Ramadhan menjelma lagi.
Seperti ramadhan lepas, saya beraya awal.org dah start puasa,saya masih boleh makan siang hari. Bila org dh stabil, saya baru nak start puasa.
Serious gigil.semalam, dua tiga kali tanya darling saya ok ke tak. Dah masak2, tido, bangun pun still belum masuk waktu berbuka lagi. Sekarang ni saya tengah mengumpul tenaga utk hadapi hari2 mendatang.cheewah.
Sehari sblm ramadhan, selasa tu, hari panas sgt.temp lebih kurang 27degreeC.masa tu topik borak2 mesti ckp pasal, uiiihhh camane la nak puasa dengan cuaca macam.hopefully Allah will help us.
Alhamdulillah.first ramadhan, hujan turun renyai2.langit mendung je.alhamdulillah.tahun ni azam taknak pegi pasar ramadhan n nak solat terawikh hingga ke penghujung ramadhan. Azam yg first confirmla tercapai punya.masa kat malaysia dulu, first week boleh la bertahan tak g param.masuk second week, sayur pun beli kat param je.punyela pemalas yg amat.goreng sayur je pun.
Ramadhan tahun ni disambut ceria.insyaAllah, minggu last ramadhan kami akan balik malaysia.yeayyy makan ketupat daun kelapa :).
Semalam masak ikan asam pedas + sayur kacang panjang goreng.hari ni kentang + telur masak air + ikan bakar + kuih onde onde.hahahahaahha...tak puasa, boleh la nak masak macam2.tgkla bila dah start puasa nnt larat ke tak.
Tengokla.ada masa 4 jam je utk makan.masa berbuka, mmg takleh nak makan kenyang2 sbb kalau kenyang sgt nnt sahur takleh nak makan plk.
Semalam sadis je.lepas teman darling buka puasa, call mak.mak plk baru lepas sahur.jap lagi kang dah nak kena sahur plk.
Ni gambar pra raya.hahahahaaha.arryan pakai baju raya last year.tahun ni baru muat.pakaikan songkok, takmo.tu konon2 nak g solat terawikh la tu.
Memang susah tau nak ambik gambar si kecik ni.banyak kali snap. Ni je la yg jadinya.ok... Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.semoga ramadhan kali ini lebih membawa kepada kebaikan dan keberkatan.amin.
2 comments:
asslammualaikum, saya terbaca ttg review dr blog u bkenaan stroller stokke xplory. berapa harga kat pasaran UK skg ya ? di Msia RM 5,000.00. minat dgn stroller ni. tapi kat Msia mahal sgt ...
Waalaikumussalam dangmerduwangi,
kat sini pun harga lebih kurang £800 ++. convert ke rm pun dekat rm5000 gak. Even kawan yg duduk kat norway pun kata harga lebih kurang je. memang tak dapat nak cari yg murah pun kecuali kalau ada sale.kalau berminat, sila la beli.sangat2 berbaloi :).
Post a Comment