Showing posts with label happy moments. Show all posts
Showing posts with label happy moments. Show all posts

memanaskan badan di musim sejuk


Isnin dah naik sekolah semula.balqish la.berakhirlah cuti dua minggu. waaa.
bukan balqish..mommy yg waaaa...sbb dah tak boleh nak bermalas2an pagi2.confirm mcm robocop.
tangan kaki mulut sume bergerak serentak.

kesian balqish.takde g jalan2 pun cuti ni. takpe la.duk rumah tolong mommy lagi afdhal kan?
kumon siap! badan rehat!
hari sabtu.hari merewang2.pepagi dah bangun empat beranak ni.eh.semalam kan buat roti jala.ingat nak menjala lagi tp tepung gandum abis. suh darling saya g beli...terbeli white-raising flour.takleh nak salahkan die sbb kaler sama.sebenarnya saya pun dah pernah tersilap beli dulu.masa tu mak ada.nak buat jemput2.sekali..kenapa bila goreng kembang semacam jemput2 ni..rupa2nya raising flour.terus buang sume.

balqish suke sgt roti jala tu.nnt la, dah ada plain flour...mommy buat ayam kari..kita buat roti jala lagi ye sayang.
sebagai ganti goreng la roti canai segera pakistan..makan dengan daging kari.hahaha.

sebenarnya nak rasmikan basikal baru balqish.nak tunggu summer dah tak sabar sgt.winter pun winter la.cuaca elok. mengangkutla segala mak nenek basikal pergi ke jesmond dene. sebelum tu gi post ofis dulu pos report progress kat dekan fakulti.tu utk jpa punya.yg utk fakulti punye memandai je sv g poskan.terlebih rajin.

pastu terus g desmond dene.dr rumah lebih kurang 10-15 minit je naik kete la.first time pergi sehari before bersalinkan arryan masa tu g belah atas jambatan je.hari ni kitorg jalan2 belah bawah pulak.



kakak naik basikal.daddy tolak basikal kakak sbb batu die tu buat tayar basikal stuck. mommy tolak stroller.yg paling rehat sapa? ni la..si demuk bam bam bangelow nie.kenal tak bam bam bangelow sape?hah...tengokla wwf.


ni jalan nak turun.balqish n darling saya dah jalan dulu. blogger..kena la ambik2 gambar apa yg patut.


tengokla..terkial-kial.safety first.kemain pakai helmet bagai.padahal takde kayuh laju pun.kalau lawan ngan arryan merangkak..arryan menang kot. belum lagi bila tayar die stuck..mula la gelabah.


jalan..jalan..jalan..akan jumpa playground.pastu ada gate.utk entrance pets' corner.ramai rupanya org beriadah sejuk2 nie.ingatkan kitorg je. bukak monday sampai sunday.eh..tetiap hari la bukak.


pastu mommy..mula la mcm jakun.ambik gambar.sheep je pun. kena marah ngan darling saya.die kata mengada2 nak ambik gambar kambing.padahal ayah mertua bela kambing.kalau balik PD langsung taknak g tgk kambing.tetiba kat sini kemain dengan kambing...
darling..sini feeling dia lain bila jumpa kambing....baaaa..terus nyanyi lagi timmy!


sebelah kambing ada chicken pastu duck.tapi mcm satu sangkar je chicken n duck nie.arryan..ni bukti awak dengan duck n chicken.jgn nanti complaint tak kenal chicken n duck ye.piat telinga!


pastu meneruskan perjalanan.nak masuk pets' corner tu boleh naik basikal yea. kiranya pergi zoo sambil berbasikal.budak2 suka la.


seperti biasa..dua ekor bff balqish tu kena ikut.mane boleh tinggal bebe n kitty.beli basikal pun nak pilih yg ada seat utk bebe.skang nie dah ada kawan baru pulak nama die pity.nnt saya ambik gambar die.pity ni anjing.daddy die jumpa n bawak balik. eh anjing patung tau. pastu balqish bagi nama pity..sebab, pity him...kena tinggal ngan tuan die!ada bawak..tp saje tinggalkan dalam kete.cukupla dua ekor tu je.


park n anjing adalah wajib. omputih..kan rajin bawak anjing bersiar2.yg ni rare sket. badan besar.gemuk.bulu2 putih mcm beruang kutub.terus ambik gambar.tp saya lagi suka yg jenis kaki pendek kecik je puppy.biasanya die jalan dua ekor.comel je terkedek2 kejar tuan die. tu ada jumpa gak. ada 4 ekor tp x sempat nak ambik gambar.


tetiba jumpa signboard nie.comel je kan?


jalan lagi eh lupa nak bagitau pets' corner tu kecik ke.pastu dah jalan2 tepi sungai.jumpa pulak bridge cantik.darling saya suh naik atas bridge tu die nak ambik gambar.kitorg pun terpaksala lalu denai nak ke bridge tu rupa2nya kalau jalan ke depan sket, ada tangga naik atas bridge tu.haissshhh hai.


ni la bridge nya.old skool kan.macam cerita dulu2 je.


pastu citerla pasal armstrong bridge.tp nie bukan bridge yg kat atas tu.ni bridge lain.besi punye.


td guna kamera samsung saya. ni baru la kamera dr org pandai ambik gambar.hahaha.hasilnya lain sket la.


baru nampak muka saya!masa nie servis dah bertukar tangan. darling saya tolak stroller.saya pulak melayan cik minah kecik nie.songeh banyak.kayuh terkial2.bila saya push sket belakang die "mommy, don't push me. ". terus saya tinggalkan ke depan.pandai pulak panggil suh push.


daddy n anak perempuan :)


lepas bridge tu..saya dah malas nak jalan. darling saya yg jalan tolak stroller n balqish pun jalan kaki je.takut gak bila sesorg sbb anjing besar duk salak2 saya.geram je.tp buat tak tau je la. anjing2 tu pun sume bertuan.
tak sampai 10 minit diorg pun balik semula.darling saya cakap ada tasik je kat depan sana..oooo...
tu nak beracing la tu.kalau stroller menang mula la yg naik basikal tu sentap.takmo kalah langsung. bila on the way balik balqish dah teror mengayuh dah.


baru la singgah playground n keluarkan arryan dari kepompong.suka la die!


masukkan dua2 dlm swing.arryan steady.duk nak menjilat baju die.balqish pulak takut.swing sket dah menjerit2. tp balqish pandai jaga adik dlm swing tu.


ni konon2 jalan dengan adik2.hahaha...suka la gambar ni.mcm arryan dah teror jalan kan?


pastu gambar darlingku dengan anak bujang nya.


hah! ni kaki sapa nie?hahaha..kaki mommy n little arryan. kita main lompat -lompat. nanti arryan dah pandai jalan kita g sini lagi ye.bagi arryan kena ngan chicken,duck,sheep,goat.nanti balik malaysia takdela melopong sgt tengok depan mata.



gambar studio

hik hik hik..
tipu. studio la sangat.
bergambar dalam bilik je.
atas katil.
asalnya darling saya n arryan je yg nak berpossing.
sudahnya kami anak beranak pulak berpossing lebih.
saya ni nak ambik gambar mmg la tak reti.
goyang laa...tak center la...
kalau di ambil gambar ok :)

mula2 mesti gambar daddy + arryan.kena ambik ati die dulu..hahahha...
suke ek jadi fans chelsea.suka ati mu laaaa....gue tak layan bola.



i like this picture. sebab dua2 tengah senyum.tp arryan tengah tergelak.penat tau jadi tukang ambik gambar sambil menyanyi + mengagah..sebab masa nie arryan dah ngantuk nak tido. we all pulak dah nak gerak g makan roasted turkey.



bila sampai my turn..taknak berdiri.nak duduk atas katil..sebenanrnya tak larat wei nak berdiri sambil dukung dumuk i ni. dah la kat atas katil...tak balance.maunya jatuh tergolek tiga beranak.duduk senang. tengok...arryan pun happy. masa nie i possing sambil nyanyi pok amai2.tu la sebabnya arryan tepuk tangan. ko mampu?...


lagi sekali...ceria kan?suke laaa...


 ok..cukup2 laaa.kang muak pulak.


sebenarnya turn balqish n arryan tp arryan dah takmo bergambar. dah nak merangkak kat bawah. cik kak sorg nie jangan di offer berpossing...macam2 gaya die boleh buat.


alololo...diela jantung...die la permata hati..sayang balqish..



ok..kite dah lewat nie...mommy nak tolong masak side dishes lagi nie. kakak turun peluk arryan. eh darling..cantik plk angle ni. cpt snap...


sekali lagi di tepi katil.pastu arryan mmg beul2 mengamuk.ok...kite gerak sekarang.


dan yang ini adalah cover photo utk fb says.. really loves this pic. sayang sangat kat kamu berdua..balqish n arryan.and also my sweetheart...darling shahrizal. tanpa kamu bertiga hie...tak bernyawa saya dibumi newcastle ni agaknya.


cheers...
selamat bercuti n selamat tahun baru 2013. semoga tahun 2013..kami diberi kebahagiaan dan kejayaan berganda.insyaAllah...

aktiviti hujung minggu

hujung minggu
waktu ditunggu-tunggu
program apa weekend lepas?

sabtu - balik keje biasanya mr darl akan beli lauk pauk. ikan segar2...pastu ketam lagi. alhamdulillah...dpt mkn ikan segar utk adik baby...

ok meh tunjuk jap gambar balqish.jumaat lepas kan balqish ada christmas party.kemain mommy beli party dress.sume org pakai cantik2.tak sempat nak ambik gambar. sume dapat present dr santa. balqish dapat colour + colouring book.


ok..balik semula citer hari sabtu. tournament bowling pkl 1pm...so, lepas solat terus la ke tpt bowling.dekat je ngan umah.jalan kaki 3 minit dah sampai.hehehe... disebabkan ada nasi tomato..so, tak masak la hari tu. saya tak main pun.mr darl tak bagi main.so, jaga balqish je laaaa.



ok..perut kandungan sudah 27 minggu....



dengan anak2 dara yg muda2 belia dah merantau jauh.esok balqish pun mommy nak hantar g blaja jejauh..biar berdikari dan berani sket...





pastu ahad, mr darl balik keje je trs ckp...tghari nie diorg ajak makan kat OrangeGrass (makanan thai)...orait bossss...ketam tgh atas dapur..tapi org ajak mkn kat luar kan...

not bad. OrangeGrass dkt South Shields.lebih kurang setengah jam dari newcastle.makanan memang umpphh.pkl 12.30 tghari dah start lunch n kitorg ambik buffet. memang mcm sebijik makan kat mesia..lepas rindu ngan makanan malaysia. sorang dewasa utk buffet hanya = GBP10. balqish free...tambah tolak..sume skali hanya GBP 27.40 (termasuk 3 gelas juice buah).makanan mmg sentiasa top up.pergghhh..memag rekemen habis. perut kenyang gile.masa pegi boleh zip jacket, balik dah takleh zip hahahaha...pegi ngan family bak n halim. lupa nak ambik gambar sbb dah lapar.dah nak balik br teringat nak bergambar.....
ingat tak citer pasal makan kat colman tu..haaaa..kedai die dekat2 la tu...tapi lagi berbaloi makan kat sini kot dr colman.kalau sekali sekala nak makan fish n chip boleh la ke colman tu.




lunch time hanya sampai pkl 2.30pm.pastu dh dinner plk yea. kitorg je tak reti2 nak keluar..borak punye borak...pastu dlm 3.30pm baru balik.masing2 bawak haluan...disebabkan dh dekat ngan pantai n balqish mmg nak sgt tgk pantai so, singgahlah sekejap kat Little haven.

sejuk gilerrr...n hanya bertahan lebih kurang 15minit je kat tepi pantai tu...tu pun jalan2 sekejap n bergambar.nnt summer kite g beach lagi yea sayang...





will come again....=)

100 days without 'it'


Tahniah di ucapkan kepada mr darling kerana...
jeng jeng jeng...
telah berjaya 100 hari tanpa rokok...


dah banyak kali citer pasal mr darling nak berenti isap rokok kan..
dan sekarang impian sudah menjadi realiti.
bukan senang yea..repeat again...bukan senang...
tapi sbb gagah...so, sifar rokok.

kisahnya bermula pada awal ramadhan lalu...11 ogos 2010.
masa lepas makan sahur itulah batang rokok yang terakhir yg dihisap.
lepas tu cam dahsyat gak nak mengawal...
dugaan bulan posa cam x banyak sbb tak jumpa kawan kan....
dugaan lebih hebat bila lepas cuti raya.
haaa...masa tula ramai yang tumpas.
bila g breakfast mula la kengkawan duk mengejek
"aku nak tgk sampai bile ko boleh tahan tak hisap rokok"
" nah rokok...aku bagi free je" sambil letak kotak rokok atas meja.
" alaaa...hisap la utk bersosial je...setakat sebatang dua dgn kengkawan"

sib baik laaa...mr darling tabah.tahan dugaan.tahniah yea.
tarikh 11 ogos tu akan dikenang sampai bila2.

kepada isteri2 yang suami isap rokok tu,
tak perlu nak paksa2 suh berenti - buat muka je dah cukup =)
tak perlu nak beli ubat nikotin ke...rokok palsu ke..tak perlu
yang penting adalah diri sendiri.
diri sendiri perlu kuat.
sekuat mr darling saya...

tahniah sekali lagi dari ayang n Balqish...
semoga keluarga kita sentiasa diberi kesihatan yang baik.amin...

:: rintihan hati ::
perlu buat sambutan nie...

say cheese

yeay!!
saya sudah berjaya buat cheesecake pada sabtu lalu.
sangat sedap okey..
hingga menjilat jari.
alhamdulillah....bolehla dimakan seisi keluarga.
kalau nak makan cheesecake..dtg la rumah...tp bagitau awal2 yea.
customer saya yang pertama adalah abang ipar saya -abg yus..tunggu cheesecake saya yea.. ape nak bagi name ek?


::rintihan hati::
thanks to mr darling n Nur Balqish yang sentiasa bakar semangat mama utk buat cheesecake ni... and credit to them sbb tolong pecah2kan oreo...




sanggup apa saja

satu mesia dah tahu....rusa dah kalahkan lebah dengan jaringan 2-0.
*sib baik duk dgn penyokong n9, so....dapatla bergumbira sama.

1st experience pegi menonton bola secara live..memula rasa cam xnak pegi sbb mengenangkan jerebu n keadaan cuaca mcm nak ujan jek.tp sbb berfikiran positif -bila lagi nak merasa tgk bole live kan...semi final plk tu...so...bergerakla rombongan en shah ke pasir gudang jcop stadium jam 3pm. singgah sebentar di angsana ...cuci mata dan bersolat asar dan teruskan perjalanan. sampai stadium kul 6.30pm..usha sana sini, apa2 yang patut...hujan dah turun rintik2....

pkl 7mlm....solat maghrib.memang lengang surau kat situ.ish3x org 2 nie x solat maghrib ke?cuba la solat...titipkan doa agar kemenangan berada di pihak negeri kita.

tepat jam 7.30 pm....org sudah mula ramai dan bersesak2 menuju ke pintu masuk.Hujan toksah ckp laaa...makin lama makin lebat...sib baik bawak payung 2 kaki. sekali...payung xleh bawak masuk daaaa...walllaaaahhh...dah le xdpt tiket grand stand (sold out)....memang sah basah kuyup nie.

sementara nak tunggu hujan lebat jadi agak2 gerimis...kitorg lepak2 kat kawasan berbumbung kat stadium tu...tgk gelagat2 penyokong negeri 9 dan johor fc.

owwwhhh...sblm tu..sblm masuk stadium dah bersedia beli burger sorang 2 bijik + air kotak.so, sementara tunggu game start kitorng bantai sebijik burger dulu.mmg lapar gile beb!





lupa plk nak citer pasal nur Balqish...ini budak, memang mama bagi 10 stars...kalau bab berjimba2 bersama keluarga memang bagi komitmen 110%.langsung xkuar perkataan bosan ke...nak balik ke...sejuk ke...hujan laaa...memang diam je n follow je ape mak bapak die suh buat.



tepat jam 8.30pm..hujan masih belum reda. tp penyokong dh start ambik tempat.xmo ketinggalan jugak....panjat gak tangga stadium yg tinggi tu.sudah nya basah kuyup anak beranak. mr darling suh saya n balqish turun dulu sementara tunggu kul 8.45pm....tp bile duk kat terowong bawah tu, Balqish banyak bunyik plk " mama, saya nak tgk football nie. nape duduk sini plk?xnampak laaa..." and " mama, papa mane? nape tak duk atas" ...sib baik bila duk kat terowong tu nmpk lagi jelas muka aidil cehcehceh...ngan errrr chin...ngan errr..shukor...errr lagi...wan jamak..ceh..sudah teror nampaknya!

dan sekali lagi mama panjat tangga yg besar tu tk merealisasikan impian Balqish dan mama...
yeayyyy..game pun bermulaa...hujan yg turun dah tak diendahkan lagi oleh2 penyokong2. adrelin yg mengalir....seolah2 kite berada di tgh2 padang...

oooo..sumpah seranah takleh cakap laaa...rasa mcm nak toleh belakang tgk sapa yg cakap besar tu pastu suh die turun bawah ganti eddy helmi...ehhhh...cehh..

tetiba bkn tetiba, ada sekeluarga penyokong n9 emak+bapak+anak3 org.anak lingkungan umar 4-7 thn...kemain beria tgk bola. Bila kate gol je...mak bapak die kemain melompat2..siap berlaga2 pipi...anak sampai jatuh2... kami perhatikan je.dlm hat sporting betul family nie..nie mmg betul2 kaki bola.nie tgk kat stadium...kalo tgk kat umah camane la ghupa agaknya...=)

sekali lagi anak dilupakan sbb mmg nur balqish baik sgt...menggigil die kesejukan..mama pakaikan plastik je kat kepala taknak kena air hujan..bile org lain hoorrrayyy...dia pun hoooreeeyy..Balqish paling suka part bila ada player yg injured...wah, die tak saba nak tunggu org angkat player tu...










apa yg saya dapat rumuskan disini, sepanjang 3 jam saya kesejukan hujan di kawasan penyokong negeri sembilan..jika ada yg nak pergi menonton bola sepak secara live di stadium, anda hendaklah :

1. bersedia dr segi mental -pekikan, kata2 lucah....perkataan2 yg x sepatutnya keluar dr mulut si penyokong amatlah berdesing bila smpai ke telinga kita.

2. bersedia utk menghidu asap rokok secara berterusan selama 3 jam tu.almaklum laaa..dah lama tak hidu asap rokok..memang memeningkan.

3. Bersiap sedia membawa makanan utk alas perut -jgnla bawak bekal nasi. bawak benda yg senang dimakan.contohnya ::burger::..beli lebih sket.mmg biasanya mkn sebijik burger je tp dlm keadaan ujan dan terkinja2 kita akan cepat lapar..so, 2 keping sorg ok la kot.

4. dengar ramalan kaji cuaca, katela ujan, tp nak pi jgk...bwkla payung yang boleh patah2 tu, boleh sumbat dlm beg. ataupun bawak suratkhabar, selain boleh alas tpt duduk, boleh jadi penutup kepala bila hujan.

5. jgn nak ngengada bawak handbag, pakai high heelsss...no no no...kite perlu bersesak2 ok.bawak beg galas belakang.pakai kasut senang nak bergerak.

6. owwhwhhh..kalau boleh (kalau tak berapa fanatiK)pakaila baju yg natural kalernya -tidak memihak pd mana2 pihak..kerana, kalau tersalah masuk kawasan penyokong @ team yg disokong kalah, xdelah terasa cam terasing sgt....kalau team anda mmg dijangka akan menang, pakaila ikut baju tema dan boleh berjalan dengan riak.

7. Kalau pakcik guard suh tinggalkan payung, jgn berbuat demikian,lebih baik letak payung dlm kete. xde maknenye p.cik guard tu nak jagakan payung.huk huk huk...dah lah payung kesayangan...dua pulak tu hilang...waaaaa...

8. pakaila seluar...jgn pakai baju kurung lak..nak kena panjat tangga a.k.a tempat duduk tau.bukan rendah...tinggiiii....sampai harini sakit kaki tau!!

9. pastikan tgk betul2 setiap pergerakan player dan bola. takde ulang siaran yea...bila ada actionyg best..memang ketinggalan...balik umah nnt la baru bukak tv n tgk semula.kan dah rugi tuuuu..

pendek kata...tepuk dada tanya selera. tgk dr TV pun ok jgk.cuma, kalau kat stadium, kite akan rasa ...ehhh..dah 90 minit ke???cepatnya masa berlalu.nak lagii...nak lagiii...



::rintihan hati ::

pekara yg plg penting adalah mendapat sokongan suami. sib baik dapat suami yg penyayang sanggup usung anak isteri bersama2. xdela die nak gembira sesorg...thanx darling...

dan thanx juga buat anakanda...awak memang COOL...sbb tu mama taknak tinggalkan awak walau kemana pun mama n papa pergi...

on the way balik...Balqish tanya : "mama...suke tak tgk football?"....mama "mestila suka.awak suka tak? nak pergi lagi tak?"... Balqish " suke..nak!"

sempat jgk belikan jersey utk balqish (sbb baju dah basak kuyup)...mama papa n paktih kesejukan on d way balik ke sri Gading...kul 2.30am jgkla baru sampai umah..letihnyeeee...




Pages - Menu