Showing posts with label cook club. Show all posts
Showing posts with label cook club. Show all posts

yeayy..sudah tau buat bun tuna

dr kat mesia lagi dah teringin nak blaja buat roti sendiri..
sbb suka makan roti yang kecik2+ inti banyak...wow! heaven!

akhirnya impian jadi kenyataan bila sorg kakak nie offer nak ajar buat bun tuna.
seronoknyaaa...

apa lagi.terus laaa...salin recipe n blaja.

jadi ..gebu ..sedap n darling...i nak beli bread maker yea...yeahhh =)


Roti Tuna
Bahan2

120ml susu segar
50g telur =sebiji telur sederhana besar
300g tepung roti (allison)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
******************
2 tin tuna
1/2 biji bawang besar
mayonis +lada hitam sket
Cara-cara

Masukkan semua bahan untuk buat roti ke dalam breadmaker. On kan.. tunggu siap
Bila dah siap, keluarkan angin dan bahagikan kepada 12 bahagian. Buat bentuk bulat dah rehatkan selama 10 minit.
Buat bentuk panjang lebih kurang 30-35cm dan buat macam bentuk ikatan.
Buatlah silang-silang sampai bertemu kedua-dua hujungnya. Buat sampai habis roti. Biarkan naik 2 kali ganda.
Sapukan roti dengan telur. Campurkan tuna, bawang dan mayonis. Letaklah dibahagian tengah roti.
Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 10-12 minit





mari buat kek bersama balqish

cheese brownies

Ingredients:
180 gm butter-melted
275 gm. brown sugar
3 eggs
1 tsp vanilla essence
120 gm. self raising flour
70 gm cocoa powder

Cheese filling
250 gm cream cheese
45 gm. butter
80 gm. icing sugar
1 egg
some chocolate chips to sprinkle on the top

Method:
1. Mix melted butter with brown sugar until well combined
2. Add in eggs, one at a time, mixing well after each addition. Stir in vanilla essence.
3. Gently fold in flour and cocoa powder and stir till smooth.

4. for cheese filling: beat cream cheese, butter and icing sugar until well combined.Add in egg, beating well.
5.Pour half of brownie batter into loaf pan, then pour in cheese filling. Then, pour balance brownie batter on top of cheese filling.sprinkle top with chocolate chps.

6. Bake in preheated oven 170C for 40 mins or until cooked...

siappp!...ala..balqish pun boleh buat...semua boleh buat punye. Thanks to nina sbb sudi kongsi recipe nie...






ada christmas party kat school balqish..kena bawak makanan...tu yang bertungkus lumus buat kek nie...

kemana kami semalam?

ramai yang tertanya2...
kemana saya pegi semalam?
cuti sehari..hari selasa plk tu...
mana la budak berdua nie pegi....
ofis senyap jek (en khalid ckp dlm hati..hahaha<--pepandai je)

owwwhhh...terlebih dahulu...
kami adalah merujuk kepada saya dan munirah..
kami pergi ke suatu tempat...
suatu tempat yang boleh merubah diri saya...
daripada 24 jam menghadap TV...
kini boleh duduk lama di dapur
daripada pegi ke secret recipe....
kini ada secret tersendiri

ok..
ok...
i tell u ok.
kami telah ke
sini...

wakakaka....HEBAT tak saya sekarang nie?

hmm...ada sesuatu yg saya tak story di sini...sabtu lepas saya buat kek coklat...bile saya makan mcm tak sedap.tu yg malas nak citer kat sini. Tp smlm en hubby bawak g ofis...sume org ckp sedap...memang sedap kot.=P


::rintihan hati ::

1. kenapa bila makan kek yg buat sendiri rasa mcm tak sedap ek?teruk betul la perasaan mcm tu.padahal sedap je kek t (org lain ckp).

2. en hubby saya akan start berperang di dapur pabila kabinet umah baru siap nnt ok..<--tah tahun bile la nak dpt kunci umah nie...dussshhhhhhhhh...

telur maggi eppy

resepi hari ini adalah sbg menu tambahan...
contoh : menu ikan merah masak asam pedas...kalau nak lagi lazat,makan dengan telur dadar...
kalau nak lagi lagi lazat makan la dengan menu telur maggi eppy....

senang je membuatnya...

bahan2 nye adalah
1. sebungkus maggi kari
2. telur 2 biji
3. sebiji bawang besar (dicincang2)
4. lada kecik (dalam 3 batang)




cara membuatnya:

1. rebus maggi tadi dengan air.....




2. toskan maggi tersebut bila keadaan dia dah lembut (alaaa...cam kite masak maggi goreng tu)



3. Letak minyak dlm kuali n goreng bawang dan cili yg dah dicincang tadi...tp jgn sampai hangus pulak yea =)




4. pecahkan 2 biji telur td dlm satu bekas n masukkan perencah maggi kari tadi dan kacau.



5. Masukkan plk maggi yg tlh ditoskan tadi...gaul bersama...



6. Last masukkan bawang dan lada yg telah digoreng td....




7. Kemudian, tuang semuanya dalam kuali yg berisi minyak...act lebih sesuai guna kuali yg leper so, maggi dan bhn2 tak berkumpul kat tgh2...




8. Ni la rupanya telur maggi yang hampir2 masak...balikkan telur maggi tadi supaya rangup atas bawah...




9. Tadaaaa....ini lah hasilnya...

telur maggi eppy...




dan susah tentu ada pembantu semasa memasak...hik hik hik...




resepi tu bkn saya pny...tp adik saya pny. die memang teror masak tp bkn ambik course masakan tau...course mekanikal...tp lg teror masak dr saya =P
introducing...EPPY

P/S: die ada banyak lagi resepi yang best2...nnt saya masukkan kat sini k...

kelas memasak Bil 1

Jumaat : 6 Nov 2009

PIC : K.zarina tukiran

Penghargaan:

Terima kasih kepada Maisara yang tak lokek berkongsi ilmu masakan ini.
Terima kasih juga kepada tuan rumah, Herda, adik herda, Esyah serta jiran sebelah kiri Herda, Munirah.
Terima kasih kepada pemilik pinggan dan video, Siran.
Terima kasih juga kepada Amely, Kak Pid, Rozie, Mun, Shidah dalam membantu menyediakan bahan masakan.
Terima kasih kepada kawan2 yang menghadirkan diri dan menunggu kami siap memasak dalam kesibukkan. Thanks to Elfa, Mazita, Rosnah, Ecah, Warsu, Marlia. Terima kasih.
* copy from k. zarina tukiran *

Menu :

Kari Ikan Utara Denmark


Sambal Belacan Avanza

Sambal Petai Simpang 5

Add Image

antara gambar yang sempat di snap: (gambar x ikut susunan dan masa)




juri2 sedang mengadili masakan


opppsss...perkenalkan k. sifu...bkn yg kiri sekali (itu jiran sblh kiri k.herda).kak sifu ditgh2 tu.


menu yg berjaya disiapkan setelah berhempas pulas


barisan para juri (yg datang terlalu awal -menu x siap lagi)



juri dilayan sblm mengadili masakan (ambik ati sket)



ucapan dr ketua juri : "sedap sangat...boleh laaa....hingga buat saya makan sambil tersenyum..."

kelas masakan berakhir dengan beberapa tips lagi (kali nie bkn tips masakan yea) dari kak sifu...
cayalah k. sifu...
at least adalah kenangan yg ditinggalkan sblm kak sifu terbang ke denmark meninggalkan kami semua...

Lastly...harap progran berterusan...
utk k.sifu...semoga berjaya dapatkan PhD...amin...(doa dr kami sekeluarga...doakan kami juga ye)

p/s: semua nama menu ada kena mengena dengan kehidupan k.sifu...harap k.sifu tak kisah...

sambal petai Udang Simpang 5

kak sifu : k.sara

penaja lokasi : k.herda + Esyah lagi

Sambal Udang Petai Simpang 5

Bahan2
1. Bawang besar + bawang putih + sedikit ikan bilis (diblend)
2. cili boh
3. air asam jawa
4. gula
5. garam
6. udang
7. petai

air asam jawa







cara membuatnya:

1.Tumis bawang merah besar dan putih yang telah diblend. (Masukkan sejemput ikan bilis yang telah disiang ke dalam bhn blend bagi menaikkan rasa).


2.Setelah naik bau, masukkan cili kering yang telah siap diblend. Kacau utk sebatikan.
3.Setelah cili masak, masukkan air asam jawa, gula dan garam (secukup rasa).
4.Kemudian, masukkan udang dan petai. Setelah masak, siap utk dihidang.



Sambal petai Udang simpang 5

sambal belacan avanza

kak sifu : kak sara

penaja lokasi : k.herda + Esyah

Sambal Belacan Avanza

Bahan2

1.Cili merah (ada panggil lada hidup) (10 tangkai)
2.Cili api (kalau suka pedas, bykkan)
3.2 sudu besar garam
4.Sedikit Gula
5.Belacan yang telah digoreng garing bersama bwg besar yang diracik.



6.Air asam jawa <-- baki air asam jawa ikan kari utara denmark td...hehehe..


Cara membuatnya:

Blend semua bhn di atas. Setelah selesai, masukkan ke dlm mangkuk yg hdk dihidang. Perah 5 biji asam limau. Hidang.





Sambal Belacan Avanza

Kari Ikan Utara Denmark

kak sifu : kak sarah

penaja lokasi : k. herda + Esyah


Kari Ikan Utara Denmark


Bahan A


1. Lada hidup (kaler hijau)

2. Bawang putih

3. bawang kecik

4. bawang besar


(bahan A perlu dicincang halus- tak perlu blend)









Bahan B

1. garam masala Ismail Yahya

2. halba campur Ismail Yahya

3. rempah kari ikan Ismail Yahya

4. sedikit air

5. minyak masak

6. air asam jawa

7. santan







*garam masala





*halba campuran



*rempah kari ikan

*semua bahan di atas boleh diperoleh di kedai Ismail Yahya BP. LOkasi kedai akan diupdate kemudian


Bahan C

1. Bendi

2. Tomato

3. Ikan bawal















Cara membuatnya:


1. Gaulkan separuh drpd bahan A dengan rempah kari ikan Ismail Yahya + air secukupnya.



2. Panaskan minyak dalam kuali

Tips: Kuali yg digunakan dalam masak kari, kalau boleh biarla agak tebal bontot kuali. Kalau tak bahan tumisan cepat hangus.<--ditujukan utk yg br blaja memasak


3. Tumis separuh daripada Bahan A hingga naik bau dan kekuningan.dimulai dengan bawang putih, bawang merah dan lada hidup hijau.

4. Masukkan helba campuran bersama beberapa helai daun kari.

Tips: Kejap je. Kalau lelama, halba campur cepat hangit dan mengeluarkan aroma yg kurang menyenangkan

5. Masukkan bahan A yg telah digaul dengan kari, air dan garam masala
Tips :Selepas masukkan bahan A, kari dan garam masala , perlahan kan api dan tumis sampai pecah minyak dan bertukar warna ke coklat gelap. Lagi satu pesanan kalau boleh hendaklah selalu kacau supaya rempah tadi supaya tidak hangit. Kalau hangit tak sedap nnt kari pahit.


6. Masukkan air asam jawa mengikut sukatan yang bersesuaian. Kalau suka masam, bykkan

asam jawa. Begitu juga sebaliknya.

Tips: Kari seharusnya mempunyai rasa "masam", barulah namanya masak kari.

7. Masukkan santan setengah kilo (utk 20 org masak). Kalau santan segera, 1 kotak santan kecil yg berharga RM1.80 mencukupi utk 2-4 org.

8. Kacau hingga sebati. Sekiranya terlalu pekat, maka masukkan air sedikit demi sedikit mnegikut kadar kepekatan kari yang ingin anda hasilkan.

9.Kemudian, masukkan garam secukup rasa.

10. Masukkan ikan bawal + bendi + tomato..








Tadaaaa...inilah hasilnya..


P/s : tulisan kaler biru tu, adalah pembetulan (yg dibuat oleh k.sifu- credit tuk k.sifu)

Pages - Menu