dunia lembab lagi....

perghh...bila tgk date entry kat blog, masa first time pegi wet world adalah 2 jan 2009...maknanya dah 2 tahun yang lalu..
cepatnya masa berlalu.
pastu ada pegi sekali lagi ngan marina n family...
hoooo..congrates marina for the new born..little Qayla.nnt aunti dtg jenguk k.

ok...

pergi kali ini bersempena reward kepada Nur Balqish....so mmgla wet world dah berubah.

mummy : Awak tau tak..papa ngan mummy bawak awak pergi wet world nie sbb awak good khalifah.awak berani pergi depan org ramai, nyanyi lagi little khalifah...baca buku.sebab awak berani tau!

Balqish : hah? saya warna-warni?wow!!saya warna-warni. *sambil mata bersinar-sinar

mummy : bukan warna warni laaa...berani.berani tu tak takut....

Balqish...Balqish....



ok..ok itu bukan gambar adik Balqish.dan bukan gambar terkini.itu gambar balqish 2 tahun yang lalu..eeeiiii..comelnya.pipi tembam.

dan ini gambar terkini...


cuba carik perbezaan antara gambar pertama dengan gambar kedua.

  • colour wall adalah sama
  • tinggi Balqish dah berbeza-sib baik balqish yg diri kat situ, kalau mummy mesti sama je ketinggian tu.
  • ok bawah 84cm masih free
  • tengok tu perbezaan ketara 85cm-135cm dulu rm8 je skang rm12, dah naik 4 ringgit.
  • dari 135cm sampaila tinggi pokok kelapa pun kena bayar rm15..dulu rm 10 je.wow!!naik rm5.


uweeekkk.saya sudah tinggi....saya nak kalahkan mummy




mula2 suh ambik gambar..malu konon!!







kite tengok perubahannya...

hmmm..rasanya dulu takde octopus kuning tu...tp skang dah ada octopus.pastutla harga tiket naik, nak bagi makan octopus rupenye.




ohhh..bukti kami telah membayar tiket. Bagi Rm50 baki dapat RM8 je. sib baik la umah dekat takyah bayar duit tol, minyak kete pun guna ciput je, takyah nak sewa hotel.jimat sket.





Hari gembira untuk awak...



dan lagi....



gembira lagiiii...







menunggu ombak yang rasanya akan ada sejam sekali kot. so, sehari adalah 12 kali agaknya ombak tu gerak...




sebab dah petang n tak ramai pengunjung...so, ada la foreigner yang dtg.cehhh..mcm pelancong je..padahal org vietnam yang keje kat kilang depan BPMALL tu..mcm la kitorg tak tau.kemain bergambar sakan.pakai seksi2 plk tu.ada sorg tu siap pakai stokin putih lagi.ko ingat ni ape???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




dan akhir sekali..kami melawat gunung Merapi. Rasanya harga tiket naik sbb nak bantu mangsa merapi laaa..hehehe..ayu, ateng...bukan korg je dapat merasa g gunung merapi,kitorg pun dapat merasa jugak tau lava nya......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



hahaha...mula2 ingatkan pensil...(-_-')


biodata




masa kecik2 kalau nak berkenalan/ nak bagi surat kat kakak angkat kan kena tulis biodata


contoh biodata :

:: My Biodata ::

Nama : Nur Balqish Qaisarah

D.O.B : 9 September 2007

Umur : 3 tahun 5 bulan

adik beradik : tunggal (currently)

alamat : pura kencana

makanan kegemaran : ayam goreng, cheesecake mummy, nasi lemak, nasi + kicap MANIS bukan kicap masin tau, pau kukus maklong (tp mummy tukang kukus),ikan kari.

minuman kegemaran : susu Ducth Lady 123 of course, ribena (original) yang campur strawberry tu tak suka, air sejuk.

hobi : main game kat i-phone papa (angry birds, cut rope, Dora the Explorer), main basikal.

lagu kegemaran : 1. stacy (Jahat)
2. kalau berpacaran
3. Kebahagiaan dalam perpisahan (Syahir)

video klip kegemaran : ada dlm i-phone papa.

buah kegemaran : pisang, orange.

warna kegemaran : dulu pink sekarang purple.



semuanya nak kegemaran-kegemaran.mcm la org yang baca biodata tu nak tau kite punye kegemaran.


teringat dulu la masa kecik2 zaman tukar2 biodata dgn sorg boy nie pernah satu surat tu tulis camni dlm biodata die

prinsip hidup : kalau berkawan tak semestinya berkasih.kalau berkasih tak semestinya bercinta. kalau bercinta tak semestinya berkahwin.

ek eleh...mcm la aku nak sangat kawen dengan ko. Biodata pun kakak ko yg tolong tuliskan.agaknya tulisan ko buruk sangat kot sbb tu kakak tolong tulis..ape daaa..kekeke..dan lepas tu terus malas nak tegur boy tu sbb mcm la kita kawan ngan die sbbnak kawen ngan die.kelakar kan?



pot luck utk littlecaliphs

Note dalam communication Book Nur Balqish semalam...

Assalamualaikum,
towards parents.

Tadika Khalifah Bitara will organize Maulidurrasul on Friday (25/02/2011) and allow parents to bring 'pot luck'.Please make sure our kids are wearing Baju Kurung for girls and Baju melayu for Boys. We appreciate your support. May our children remember by their heart the meaning of the important days in Islam.

Thank you.

Ok...
1. Maulidurrasul - Friday (25 feb)
2. wearing baju kurung - OK
3. 'pot luck' ???

aduih...yg no.3 tu penat nak pikir.

  • discuss ngan Mr Darl die suh buat sosej roll
  • discuss ngan kakak, die pun suh buat benda yang sama.
  • k.anim dah cop nak buat kek batik.
  • cadangan Mun : sandwich telur / beli je roti gardenia (twiggist) tu...
  • hmmm...apa nak buat ek???ape yg kanak2 suke.yang senang nak buat.
Result : tengokla apa yang jadi esok pagi...hehehe...



::rintihan hati ::

uncle cuti hari nie, boleh tak import dtg sini suh masakkan??(-_0)

bicara petang

Ingat tak saya citer pasal gula-gula masin.
semalam petang lepas ambik balqish dr school, tanye die

mummy :Dah habis ke gula-gula masin awak?
Balqish : Dah.
mummy : awak bagi kat sape?
Balqish : Mirza.

tengok...rancang lain last2 bagi org lain plk (-_-').

pagi ini sekali lagi Darwisya (full name : Adini Darwisya- anak sapa ek.nak kenal la parents die)dah ada kat pagar sambut kedatangan Balqish.

pagi nie Balqish bawak bekal air masak (tumbler yg dapat dr kf* )

Darwisya : Eh..awak pun bawak jugak.
Balqish : * diam
saya : Bawak ape?oooo..tumbler nie. Darwisya pun ada jugak ke?
Darwisya : *angguk.

pastu mereka pun berpegangan tangan masuk ke school...comel kan?

wah..saya nak kembali ke zaman kanak2. teringat kat cikgu along, cikgu izzah dan cikgu mala. tu la 3 org cikgu tadika kemas kat kampung saya.bertahun2 jadi cikgu tadika kat situ. cikgu2 tu semua anak org situ gak so, kalau ternampak skang nie, terdetik dlm hati

"eh eh cikgu mala...eh eh..cikgu izzah"

bila dah naik sek rendah, bila citer psl sekolah tadika mesti tanya kawan

"eh..ko dulu kelas cikgu sape?aku kelas cikgu along"...mcm meriak.sbb cikgu along chantik =)....<--tp dah lupe sket muka cikgu along yang ingat, die pakai spec mata tebal sangat.

bayangkanlah...3 org cikgu tu je la yang mengajar anak org2 kat situ.skang nie dlm satu kampung ada berapa banyak kindy/school.dalam kindy/school plk ada bape ramai teacher.memang patutla budak skang nie pandai2 berbanding zaman dulu2.

:: rintihan hati ::
dah lama tak buat rintihan hati.pernah sekali cikgu tadika buat rules sape tak pakai baju senam kena bogel.pergghhh..ada sekali tu sampai nangis2 suh mak balik umah ambikkan baju senam sebab taknak kena bogel.

ada sekali, kawan bawak bekal maggi pegi tadika.mcm best je, nak mintak sket malu.pastu paksa mak suh masakkan maggi sebab nak bawak pergi tadika.

mak kata " tak boleh...nanti maggi nie kembang. maggi kena cepat2 makan mana boleh tunggu lama2"...

saya kata "tak kira..nak jugak nak jugak <---budak degil.

last2 mak masakkan. sudahnya...waktu rehat bukak bekal, maggi dah kembang semacam.kuah dah langsung xde.dengan masin gileeerrr.nak muntah rasa. balik rumah, mak tanya "esok nak bawak bekal maggi lagi tak?"
saya "taknak laaaa"

Thank you teacher part II

To all teachers at Little Caliphs (Tadika Khalifah Bitara)

From 10 November 2010 until 23 Feb 2011


Balqish ::3 years 5 months 2 weeks

1. From only knew alphabets ABC –Z , NOW she can read book–Well done teachers!
2. From dependent girl ,NOW she is an independent girl – Well done teachers!
3. From know nothing, NOW she can perform solat and recite “doa’, recite hadith clearly.-well done teachers!
4. From only sing ‘ Twinkle-twinkle little star’ ,NOW she can sing a lot of Islamic Nursery songs. – Well done teachers!
5. From low confidence girl ,NOW she has higher confidence level –well done teachers!
6. NOW she always berzikir.
7. NOW she always want to be a GOOD Khalifah.


THANK YOU TO ALL TEACHERS. YOU HAVE DONE A GREAT JOB!!






especially for teacher aisyah, teaher dilla n teacher azni yg lemah lembut lagi gemalai (yang baju purple tu )

Thank you teacher

teringat pulak saya masa saya darjah 2.
masa tu musim buah cempedak.
kat kebun abah ada banyak buah cempedak.
manis pulak tu makan macam tu je pun dah sedap...bila goreng lagi la sedap.
ada satu hari tu,sorg cikgu nie ckp kat kami "sekarang nie musim buah, kalau ada buah lebih kat rumah tu bagilah kat cikgu"

apa lagi..bila balik, cerita la kat abah.
ptg tu jgk abah g kebun ambik buah cempedak.
aduihhh..malunya saya bila abah suruh bawak buah cempedak tu bagi kat cikgu kat sekolah.
dah lah sekolah sesi petang.
rasa menyesal pulak ckp kat abah.
Abah balut cempedak tu dengan kertas surat kabar tebal2 pastu suruh saya kendong masuk kelas.
malu tau.
pastu bile cikgu tu masuk, saya pun bagila
"cikgu, nie abah saya bagi cempedak"

gembira betul cikgu tu, siap bagi pesanan lagi
"kalau ada cempedak lagi bawaklah dtg sekolah yea"
hmmm...memanglah taknak bagitau abah lagi.

sebenarnya itu adalah salah satu cara menghargai guru.
mcm zaman dulu2...tak bayar yuran.tolong cikgu angkat air, carik kayu api kan?
kira mcm upah seikhlas hati la.

dan hari ini tunggu Teacher's Day barula nak carik hadiah bagi kat guru.
tak perlu la mcm tu.
Bila rasa nak buat sesuatu utk guru..realisasikan je la.

tgk mcm saya langsung takde teacher's day.
bila students nak hargai pensyarah?
memang la takde.
tapi ramai jugak students yang baik hati.
Bagi limau manderin (kalau CNY).
Bagi kuih raya.
Bagi kek lapis sarawak.
Bagi kartun sponge bob.

dan baru2 nie students psm bagi hadiah cokelat tiramisu kat saya.
sepeket besar..banyak tau.
memang sedap gileeerrr..thanks yea =)
terasalah diri ini dihargai.

dan semalam saya berbual2 lagi dgn teacher Aisyah.

t.aisyah : Puan, ramai parents yg tak percaya anak die dah boleh membaca. siap suruh saya buktikan lagi.
saya : aik..kenapa mcm tu pulak.kan dah ada tulis date dlm buku pre-reading tu?
t.aisyah : tula...bukan semua parents ambil tahu.kami ramai students nak kena jaga dan sepatutnya parents kena sama2 bantu kami mantapkan reading skills anak2.
saya : betul tu. parents takboleh harapkan sepenuhnya pada teacher sahaja.
t.aisyah : lagi satu, hari tu parents ada suruh saya buat carta pencapaian students. saya tanya Pn Sabariah,pn Sabariah tak benarkan.
saya : Hmmm...carta tu macam nak comparekan anak2 kan?
t.aisyah : betul tu.So, saya minta parents percaya pada guru dan kebolehan anak sendiri.
saya : *diam saja
t.aisyah : Oh Puan, hari nie Balqish dah naik Qiraati 2 tau. die sorang je yang dah naik Qiraati 2. dah lama sebenarnya..dah dua tiga minggu lepas die dah habis Qiraati 1 tapi saya tak sempat nak semak.saya kena semak bacaan die dalam Qiraati 1 baru boleh naikkan QIraati 2. Alhamdulillah...Balqish goodKhalifah.
saya : Alhamdulillah...
t.aisyah : Pn jangan terkejut yea kalau by 5 years die dah boleh baca jawi.
saya : InsyaAllah..harap2 mcm tu la.
t.aisyah : saya harap puan dapat sama2 tajamkan skills Balqish.
saya : InsyaAllah...saya cuba.

hissshhh...naik Qiraati 2 rasa mcm naik Al-Quran plk.Kat rumah Balqish baca Iqra'. Rupanya Qiraati nie lagi advance dari Iqra' dan t.aisyah tak kasi baca Iqra' lagi taknak Balqish confuse. Kalau nak, baca Qiraati je. Qiraati 4 & 5 dah masuk ayat2 dlm Al-Quran.

sebab nak buat pulut kuning (konon2) tak tahu.so malam tu saya buat cheese cake utk teachers di little caliphs sebagai tanda terima kasih saya kerana mendidik anak saya dengan penuh rasa ikhlas dan tanggungjawab.Harap2 sedapla sbb saya buat cheesecake tu dengan penuh kasih sayang, keikhlasan dan ketulusan hati.kekkekeke...

well done my dear Nur Balqish Qaisarah.




cerita awal pagi

dlm kereta

mummy : Ok balqish, gula-gula asam nie awak bawak satu je tau. Nak bagi kawan2 tak ?
Balqish : Nak.
mummy : Nak bagi sape?
Balqish : satu utk saya, satu utk Alya, satu utk Darwisya, satu utk Syaura.
mummy : ok..so, mummy masukkan 4 yea.
Balqish : Ok.

sampai little caliphs
as usual...Darwisya dah ada kat luar..belum letak beg pun lagi.

teacher : Assalamualaikum.Good morning Balqish.
saya : Eh Darwisya tunggu lagi?
teacher : A'ah..dah lama Darwisya tunggu

tetiba...
Darwisya : Balqish..tengok nie..saya ada kasut baru
Balqish : (-_-) *blurrrr...
Darwisya : Sini la Balqish..tengok kasut baru saya...
Balqish :* Blurrrrr
Darwisya : Kasut saya cantik, kasut awak tak cantik...
mummy :*smile
Teacher : Darwisya, jangan cakap mcm tu.

pastu terus Darwisya pimpin tangan Balqish n masuk kelas...

*Agak-agak...Balqish bagi tak gula2 asam tu kat Darwisya nnt? Petang nanti saya tanya Balqish yea.

Ofis
pagi2 biasa la...kena g toilet dulu. On the way ke toilet...kedengaran suara bercakap2.

x : taklah! tahun nie saham dah meningkat. Betul. Dulu 5% je.
y : yeke bagusla mcm tu. Eh bkn tahun nie ke 5%?
x : bkn..tu tahun lepas.saham dah meningkat.

saya : Assalamualaikum cik.=)
x + y : Waalaikumussalam...=)

*wah..kemain lagi makcik2 cleaner zaman sekarang, siap cerita pasal saham.



Pages - Menu