Showing posts with label Familia. Show all posts
Showing posts with label Familia. Show all posts

cerita semalam


setahu saya balqish ada school trip khamis ni.
sekali..smlm masa hantar balqish g school, mak aminah bgtau school trip harini. tuesday ok.tuesday.bkn thursday.
trip start kul 10.15am. parents kena join kalau tak kesian plk balqish takleh ikut.

phewwww.masa tu kul 9.20am.
gile laaa..laju2 tolak stroller. g beli nugget + chicken popcorn.
sampai rumah 9.30am.
masukkan nugget + chicken popcorn dalam actifry.set 15 mins.
sediakan susu arryan + pampers.
kul 9.45am husband balik. bagitau n siap2.
kul 10am gerak ke school semula. sambil lari2 anak.darling saya pulak tukang tolak stroller.
10.10am sampai school.
10.15am gerak g museum.jalan kaki ye tuan2 puan2. dengan snow nya.jauh plk tu.

tapi mcm eh..best gak discovery museum ni.macam2 ada.
sampai museum kena la follow diorg punya aktivity. sampai kul 1pm saya gerak ke school saya plk sbb kul 2pm ada safety workshop. wajib hadir yea.kalau tak, takleh buat experiment. punya la penat + mengantuk + sejuk..redah jugak.

itu la cerita hari semalam.


wahai snow.
wahai kesejukkan.
tolongla dengar jeritan batinku.
tolong la pergi jauh sket.
tolong la bagi haba pada kami kat sini.
kesian la kat kami.
tak tahan wei..ni dah sejuk tahap nak nangis nie.

anniversary -35 makabah


semalam 26 March kan..anniversary mak n abah yg ke 35 tahun. selamat ulangtahun perkahwinan mak n abah.

kalau nak tau, mak n abah nie sebenarnya berjiran. bukan jiran jauh ok.no no no.jiran selang sebuah rumah.scary tak?hehehehehe
selalu gak korek citer dr mak camane abah ngurat mak tp mak taknak citer la.

mak kawen masa umur 23 tahun dapat akak umur 24 tahun. abah pulak masa kawen umur 26 tahun. lepas kawen mak abah tak duk umah family diorg, sanggup duk umah sendiri. tanah tu mcm tanah terbiar, so abah bersihkan bina rumah.skang ni adik beradik abah yg duk situ. satu tanah tu, diorg boleh bina sampai 3 biji rumah = 3 adik abah duk situ.

bila akak lahir tahun 79 mak pindah kahang timur. sampai la skang nie. dalam tempoh 35 tahun..makabah ada 5 orang anak. eh? bukan 3 ke? tak..kami ada 5 adik beradik.kakak. saya.pastu masa saya umur 3 tahun, mak bersalin adik perempuan kembar.nama dia rohana dgn rohani. kembar siam. berkongsi  satu jantung. seronok sgt masa tu. siap dah cop2..rohana adik kakak saya n rohani tu adik saya. tp Allah lebih menyayangi mereka. lepas sebulan, sorg sakit n berjangkit kat sorg lagi n meninggal dunia. kitorg pun tak sempat jaga sebab lepas lahir je, adik2 tu terus kena bawak g hospital kl. tutup citer sedih ye.

4 tahun lepas tu lahirla eppy. pengarang jantung mak abah.satu2nya anak lelaki.manja..nasib baik bertanggungjawab.Alhamdulillah :))

tahun ni..special sket, anniversary makabah dapat sambut kat mekah. sepatutnya mak abah g umrah bln 4.tp napa tah dipercepatkan tarikh. hari2 saya dapat call mak. beza masa uk n mekah 3 jam je. rasa dekat sangat...tp still jauh.

eh..nak citer anniversary kan? smlm call mak lagi. mak citer..dia pun lupa anniversary tp smlm lepas saie mak tunggu makngah n cik timah kat tempat letak kasut tp diorg tak sampai2 (kasut ada lagi). masa tawaf makabah, makngah ngan cik timah tawaf sama2.tp masa saie berpecah plk. kunci bilik pada cik timah so, mak taknak la balik hotel dulu. tunggu punye tunggu sampai dah kul  2 lebih.mak dah risau.perut dah lapar.last2 mak abah makan nasi minyak kat restoren je sbb kalau balik hotel confirm makanan dah abis. tu la mak kata...tu kira nasi minyak celeberate anniversary la tu. sampai hotel tgk makngah n cik timah dah ada dlm bilik baring penat.rupa2 nya diorg tak ingat kat mana letak kasut, balik hotel tak pakai kasut.muahahahaha. petang tu abah yg ambikkan kasut diorg semula.

seronok dgr citer org g rumah Allah...insyaAllah, satu hari nanti,akan tiba gilliran saya, shah, balqish n arryan.amin.

jumaat nie lepas asar mak akan gerak dari mekah ke jeddah.pastu terus naik flight sampai changi airport. akak n eppy dah tunggu kat rumah kluang utk sambut mak abah.alhamdulillah. kebetulan cuti sekolah kan, so akak bolehla balik kluang.ruginya saya takde sama2.

tetiba rindunya kat adik beradik...anak sedara.bila la berpeluang nak tgk diorg.

mak abah ...happy anniversary.semoga perkahwinan yg sedia terbina sentiasa mendapat rahmat dariNya. InsyaAllah. terima kasih Allah, pertemukan mak n abah. tanpa mereka takda la kami di dunia ini.

we love u so much!!

>>>> Aziz.Rogayah.Rozana.Roziah.MohamadHafeni. <<<<

bercuti di caravan..lagi

ingat tak dulu saya ada post entry pasal vacation di caravan?

masa tu rasanya satu caravan tu £150 utk 3 hari 2 malam.kitorg pergi 3 famili.mmg la sempit.tp ok la.

rupa2nya kalau kumpul 10 token kat suratkhabar sun boleh dapat lagi murah.
minimum satu caravan 4 org. sorg kena bayar £9.50 je. kalau weekend boleh duduk 3 malam,4 hari. kalau pergi weekdays boleh duduk 4 malam, 5 hari. best kan?

kalau £9.50 x 4 baru  £40.wah jimat.
kalau pergi dua famili dapat dua kali vacations.seronoknya!
syok duduk kat caravan ni sbb boleh masak sendiri.
ada fridge.
bilik best.ada heater.masa arryan pergi dulu baru 2 bulan kot.baru je abis hari.tp ok.angin ribut2 kat luar pun..kitorg relax je kat dlm.

token nie boleh guna utk around europe jugak.best kan?
tp kena kumpul 10 token la.kena la 10hari beli paper. alaaa...sekeping £0.50 je.
selamat bercuti yea :)



our sunshine!

tak lama lagi arryan 10 bulan.
sekejap je kan.
kalau org pregnant time arryan lahir..sekarang nie dah bersalin agaknya.

gigi arryan pun dah nak masuk 4 batang.
makan apa sahaja.
skang dah pandai nak rasa2 masuk mulut.kena rajin perhatikan.
kadang2 kalau terlupa die berdiri sendiri.lama.tp bila dah teringat die duduk balik.
kalau kite pegang tangan sebelah die dah boleh jalan cuma bila suh jalan sendiri die macam takut lagi.

garang denga balqish.ishhh..jgn la balqish larang die buat itu ini..die jerit marah kat balqish.
boleh tahan si kenit sorang nie.
rambut dah makin panjang.dah nampak macam nak beralun2 pulak.hahaha.

kalau tinggal bertiga takdela menjeng sangat.boleh je main sendiri.merangkak2.
tapi kalau daddy die balik,mula la asyik nak mintak dukung je.

kuat ketawa.buat la apa je..rajin sangat ketawa.
kalau kite geleng2 kepala..berdekah2 die ketawa.apa yg kelakar ntah tak tau la.

ada satu pagi tu..rambut arryan tu mcm terjongket kiri kanan.rasa macam comel plk.terus suh darling saya ambik gambar.masa tu saya dah g school.tengok hasil selepas di edit je la.

yg ni comel.muka terkejut.


yg nie mesti nangis nak mintak dukung nie.hahaha


ni saya panggil..jelingan gedik.


 konon-konon gembira..daddy dah nak dukung.pura2 je tu.


ni barula senyum ikhlas.....oh sweetnya!


hikhikhik..sebenarnya..rambut saya serabai macam nie la.


anak burung mintak makan!


kembali ke posisi asal.


bila saya balik petang tu darling saya muka penat giler...die cakap.ni la.lain kali jgn pakai baju superbaby.tido siang ade la dalam 10 minit je.pastu merengek je satu hari.
arryannn..arryann...jgnla bully daddy ye!

selit sket gambar kakak balqish kesayangan mommy n daddy!



memanaskan badan di musim sejuk


Isnin dah naik sekolah semula.balqish la.berakhirlah cuti dua minggu. waaa.
bukan balqish..mommy yg waaaa...sbb dah tak boleh nak bermalas2an pagi2.confirm mcm robocop.
tangan kaki mulut sume bergerak serentak.

kesian balqish.takde g jalan2 pun cuti ni. takpe la.duk rumah tolong mommy lagi afdhal kan?
kumon siap! badan rehat!
hari sabtu.hari merewang2.pepagi dah bangun empat beranak ni.eh.semalam kan buat roti jala.ingat nak menjala lagi tp tepung gandum abis. suh darling saya g beli...terbeli white-raising flour.takleh nak salahkan die sbb kaler sama.sebenarnya saya pun dah pernah tersilap beli dulu.masa tu mak ada.nak buat jemput2.sekali..kenapa bila goreng kembang semacam jemput2 ni..rupa2nya raising flour.terus buang sume.

balqish suke sgt roti jala tu.nnt la, dah ada plain flour...mommy buat ayam kari..kita buat roti jala lagi ye sayang.
sebagai ganti goreng la roti canai segera pakistan..makan dengan daging kari.hahaha.

sebenarnya nak rasmikan basikal baru balqish.nak tunggu summer dah tak sabar sgt.winter pun winter la.cuaca elok. mengangkutla segala mak nenek basikal pergi ke jesmond dene. sebelum tu gi post ofis dulu pos report progress kat dekan fakulti.tu utk jpa punya.yg utk fakulti punye memandai je sv g poskan.terlebih rajin.

pastu terus g desmond dene.dr rumah lebih kurang 10-15 minit je naik kete la.first time pergi sehari before bersalinkan arryan masa tu g belah atas jambatan je.hari ni kitorg jalan2 belah bawah pulak.



kakak naik basikal.daddy tolak basikal kakak sbb batu die tu buat tayar basikal stuck. mommy tolak stroller.yg paling rehat sapa? ni la..si demuk bam bam bangelow nie.kenal tak bam bam bangelow sape?hah...tengokla wwf.


ni jalan nak turun.balqish n darling saya dah jalan dulu. blogger..kena la ambik2 gambar apa yg patut.


tengokla..terkial-kial.safety first.kemain pakai helmet bagai.padahal takde kayuh laju pun.kalau lawan ngan arryan merangkak..arryan menang kot. belum lagi bila tayar die stuck..mula la gelabah.


jalan..jalan..jalan..akan jumpa playground.pastu ada gate.utk entrance pets' corner.ramai rupanya org beriadah sejuk2 nie.ingatkan kitorg je. bukak monday sampai sunday.eh..tetiap hari la bukak.


pastu mommy..mula la mcm jakun.ambik gambar.sheep je pun. kena marah ngan darling saya.die kata mengada2 nak ambik gambar kambing.padahal ayah mertua bela kambing.kalau balik PD langsung taknak g tgk kambing.tetiba kat sini kemain dengan kambing...
darling..sini feeling dia lain bila jumpa kambing....baaaa..terus nyanyi lagi timmy!


sebelah kambing ada chicken pastu duck.tapi mcm satu sangkar je chicken n duck nie.arryan..ni bukti awak dengan duck n chicken.jgn nanti complaint tak kenal chicken n duck ye.piat telinga!


pastu meneruskan perjalanan.nak masuk pets' corner tu boleh naik basikal yea. kiranya pergi zoo sambil berbasikal.budak2 suka la.


seperti biasa..dua ekor bff balqish tu kena ikut.mane boleh tinggal bebe n kitty.beli basikal pun nak pilih yg ada seat utk bebe.skang nie dah ada kawan baru pulak nama die pity.nnt saya ambik gambar die.pity ni anjing.daddy die jumpa n bawak balik. eh anjing patung tau. pastu balqish bagi nama pity..sebab, pity him...kena tinggal ngan tuan die!ada bawak..tp saje tinggalkan dalam kete.cukupla dua ekor tu je.


park n anjing adalah wajib. omputih..kan rajin bawak anjing bersiar2.yg ni rare sket. badan besar.gemuk.bulu2 putih mcm beruang kutub.terus ambik gambar.tp saya lagi suka yg jenis kaki pendek kecik je puppy.biasanya die jalan dua ekor.comel je terkedek2 kejar tuan die. tu ada jumpa gak. ada 4 ekor tp x sempat nak ambik gambar.


tetiba jumpa signboard nie.comel je kan?


jalan lagi eh lupa nak bagitau pets' corner tu kecik ke.pastu dah jalan2 tepi sungai.jumpa pulak bridge cantik.darling saya suh naik atas bridge tu die nak ambik gambar.kitorg pun terpaksala lalu denai nak ke bridge tu rupa2nya kalau jalan ke depan sket, ada tangga naik atas bridge tu.haissshhh hai.


ni la bridge nya.old skool kan.macam cerita dulu2 je.


pastu citerla pasal armstrong bridge.tp nie bukan bridge yg kat atas tu.ni bridge lain.besi punye.


td guna kamera samsung saya. ni baru la kamera dr org pandai ambik gambar.hahaha.hasilnya lain sket la.


baru nampak muka saya!masa nie servis dah bertukar tangan. darling saya tolak stroller.saya pulak melayan cik minah kecik nie.songeh banyak.kayuh terkial2.bila saya push sket belakang die "mommy, don't push me. ". terus saya tinggalkan ke depan.pandai pulak panggil suh push.


daddy n anak perempuan :)


lepas bridge tu..saya dah malas nak jalan. darling saya yg jalan tolak stroller n balqish pun jalan kaki je.takut gak bila sesorg sbb anjing besar duk salak2 saya.geram je.tp buat tak tau je la. anjing2 tu pun sume bertuan.
tak sampai 10 minit diorg pun balik semula.darling saya cakap ada tasik je kat depan sana..oooo...
tu nak beracing la tu.kalau stroller menang mula la yg naik basikal tu sentap.takmo kalah langsung. bila on the way balik balqish dah teror mengayuh dah.


baru la singgah playground n keluarkan arryan dari kepompong.suka la die!


masukkan dua2 dlm swing.arryan steady.duk nak menjilat baju die.balqish pulak takut.swing sket dah menjerit2. tp balqish pandai jaga adik dlm swing tu.


ni konon2 jalan dengan adik2.hahaha...suka la gambar ni.mcm arryan dah teror jalan kan?


pastu gambar darlingku dengan anak bujang nya.


hah! ni kaki sapa nie?hahaha..kaki mommy n little arryan. kita main lompat -lompat. nanti arryan dah pandai jalan kita g sini lagi ye.bagi arryan kena ngan chicken,duck,sheep,goat.nanti balik malaysia takdela melopong sgt tengok depan mata.



malam jumaat

dari kecik..bukak2 mata je.
mmg tradisi keluarga turun menurun.
tak kira bz macammane pun.
setiap maghrib solat berjemaah adalah wajib!
wajib utk semua org!
tak rasa terpaksa.tp seronok.especially kalau atok dtg.atok akan jadi imam.
masa tu suka dgr atok baca al-fatihah sbb suara dia mcm ada gigil2 sket.
pastu esoknya..duk ejek2 ajuk2 atok. alfatihah utk atok tersayang.rindu nak dengar bacaan al-fatihah tu lagi.
pastu biasanya atok ajah (nenek) akan aturkan saf perempuan.
yg tua2 belah kanan sekali..budak2 belah kiri.
ikut umur.saya mestila yg paling kiri.
kalau atok imam, abah tukang baca iqamat.
kalau atok takde, abah imam...akak tukang baca iqamat.kekadang mcm berdebar2 sbb kadang2 abah cakap "G..baca iqamat". malu >___<'. arghh mengada2 aaah.
pastu bila adik lelaki besar..adik lelaki plk tukang baca iqamat. eh..abah tak pernah suruh mak ek.tak adil ni.
seronok bila solat jemaah ni. lepas solat..duduk zikir sama2. abah baca doa..kitorg aminkan. Ya Allah..rindunya suasana mcm tu.
kalau atuk datang kena berwirid sampai isyak.masa tu..selalunya saya sampai tertido2 kat riba mak.
kesannya? mengeratkan lagi silaturrahim ahli keluarga.seriusss...
kalau buat salah siangnya, lepas solat kan kena salam, cakap la dalam hati minta maaf..nak ngaku depan2 takut.hahaha.

pastu satu lagi acara wajib setiap mlm jumaat adalah bacaan yaasin.
abah akan jadi ketua.
tapi kena baca yaasin kuat2. suara saya la yg paling kuat sampai cik yah sebelah rumah pun dengar... "pandai ogy baca yaasin"...ekkekeke..kena puji.masa tu kecik lagi.memula rasa bangga tetiba malu pulak. next jumaat slowkan sket volume.
selalunya time baca yaasin abah letak air kat tengah2.pastu minum ramai2.
ingat lagi malam jumaat pertama saya di asrama, mak bagitau malam tu abah baca yaasin abah menangis sebab teringat kat saya. dushhh..homesick wei bila dengar.

dan sekarang..saya cuba nak terapkan budaya tu pada family kecik kami.
solat jemaah utk maghrib mmg tak dapat.sebab saya solat di lab.
balik2 dah masuk waktu isyak. biasanya bila darling saya jaga arryan baru saya solat isyak n balqish pun alhamdulillah nak ikut sama. sejuk hati bila anak kita cakap "mommy..i want to perform solat, i wanna be a good muslim".
balqish memang anak yg baik.
balqish anak solehah.
semoga arryan juga jadi anak soleh dan sebaik balqish. amin.

serius..lepas baca yaasin sama2 rasa lapang dada.
setiap mlm jumaat saya terkenangkan mak dan abah kat malaysia.
mesti mak dan abah pun baca yaasin hari nie.
mak pun pesan..ingat...rajin2 baca yaasin ye.
dan sekarang... cuba tambahkan lagi dengan baca surah al-kahfi.

kami baca yaasin lepas solat isyak la.sbb lepas maghrib tak sempat musim2 winter nie.
semoga tradisi keluarga ini akan turun menurun.
kadang2 saya terfikir..kalau sekali seminggu pun susah nak baca yaasin, bila masa diorg baca yaasin utk sedekahkan pada yg dah takde.
semoga anak2 saya pun sekurang2nya akan baca yaasin setiap mlm jumaat utk disedekahkan pada kami berdua bila kami dah takde satu hari nnt.amin.

-mak n abah akan pergi umrah 8 april ni.semoga Allah permudahkan urusan mak ngan abah.seronoknya. semoga kami sekeluarga berpeluang jugak menjejakkan kaki ke Mekah satu hari nanti. AMinnn...amin yarabbal-'alamin.

Hai 2013

Dah celik mata!
Dah tahun baru!

2013 pastu 2014 insyaAllah... 2015 kami akan balik malaysia.yeahhh!

Pagi ini bangun dgn semangat baru. Takde special azam. Tunaikan yg tertunggak!

Semoga kegembiraan dan kebahagiaan milik kami sekeluarga! Amin.













Jumpa tahun depan yea :)

Hi sume!
Kami dah nak tido nie. Kalau ikut jam kat sini baru pkl 9.30 pm. Tp sbb blog nie ikut waktu malaysia mesti dah tahun baru kan.

Tak larat nak tunggu fireworks kul 12 mlm ni. Tido je. Malam kan panjannnngggg..kena la tido puas2.

Selalunya kalau kita dapat bad dreams mak kite cakap...tu la.tido tak basuh kaki dah mimpi bukan2. Kat sini jgn ckp sblm tido nak basuh kaki..nak g wee wee pun pikir 4000 kali tau! So, saya takleh la cakap camtu kat balqish n arryan.

Setiap pagi balqish akan report die mimpi bad atau good. Saya tukang dgr je la.

Ok...celik2 mata dah tahun baru.jumpa lagi tahun depan yea.

Demuk dah selamat tido kat sblh nie.

Saya kiss kan die utk semua yea. Kisskan demuk je bkn darling saya tau!hahaha.

2013... Please be nice to me! (wish klise)

Makan sushi yoo!

Makan sushi.
Tapi bukan kat yo sushi.
Ni kat st sushi.
Yo sushi ada...tp x pernah try bento.lgpun yo sushi biasanya kat open area laaa.

Ni kes malas masak.
Terus bg suggestion kat darlingku " yok kita makan kat st sushi"
Ehhh..korang pernah guna perkataan yok tak?
Yok bermaksud jom.
Contoh ayat " yokla kita main pondok2".

Tetiba teringat yg st sushi ni die ada waktu on and off.tp x ingat. Sbb dulu penah nak pegi sekali die tulis kat pintu contohnya :12-2pm, 4pm -8pm. Tu contoh.
Sekali mcm..alaaaa..kang dah sampai sekali tutup!
Ok..ape susah.google jap.
Sekali..eh ada delivery start on 4th dec 2012. Walawehhh...

Sbb cuaca sejuk nyaman. Malas nak keluar.
Darlingku yg gagah perkasa pun ambik tepon n call.
Yes..pompuan japan yg jawab...cakap english pun satu satu.
Order n penghantaran adalah selepas 6.30 pm.
Arggghhhh... X kisah.
Pkl 6.15pm doorbell berbunyi.ding dong!
Yeay! Dh sampai.
Saya order salmon terayaki.darlingku order unagi bento.
Hmmm...kurang menyengatla kalau makan kat rumah. Kalau makan kat kedai die lg sedap kot!
Tp ok la.janji perut

Nampak tak salmon yg tak masak tu?
Tak larat de nak makan mentah.
Masukkan dlm mangkuk, tabur sikit black pepper...letak sos terayaki. Gaul n bakar.
Nyummeh...

Mood yelek

Smlm sabtu xde mood.
Pagi2 masa mee goreng pastu melekat anak beranak depan tv sampai petang.
Sudahnya..malam pun tido dpn tv.hahaha.
Best plk.
Bentang tilam...tido!

Eh...dh bgtau ke belum?
Tak lama lagi dapat anak sedara belah saya.
Yeay!
Adik yg kawen last year tu.
Selalu rasa syoknya kalau sblm 1st ann dah ada anak sbb masa kami dulu tak.hahaha
InsyaAllah ima bersalin pertengahan bulan feb.
Confirm2 la mak n abah yg jaga.
Padahal ima tu anak pompuan 1st dlm family n ada 4 abg.
Tapi sbb abg2 die dah kawen n mak die bela semua anak sedara die, so mak die ckp kat mak saya " awak jagala ima dalam pantang..jaga anak die. Saya tau awak nak sgt cucu mi. saya takpe...dah ramai kat sini.lagipun this month je dua org kakak die lahirkan baby"

Mak ape lagi..suke la die.
Beria beli barang2 baby. InsyaAllah baby boy!
Dapatlah kawan ngan arryan nanti.
Cop! Belah shah..wani pun dah bersalin. Baby boy jugak.

So...belah shah dah ada arman n adam hakimi.
Balqish je takde kawan lagi.
Tak lama lagi tunggu anak syahir n nurul pulak. :)
Yg kami sempat jumpa arman je.
Tu pun masa dtg sini, arman tak reti lagi nak panggil2 org.

Merlin? Oooo..dah abis ye.
Lupa pulak nak update.
Die tayang live masa malam 24 dec aritu.tp kami tak tgk pun.
Sebabnya nak marathon tgk episode yg tertinggal.
Esoknya 25 dec kami marathon tgk merlin sambil makan maggi asam laksa.
Sapa kata susah nak dpt maggi asam laksa kat oversea? Tipu hokey.
Taknak la citer ending die ..kat malaysia baru nak start kan?
Yang penting king arthur mati.hahahaha!
Pastu scene last sekali comel sbb ada lori lalu n merlin dah tua kena jalan kaki.
Oooo..gonna miss u merlin! Harap2 dapat la jumpa melin live sementara ada kat bumi england ni.mane la tau ek.

Pages - Menu