Showing posts with label Phd life. Show all posts
Showing posts with label Phd life. Show all posts

nape susah sgt nak reply email?


eh..eh..
aritu ada entry pasal lawatan dari uthm kan?
tarikh dipinda pulak. dari hujung bln 6 ke hujung bln 5.

pastu ada dapat email dr org lain tarikh kat london 24 dan 25 May.
saya email balik org tu tanya tentatif..ye la.kena tau gak kena pergi full 2 days tu ke..ape ke.ye la sumenya melibatkan kos kan. tapi tak berjawab.

kepada yg berkenaan,

saya tak kisah la.kalau diwajibkan hadir,saya boleh hadir.masalahnya, ncl ke london tu jauh. kalau naik train pun 3 hours ++. ticket train kena beli sebulan awal,kalau tak confirm harga mahal giler. awak tak paham sume tu. saya pulak kena la bawak suami n anak2. tak berani la nak g london sorg2. pastu, hotel pun kena book. skang ni family room dah abis (travelodge la). double room pun paling murah £90 satu malam. bukannya boleh claim pun.

so, sebab check2 email tak berbalas, saya beli je train ticket. return ticket utk satu family £100 tau. lebih kurang RM500. pastu nasib baik la bilik kat apartment kak umi ada kosong lagi tau.tu pun satu malam £80. kalau ubah lagi tarikh tu.memanglah!!!

hangin ni.hangin ni.

benda2 penting..tp susah sangat nak reply email.
nape camtu ek?
jawab la.kita ni nak kepastian.

ok..26 may birthday saya - celebrate kat london tower la tahun ni.hahahha.

salam pagi jumaat

Assalamualaikum, salam pagi jumaat.

Alhamdulillah, semalam dapat baca yaasin sama2 dengan keluarga tersayang.

 Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur dan diberi kemudahan utk berjihad menuntut ilmu di perantauan. Alhamdulillah, kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik, kegembiraan dan kebahagiaan. Alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah. Jangan lupa baca surah al-kahfi juga yea. sambil buat kerja di lab sambil dengar surah ni ulang2 kali.

Dah nak masuk bulan 3

Sekejap je masa berlalu kan.hari ni dah 27 feb.woooo.takutnya.

Kebelakangan ni, kalau terjaga tgh malam dlm kul 1 pg mesti susah nak tido pastu.paling2 pun kul 4am br tido.dlm otak mesti duk pikir camane nak selesaikan problem -phd punye prob la.ini la penangan phd.tido pun otak berjalan.dahsyat kan?

Saya pernah tanya kawan yg buat phd oversea dia kata, masa buat phd tu mcm dlm dunia fantasi. Bila habis je balik malaysia baru rasa kembali ke dunia nyata.yup.saya merasainya.

Sebab duduk jauh sangat2 dari family.
Husband tak keje hanya keje part time so, kehidupan tu berbeza 100%.

Saya hanya dalam dunia phd n family kecil saya saja.

Semoga segala pengorbanan ini berbaloi.

YaAllah permudahkan segala urusanku utk mendapatkan segulung phd ini.amin.

Ok.saya solat zuhur dulu :))



Dua hari berworkshop

Smlm n hari ni saya attend workshop LaTeX.

Mula2 niatnya nak cukupkan credit.untuk 2nd year phd kena g workshop 40 kredit.latex ni je dah 10 kredit.ok la tu.

Latex ni programming mcm c gitu.org guna utk tulis buku, artikel, thesis.utk thesis kan biasanya kita guna mic word pastu guna endnote.taipje programming pastu type cam biasa pastu kita boleh pilih nak display dlm bentuk apa. Boleh display dlm pdf terus.cun wooo.lebih2 lagi kalau banyak equation. Cuma latex ni kena rajin try n tulis. Kalau tak, boleh pening kepala gak. Nak tulis thesis dah satu pening kepala.nak memikirkan command utk latex ni satu lagi pening.hahaha.pening berganda.

Saya tak decide pun lagi either nak guna ke tak tp ilmu kan.free pulak tu.bagus gak.kalau dah start keje boleh la nak tulis modul guna latex ni. Di akhir2 workshop tetiba teror plk saya buat command.hahaha. Apesal dulu taknak belajar c programming betul2.kalau tak mesti dapat A.

Balik tu saya bgtau darling saya "nyesal dulu tak study c betul2.senang je rupanya.kalau tak confirm A". Senang je darling ucuk2 i jawab "ala...takyah nyesal2 la.skang ni dah buat phd dah pun".

Tapi saya blm start writing lagi.banyak masa utk study latex.kalau sv approve, saya nak guna latex la.comel sket hasilnya.





Superwoman?

Just now i was at balqish's school but now i am already in my lab.fuhhh.

Mcm superwoman plk rasanya. Tolak stroller laju2.beli ayam, balik rumah ambik beg, darlingku pun dah ada kat rumah.Trs g lab. Nasib baik ada org hantarkan.kalau kena tunggu bas kul bape la nak sampai.thanks sayang.

Bukan senang nak jadi best mommy and student at the same time.tp kena kuatkan semangat.gagahkan hati. Tak sampai hati nak biar anak buat aktiviti tanpa mata ni sendiri yg melihat.biarpun hanya sepotong ayat...bahagia bila tgk balqish gembira melambai2 tangan pada saya td sebelum n selepas performance. Arryan pun tepuk tangan bila nampak sis balqish on stage.

Tp susah mommy nak ambil gambar sambil handle arryan. Dlm dewan heater on so panas kemain.arryan mula la nak buat hal. Dia kan x boleh panas. Sorry ok balqish. Mommy cuba buat yg terbaik for both of you.

And this afternoon ada serious meeting ngan glynn. Harap semuanya berjalan lancar.

Saya kena lebih kuat n lebih tabah utk handle semua ni. Allah sentiasa bersama2 saya. InsyaAllah. Semoga jihad kecil ini sentiasa mendapat rahmat dan diberkati Allah. Insya Allah.









Pages - Menu