Al-fatihah untuk allahyarhamah khairina binti Hj Badron....
terkejut bile dgr berita tentang kemalangan dan kematian khairina. Khairina adalah adik kawan baik saya -ayu-...kami kenal sejak sama2 belajar di sek sains di kuala pilah. family saya pun selalu berkunjung ke rumah family ayu. saya kenal khairina sejak dia sekolah rendah lagi...
memang khairina seorg anak yg manja.anak bongsu dalam keluarga.masih teringat lagi bila datang umah ayu, khairina mesti ada disisi mak ayu. en. Badron pernah cakap pada khairina depan saya " Rina nanti dah besar jadi doktor yea"...pada saya khairina pemalu, pendiam dan bijak orgnya.
masa berlalu pantas, saya hanya tahu perkembangan khairina melalui ayu. Khairina masuk MRSM, khairina masuk U di Sarawak...dan tup tup dengan berita khairina eksiden....di simpang seri medan.terkejut sangat.
petang semalam, di kesempatan yang ada,kami sekeluarga pergi menziarah keluarga ayu di seri medan. mak dan ayah ayu cuba buat2 ceria tapi saya tahu, jauh disudut hati...mereka masih bersedih. nama khairina tak penah lekang dari mulut mereka. setiap kali bercerita, ayah ayu akan diam dan tunduk ke lantai. saya tau,en badron cuba tahan perasaan sedih. macam tu juga dengan mak ayu.
Ayu, kami sekeluarga minta maaf, bukan tak sudi berbuka di rumah kau, tapi kami paham situasi yang kamu sekeluarga alami. baru 3 hari khairina meninggalkan kalian, pastinya masih diselubungi kesedihan.
Kepada khairayu binti Badron, tabahkan hati. aku paham perasaan ko. kita masing2 hanya ada seorang adik je. dan sekarang adik kau dah pergi menemui Ilahi. setiap perkara yang berlaku itu, ada hikmah di sebaliknya. lebih2 lagi Khairina meninggal pada hari jumaat bersamaan 10 Ramadhan 1431H. Semoga rohnya aman di sana dan ditempatkan di kalangan roh orang2 beriman.
:: Rintihan hati ::
setiap yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Bersedialah utk ditarik semula....
al-fatihah untuk arwah khairina...
