Balqish wishlist

1. nak main kat padang UTHM - papa dah realisasikan...memang berlari sampai penat la makhluk berdua nie.

2. nak pergi zoo - ingat tak masa g JB tu berura2 nak g zoo JB tp dapat tentangan hebat dari banyak pihak..so, cik Balqish..awak kena sabar yeaaaa...nnt kite g zoo melaka ok.

3. nak naik keretapi - hahaha....yg nie akan bakal dilaksanakan...TUNGGGUUUU....

*tak bestnye naik keretapi kat stesen ktm kluang tp tak dapat makan kat railway cafe =(....



halwa telinga

sila layan lagu nie...
masyyyuukkk...(~_^)





my name is

Sebenarnya...
kalau nak tau..masa pregnant dulu, saya nak letak nama anak yang bakal lahir dengan nama
= Balqish Syazreen...

kenapa Balqish?
oohhh..sebab nama itu sungguh evergreen.comel je nama tu.

Syazreen? - sebab masa sek dulu, ada junior nama syazreen (ingat tak kawan2 stj?). cantik...lemah lembut dan pandai 3x.so, memang suke sangat dengan nama tu. tp cari punye cari..tak jumpa la makna nama tu. frust la jugak.

last minute letak la nama Qaisarah = penghuni istana
kat belakang nama Balqish tu.

Masa tu, tak ramai lagi org guna nama Qaisarah nie (setahu saya laaa...)...tup2 sekarang nie...kat dalam fakulti saya je dah 3 org anak nama Qaisara. dan yang paling latest nina pulak...

nina :rozi, kalau anak kedua aku girl, aku letak nama Qaisarah yea.
saya : letaklah ninaa...aku tak kisah pun, bukan aku yg cipta nama tu pun.

ok. Nur adalah nama pemberian mr darl yea.full stop.

sebenarnya nak citer benda nie, sbb mun kan tgh nak tunggu hari nak bersalin, so semalam kitorng + k.anim borak2 lah psl nama nie.

masa pregnant dulu..memang masa banyak dihabiskan kat umah khg timur. yelaaa...kelas isnin, selasa, rabu. rabu ptg dah balik kg sampai la pagi isnin. Mr darl lak 2 minggu sekali datang...sob sob sob... so, mmg selalu berdiskusi ngan mak sahaja.

satu hari tu mak cakap " G, kalau dapat anak perempuan, letaklah nama fasha sanda tak pun maya karin. Kalau lelaki letak nama Hazami yea"

saya " Glllluuuppppppp"


mak " yela..mak suka la diorg tu..lembut je."


(mesti mun ngan k.anim gelak skang nie kan)

saya " kalau mak nak anak nama fasha sandha, mengandung la sendiri.hahahha"


kelakar tak kalau kawan2 tanya
kawan: eh..ko dah bersalin? boy ke girl? sapa nama?
saya : girl...nama fasha...sandha.

hahahha..mesti glamour satu fakulti.

org ramai : wei.. korg tau tak nama anak shahrozy tu fasha sandha wei... kekkeke...bla bla bla...


memang tak boleh blah.so, kitorg cadangkan kat mun, kalau nak glamour cepat, buatla camtu.



P.E.L.A.T

Balqish : Mummy, papa satap kan, die nak pergi kedai.

S.A.T.A.P = cakap

Balqish : mummy...tengok tu..ada TUCING... or...saya nak baca BUTU.

TUCING = kucing
BUTU = buku

haiaahhhh...anakanda sorg nie.
payah tul nak sebut huruf K.
puasla kami mengajar malam semalam....

mummy : Balqish..cuba cakap kakakkakakak.
Balqish : kakakakak
mummy : kukukukku
Balqish : kukukukuku
mummy : Buku, kuku
Balqish : Butu..tutu...
mummy: aduhhhhh

nasib baik masa on the way nak ambil papa ptg semalam dah latih balqish
mummy : Balqish, cakap...TERBALIK
Balqish : &&*&@* <--tah pape
mummy : TER ...BA...LIK
Balqish : TER...BA..LIK
mummy: ok pandai.

cume satap tu susah sket nak di perbetulkan.


sori ye mak

sekarang nie mak dah jarang dtg pura kencana
sebabnya...

sebab...tiap kali mak abah dtg sini, masa nak balik mesti Balqish merengek + menangis + meronta2 nak ikut diorg balik khg timur.

mak abah sedih bila tengok Balqish macam tu.
sbb tu mak abah akan pikir 400 x kalau nak dtg pura kencana.

hmmmm........
mak cakap " alaaa G, kalau esoknya tak sekolah, bagila mak bawak balik Balqish.nanti mak hantar la semula"..

saya "...mak...Balqish tu je la sorg penawar kat rumah nie. Kalau die takde, kitorng mesti boring.taktau nak buat ape."

mak..ogy minta maaf yea.bukan saja2.tapi memang betul. tak kiralaaa...ogy ke..shah ke...memang tak boleh nak hidup kalau takde Balqish.
setiap pagi lepas hantar balqish pegi little caliphs pastu on the way nak g ofis pun dah start rindu keletah die.
pastu, time lunch berdua pun bercerita lagi pasal Nur Balqish.
Bila petang sebelum sampai little caliphs pun bercerita tentang Nur Balqish lagi.
camane tu?
belum lagi kalau Balqish tido awal.memang termenungla papa teringatkan anak manja die.
camne? camne?
hati siapa yang perlu dijaga? perasaan siapa yg perlu diambil kira?

mak abah jangan la sedih.
balqish nangis sekejap je.
tak sampai seminit kereta abah gerak, Balqish dah berenti menangis.
dah main mcm biasa.

lagi sekali ogy minta maaf yea mak.
memang tak boleh nak bagi kebenaran.
sebab NUr Balqish Qaisarah lah satu-satu nya permata hati kami.
penawar duka kami.
penghibur kami.
remote bergerak kami.
jam loceng hujung minggu.

dan..kalau boleh setiap detik kami nak habiskan masa bersama Nur Balqish Qaisarah.


little ducks

lagu ni khas utk mengajar anak dari big numbers to small numbers. jangan lupa buat gaya duck dan keluarkan jari jemari utk menunjukkan nilai yang dikira... selamat menyanyi.





five little ducks go out one day,--> tunjuk jari FIVE
over the hills and far away,--> letak tangan di dahi, buat2 tgk2 dr jauh

mama duck say quek quek quek,--> buat gaya mama itik cari anak

four little ducks come back that day...--> tunjuk jari FOUR






four little ducks go out one day,
over the hills and far away,

mama duck say quek quek quek,
three little ducks come back that day...





three little ducks go out one day,
over the hills and far away,

mama duck say quek quek quek,

two little ducks come back that day...




two little ducks go out one day,
over the hills and far away,
mama duck say quek quek quek,
one little duck come back that day...




one little duck go out one day,
over the hills and far away,

mama duck say quek quek quek,

no little duck come back that day...

waaaa (nangis)...





:: moral of the song ::
jangan jalan jauh2...nnt mummy tak jumpa awak karang haaa...nnt mummy sedih. mama duck tu ada anak five ...mummy nie ada Balqish sorang je...waaaa (mummy yang nak nangisss)

bukit yang cantik...h

ok..nie lagu siulan Balqish akhir2 nie. mmg menajamkan minda. saya try jugak nyanyi kekadang tp memang failed....melalut2.tunggang terbalik.pendek kata Balqish punye imaginasi lagi tinggi dr saya laaa...yela..die siap buat gaya.memang la boleh ingat.
ok...cuba test ingatan dan imaginasi anda...sama tak dengan lirik di bawah??




atas bukit ada rumput,
rumput cantik tak pernah lihat...
rumput atas bukit,
bukit yang cantik... hey,
bukit yang cantik...

atas rumput ada pokok,
pokok cantik tak pernah lihat...
pokok atas rumput...
rumput atas bukit...
bukit yang cantik..hey,
bukit yang cantik.

atas pokok ada dahan,
dahan cantik tak pernah lihat...
dahan atas pokok
pokok atas rumput...
rumput atas bukit...
bukit yang cantik..hey,
bukit yang cantik.

atas dahan ada sarang,
sarang cantik tak pernah lihat...
sarang atas dahan,
dahan atas pokok,
pokok atas rumput,
rumput atas bukit,
bukit yang cantik..hey,
bukit yang cantik.

atas sarang ada telur,
telur cantik tak pernah lihat...
telur atas sarang,
sarang atas dahan,
dahan atas pokok,
pokok atas rumput...
rumput atas bukit...
bukit yang cantik..hey,
bukit yang cantik

atas telur ada burung,
burung cantik tak pernah lihat...
burung atas telur,
telur atas sarang,
sarang atas dahan,
dahan atas pokok,
pokok atas rumput...
rumput atas bukit...
bukit yang cantik..hey,
bukit yang cantik

*lirik adalah hasil dr BAlqish..kalau die nyanyi salah, saya pun tulis salah la yea...

Pages - Menu