Showing posts with label littlecaliphs. Show all posts
Showing posts with label littlecaliphs. Show all posts

gambar convo balqish

Balqish..entry nie mommy buat utk awak yea.
Mommy nak awak ingat..awak pernah sekolah little caliphs diMalaysia.
mommy start hantar awak ke school pada 11 Oct 2009..masa tu umur awak baru je 3 tahun sebulan.

lepas tu mcm2 perubahan positif mommy nampak dr Balqish.tak sia2 mommy hantar balqish ke school walaupun balqish kecik lagi...

ada banyak entry ttg school balqish..
antaranya

entry 1 - citer ttg perkembangan balqish stlh sebulan ke school
Link
entry 2 - citer ttg pencapaian Balqish n ada video Balqish buat performance

entry 3 - ucapan penghargaan buat guru2.

ada banyak lagi.tp entry tu je yg mommy pilih..Balqish kena ingat dekat teachers tau esp teacher Azni -lemah lembut orgnya....patutla disayangi anak2 murid. oohhh..sungguh momm tak terbalas jasa guru2 di school balqish. rasanya kalaukita masih di Malaysia, mommy akan trs hantar balqish ke situ. balqish balik nnt insyaAllah dh darjah 2. dh primary school...mayb mommy akan hantar transit kat situ jgk tp suasana dah lain kan. harap masih segar dlm ingatan balqish.

ok...mommy dah pernah mention, gambar convo diambil seminggu sblm kita fly ke newcastle.demi balqish.sekali lagi. terima kasih teachers.kalau tak, terlepas la peluang balqish nak pakai robe n pegang scroll...





ni gambar kawan2 Balqish n teachers..mommy tulis mane yg mommy ingat je la yea.

dari kiri atas: teacher Aisyah,mommy tak kenal, Balqish, Darwisya, Syaura, K. Ngah, saya tak ingat,saya tak ingat,teacher tak ingat.

dari kiri bawah :hakimi, i don't know, i don't know,munir, k.long..



and this one papa tanya "kenapa balqish tak smile?"
balqish jawab " teacher kata don't smile.buat muka masam"

yeke?tahle.mommy tak tau laaa.




btw, mommy puas hati sgt. sekurang2nya ada kenangan indah utk Balqish kenang bila Balqish dah besar. ok syg....lagi sekali..jgn membesar cepat sgt..sbb nnt mommy rindu nur balqish yg manja n comel nie..

mommy luv u sayang...


thanks to atuk n nenek sbb bersusah payah ke parit raja utk ambilkan certificate nie.thanks to uncle sbb tolong snap utk tatapan kami di sini.tolong simpan kenangan ini sebaik mungkin sb lagi 3 thn kami nak tengok + pegang puas2.



Teacher Azni


Balqish...
teacher Azni nie, teacher awak kat little caliphs tau. jgn lupa plk. sblm cuti raya, teacher azni bgtau jumaat tu, last day die kat little caliphs sbb die nak pindah ikut husben kerja kat sabah.

hmm...sapa yang sedih bila dengar berita tu ? Balqish steady je..mommy la. ye laaa...teacher azni la yang ajar Balqish dari a, ba , ca sampai dah pandai baca buku cerita. dar qiraati 1 sampai dah nak abis qiraati 2. ajar Balqish lipat baju, cara bukak baju n mcm2 lagi.

so, sebab dapat tau last minutes, cari la sket souvenir tanda ingatan dan terima kasih dr kami sekeluarga. Harap2 teacher azni suke laaa.

masa nak balik tu salam la ngan teacher azni. Hati dh gundah gelana nie. boleh plk teacher azni cakap "puan, halalkan segalanya yea kalau saya ada termarah ke...terbuat apa2 ke kat Balqish". Oh..mommy dh sedia cengeng..harusla berderai air mata. masa nak balik teacher azni panggil lagi Balqish n peluk die. pergghhh..memang drama hindustan.mommy laaa.

ok kenapa saya nangis?
1. sebab saya tau...Balqish TAKKAN jumpa teacher Azni lagi sampai bila2. itula pertemuan terakhir.kecualila kalau ada miracle.

2. sedih sbb die org yang bertanggungjawab mengajar anak kita dr tak tau apa2,blur2 masuk sekolah sampai dah tau banyak benda skang nie.

3. saya sorg yg amat2 menghargai cikgu. sampai sekarang masih segar dlm ingatan guru2 yg banyak berjasa pada saya dari umur 6 tahun. dan guru tadika adalah guru yang paling mulia.

bila balik pura kencana.on the way dlm kereta Balqish menyanyi guna gitar die..."napa mommy menangis..mommy jgnla sedih2....mommy nak ikut teacher azni ke????" (sila nyanyi ikut rentak sendiri). hahaha..tergelak2 kami berdua. Balqish..Balqish...awak tak tau erti perpisahan lagi.nnt dh besar sket..awak paham laaa..



suasana 16 mei 2011

kakak saya adalah seorg cikgu.
selalu cerita bila tiba mlm sblm hari guru.
jgn keluar ke bandar.
jgn pergi kedai 2 ringgit, one stop dan seangkatan dengannya.

sebab..kedai tu akan sesak.
dengan budak2 dan mak2 budak.
dan saya dengar sambil senyum.
sian parents yang kurang mampu + anak ramai.
kalau semua anak nak bagi hadiah kat cikgu die..camanalah.
sbb tu cikgu selalu dapat hadiah merapu....


dan tahun ini, tahun pertama Balqish sambut hari guru di sekolah.
dan tahun ini juga seperti mama2 ibu2 yang lain.
ptg2 lagi papa n mummy dah melawat2 kedai.
bkn kedai 2 ringgit.
bkn one stop.
tapi kedai Yatimah gemilang...hahaha...
utk beli bahan utk bawak 'pot luck' ke little caliphs esok pagi.

pastu berasak2 di ayer hitam.
untuk beli hadiah untuk teachers.
kad dah beli 2 minggu lepas.

1. teacher azni
2. teacher dilla
3. teacher aisyah 1
4. teacher aisyah 2
5. teacher syira
6. teacher anne
7. teacher mira
8. teacher farha
9. teacher as
10. teacher Kumon -pn haniza-

wow..kena beli utk 10 org.
apa mummy beli?
hahaha..adalahhhh.
carik2 di kedai ayer hitam.
akhirnya jumpa =)

mummy gembira.

balqish gembira.
papa pun kena lah gembira.

mlm...
mummy packing barang2 dalam beg.
Balqish tulis kad utk teacher.
papa nonton bola.
mummy tak dapat tgk mentor semi-final.

Mummy : Balqish..papa tgk citer ape?
Balqish : Papa tgk bola la mummy. Hmm..mummy tak suka bola kan? saya pun tak suka.
Mummy : a'ah kan...

hahaha...bagi peluang kat papa laaa.sekali sekala.nasib baik tgk bola kalau tgk desperate housewife mmg nak kena.

oh sblm terlupa. selamat hari guru.
buat kakak rozana.
buat semua guru2.

:: rintihan hati::
saya adalah seorng pendidik jugak.tapi tak pernah disambut dan diraikan.kesian tak?it's ok. tak perlu semua tu..saya ikhlas..cececeh...




lagu comel

Jambatan goyang-goyang
jambatan goyang2
(pergerakan: hayun2 tangan ke kanan ke bawah)

aku takut tenggelam....
aku takut tenggelam...
(pergerakan: satu tangan tutup hidang pastu gelek2 montot ke bawah (cam joget 60an tu)

aku berenang...
aku berenang...
(pergerakan:buat gaya berenang2)

habis basah bajuku...
habis basah bajuku...
(pergerakan : tangan kanan kat bahu kiri,tangan kiri kat bahu kanan, gelek2 montot ke bawah -joget 60an jgk)

ku sidai bajuku...
ku sidai bajuku...
(pergerakan : buat cam tanggal baju pastu sidai)

ku pakai semula...
ku pakai semula...
(pergerakan : pakai baju semula)

:: rintihan hati ::
lagu simple. tapi seronok. puas berjoget bertiga mlm tadi....hahahaha...Balqish jadi teacher, kami jadi little caliphs.

paling tak tahan bile part teacher Balqish satap : "stand up" (sambil gaya tangan suruh berdiri).

teacher Balqish: no shouting....nyanyi kuat2 yea.

mummy :teacher camane nak nyanyi kuat2 tapi no shouting???tak paham laaaa


parents meet 1

alhamdulillah...

pagi tadi kami ke little caliphs utk parents meet.

jumpa pun teacher aisyah je.mmg hari2 jumpa..hari2 bercakap.

cuma kali nie formal sket laaaa...

dengar penjelasan yang dah banyak kali dengar.

bacalah anakku sudah no.6. tapi kat rumah sudah no.7.

qiraati no.2....kat umah? sepatutnya Iqra'3 tapi asyik ulang Qiraati 1 jek.=P

cuma teacher cakap ;

1. Balqish kureng sket dari sgi psychomotor. kena biasakan dia guna tangan die.

  • basahkan span.
  • perah2 span...
  • main tanah liat
  • gumpal2 surat kabar.
baik teacher...akan diusahakan!!

saya pula cakap (tapi dlm hati saja) :

anak saya utk maths sudah masuk part " adding" tau teacher.100 soalan boleh siap dlm masa 6 minit.tu kan psychomotor jugak tu (pegang pensil dan menjawab dengan laju sebab mummy asyik cakap " cepat balqish..cepat..ni kena ambik masa nie").


::rintihan hati::

kekekeke...beria ambil report card anak umur 4 tahun. DArl, harap2 kita akan sentiasa beria2 mcm nie sampai Balqish abis sekolah yea...

btw, thank you very much teachers. (mau cheesecake lagi kah?hehehe...)

she is better than me

Yea...saya akui die lebih hebat dari saya.

dalam umur 3 tahun 6 bulan :

1. die sudah pandai membaca. bukan setakat "saya suka baca buku"...tapi..."Datuk suka bawa saya dan adik jalan-jalan di taman. Di taman ada kolam. Di dalam kolam ada ikan.Burung-burung pula terbang di udara"...Sedangkan pada peringkat umur tu saya baru merangkak2 belajar mengeja... n. a = na, m. a = ma..nama.so, jgn ajar anak2 mengeja yea.no no no...tengok huruf terus bunyikan aje...


2. die sudah boleh mengira nombor 1-----100 ++. sudah pandai menulis nombor. sudah pandai menyebut.(in english je laaa...melayu failed). maybe next two weeks akan belajar "tambah" pulak. alhamdulillah...tak sia2 berpenat lelah membuat homework siang dan malam.thanks to Mr"K". Sedangkan saya pada usia itu hanya tau mengira 1-10 sahaja. tu pun sebab nak main sembunyi ibu.


3. die sudah tahu dan kenal apa itu solat. ye..sudah hafal dengan lagu
" solat subuh dua rakaat, zuhur asar empat rakaat, solat maghrib tiga rakaat, solat isyak empat rakaat"...<--pepandai la lagukan sendiri yea. pada usia itu, sememangnya saya dah tau apa itu solat sebab dari kecik lagi kami sekeluarga mmg dilatih solat jemaah.tapi main ikut je laaaa.

4. die sudah hafaz semua bacaan dalam solat.sedangkan saya pada usia 3 thn setengah main ikut pergerakan solat je. sebenarnya saya tak tau pun Balqish dah hafal tapi ada satu hari tu saya solat asar di masjid, masa tgh sujud die ikut n baca bacaan sujud. memang lengkap. lepastu saya try dengan doa iftitah..alhamdulillah...kalau nak tahu, di sekolah anak2 akan solat dhuha, zuhur dan asar bersama2 dan dengan bacaan yang kuat. sbb tu Balqish boleh hafal terus.sbb perkara yang dilakukan berulang-ulang setiap hari. Mummy minta maaf yea, mummy tak sempat nak buat mcm tu kat rumah.Terima kasih ye teachers.

5. die rajin belajar.ini memang saya kalah. pada usia die, saya rasa saya tengah main pondok2 kot..tak pun kejar2..main layang. sedangkan die...celik mata je dah nak belajar. ok ngaku.sekarang nie saya dah rajin sket belajar kat rumah.so, pagi2 weekend memang dah terpaku la kat kerusi study, Balqish pun akan ada kat sebelah. sampai kekadang bila saya takde mood nak study die pulak yang bising " mummy...cepatla buat work". dan setiap weekend pagi2 die akan buat homework dulu, pastu mandi pastu barula cartoooon sampai petang. bila Balqish dah start boleh mendisiplinkan diri, itu petanda baik.so, takdelah die terkejut bila sekolah nnt banyak homework.


6. ooohhh..nie lagi satu kalah.die sudah hafal sekurang-kurangnya 5 @ 6 hadith.dan saya pun (pada usia 28 setengah tahun).sebab belajar dari Balqish. Alhamdulillah. ada satu hari balqish tunjuk siku (nak pukul) nenek, kakak saya cakap "Balqish nie..mcm haji bakhil laaa(filem P.Ramlee).." dan Balqish terus keluar hadith " La yadkhululjannah albakhilan - tidak masuk syurga org2 bakhil"....of course laaa...setiap hadith akan didahului dengan " Qala..Rasulullah.s.a.w...". dan balqish akan baca hadith, berzikir, kat mana2 je.

7. die sudah tahu wujudnya words in malay and english. "mummy...telur in malay. kalau english egg." <--saya pulak yg terkejut. ok. masa sebaya die, tau makan telur jeeee...

8.Balqish teror main game iphone.setiap hari tanya papa die "papa...ade game baru tak".sekali ajar je terus dapat. saya plk mmg tak tahu psl game.kalau nak main mintak tolong balqish ajar.ye laaa...kalau saya main game je kang...sape nak masak?







ada kawan tanya berapa kami spend sebulan utk Balqish punye perbelanjaan (akademik) sahaja.


jawapannya : kami sendiri takut nak kira. saya pernah kira dengan mak. hmm..boleh tahan.ini duk kat rural area.kalau kat bandar besar camane la ek.

sebab tu bila ada org tanya


A ; anak ko dah sekolah ek?


Mr Darl : Dah.

A: Ooooo..sekolah main-main ek?


Mr Darl ; eerrrkkk!

pada kami takde istilah sekolah main2.kalau dah sekolah mesti ada belajar sesuatu. kami berdua tak ada banyak masa utk didik balqish.masa balqish lagi banyak di sekolah.walaupun yuran agak mahal, tapi rasa sangat berbaloi...


:: rintihan hati::


andai kata saya dapat sambung belajar luar negara sanggup ke saya korbankan sekolah balqish? sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik utk kami sekeluarga..

Syurga

Aljannatul tahta adami ummahati

" syurga itu dibawah tapak kaki ibu"

setiap hari balqish akan baca hadith nie berulang2 kali

" mummy saya nak masuk syurga tau."

"yea sayang..semua org nak masuk syurga. tapi kita kena la jadi org baik, org rajin, rajin solat, rajin mengaji, rajin tolong mummy".

" mummy...nnt kite semua masuk syurga sama- sama yea"

" yea...mummy..papa..atuk..nenek..semua2 nak masuk syurga"

"papa...neraka tu panas tak?"

" panas!"

" pandai!!"

"papa, neraka tu ada banyak ular tak ?"

"yea..banyak"

setiap hari yeaaaa...setiap hari die akan sebut... " mummy saya nak masuk syurga laaaa...jom"


sampai saya jadi takut...

sampai saya boleh mengalir air mata....
semoga dijauhkan segala pemikiran negatif dlm kepala otak saya.
semoga kami sekeluarga akan sentiasa dilimpahi rahmat dan hidup gembira, bahagia.
sekurang-kurangnya Balqish dah tahu wujudnya Allah, wujudnya Rasullullah...wujudnya syurga dan neraka - terima kasih kepada semua teachers.

little ducks

lagu ni khas utk mengajar anak dari big numbers to small numbers. jangan lupa buat gaya duck dan keluarkan jari jemari utk menunjukkan nilai yang dikira... selamat menyanyi.





five little ducks go out one day,--> tunjuk jari FIVE
over the hills and far away,--> letak tangan di dahi, buat2 tgk2 dr jauh

mama duck say quek quek quek,--> buat gaya mama itik cari anak

four little ducks come back that day...--> tunjuk jari FOUR






four little ducks go out one day,
over the hills and far away,

mama duck say quek quek quek,
three little ducks come back that day...





three little ducks go out one day,
over the hills and far away,

mama duck say quek quek quek,

two little ducks come back that day...




two little ducks go out one day,
over the hills and far away,
mama duck say quek quek quek,
one little duck come back that day...




one little duck go out one day,
over the hills and far away,

mama duck say quek quek quek,

no little duck come back that day...

waaaa (nangis)...





:: moral of the song ::
jangan jalan jauh2...nnt mummy tak jumpa awak karang haaa...nnt mummy sedih. mama duck tu ada anak five ...mummy nie ada Balqish sorang je...waaaa (mummy yang nak nangisss)

bukit yang cantik...h

ok..nie lagu siulan Balqish akhir2 nie. mmg menajamkan minda. saya try jugak nyanyi kekadang tp memang failed....melalut2.tunggang terbalik.pendek kata Balqish punye imaginasi lagi tinggi dr saya laaa...yela..die siap buat gaya.memang la boleh ingat.
ok...cuba test ingatan dan imaginasi anda...sama tak dengan lirik di bawah??




atas bukit ada rumput,
rumput cantik tak pernah lihat...
rumput atas bukit,
bukit yang cantik... hey,
bukit yang cantik...

atas rumput ada pokok,
pokok cantik tak pernah lihat...
pokok atas rumput...
rumput atas bukit...
bukit yang cantik..hey,
bukit yang cantik.

atas pokok ada dahan,
dahan cantik tak pernah lihat...
dahan atas pokok
pokok atas rumput...
rumput atas bukit...
bukit yang cantik..hey,
bukit yang cantik.

atas dahan ada sarang,
sarang cantik tak pernah lihat...
sarang atas dahan,
dahan atas pokok,
pokok atas rumput,
rumput atas bukit,
bukit yang cantik..hey,
bukit yang cantik.

atas sarang ada telur,
telur cantik tak pernah lihat...
telur atas sarang,
sarang atas dahan,
dahan atas pokok,
pokok atas rumput...
rumput atas bukit...
bukit yang cantik..hey,
bukit yang cantik

atas telur ada burung,
burung cantik tak pernah lihat...
burung atas telur,
telur atas sarang,
sarang atas dahan,
dahan atas pokok,
pokok atas rumput...
rumput atas bukit...
bukit yang cantik..hey,
bukit yang cantik

*lirik adalah hasil dr BAlqish..kalau die nyanyi salah, saya pun tulis salah la yea...

dunia lembab lagi....

perghh...bila tgk date entry kat blog, masa first time pegi wet world adalah 2 jan 2009...maknanya dah 2 tahun yang lalu..
cepatnya masa berlalu.
pastu ada pegi sekali lagi ngan marina n family...
hoooo..congrates marina for the new born..little Qayla.nnt aunti dtg jenguk k.

ok...

pergi kali ini bersempena reward kepada Nur Balqish....so mmgla wet world dah berubah.

mummy : Awak tau tak..papa ngan mummy bawak awak pergi wet world nie sbb awak good khalifah.awak berani pergi depan org ramai, nyanyi lagi little khalifah...baca buku.sebab awak berani tau!

Balqish : hah? saya warna-warni?wow!!saya warna-warni. *sambil mata bersinar-sinar

mummy : bukan warna warni laaa...berani.berani tu tak takut....

Balqish...Balqish....



ok..ok itu bukan gambar adik Balqish.dan bukan gambar terkini.itu gambar balqish 2 tahun yang lalu..eeeiiii..comelnya.pipi tembam.

dan ini gambar terkini...


cuba carik perbezaan antara gambar pertama dengan gambar kedua.

  • colour wall adalah sama
  • tinggi Balqish dah berbeza-sib baik balqish yg diri kat situ, kalau mummy mesti sama je ketinggian tu.
  • ok bawah 84cm masih free
  • tengok tu perbezaan ketara 85cm-135cm dulu rm8 je skang rm12, dah naik 4 ringgit.
  • dari 135cm sampaila tinggi pokok kelapa pun kena bayar rm15..dulu rm 10 je.wow!!naik rm5.


uweeekkk.saya sudah tinggi....saya nak kalahkan mummy




mula2 suh ambik gambar..malu konon!!







kite tengok perubahannya...

hmmm..rasanya dulu takde octopus kuning tu...tp skang dah ada octopus.pastutla harga tiket naik, nak bagi makan octopus rupenye.




ohhh..bukti kami telah membayar tiket. Bagi Rm50 baki dapat RM8 je. sib baik la umah dekat takyah bayar duit tol, minyak kete pun guna ciput je, takyah nak sewa hotel.jimat sket.





Hari gembira untuk awak...



dan lagi....



gembira lagiiii...







menunggu ombak yang rasanya akan ada sejam sekali kot. so, sehari adalah 12 kali agaknya ombak tu gerak...




sebab dah petang n tak ramai pengunjung...so, ada la foreigner yang dtg.cehhh..mcm pelancong je..padahal org vietnam yang keje kat kilang depan BPMALL tu..mcm la kitorg tak tau.kemain bergambar sakan.pakai seksi2 plk tu.ada sorg tu siap pakai stokin putih lagi.ko ingat ni ape???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




dan akhir sekali..kami melawat gunung Merapi. Rasanya harga tiket naik sbb nak bantu mangsa merapi laaa..hehehe..ayu, ateng...bukan korg je dapat merasa g gunung merapi,kitorg pun dapat merasa jugak tau lava nya......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



hahaha...mula2 ingatkan pensil...(-_-')


pot luck utk littlecaliphs

Note dalam communication Book Nur Balqish semalam...

Assalamualaikum,
towards parents.

Tadika Khalifah Bitara will organize Maulidurrasul on Friday (25/02/2011) and allow parents to bring 'pot luck'.Please make sure our kids are wearing Baju Kurung for girls and Baju melayu for Boys. We appreciate your support. May our children remember by their heart the meaning of the important days in Islam.

Thank you.

Ok...
1. Maulidurrasul - Friday (25 feb)
2. wearing baju kurung - OK
3. 'pot luck' ???

aduih...yg no.3 tu penat nak pikir.

  • discuss ngan Mr Darl die suh buat sosej roll
  • discuss ngan kakak, die pun suh buat benda yang sama.
  • k.anim dah cop nak buat kek batik.
  • cadangan Mun : sandwich telur / beli je roti gardenia (twiggist) tu...
  • hmmm...apa nak buat ek???ape yg kanak2 suke.yang senang nak buat.
Result : tengokla apa yang jadi esok pagi...hehehe...



::rintihan hati ::

uncle cuti hari nie, boleh tak import dtg sini suh masakkan??(-_0)

bicara petang

Ingat tak saya citer pasal gula-gula masin.
semalam petang lepas ambik balqish dr school, tanye die

mummy :Dah habis ke gula-gula masin awak?
Balqish : Dah.
mummy : awak bagi kat sape?
Balqish : Mirza.

tengok...rancang lain last2 bagi org lain plk (-_-').

pagi ini sekali lagi Darwisya (full name : Adini Darwisya- anak sapa ek.nak kenal la parents die)dah ada kat pagar sambut kedatangan Balqish.

pagi nie Balqish bawak bekal air masak (tumbler yg dapat dr kf* )

Darwisya : Eh..awak pun bawak jugak.
Balqish : * diam
saya : Bawak ape?oooo..tumbler nie. Darwisya pun ada jugak ke?
Darwisya : *angguk.

pastu mereka pun berpegangan tangan masuk ke school...comel kan?

wah..saya nak kembali ke zaman kanak2. teringat kat cikgu along, cikgu izzah dan cikgu mala. tu la 3 org cikgu tadika kemas kat kampung saya.bertahun2 jadi cikgu tadika kat situ. cikgu2 tu semua anak org situ gak so, kalau ternampak skang nie, terdetik dlm hati

"eh eh cikgu mala...eh eh..cikgu izzah"

bila dah naik sek rendah, bila citer psl sekolah tadika mesti tanya kawan

"eh..ko dulu kelas cikgu sape?aku kelas cikgu along"...mcm meriak.sbb cikgu along chantik =)....<--tp dah lupe sket muka cikgu along yang ingat, die pakai spec mata tebal sangat.

bayangkanlah...3 org cikgu tu je la yang mengajar anak org2 kat situ.skang nie dlm satu kampung ada berapa banyak kindy/school.dalam kindy/school plk ada bape ramai teacher.memang patutla budak skang nie pandai2 berbanding zaman dulu2.

:: rintihan hati ::
dah lama tak buat rintihan hati.pernah sekali cikgu tadika buat rules sape tak pakai baju senam kena bogel.pergghhh..ada sekali tu sampai nangis2 suh mak balik umah ambikkan baju senam sebab taknak kena bogel.

ada sekali, kawan bawak bekal maggi pegi tadika.mcm best je, nak mintak sket malu.pastu paksa mak suh masakkan maggi sebab nak bawak pergi tadika.

mak kata " tak boleh...nanti maggi nie kembang. maggi kena cepat2 makan mana boleh tunggu lama2"...

saya kata "tak kira..nak jugak nak jugak <---budak degil.

last2 mak masakkan. sudahnya...waktu rehat bukak bekal, maggi dah kembang semacam.kuah dah langsung xde.dengan masin gileeerrr.nak muntah rasa. balik rumah, mak tanya "esok nak bawak bekal maggi lagi tak?"
saya "taknak laaaa"

Thank you teacher part II

To all teachers at Little Caliphs (Tadika Khalifah Bitara)

From 10 November 2010 until 23 Feb 2011


Balqish ::3 years 5 months 2 weeks

1. From only knew alphabets ABC –Z , NOW she can read book–Well done teachers!
2. From dependent girl ,NOW she is an independent girl – Well done teachers!
3. From know nothing, NOW she can perform solat and recite “doa’, recite hadith clearly.-well done teachers!
4. From only sing ‘ Twinkle-twinkle little star’ ,NOW she can sing a lot of Islamic Nursery songs. – Well done teachers!
5. From low confidence girl ,NOW she has higher confidence level –well done teachers!
6. NOW she always berzikir.
7. NOW she always want to be a GOOD Khalifah.


THANK YOU TO ALL TEACHERS. YOU HAVE DONE A GREAT JOB!!






especially for teacher aisyah, teaher dilla n teacher azni yg lemah lembut lagi gemalai (yang baju purple tu )

Thank you teacher

teringat pulak saya masa saya darjah 2.
masa tu musim buah cempedak.
kat kebun abah ada banyak buah cempedak.
manis pulak tu makan macam tu je pun dah sedap...bila goreng lagi la sedap.
ada satu hari tu,sorg cikgu nie ckp kat kami "sekarang nie musim buah, kalau ada buah lebih kat rumah tu bagilah kat cikgu"

apa lagi..bila balik, cerita la kat abah.
ptg tu jgk abah g kebun ambik buah cempedak.
aduihhh..malunya saya bila abah suruh bawak buah cempedak tu bagi kat cikgu kat sekolah.
dah lah sekolah sesi petang.
rasa menyesal pulak ckp kat abah.
Abah balut cempedak tu dengan kertas surat kabar tebal2 pastu suruh saya kendong masuk kelas.
malu tau.
pastu bile cikgu tu masuk, saya pun bagila
"cikgu, nie abah saya bagi cempedak"

gembira betul cikgu tu, siap bagi pesanan lagi
"kalau ada cempedak lagi bawaklah dtg sekolah yea"
hmmm...memanglah taknak bagitau abah lagi.

sebenarnya itu adalah salah satu cara menghargai guru.
mcm zaman dulu2...tak bayar yuran.tolong cikgu angkat air, carik kayu api kan?
kira mcm upah seikhlas hati la.

dan hari ini tunggu Teacher's Day barula nak carik hadiah bagi kat guru.
tak perlu la mcm tu.
Bila rasa nak buat sesuatu utk guru..realisasikan je la.

tgk mcm saya langsung takde teacher's day.
bila students nak hargai pensyarah?
memang la takde.
tapi ramai jugak students yang baik hati.
Bagi limau manderin (kalau CNY).
Bagi kuih raya.
Bagi kek lapis sarawak.
Bagi kartun sponge bob.

dan baru2 nie students psm bagi hadiah cokelat tiramisu kat saya.
sepeket besar..banyak tau.
memang sedap gileeerrr..thanks yea =)
terasalah diri ini dihargai.

dan semalam saya berbual2 lagi dgn teacher Aisyah.

t.aisyah : Puan, ramai parents yg tak percaya anak die dah boleh membaca. siap suruh saya buktikan lagi.
saya : aik..kenapa mcm tu pulak.kan dah ada tulis date dlm buku pre-reading tu?
t.aisyah : tula...bukan semua parents ambil tahu.kami ramai students nak kena jaga dan sepatutnya parents kena sama2 bantu kami mantapkan reading skills anak2.
saya : betul tu. parents takboleh harapkan sepenuhnya pada teacher sahaja.
t.aisyah : lagi satu, hari tu parents ada suruh saya buat carta pencapaian students. saya tanya Pn Sabariah,pn Sabariah tak benarkan.
saya : Hmmm...carta tu macam nak comparekan anak2 kan?
t.aisyah : betul tu.So, saya minta parents percaya pada guru dan kebolehan anak sendiri.
saya : *diam saja
t.aisyah : Oh Puan, hari nie Balqish dah naik Qiraati 2 tau. die sorang je yang dah naik Qiraati 2. dah lama sebenarnya..dah dua tiga minggu lepas die dah habis Qiraati 1 tapi saya tak sempat nak semak.saya kena semak bacaan die dalam Qiraati 1 baru boleh naikkan QIraati 2. Alhamdulillah...Balqish goodKhalifah.
saya : Alhamdulillah...
t.aisyah : Pn jangan terkejut yea kalau by 5 years die dah boleh baca jawi.
saya : InsyaAllah..harap2 mcm tu la.
t.aisyah : saya harap puan dapat sama2 tajamkan skills Balqish.
saya : InsyaAllah...saya cuba.

hissshhh...naik Qiraati 2 rasa mcm naik Al-Quran plk.Kat rumah Balqish baca Iqra'. Rupanya Qiraati nie lagi advance dari Iqra' dan t.aisyah tak kasi baca Iqra' lagi taknak Balqish confuse. Kalau nak, baca Qiraati je. Qiraati 4 & 5 dah masuk ayat2 dlm Al-Quran.

sebab nak buat pulut kuning (konon2) tak tahu.so malam tu saya buat cheese cake utk teachers di little caliphs sebagai tanda terima kasih saya kerana mendidik anak saya dengan penuh rasa ikhlas dan tanggungjawab.Harap2 sedapla sbb saya buat cheesecake tu dengan penuh kasih sayang, keikhlasan dan ketulusan hati.kekkekeke...

well done my dear Nur Balqish Qaisarah.




cerita awal pagi

dlm kereta

mummy : Ok balqish, gula-gula asam nie awak bawak satu je tau. Nak bagi kawan2 tak ?
Balqish : Nak.
mummy : Nak bagi sape?
Balqish : satu utk saya, satu utk Alya, satu utk Darwisya, satu utk Syaura.
mummy : ok..so, mummy masukkan 4 yea.
Balqish : Ok.

sampai little caliphs
as usual...Darwisya dah ada kat luar..belum letak beg pun lagi.

teacher : Assalamualaikum.Good morning Balqish.
saya : Eh Darwisya tunggu lagi?
teacher : A'ah..dah lama Darwisya tunggu

tetiba...
Darwisya : Balqish..tengok nie..saya ada kasut baru
Balqish : (-_-) *blurrrr...
Darwisya : Sini la Balqish..tengok kasut baru saya...
Balqish :* Blurrrrr
Darwisya : Kasut saya cantik, kasut awak tak cantik...
mummy :*smile
Teacher : Darwisya, jangan cakap mcm tu.

pastu terus Darwisya pimpin tangan Balqish n masuk kelas...

*Agak-agak...Balqish bagi tak gula2 asam tu kat Darwisya nnt? Petang nanti saya tanya Balqish yea.

Ofis
pagi2 biasa la...kena g toilet dulu. On the way ke toilet...kedengaran suara bercakap2.

x : taklah! tahun nie saham dah meningkat. Betul. Dulu 5% je.
y : yeke bagusla mcm tu. Eh bkn tahun nie ke 5%?
x : bkn..tu tahun lepas.saham dah meningkat.

saya : Assalamualaikum cik.=)
x + y : Waalaikumussalam...=)

*wah..kemain lagi makcik2 cleaner zaman sekarang, siap cerita pasal saham.



Weekend yg HEBAT!!

telah tertulis pada whiteboard kat dapur

19/2 -8.30am- little caliphs (parenting course)
20/2 -8.30 am -little caliphs (kursus cepat membaca)


so,mmg weekend nie xleh g memane la.
jumaat sblm tu..teacher Aishah ada tanye sket2 pasal little caliphs di parit raja nie. die ckp die dah lama dalam bidang nursery kanak2 nie tp baru je jd owner.. so, dr segi pengurusan mmg kelam kabut, dgn nak trainning teachers yg baru lagi.tp rasanya sekarang nie dah OK kot.

hmm..saya takde la nak komen ape cuma saya ckp as long as saya dah nampak perubahan pada Balqish pun saya dah bersyukur dah...Alhamdulillah.


dan teacher dilla inform : Balqish ada terlibat dgn persembahan yea hari Ahad nnt.pakaikan die uniform littlecaliph yea...

saya : ok teacher dilla... =)

ok.sbnrnye bukan nak citer tu..
meh saya cite napa weekend yg hebat yea

Day 1 (19/feb 2011)

mmg hajat nak pegi awal,tp biasa laa..nak kukus pau laaa..buat air laaa...last2 kul 8.40am gerak dr umah.

mmgla agak kelam kabut masa registeraton tu..tpOkla.
oppsss..venue adalah di Dewan Parit Raja -->yg besar dan chantik tu







sbb nampak k.idalaila..so, terusla ke depan mencari geng (mestila nak duduk ngan geng2 kan)
dan nur balqish dihantar pada teacher --->Balqish kena colour

dimulakan dgn persembahan dr littlecaliphs 6 years.comel2 tau.


penceramah utama adalah Pn Haliza Mohamad. (mummy kepada 4 org anak) best jugak dgr ceramah pn Haliza nie sbb die mummy yg sangat positif. sangat2 positif yea.

prinsip die untuk didik anak2.

1) mesti tegas dan penuh dgn kasih sayang

2) mesti bagi alasan jika kite tak setuju dgn anak2

3) sentiasa ucapkan "thank you" kepada ahli keluarga (anak kepada emak, emak kpd anak)

4) sentiasa minta maaf jika melakukan kesalahan.

5) cakap serupa bikin
pendek kata kena give and take..tu je sbnrnye. spy anak hormat kite dan kite hormat anak.

menurut Pn Haliza, dr umur 2 tahun kite dh boleh start disiplin kan anak
spy anak kite tahu rules kite -->so, takdela dia buat perangaikan.


yg lain2 apa ek..ok.yang paling penting sekali
"ELOKKAN AKHLAK ANAK ANDA".. bila akhlak dah elok InsyaAllah, semuanya akan cemerlang.
utk nak jadikan anak2 hebat, ibubapa kena hebat dulu yea.

ok...pastu, dlm kul 12.30pm kami pun balik n tido zzzzzz...sampaila ke petang.sbb esok kan nak g lagi kan..kena la kumpul tenaga.


Day 2 (20 feb 2011)

hari nie mcm excited sket sbb Balqish nak buat persembahan kan.

as usual, kejutla die bangun..bole plk die cakap

Balqish : papa, saya tak nak pegi la..saya demam nie


arggghhh takde2 kena bangun jugak. agak bad mood jugak la die pagi tu.
so, hr nie kena pakai uniform laaa.

sampai je dewan, teacher N dah ambik Balqish tuk bersedia.
comel je Balqish pakai kepak rama2. tp muka mcm blur2 je...

mcm biasa, kami ambik tpt depan sbb senangla Mr Darl nak ambik gambar n video kan.
so, bila dah nak start persembahan saya pulak yg berdebar2.



saya kepak red awak kepak pink.


ohhhhh...sungguh comel bila kanak2 4 years buat performance.
walaupun over ttp nampak comel... mcm nak meleleh air mata tgk anak kat depan tau. rasa mcm nak nyanyi sama2 je.(mmg ada parents yg sama2 ikut nyanyi utk bagi sokongan)






setelah habis persembahan baru la penceramah utama bagi talk.


hari kedua nie, penceramah utama adalah Pn Sabariah Faridah <--pengasas littlecaliphs

orgnye sgt friendly n energetic.
memang layakla mengajar kanak2. banyak tips yang disampaikan apa yang saya nak kongsi kat sini adalah every child is UNIQUE so, please dont compare your children with others.

even setiap anak kite pun ada kebolehan dan kemampuan yg berbeza2.
sebagai contoh...A dan B hantar anak sama2 g little caliphs . masing2 adalah 5 years.Tapi anak A dah pandai membaca, anak B belum lagi. so, tak perlu risau.

ada beberapa faktor yg menyebabkan cepat dan lambat.


1) Bulan kelahiran- kalau anak lahir bln jan tak sama dgn kanak2 yg lahir bulan dec. Bayangkanla kalau anak A lahir bln jan, anak A dah nak pandai jalan baru anak B lahir kan? so, budak lahir ujung tahun nie, pembesaran die kan lewat, sbb tu la die takleh di compare ngan yang lahir awal tahun (thn yg sama).


2) gender -female always faster than male - ini adalah realiti yea.

3) sikap kanak2 tu sendiri -ada kanak2 yg mmg matang dan guna otak kiri. Kanak2 yg otak kanan nie biasanya kena pandai tackle sket nak suh balaja (so, ibubapa kenalpasti anak2 anda)


by the way..lambat tu...bukan bermakna lambat gilerr...tp beza dlm sebulan dua je ok.so, take note yea parents.

fuhhh..mcm2 lagi laaa. then, die panggil 3 org littlecaliphs.

Teacher aisyah nampak saya n ckp " sbnrnya Balqish terpilih tapi die taknak sbb die dah baca buku level lain, so, die taknak buat yang ni"
hmm..Nur Balqish nie mmg...benda2 yang nak ke hadapn nie mmg susah sket. tapi kalau tahu kawan2 dapat reward mesti die nak jugak. tp, die kat luar dewan, so..tak dapat la nak panggil die,lagipun taknak keluar dewan sbb saayanglaaa...nak dgr semuanya. so, terlepasla satu performance. Mr Darl suh keluar gak pujuk Balqish....hmmm pegila tgk Balqish jap. bila dah nak dekat pkl 12.30pm tu, ceramah pun dah habis tetiba teacher aishah panggil Balqish, Shaura n Mirza. Nampak teacher pegang buku Bacalah Anakku 1...ohhh..kena membaca la nie. saya pun pegang n pujuk Balqish.


mummy : Awak nak dapat good khalifah tak?jom..kena berani pegi depan, baca then dapat sticker. nak tak?
Balqish : Ok..baca apa mummy?

mummy : ntah laaa...

Balqish terus ambik buku pre-reading n start baca.pastu die pinjam buku bacalah Anakku then baca lagi.


Teacher Dilla : Dikesempatan ini, kami mahu menyampaikan hadiah kepada 3 org little caliphs 4 years yang berjaya habiskan pre-reading pada Jan lalu dan kini sdg baca Bacalah Anakku siri 1.
NurBalqish Qaisarah....

wow..terkejut saya.ok..ambil hadiah dr pn Sabariah.




Pn Sabariah : umur berapa tahun?
saya : 4 years

Pn Sabariah : tp..keciknya...lahir bln berapa nie?
saya : 9 September
Pn Sabariah : wow..maknanya blm 4 years br 3 and half years...Well done! (sambil tepuk bahu saya). I believe she can read by 4 years old.

saya : InsyaAllah Pn.


pastu, Shaura n Mirza pula dapat hadiah.then, die panggil sorg2 utk baca kat depan. bila tiba giliran Balqish, saya cepat motivasikan die

saya : Awak nak jadi good khalifah kan?kena berani.kena baca kat depan tu.
dan..Balqish ke hadapan. lepas habis Balqish baca, Pn Sabariah tanya

Pn sabariah : Is it your first child?

saya : yes. (1st.the one and only I have now)

Pn sabariah : Ok Good.



possing dr kami dengan pengasas littlecaliphs

pn sabariah : nnt masukkan dlm website yea.promote sket little caliphs.=)

pastu Balqish pun dah girang gembira sbb dapat hadiah. As a reward from mummy n papa..ptg tu jugak kami bawak Nur Balqish pegi wet world... kami nak Balqish rasa gembira mcmmane gembiranya kami.

:: rintihan hati ::

Alhamdulillah Ya Allah, Kami bersyukur atas segala nikmatMu. Kami percaya dengan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Disebalik kesedihan kerana belum dikurniakan rezeki utk anak kedua kami gembira dengan hadirnya anak pertama yang sangat membahagiakan hati kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.


nak tahu cerita lebih lanjut dan gambar lebih clear sila la ke sini yea...

Pages - Menu