happy birthday abah



pagi2 nie ingatkan nak call malaysia..
nak wish happy birthday kat abah.
tetiba rasa nak bukak fb.
dan eppy post gambar2 nie..

waaa...
sedih sgt.
I wish I was there.
kesian tgk kfc hanya 3 kotak.
kek besar - sapa nak abiskan...
lilin sebatang- confirm tak dipasang api sbb sape nak tiup?selalu ada balqish tukang tiup lilin.
kalau balqish tgk gambar nie pun mesti die sedih.
tgk muka abah muka sedih je.
pastu chatting ngan eppy...
tak sanggup nak call sbb sedih =(
hmm....










thanks ye eppy sbb buat sambutan. banyak2 birthday, birthday abah memang disambut setiap tahun.tak tau kenapa.mayb sbb tarikh cantik (hujung tahun)..masing2 dah cuti (dulu blaja)...pastu 9 dec birthday eppy plk.biasanya sambut sekali harung je.

tgklaa..bila dah hilang sedih baru nak call mak.

Selamat Hari Lahir Abah...
Kami sayang Abah...
Kalau dekat mmg kami sekeluarga akan sama2 merai



selamat ulang tahun atuk

hari berganti hari..
tahun berganti tahun...
30 nov 2011.

sekali lagi...
hari ini ulangtahun abah yang ke-59 tahun.
semoga abah dimurahkan rezeki...dipanjangkan umur dlm iman.
semoga cucu2 abah bertambah tahun demi tahun.
semoga tahun depan abah n emak dapat dtg newcastle-ingat...kena duduk sini minimum 4 bulan tau -jaga cucu.

kami sekeluarga syg abah....

kad nie..balqish tulis n dah pos dua minggu lalu.
harap2 sempatlah sampai sblm birthday...










gambar convo balqish

Balqish..entry nie mommy buat utk awak yea.
Mommy nak awak ingat..awak pernah sekolah little caliphs diMalaysia.
mommy start hantar awak ke school pada 11 Oct 2009..masa tu umur awak baru je 3 tahun sebulan.

lepas tu mcm2 perubahan positif mommy nampak dr Balqish.tak sia2 mommy hantar balqish ke school walaupun balqish kecik lagi...

ada banyak entry ttg school balqish..
antaranya

entry 1 - citer ttg perkembangan balqish stlh sebulan ke school
Link
entry 2 - citer ttg pencapaian Balqish n ada video Balqish buat performance

entry 3 - ucapan penghargaan buat guru2.

ada banyak lagi.tp entry tu je yg mommy pilih..Balqish kena ingat dekat teachers tau esp teacher Azni -lemah lembut orgnya....patutla disayangi anak2 murid. oohhh..sungguh momm tak terbalas jasa guru2 di school balqish. rasanya kalaukita masih di Malaysia, mommy akan trs hantar balqish ke situ. balqish balik nnt insyaAllah dh darjah 2. dh primary school...mayb mommy akan hantar transit kat situ jgk tp suasana dah lain kan. harap masih segar dlm ingatan balqish.

ok...mommy dah pernah mention, gambar convo diambil seminggu sblm kita fly ke newcastle.demi balqish.sekali lagi. terima kasih teachers.kalau tak, terlepas la peluang balqish nak pakai robe n pegang scroll...





ni gambar kawan2 Balqish n teachers..mommy tulis mane yg mommy ingat je la yea.

dari kiri atas: teacher Aisyah,mommy tak kenal, Balqish, Darwisya, Syaura, K. Ngah, saya tak ingat,saya tak ingat,teacher tak ingat.

dari kiri bawah :hakimi, i don't know, i don't know,munir, k.long..



and this one papa tanya "kenapa balqish tak smile?"
balqish jawab " teacher kata don't smile.buat muka masam"

yeke?tahle.mommy tak tau laaa.




btw, mommy puas hati sgt. sekurang2nya ada kenangan indah utk Balqish kenang bila Balqish dah besar. ok syg....lagi sekali..jgn membesar cepat sgt..sbb nnt mommy rindu nur balqish yg manja n comel nie..

mommy luv u sayang...


thanks to atuk n nenek sbb bersusah payah ke parit raja utk ambilkan certificate nie.thanks to uncle sbb tolong snap utk tatapan kami di sini.tolong simpan kenangan ini sebaik mungkin sb lagi 3 thn kami nak tengok + pegang puas2.



bila weekend tiba...

bila tiba weekend ade je perancangan.
weekend nie nak pegi mana ek?
bila call mak, mak pun ckp "korg nie tak berubah2.mmg kaki jalan.bila cuti je hilang...bila cuti je hilang"
nak buat camane..tak kisah la plan yg dirancang @ tak..kalau kena dgn masa mmg OK je.

weekend baru nie,
sabtu - Balqish sek Balai newcastle , mummy - sessi belajar masak cendol, papa- tido.

hari sabtu papa kerja lama -nak kumpul duit die kata.nnt kita tgk hasil tangkapan die ek.

so...mr darl start kerja from 4am-9am =5 jam.


saya kat rumah plk, lps subuh bertungkus lumus masak breakfast, lunch.
10.30 am - hantar Balqish ke sek Balai. sek yang dianjurkan oleh adik2 undergraduate -terima kasih yea adik2.

mula Balqish taknak pergi sbb die kata "mommy..I want school with sand. not school with kakak2.scaryyyy" waaaa...pastu nangis.geram tul.bila tgk die dah ok sket, br tinggalkan sbb mommy ada agenda lain.hahaha... alhamdulillah...Balqish happy je lepas tu...







lepas tu trs g rumah k.su utk belajar buat cendol.

senang je buat cendol nie rupanya.
tu laaa..kat m'sia nak apa sume ada. kat sini kena la buat sendiri kalau nak makan. nie ye cara2 buat cendol

Cendol hijau

2 cawan tepung beras

6 cawan air

2 sudu kecil air kapur

(ratio 1:3:1)
serbuk pewarna dan pewangi pandan secukup rasa


Air gula

gula melaka/gula pasir/gula merah


Santan

serbuk santan/ santan cair/fresh milk garam secukup rasa
jagung

red bean
pulut

1. Masukkan semua bahan untuk cendol hijau ke dalam satu bekas. Kacau sehingga adunan sebati


2. Setelah itu, masukkan ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan cendol pekat. (Non-stick utensils are advisable untuk elakkan adunan cendol hangit). Kacau sampai 'lekang'?


3. Meanwhile, sediakan air sejuk dalam sebuah bekas yang lain dan get 'penapis ikea yang ada lubang besar' ready. Acuan penapis ikea akan digunakan untuk menghasilkan cendol yang 'gemok dan comel'.


4. Masukkan cendol yang ke dalam acuan. Pastikan air rendaman cendol ditukar selalu supaya cendol tidak melekat antara satu sama lain.


1. Masak air gula sehingga likat. Gunakan api sederhana


1. Masak santan dalm air panas. Masukkan fresh milk jika anda mahu mengurangkan jumlah kalori yang berat. Letak garam secukup rasa.

bukti saya menghadiri kelas cendol..

"mak, lepas nie, kalau nak mkn cendol, ogy buatkan ek.hehehe"


sunday-27 nov 2011 hmm..mata susah betul nak lelap lepas subuh. terus je berjaga. tunggu mr darl balik kerja. hari nie mr dar keje 5am-9am...dekat 10am br sampai rumah. sampai2 terus suruh buat pilihan samada 1. pergi carboot hexham + jalan2 metro center 2. pergi angel of the north + jalan2 metro center aduhai.....last2.pilih utk ke angel of the north. hanya lebih kurang 10-15 min je dr rumah kami.dekat je. angin mmg kuat gilerrrr.sebab tu rasa mls nak berjalan2. mmg rasa nak terbang masa kat situ.serriuuusss....sejuk..grrrrr...

suka sgt gambar nie.heheh..not bad aaa figure for 24 weeks preggy mommy.ok la tu...kekadang nmpk mcm p'puan buncit je.




dan inilah permata hati kesayangan saya. anak kesayangan merangkap BFF saya di newcastle. die la tpt saya mengadu..kawan bangun pagi..kawan menonton tv sampai larut mlm..kawan tgk drama cinta elysa...kawan pilih2 baju...kami berdua mmg mcm kawan baik. senang berurusan dgn balqish. alhamdulillah Allah atas anugerah yang Kau berikan pada kami berdua. 16 weeks ++ akan lahir adik baby. semoga sementara adik baby dlm perut balqish dapat kasih sayang sepenuhnya dr kami berdua.InsyaAllah..walaupun adik baby dah lahir, Balqish tetap BFF mommy selama2nya. semoga hubungan baik kita akan berterusan sampai balqish besar. beza kita hanya umur..tapi dari segi pemikiran..kamu mmg sahabat mommy paling sejati... sayang nur balqish qaisarah.



P/s: kalau org tanya...berapa berat naik masa pregnant nie tak tau nak jawab apa sbb sblm pregnant 56kg. lepas 2 bulan turun ke 53kg. this week baru kembali semula 56kg.

eh..cop..kawan2 di m'sia..drama cinta elysa tu dh abis ke blm sbnrnya?tgk dr youtube sampai episod 10 je...tak sabar nak tgk episod 11.

gambar saja

hari nie mau letak gambar saja...
gambar masa jalan2 york..yg nie dr camera mr darl.









hasil tangkapan

last weekend kami berjalan2 ke york.
naik kereta 2 jam perjalanan dr newcastle.
tujuan utama = nak beli beg hantaran utk adik.
pepagi dah bangun...
masak nasi lemak, sambal tumis ikan bilis, ayam goreng.
prepare apa2 yg patut...
lepas je mr darl balik keje terus la berdesuppp...pkl 10.30am gerak...dalam pkl 12.30pm sampai city york.
wooow..keluar2 kereta je...seju gilerr.br lepas hujan agaknya.
aktiviti pertama adalah makan dalam kereta.kalau berkelah kat luar mmg beku la rasanya.


ini adalah ahli2 rombongan..medi, syida n balqish



signboard ke York..lebih kurang 73 miles dr newcastle



the sporting driver..sanggup melayan kami..thank yea darling.


ok..sampai sana memang menggila.konon2 nak beli satu beg je..jadi bermacam2. silapnya bertolak lewat.sempat makan2 lagi sampai kenyang..pastu baru nak terhegeh2 pegi designer outlet. hmm dlm pkl 2pm baru sampai tpt dituju...tak sempat survey..grab apa yang patut sbb pkl 5pm kedai dah tutup...waaaa...memang rugi tak dtg awal pagi.


ini adalah sebahagian dari hasil tangkapan



kasut pergi school...


hahaha..br je beli purse masa nak dtg sini..tp yang nie lagi berkenan dihati.


dan satu clutch yang comel...



dan ini beg hantaran utk khas utk ima...harap2 suka la =)




tgkla model radley...mengada2..


kotak je besar..beg takde la besar mana pun...kekeke...tapi takleh bukak.suprisee...



oohh..ada lagi. kat GAP baju2 utk balqish n kedai terakhir adalah NIKE outlet. sepasang kasut baru utk mr darling...tu pun sampai kena suruh keluar kedai sbb kedai dah nak tutup.

pastu, kami terus gerak balik newcastle.fog tebal gilerr..memang seram.walaupun br pkl 5.30pm tapi dah gelap gile sbb maghrib kan awal. tapi kami buat2 tak seram borak2...last2 selamat la sampai rumah dalam jam 8.30pm..sbb sume kereta bawak slow je...

balik rasa mcm nak pegi lagi...tapi..nanti2 laaa. sekali su ajak peri ke outlet yang lagi besar boxing day nnt.yeaahhh.terus setuju. masa tu jugak trs tempah hotel n then..kena tunggu tangkapan seterusnya.

mood happy..yeaaa...

toce toce

weeee...weeee....

minggu lepas adik call tanya..ada nak suruh beli apa2 tak?
wah..bile dioffer..terus jelaaa
order mcm2...
esp benda yang tak jumpa kat sini laaa
bergegas la eppy g beli sana sini..bungkus n then pos.
guna pos m'sia je.pos laju ( udara)...dlm 4 kg ++ = RM270.ok la tu kan?
sebabbb...pos hari rabu.hari jumaat dah sampai...
weee weee...
sanggup x bagi mr darl bukak dulu (masa tu saya kat school) sbb nk bukak sendiri.
bukak kotak yang dibalut oleh family - salah satu cara hilangka rindu.
yelaaa...lepas tgn diorg balut, tangan saya plk bukak -hahaha..dah giler rindu nie.





ok...meh check brg2.

1. maternity jeans. kat sini ada tapi susah nak cari size + malas nak berjalan kat mall utk carik.sbb kat m'sia ada satu kedai nie yg betul2 memenuhi kehendak. memang best.cuma haritu sblm fly beli 3 helai je.mana cukup.so, suruh eppy beli lagi 3 helai. ingat senang ke nak cari adik lelaki (bujang) sanggup belikan maternity jeans utk kakak die.hello..die pergi sorg2 tau! hasilnya? 3 helai yang sama colour...OK la tu.=P



2. nie br yang tak dipesan. atuk laa...dulu setiap kali dtg umah mesti bwk buku 3/4 keping.so, bila cucu sorg dah jauh, xdela beli buku lagi.so, dieambik kesempatan la kirim buku kat Balqish.seronok betul balqish. atuk kemain balut lagi buku tu.
kesana kesini balqish usung bukutu.la nie...tgh sibu mengalerrrr... tima kasih atuk.

3. ini adalah kain utk bedung.kat sini mana nak carik. tapi mak suh baby berbedung jugak. so, eppy + ima beli kain, mak jahitkan, abah tolong basuhkan. terima kasih semua. bila cium bau bedung bau sabun basuh kat rumah kluang.rindu.dpt cium bau sabun pun jadila.



4. alih2 ada pilis pulak.hmm..mak punye keje la nie.ok..nak kena pakai skang ke?kekeke...pastu ada segugus getah ikat rambut.tp salah beli daaa..almaklumla org yg beli sume jenis tak ikat rambut.takpe..alasan diterima.

5. ada lagi..telekung nipis sket utk bawak pegi school. senang. siap beg kecik lagi. terima kasih ya sbb bersusah payah.sgt2 menghargai jasa kalian. opppsss...hari tu solat kat mosque uni tetiba ada org tegur "eheemm..ehemm..i like ur dress" -sambil tunjuk telekung saya. " oohh..it's made in m'sia"...kalau ada lebih boleh la saya sedekahkat awak.tapi saya pun ada bawak 3 pasang je.

ok...dah syok2 bergumbira baru perasan balqish nak kena injection lagi. terus bergegasg klinik.appoinment pkl 4.40pm. sib baik klinik kat hujung bangunan nie je.

apa lagi balqish..melalak2 la....sian die.mr darl pegang die kuat2. saya?kat sebalik pintu sbb tak sanggup nak tgk.(belum ada kekuatan)...kekeke



lepas melalak dapatla sticker "I was brave today".suka la die....lalallaa..


ohh..sambung cerita sket.lps hantar balqish ke klinik pegi kedai buah n nampak pisang tanduk.beli empat btg pisang.(betul ke?mcm pelik).

dan pagi ini...for the very first time berjaya bancuh tepung utk goreng pisang+ buat sambal kicap. dulu,kalau nak makan pisang goreng tunggu mak dtg n tolong bancuhkan tepung pastu saya simpan. sambal kicap plk adik tolong buatkan banyak2. tapi kali ini berjaya. mr darl balik kerja je dpat makan pisang panas.

meh bagi resepi 'sambal kicap versi amai'

bahan
1. lada kering 4 btg
2. bawang putih 2 ulas
3. kicap masin + kicap manis
4. gula
5. lesung batu

bahan 1 and 2 tu kena goreng ngan minyak.sampai garing sket pastu tumbuk..pastu letak kicap masin + kicap manis, garam sket, gula sket.mesti pekat kan...letak air panas sket..pastu ngapp...yeahhhh..lazat.

Pages - Menu