Dah mula panas

KDua tahun duk sini, baru ni la rasa panas berpanjangan.


Panas gilerr.

Sambil berpuasa.

Sampai malam pun kena tido dengan tingkap terbukak.nasib baik duk rumah tingkat atas, takde la takut sangat.

Dan dengar dengarnya, cuaca akan kekal begini.rare ok.esp newcastle.bila tempat lain panas, newcastle masih sejuk.panas pun mentari je, angin still sejuk.tp skang ni angin pun panas.takpe la, latihan sblm balik malaysia.

Utk julung2 kalinya. Kami beli kipas angin.sblm ni tengok kipas angin pun ngeri sbb duk dlm rumah pun pakai sweater apehal plk nak beli kipas angin.

We need it.

Table fan £14. Selamat kot.sebab lubang dia kecik2 tak muat jari arryan.jakun betul arryan bila rasa angin keluar dr kipas tu.hahahahha.org tak pernah jumpa kipas.balqish relax je.

Yeay...pasni boleh la duduk depan kipas anak beranak sambil tunggu waktu bebuka puasa.




Selamat berpuasa

Ramadhan menjelma lagi.


Seperti ramadhan lepas, saya beraya awal.org dah start puasa,saya masih boleh makan siang hari. Bila org dh stabil, saya baru nak start puasa.

Serious gigil.semalam, dua tiga kali tanya darling saya ok ke tak. Dah masak2, tido, bangun pun still belum masuk waktu berbuka lagi. Sekarang ni saya tengah mengumpul tenaga utk hadapi hari2 mendatang.cheewah.

Sehari sblm ramadhan, selasa tu, hari panas sgt.temp lebih kurang 27degreeC.masa tu topik borak2 mesti ckp pasal, uiiihhh camane la nak puasa dengan cuaca macam.hopefully Allah will help us.

Alhamdulillah.first ramadhan, hujan turun renyai2.langit mendung je.alhamdulillah.tahun ni azam taknak pegi pasar ramadhan n nak solat terawikh hingga ke penghujung ramadhan. Azam yg first confirmla tercapai punya.masa kat malaysia dulu, first week boleh la bertahan tak g param.masuk second week, sayur pun beli kat param je.punyela pemalas yg amat.goreng sayur je pun.

Ramadhan tahun ni disambut ceria.insyaAllah, minggu last ramadhan kami akan balik malaysia.yeayyy makan ketupat daun kelapa :).

Semalam masak ikan asam pedas + sayur kacang panjang goreng.hari ni kentang + telur masak air + ikan bakar + kuih onde onde.hahahahaahha...tak puasa, boleh la nak masak macam2.tgkla bila dah start puasa nnt larat ke tak.


Tengokla.ada masa 4 jam je utk makan.masa berbuka, mmg takleh nak makan kenyang2 sbb kalau kenyang sgt nnt sahur takleh nak makan plk.

Semalam sadis je.lepas teman darling buka puasa, call mak.mak plk baru lepas sahur.jap lagi kang dah nak kena sahur plk. 

Ni gambar pra raya.hahahahaaha.arryan pakai baju raya last year.tahun ni baru muat.pakaikan songkok, takmo.tu konon2 nak g solat terawikh la tu.


Memang susah tau nak ambik gambar si kecik ni.banyak kali snap. Ni je la yg jadinya.ok... Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.semoga ramadhan kali ini lebih membawa kepada kebaikan dan keberkatan.amin.



Berkhemah

Korang..skang dah start panas.
Harga khemah pun dah murah.sila beli khemah n cari tpt yg sesuai ye.

Last week kitorg dah g.boleh la nak kongsi pengalaman sket.

Kitorg g camping dekat durham.lebih kurang 20 mins je dr umah.hahahhahhaha.bayar sewa rumah sebulan ribu2, tido dlm khemah.ok.hentikan.pengalaman yea.

Kita citer keperluan basic utk berkhemah ye.

Kena check dulu, tpt nak g tu ada supply electric ke tak.carilah yang ada.mcm kat durham ni satu pitch harga £25 satu malam.satu pitch muatla utk satu khemah ngan sebijik kete.

Kitorg takmo kalah, beli tent yg utk 6 adults.hahahahahaha. Best woo.ada dua bilik.ruang tengah tu luas.boleh berdiri.boleh letak tilam king size kat tgh2 tu.puas ati la.beberapa hari sblm g camping, cuba la pacak dulu kat mana2.utk khemah ni, kitorg ambik masa  30 mins je utk pacakkan dia.sekejap je kan?



Selain khemah.benda kedua terpenting ialah benda alah ni 


Sebab nak guna electric kena ada benda ni ye tuan2 puan2.jgn la bawak plug extension  biasa...mmg nangis la dlm khemah malam tu.

Pastu utk tent kitorg tu.kitorg beli dua airbed yg size double. Kat tesco harga £10 je satu.jgn lupa beli electric pump.so, bawakla duvet n bantal.mlm mmg tido nyenyak wei.ada anak kecik ni takleh nak tido dlm sleeping bag.tak sesuai la.

Utk relax2 kat luar, beli la meja lipat2 ni.beli yg murah je.bukan nak pakai ganas2 pun. 


See.senangkan nak makan2?kalau camping ngan family ni ape je activity.makan tido.tu je la pun :p


Toilet? Jangan risau.disediakan.tempat nak mandi pun ada.kat sini selesa sangat.eh lupa nak promote tpt kitorg bercamping.


Bila dah ada electric tu, pandai2 la bawak periuk nasi, activefry, george foreman grill...senang hidup.hahahahahaah.takyah la nak berunggun2 api bagai.eh.kitorg siap bawak heater.sejuk tau malam2.

Utk anak2 tu bawakla gadget kat umah tu.ipad.mainan.takdela diorg boring.



Selesa je kan diorg dlm khemah ni.siap main atas tilam lg.


Ubat-ubatan jgn lupa bawak.masa pergi arryan mcm dah nak menuju ke arah demam.mmg demam pun 2nd day tu.sib baik demam sbb bila dah baik, tak larat nak jaga.asyik nak keluar khemah je.lari sana sini.hahahaahha


 Selesa je kan.mcm tido dlm rumah je.

Sebelum pegi tu marinate la ayam, kambing.2nd day dah boleh nak berBBQ. Beli je instant bBq senang.




Siap satay ok.sambal kacang pun masak guna periuk nasi je. Nasi impit tu mini nona punya...abiskan stok.raya nnt kan dpt makan ketupat daun kelapa :)


Bila dah kenyang masing2 mula la mengantuk.golek2 atas tikar.seronok wei.


Hari ahad pagi tu suami2 kami siap g kerja dr tpt camping lagi.balik keje, kemas2 makan n check out.

Dari segi keselamatan, don't worry.setiap kereta diberi kad access tu.takde kad takleh masuk. Kawasan berpagar.mmg takde takut langsung la.

Kitorg bawak gak coolbox ngan tong air.senang nak basuh apa2 kan.coolbox tu utk letak fresh milk arryan.arryan kan nak minum susu sejuk je.

Yg paling penat.budak dua org ni la. sampai rumah, kita kepenatan...dia segar bugar.


Tak tau la bila dpt bercamping lagi.pasni nak g camping kat lake district plk.

Anak2

Ni gambar lepas makan kat aneesa smlm. 


Comel je budak 5 org ni.masa ni angin tengah kuat.agaknya kalau bersalin setahun satu...pastu ada 5 anak, camni la.hahahahaha.



 
Arryan sorg je boboy.terpaksala berkawan2 ngan gegirl2 ni. Lepas ni bila masing2 dh balik malaysia, jumpa lg sekali mesti malu2 sbb dah besar.hihihi.

Arryan ni walaupun kawan ngan pompuan, tapi perangai.ya ampun.lasak ok.kalau jumpa org, nampak cam sweet je ngan rambut panjang cam ala2 sopan padahal.panjat sana sini.ishhh..kalau turun tangga tu dia main gelogsor je.mmg tak tau takut budak sorg ni.



Ni on the way nak hantar balqish.arryan nak jalan gak tp puasla nak tarik dia ikut jalan yg lurus, asyik menyinggah je!


Tepi tu sekolah! Eh...suka la bila mentari memancar ni! Tak sabar nak cium bau mentari malaysia :p.



jimba

Seumur hidup tak penah la saya nak ke disco.


Tetiba balqish kena g summer disco.alaaa...kat dewan sekolah je pun.hahahaahah.

Layankan je la.

Reception kena ada adult teman.aaahhh...satu family pegi.kekekekeke.


Kena la bayar sepound.kira sedekah la tu ye.hahahahaha.
Takdenya nak pakai baju baru...pakai je baju lama.tp tengok budak2 year 1 -year 6, boleh tahan gak diorg ni.dengan pakaiannya dengan berjoget2 nya.astagfirullah...sib baik tak duk lama kat negara ni.

Balqish ayu je.siap pakai thigh lg tau.

Bg la peluang dia berjoget2 jap.arryan dah mengamuk panas dlm hall.so, daddy bwk arryan keluar.bila dah penat menari nak ice cream pop plk.

Wah...teruja.tetiba teringat aiskrim malaysia perisa asam boi.perghh sedapnya.tak sangka, kat sini pun ada jugak plastik ice cream ni.


Adik pun dapat tp adik tak reti nak isap.tension2 dia baling atas tanah.hahaahahha.


Pastu, rasa lapar.terus ajak balqish balik.kitorg pegi makan kat aneesa.minggu depan kan dah ramadhan.pasni dah takde peluang nak makan kat restaurant lg.hikhikhik.

cikgi


baca tak suratkhabar smlm pasal budak kena tampar dengan cikgu sampai pekak.
cikgu pompuan tu.

meh sini i nak story sket.
saya pun cikgu gak = mengajar org. mungkin bezanya, anak murid saya org besar.
tp objektif tu sama je; menyampaikan ilmu pada sekelompok manusia.

aishh..saya tak paham la kenapa kena jadi cikgu yg garang. kenape?kenape?
garang kena pada tempatnya kot.
suka ke kalau kita dikenang hanya kerana kegarangan kita? tak best wooo.

masa saya darjah 1. masa tu saya berborak dengan kawan sebelah n cikgu muzik ni panggil saya ke depan n ketuk kepala saya dengan gitar.
eh cikgu ni...aku akan ingat sampai bila2. sib baik aku tak jadi bodoh tau!

masa darjah 2. ada sorg cikgu ni ganti cikgu kelas je. tolong jagakan kelas.kebetulan kitorg kena salin apa yg cikgu tulis kat papan hitam n tulis dlm buku garis tiga. gigih ok saya salin cantik2.kalau korg ingat, buku garis tiga tu takde garisan.masa tu first time guna.mane la tau kena garis sendiri. so, saya tulis luar garisan (garisan tegak yg kena lukis sendiri tu).eh paham tak ni? terus kena marah dengan cikgu ganti tu pastu kena cubit kat pipi.

oiiii..cikgu! sakit tau! ko ingat pipi aku ni ape?kuih pau!!!


tu dua kisah je. kesalahan yg tak logik sampai dua cikgu tu nak kena marah sampai camtu sekali.

yang first tu. saya borak ngan org sebelah.Allah haii..cakap slow je..kalau tak silap, tengah compare,skirt sape paling labuh.(masa tu pakai pinafore).ckp slow je.takde ganggu org lain pun.pastu takkan la sampai ketuk kepala guna gitar.

-eh kalau tak silap...beberapa bulan pastu, cikgu tu sandarkan gitar dia tepi meja masa mengajar. pastu gitar dia jatuh n patah.hahahahhaha (gelak dlm ati je la)

yg kes kedua tu pulak, alahai cikgu dot dot dot... takleh tegur elok2 ke hah? apasal nak cubit2?

kanak2 ni..doa dia makbul. jangan la nak aniaya diorg.bahaya.kena yang doa bukan2...abisla.

kakak saya cikgu.
cikgu garang. suara kuat. kakak cakap "kena garang2 dik, baru anak murid takut". tahla ek.tp selalu je saya cakap "kak..ko control la sket. takmo la garang sangat.kesian kat budak2".

maybe saya ni sensitif sket kot. saya memang tak boleh nak tgk org kena marah ni.

alahai cikgu.tugas kamu kan mendidik. beri la didikan yg terbaik. saya tak paham kenapa kena melempang la, mencubit la. kenapa ye? supaya murid tu rasa sakit?ke, nak lepaskan geram?lempang sampai pekak,tak pasal2 malu.satu malaysia tau.

kalau boleh taknak la compare cikgu kat sini ngan cikgu kat tanah air. eh..mmg takleh nak compare kot. :p kadang2 rasa sayu hati.... kat sini, berlainan agama, bangsa tp cara dia mengajar, mendidik, bersungguh-sungguh. kita ni dah sah2 la beragama islam, banyak nilai murni tp apsal tak dipraktikkan?

tak suka la nak bebel2 ni. cuba guna pendekatan yg terbaik. kalau kita tak suka anak kita diperlakukan mcm tu, kita jangan la buat anak org mcm tu. kalau kita guru yg baik. sentiasa bg semangat kat anak murid, insyaAllah..sampai bila2 anak murid akan kenang jasa kita. sebab anak2 ni makin lama makin membesar. kan best, kalau dah bertahun2, tiba2 jumpa anak murid still kenal n terkejar2 nak bersalam. tp kalau jumpa, anak murid macam nak larikan diri je adala something wrong tu. tak best la yea.

strict tak semestinya kena garang ye. lebih2 lagi utk anak2 tahun 1,2,3. kecik lagi diorg ni. ajarlah dengan kasih sayang.insyaAllah, anak murid senang terima ilmu yg kita sampaikan.kalau diberi peluang, saya teringin nak mengajar anak2 kecik ni. sebab rasa diorg comel je. jujur je.

saje je nak membebel pasal cikgu ni sbb bila baca news teringat kisah lama.kepada cikgu2 yg terlibat, takde pun cikgu nak minta maaf tp takpe, saya dah lama maafkan dan semoga takkan terjadi pd anak2 saya plk.

amarah


manusia kan. bila marah +letih + tension + geram , mula la syaitan menghasut.mula la nak naik darah. yg jadi mangsa pertama: Balqish.

itu kisah semalam.

pagi ni.on the way pegi school,

Balqish : Mommy, I know..you are so tired.
Me: no.i'm not.
B : I'm talking about yesterday.
Me: Oohh..I'm really sorry.
B : No mommy. I should say sorry  because it was my fault as well. I knew...you are so tired...cleaning, washing, tidying, you did lots of work. It's ok mommy. I promise. start from today, i will be you little helper. Don't worry ok.


Ya Allah...berjurai lagi airmata.tak sangka.anak sekecik ni paham situasi mommy dia. Alhamdulillah.terima kasih Allah, atas anugerah yg kau berikan. Balqish...Balqish..sentiasa jadi penyejuk hati mommy.

Pages - Menu