlm balik dari school excited je balqish citer esok dia akan jd star of the day.jesica pilih dia.apa kriterianya saya pun tak tau.

Yg penting star of the day.kira cam ketua la hari tu.pg2 plk td balqish mcm tak berapa sihat.bila saya tanya nak g school ke tak dia jawab taknak.

Bila saya cakap " eh tp harini awk star of the day." Cepat je dia bangun g toilet.hahahaha.





Lps bercuti panjang

Ehhhh...bukan saya.
Balqish yg bercuti panjang.
Easter holiday kan dua minggu.
Mommy pun lagha laaa bgn tido pun lewat.

Malam td dah prepare sume barang.pg td anak beranak bangun 6am.
Mandi2...siap...zass...pegi school.

Eh nape takde org g school lagi ni? Takkanla cuti lg kot.

Kami awal sangat rupanya.hahahaahah.excited.dah balqish asyik duk tanya "is it already 9 o clock mommy?"....start dr kul 7.30am sbb tk sabar2 nk g school.

Cuaca alhamdulillah.pertama kali lps hantar, balik tu badan rasa berpeluh.ye la saya berjacket bagai.temperature mmg la double digits tp angin kuat lorrrr.

Happy je budak2 ni g school.





cerita semalam


setahu saya balqish ada school trip khamis ni.
sekali..smlm masa hantar balqish g school, mak aminah bgtau school trip harini. tuesday ok.tuesday.bkn thursday.
trip start kul 10.15am. parents kena join kalau tak kesian plk balqish takleh ikut.

phewwww.masa tu kul 9.20am.
gile laaa..laju2 tolak stroller. g beli nugget + chicken popcorn.
sampai rumah 9.30am.
masukkan nugget + chicken popcorn dalam actifry.set 15 mins.
sediakan susu arryan + pampers.
kul 9.45am husband balik. bagitau n siap2.
kul 10am gerak ke school semula. sambil lari2 anak.darling saya pulak tukang tolak stroller.
10.10am sampai school.
10.15am gerak g museum.jalan kaki ye tuan2 puan2. dengan snow nya.jauh plk tu.

tapi mcm eh..best gak discovery museum ni.macam2 ada.
sampai museum kena la follow diorg punya aktivity. sampai kul 1pm saya gerak ke school saya plk sbb kul 2pm ada safety workshop. wajib hadir yea.kalau tak, takleh buat experiment. punya la penat + mengantuk + sejuk..redah jugak.

itu la cerita hari semalam.


wahai snow.
wahai kesejukkan.
tolongla dengar jeritan batinku.
tolong la pergi jauh sket.
tolong la bagi haba pada kami kat sini.
kesian la kat kami.
tak tahan wei..ni dah sejuk tahap nak nangis nie.

Kumonan

Last week kan school holiday.kumon pun sama berholiday.tah pape la teacher kumon kat sini.teacher je yg holiday.student still lg hari2 bergelumang dgn kumon.hahaha.

Pagi td kemas2 homework n file kumon balqish sekali terperasan sticker book dia tinggal 3 je lagi kosong.hari ni dapatla voucher £5. Suka la balqish dapat beli buku.

Semoga balqish terus tabah n rajin buat homework. :))



Malam ini

Mar n family dtg rumah ptg td.
Pastu rombongan cik kiah trs ke metrocenter utk beli hadiah.esok birthday party aleesya.

Sambil tu kitorg dinner sama2 sekali. Lalu kat cinema...takde plk citer2 menarik.terus je balik rumah.

Malam ni marsya tido rumah ni. Risau betul mar takut masya menangis tgh2 malam.hahaha.tp tak kot. Ada balqish.insyaAllah sume ok. Jap lagi marsya dtg la.pastu esok pg2 marsya akan trs g school balai dari sini.balqish seronok la ada kawan nak tido sama malam ni. Balqish ckp "marsya is my BFF"..ceh kecik2 dah tau berbff bagai.kesian plk bila kenang2 kan nnt bila dh balik malaysia ntah masa bila la dapat jumpa semula kan. Sorg kat selatan, sorg kat utara.





Superwoman?

Just now i was at balqish's school but now i am already in my lab.fuhhh.

Mcm superwoman plk rasanya. Tolak stroller laju2.beli ayam, balik rumah ambik beg, darlingku pun dah ada kat rumah.Trs g lab. Nasib baik ada org hantarkan.kalau kena tunggu bas kul bape la nak sampai.thanks sayang.

Bukan senang nak jadi best mommy and student at the same time.tp kena kuatkan semangat.gagahkan hati. Tak sampai hati nak biar anak buat aktiviti tanpa mata ni sendiri yg melihat.biarpun hanya sepotong ayat...bahagia bila tgk balqish gembira melambai2 tangan pada saya td sebelum n selepas performance. Arryan pun tepuk tangan bila nampak sis balqish on stage.

Tp susah mommy nak ambil gambar sambil handle arryan. Dlm dewan heater on so panas kemain.arryan mula la nak buat hal. Dia kan x boleh panas. Sorry ok balqish. Mommy cuba buat yg terbaik for both of you.

And this afternoon ada serious meeting ngan glynn. Harap semuanya berjalan lancar.

Saya kena lebih kuat n lebih tabah utk handle semua ni. Allah sentiasa bersama2 saya. InsyaAllah. Semoga jihad kecil ini sentiasa mendapat rahmat dan diberkati Allah. Insya Allah.









Cny celebration at balqish's school

Semalam balqish demam. Hari ni kena gak g school sbb ada cny celebration.assembly pastu ada performance. Ramai parents yg dtg. Ayah aminah siap dtg pakai suit lagi.trs g keje agaknya. Balqish bad mood plk bila aminah ckp dress dia lg cantik.adoyaiii.

Sekejap je kot.9.30 am start.pastu kena trs g lab plk jumpa glynn.

Dh la lupa nak bwk school bag pagi ni.khamis balqish kena tukar buku cerita.camane la boleh lupa.



Apa aktivitinya?

Alaaa...cam biasala kena kaler mask.peter rabbit mask. Masa awal2 tu saya bawak arryan.duduk semeja ngan mommy aminah daddy lola. Arryan cam biasala. Explore sana sini hahaha. Gambar takde caption sbb update guna ipong je.

Pastu dpt souvenir dr peter rabbit la. oh lupe tanya miss whitney psl balqish.. Die ckp balqish amazing.most popular person in the class.sume org nak partner ngan dia.hahaha.very matured and responsible as well. Bgtau la psl balqish kdg2 blurr bile suh buat sesuatu.die ckp.mayb sbb communicate kat rumah in malay. Oh..br perasan.sian kat balqish.so,start hari ni mommy communicate in english ye anakku:))















Inspire

Hari ni ada program kat school balqish

9.30am ada reading workshop
Die ajar cara2 nak bagi anak minat membaca.sebut every words clearly. Tanya a few questions before continue reading.tu kalau bacakan buku utk anakla. Kalau anak baca sendiri kena check and betulkan sebutan.macam2 lg la.

Pastu kul 11.45pm kang ada lunch time bersama2 anak2.well...mmg la tak wajib nak join tp sanggup ke tgk anak sedih je parents x dtg join.so mommy kena berkorban la. work from home. Ras kan ada. Ras = remote accessible systems.


buku cerita


setiap minggu kan balqish kena bawak balik story book.pastu kena baca.pastu kena komen.

balqish dah pandai baca. so, setiap rabu malam..dia akan baca kuat2 masa saya tengah makan ke..tgh masak ke..pastu saya tanya2 soalan pastu komen.

lately ni teacher die pulak dah komen siap2.

aik?Balqish dah baca buku tu kat school ke?

ada sekali teacher komen suh ajar baca buku ikut intonasi kalau ada koma ( , ) ke...tanda seru ( ! ) ke...oooo.

Nasib baikla balqish dah boleh baca sendiri kalau tak jenuh jugak nak bacakan untuk die. bersyukur.

semalam...last2 balqish yg komen sendiri. saya pun takde idea nak komen ape. sebab khamis kena bawak buku g school.jumaat dia ganti buku baru. eh..ingat lagi masa nursery ada gak mak bapak yg tak bacakan buku utk anak2...kena marah tau! teacher la yg marah parents tu. ye la. die tipu cakap bacakan tp bile tanya anak, budak tu tak tau pape pasal isi kandungan buku tu.kan ke haru.

next week ada INSPIRE day kat sekolah balqish. parent kena dtg workshop ngan anak2. darling saya keje plk tu.camane la nak berworkshop nak handle si tecik tu lagi. kalau tak join kesian plk balqish. tu citer 11 feb. pastu 14 feb ada assembly utk chinese new year punya presentation plk. ni mmg kena wajib hadir! Ni balqish sibuk duk citer pasal valentine day.dah bgtau "we are muslim. We can't celebrate it"...hmm...budak2.mane la nak paham kan. yg die tau enjoy...buat kad.gembira.


ni buku untuk minggu nie.pasal pakcik percy ni la ngan rabbits.


ni komen2 saya.balqish tukang lukis gambar mulut senyum ke masam.


this week balqish komen sendiri.kekadang saya takde idea nak komen ape..balqish yg bagi ayat.hahaha....

Bakat melukis?

Balqish suke melukis.
Of course bukan menurun bakat saya.hahaha

Rajin die mentelaah.
Bukak youtube cara2 nak melukis little pets shop.
Cara2 melukis mata.
Dahsyat kan anak2 zaman sekarang.
Zaman kita dulu lukis org lidi je.
Gambar permandangan sawah padi petak2 pastu ada dua gunung ada matahari..ada burung.
Tak pun ada pokok kelapa.
Eh ke tu saya je yg tak berbakat ni.

Ni antara hasil nukilan balqish.
Ada yg lukis pakai tangan tp kebanyakkan dia guna ipad n hp samsung saya.


























Pages - Menu