dunia lembab lagi....

perghh...bila tgk date entry kat blog, masa first time pegi wet world adalah 2 jan 2009...maknanya dah 2 tahun yang lalu..
cepatnya masa berlalu.
pastu ada pegi sekali lagi ngan marina n family...
hoooo..congrates marina for the new born..little Qayla.nnt aunti dtg jenguk k.

ok...

pergi kali ini bersempena reward kepada Nur Balqish....so mmgla wet world dah berubah.

mummy : Awak tau tak..papa ngan mummy bawak awak pergi wet world nie sbb awak good khalifah.awak berani pergi depan org ramai, nyanyi lagi little khalifah...baca buku.sebab awak berani tau!

Balqish : hah? saya warna-warni?wow!!saya warna-warni. *sambil mata bersinar-sinar

mummy : bukan warna warni laaa...berani.berani tu tak takut....

Balqish...Balqish....



ok..ok itu bukan gambar adik Balqish.dan bukan gambar terkini.itu gambar balqish 2 tahun yang lalu..eeeiiii..comelnya.pipi tembam.

dan ini gambar terkini...


cuba carik perbezaan antara gambar pertama dengan gambar kedua.

  • colour wall adalah sama
  • tinggi Balqish dah berbeza-sib baik balqish yg diri kat situ, kalau mummy mesti sama je ketinggian tu.
  • ok bawah 84cm masih free
  • tengok tu perbezaan ketara 85cm-135cm dulu rm8 je skang rm12, dah naik 4 ringgit.
  • dari 135cm sampaila tinggi pokok kelapa pun kena bayar rm15..dulu rm 10 je.wow!!naik rm5.


uweeekkk.saya sudah tinggi....saya nak kalahkan mummy




mula2 suh ambik gambar..malu konon!!







kite tengok perubahannya...

hmmm..rasanya dulu takde octopus kuning tu...tp skang dah ada octopus.pastutla harga tiket naik, nak bagi makan octopus rupenye.




ohhh..bukti kami telah membayar tiket. Bagi Rm50 baki dapat RM8 je. sib baik la umah dekat takyah bayar duit tol, minyak kete pun guna ciput je, takyah nak sewa hotel.jimat sket.





Hari gembira untuk awak...



dan lagi....



gembira lagiiii...







menunggu ombak yang rasanya akan ada sejam sekali kot. so, sehari adalah 12 kali agaknya ombak tu gerak...




sebab dah petang n tak ramai pengunjung...so, ada la foreigner yang dtg.cehhh..mcm pelancong je..padahal org vietnam yang keje kat kilang depan BPMALL tu..mcm la kitorg tak tau.kemain bergambar sakan.pakai seksi2 plk tu.ada sorg tu siap pakai stokin putih lagi.ko ingat ni ape???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




dan akhir sekali..kami melawat gunung Merapi. Rasanya harga tiket naik sbb nak bantu mangsa merapi laaa..hehehe..ayu, ateng...bukan korg je dapat merasa g gunung merapi,kitorg pun dapat merasa jugak tau lava nya......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



hahaha...mula2 ingatkan pensil...(-_-')


biodata




masa kecik2 kalau nak berkenalan/ nak bagi surat kat kakak angkat kan kena tulis biodata


contoh biodata :

:: My Biodata ::

Nama : Nur Balqish Qaisarah

D.O.B : 9 September 2007

Umur : 3 tahun 5 bulan

adik beradik : tunggal (currently)

alamat : pura kencana

makanan kegemaran : ayam goreng, cheesecake mummy, nasi lemak, nasi + kicap MANIS bukan kicap masin tau, pau kukus maklong (tp mummy tukang kukus),ikan kari.

minuman kegemaran : susu Ducth Lady 123 of course, ribena (original) yang campur strawberry tu tak suka, air sejuk.

hobi : main game kat i-phone papa (angry birds, cut rope, Dora the Explorer), main basikal.

lagu kegemaran : 1. stacy (Jahat)
2. kalau berpacaran
3. Kebahagiaan dalam perpisahan (Syahir)

video klip kegemaran : ada dlm i-phone papa.

buah kegemaran : pisang, orange.

warna kegemaran : dulu pink sekarang purple.



semuanya nak kegemaran-kegemaran.mcm la org yang baca biodata tu nak tau kite punye kegemaran.


teringat dulu la masa kecik2 zaman tukar2 biodata dgn sorg boy nie pernah satu surat tu tulis camni dlm biodata die

prinsip hidup : kalau berkawan tak semestinya berkasih.kalau berkasih tak semestinya bercinta. kalau bercinta tak semestinya berkahwin.

ek eleh...mcm la aku nak sangat kawen dengan ko. Biodata pun kakak ko yg tolong tuliskan.agaknya tulisan ko buruk sangat kot sbb tu kakak tolong tulis..ape daaa..kekeke..dan lepas tu terus malas nak tegur boy tu sbb mcm la kita kawan ngan die sbbnak kawen ngan die.kelakar kan?



pot luck utk littlecaliphs

Note dalam communication Book Nur Balqish semalam...

Assalamualaikum,
towards parents.

Tadika Khalifah Bitara will organize Maulidurrasul on Friday (25/02/2011) and allow parents to bring 'pot luck'.Please make sure our kids are wearing Baju Kurung for girls and Baju melayu for Boys. We appreciate your support. May our children remember by their heart the meaning of the important days in Islam.

Thank you.

Ok...
1. Maulidurrasul - Friday (25 feb)
2. wearing baju kurung - OK
3. 'pot luck' ???

aduih...yg no.3 tu penat nak pikir.

  • discuss ngan Mr Darl die suh buat sosej roll
  • discuss ngan kakak, die pun suh buat benda yang sama.
  • k.anim dah cop nak buat kek batik.
  • cadangan Mun : sandwich telur / beli je roti gardenia (twiggist) tu...
  • hmmm...apa nak buat ek???ape yg kanak2 suke.yang senang nak buat.
Result : tengokla apa yang jadi esok pagi...hehehe...



::rintihan hati ::

uncle cuti hari nie, boleh tak import dtg sini suh masakkan??(-_0)

bicara petang

Ingat tak saya citer pasal gula-gula masin.
semalam petang lepas ambik balqish dr school, tanye die

mummy :Dah habis ke gula-gula masin awak?
Balqish : Dah.
mummy : awak bagi kat sape?
Balqish : Mirza.

tengok...rancang lain last2 bagi org lain plk (-_-').

pagi ini sekali lagi Darwisya (full name : Adini Darwisya- anak sapa ek.nak kenal la parents die)dah ada kat pagar sambut kedatangan Balqish.

pagi nie Balqish bawak bekal air masak (tumbler yg dapat dr kf* )

Darwisya : Eh..awak pun bawak jugak.
Balqish : * diam
saya : Bawak ape?oooo..tumbler nie. Darwisya pun ada jugak ke?
Darwisya : *angguk.

pastu mereka pun berpegangan tangan masuk ke school...comel kan?

wah..saya nak kembali ke zaman kanak2. teringat kat cikgu along, cikgu izzah dan cikgu mala. tu la 3 org cikgu tadika kemas kat kampung saya.bertahun2 jadi cikgu tadika kat situ. cikgu2 tu semua anak org situ gak so, kalau ternampak skang nie, terdetik dlm hati

"eh eh cikgu mala...eh eh..cikgu izzah"

bila dah naik sek rendah, bila citer psl sekolah tadika mesti tanya kawan

"eh..ko dulu kelas cikgu sape?aku kelas cikgu along"...mcm meriak.sbb cikgu along chantik =)....<--tp dah lupe sket muka cikgu along yang ingat, die pakai spec mata tebal sangat.

bayangkanlah...3 org cikgu tu je la yang mengajar anak org2 kat situ.skang nie dlm satu kampung ada berapa banyak kindy/school.dalam kindy/school plk ada bape ramai teacher.memang patutla budak skang nie pandai2 berbanding zaman dulu2.

:: rintihan hati ::
dah lama tak buat rintihan hati.pernah sekali cikgu tadika buat rules sape tak pakai baju senam kena bogel.pergghhh..ada sekali tu sampai nangis2 suh mak balik umah ambikkan baju senam sebab taknak kena bogel.

ada sekali, kawan bawak bekal maggi pegi tadika.mcm best je, nak mintak sket malu.pastu paksa mak suh masakkan maggi sebab nak bawak pergi tadika.

mak kata " tak boleh...nanti maggi nie kembang. maggi kena cepat2 makan mana boleh tunggu lama2"...

saya kata "tak kira..nak jugak nak jugak <---budak degil.

last2 mak masakkan. sudahnya...waktu rehat bukak bekal, maggi dah kembang semacam.kuah dah langsung xde.dengan masin gileeerrr.nak muntah rasa. balik rumah, mak tanya "esok nak bawak bekal maggi lagi tak?"
saya "taknak laaaa"

Thank you teacher part II

To all teachers at Little Caliphs (Tadika Khalifah Bitara)

From 10 November 2010 until 23 Feb 2011


Balqish ::3 years 5 months 2 weeks

1. From only knew alphabets ABC –Z , NOW she can read book–Well done teachers!
2. From dependent girl ,NOW she is an independent girl – Well done teachers!
3. From know nothing, NOW she can perform solat and recite “doa’, recite hadith clearly.-well done teachers!
4. From only sing ‘ Twinkle-twinkle little star’ ,NOW she can sing a lot of Islamic Nursery songs. – Well done teachers!
5. From low confidence girl ,NOW she has higher confidence level –well done teachers!
6. NOW she always berzikir.
7. NOW she always want to be a GOOD Khalifah.


THANK YOU TO ALL TEACHERS. YOU HAVE DONE A GREAT JOB!!






especially for teacher aisyah, teaher dilla n teacher azni yg lemah lembut lagi gemalai (yang baju purple tu )

Thank you teacher

teringat pulak saya masa saya darjah 2.
masa tu musim buah cempedak.
kat kebun abah ada banyak buah cempedak.
manis pulak tu makan macam tu je pun dah sedap...bila goreng lagi la sedap.
ada satu hari tu,sorg cikgu nie ckp kat kami "sekarang nie musim buah, kalau ada buah lebih kat rumah tu bagilah kat cikgu"

apa lagi..bila balik, cerita la kat abah.
ptg tu jgk abah g kebun ambik buah cempedak.
aduihhh..malunya saya bila abah suruh bawak buah cempedak tu bagi kat cikgu kat sekolah.
dah lah sekolah sesi petang.
rasa menyesal pulak ckp kat abah.
Abah balut cempedak tu dengan kertas surat kabar tebal2 pastu suruh saya kendong masuk kelas.
malu tau.
pastu bile cikgu tu masuk, saya pun bagila
"cikgu, nie abah saya bagi cempedak"

gembira betul cikgu tu, siap bagi pesanan lagi
"kalau ada cempedak lagi bawaklah dtg sekolah yea"
hmmm...memanglah taknak bagitau abah lagi.

sebenarnya itu adalah salah satu cara menghargai guru.
mcm zaman dulu2...tak bayar yuran.tolong cikgu angkat air, carik kayu api kan?
kira mcm upah seikhlas hati la.

dan hari ini tunggu Teacher's Day barula nak carik hadiah bagi kat guru.
tak perlu la mcm tu.
Bila rasa nak buat sesuatu utk guru..realisasikan je la.

tgk mcm saya langsung takde teacher's day.
bila students nak hargai pensyarah?
memang la takde.
tapi ramai jugak students yang baik hati.
Bagi limau manderin (kalau CNY).
Bagi kuih raya.
Bagi kek lapis sarawak.
Bagi kartun sponge bob.

dan baru2 nie students psm bagi hadiah cokelat tiramisu kat saya.
sepeket besar..banyak tau.
memang sedap gileeerrr..thanks yea =)
terasalah diri ini dihargai.

dan semalam saya berbual2 lagi dgn teacher Aisyah.

t.aisyah : Puan, ramai parents yg tak percaya anak die dah boleh membaca. siap suruh saya buktikan lagi.
saya : aik..kenapa mcm tu pulak.kan dah ada tulis date dlm buku pre-reading tu?
t.aisyah : tula...bukan semua parents ambil tahu.kami ramai students nak kena jaga dan sepatutnya parents kena sama2 bantu kami mantapkan reading skills anak2.
saya : betul tu. parents takboleh harapkan sepenuhnya pada teacher sahaja.
t.aisyah : lagi satu, hari tu parents ada suruh saya buat carta pencapaian students. saya tanya Pn Sabariah,pn Sabariah tak benarkan.
saya : Hmmm...carta tu macam nak comparekan anak2 kan?
t.aisyah : betul tu.So, saya minta parents percaya pada guru dan kebolehan anak sendiri.
saya : *diam saja
t.aisyah : Oh Puan, hari nie Balqish dah naik Qiraati 2 tau. die sorang je yang dah naik Qiraati 2. dah lama sebenarnya..dah dua tiga minggu lepas die dah habis Qiraati 1 tapi saya tak sempat nak semak.saya kena semak bacaan die dalam Qiraati 1 baru boleh naikkan QIraati 2. Alhamdulillah...Balqish goodKhalifah.
saya : Alhamdulillah...
t.aisyah : Pn jangan terkejut yea kalau by 5 years die dah boleh baca jawi.
saya : InsyaAllah..harap2 mcm tu la.
t.aisyah : saya harap puan dapat sama2 tajamkan skills Balqish.
saya : InsyaAllah...saya cuba.

hissshhh...naik Qiraati 2 rasa mcm naik Al-Quran plk.Kat rumah Balqish baca Iqra'. Rupanya Qiraati nie lagi advance dari Iqra' dan t.aisyah tak kasi baca Iqra' lagi taknak Balqish confuse. Kalau nak, baca Qiraati je. Qiraati 4 & 5 dah masuk ayat2 dlm Al-Quran.

sebab nak buat pulut kuning (konon2) tak tahu.so malam tu saya buat cheese cake utk teachers di little caliphs sebagai tanda terima kasih saya kerana mendidik anak saya dengan penuh rasa ikhlas dan tanggungjawab.Harap2 sedapla sbb saya buat cheesecake tu dengan penuh kasih sayang, keikhlasan dan ketulusan hati.kekkekeke...

well done my dear Nur Balqish Qaisarah.




cerita awal pagi

dlm kereta

mummy : Ok balqish, gula-gula asam nie awak bawak satu je tau. Nak bagi kawan2 tak ?
Balqish : Nak.
mummy : Nak bagi sape?
Balqish : satu utk saya, satu utk Alya, satu utk Darwisya, satu utk Syaura.
mummy : ok..so, mummy masukkan 4 yea.
Balqish : Ok.

sampai little caliphs
as usual...Darwisya dah ada kat luar..belum letak beg pun lagi.

teacher : Assalamualaikum.Good morning Balqish.
saya : Eh Darwisya tunggu lagi?
teacher : A'ah..dah lama Darwisya tunggu

tetiba...
Darwisya : Balqish..tengok nie..saya ada kasut baru
Balqish : (-_-) *blurrrr...
Darwisya : Sini la Balqish..tengok kasut baru saya...
Balqish :* Blurrrrr
Darwisya : Kasut saya cantik, kasut awak tak cantik...
mummy :*smile
Teacher : Darwisya, jangan cakap mcm tu.

pastu terus Darwisya pimpin tangan Balqish n masuk kelas...

*Agak-agak...Balqish bagi tak gula2 asam tu kat Darwisya nnt? Petang nanti saya tanya Balqish yea.

Ofis
pagi2 biasa la...kena g toilet dulu. On the way ke toilet...kedengaran suara bercakap2.

x : taklah! tahun nie saham dah meningkat. Betul. Dulu 5% je.
y : yeke bagusla mcm tu. Eh bkn tahun nie ke 5%?
x : bkn..tu tahun lepas.saham dah meningkat.

saya : Assalamualaikum cik.=)
x + y : Waalaikumussalam...=)

*wah..kemain lagi makcik2 cleaner zaman sekarang, siap cerita pasal saham.



Weekend yg HEBAT!!

telah tertulis pada whiteboard kat dapur

19/2 -8.30am- little caliphs (parenting course)
20/2 -8.30 am -little caliphs (kursus cepat membaca)


so,mmg weekend nie xleh g memane la.
jumaat sblm tu..teacher Aishah ada tanye sket2 pasal little caliphs di parit raja nie. die ckp die dah lama dalam bidang nursery kanak2 nie tp baru je jd owner.. so, dr segi pengurusan mmg kelam kabut, dgn nak trainning teachers yg baru lagi.tp rasanya sekarang nie dah OK kot.

hmm..saya takde la nak komen ape cuma saya ckp as long as saya dah nampak perubahan pada Balqish pun saya dah bersyukur dah...Alhamdulillah.


dan teacher dilla inform : Balqish ada terlibat dgn persembahan yea hari Ahad nnt.pakaikan die uniform littlecaliph yea...

saya : ok teacher dilla... =)

ok.sbnrnye bukan nak citer tu..
meh saya cite napa weekend yg hebat yea

Day 1 (19/feb 2011)

mmg hajat nak pegi awal,tp biasa laa..nak kukus pau laaa..buat air laaa...last2 kul 8.40am gerak dr umah.

mmgla agak kelam kabut masa registeraton tu..tpOkla.
oppsss..venue adalah di Dewan Parit Raja -->yg besar dan chantik tu







sbb nampak k.idalaila..so, terusla ke depan mencari geng (mestila nak duduk ngan geng2 kan)
dan nur balqish dihantar pada teacher --->Balqish kena colour

dimulakan dgn persembahan dr littlecaliphs 6 years.comel2 tau.


penceramah utama adalah Pn Haliza Mohamad. (mummy kepada 4 org anak) best jugak dgr ceramah pn Haliza nie sbb die mummy yg sangat positif. sangat2 positif yea.

prinsip die untuk didik anak2.

1) mesti tegas dan penuh dgn kasih sayang

2) mesti bagi alasan jika kite tak setuju dgn anak2

3) sentiasa ucapkan "thank you" kepada ahli keluarga (anak kepada emak, emak kpd anak)

4) sentiasa minta maaf jika melakukan kesalahan.

5) cakap serupa bikin
pendek kata kena give and take..tu je sbnrnye. spy anak hormat kite dan kite hormat anak.

menurut Pn Haliza, dr umur 2 tahun kite dh boleh start disiplin kan anak
spy anak kite tahu rules kite -->so, takdela dia buat perangaikan.


yg lain2 apa ek..ok.yang paling penting sekali
"ELOKKAN AKHLAK ANAK ANDA".. bila akhlak dah elok InsyaAllah, semuanya akan cemerlang.
utk nak jadikan anak2 hebat, ibubapa kena hebat dulu yea.

ok...pastu, dlm kul 12.30pm kami pun balik n tido zzzzzz...sampaila ke petang.sbb esok kan nak g lagi kan..kena la kumpul tenaga.


Day 2 (20 feb 2011)

hari nie mcm excited sket sbb Balqish nak buat persembahan kan.

as usual, kejutla die bangun..bole plk die cakap

Balqish : papa, saya tak nak pegi la..saya demam nie


arggghhh takde2 kena bangun jugak. agak bad mood jugak la die pagi tu.
so, hr nie kena pakai uniform laaa.

sampai je dewan, teacher N dah ambik Balqish tuk bersedia.
comel je Balqish pakai kepak rama2. tp muka mcm blur2 je...

mcm biasa, kami ambik tpt depan sbb senangla Mr Darl nak ambik gambar n video kan.
so, bila dah nak start persembahan saya pulak yg berdebar2.



saya kepak red awak kepak pink.


ohhhhh...sungguh comel bila kanak2 4 years buat performance.
walaupun over ttp nampak comel... mcm nak meleleh air mata tgk anak kat depan tau. rasa mcm nak nyanyi sama2 je.(mmg ada parents yg sama2 ikut nyanyi utk bagi sokongan)






setelah habis persembahan baru la penceramah utama bagi talk.


hari kedua nie, penceramah utama adalah Pn Sabariah Faridah <--pengasas littlecaliphs

orgnye sgt friendly n energetic.
memang layakla mengajar kanak2. banyak tips yang disampaikan apa yang saya nak kongsi kat sini adalah every child is UNIQUE so, please dont compare your children with others.

even setiap anak kite pun ada kebolehan dan kemampuan yg berbeza2.
sebagai contoh...A dan B hantar anak sama2 g little caliphs . masing2 adalah 5 years.Tapi anak A dah pandai membaca, anak B belum lagi. so, tak perlu risau.

ada beberapa faktor yg menyebabkan cepat dan lambat.


1) Bulan kelahiran- kalau anak lahir bln jan tak sama dgn kanak2 yg lahir bulan dec. Bayangkanla kalau anak A lahir bln jan, anak A dah nak pandai jalan baru anak B lahir kan? so, budak lahir ujung tahun nie, pembesaran die kan lewat, sbb tu la die takleh di compare ngan yang lahir awal tahun (thn yg sama).


2) gender -female always faster than male - ini adalah realiti yea.

3) sikap kanak2 tu sendiri -ada kanak2 yg mmg matang dan guna otak kiri. Kanak2 yg otak kanan nie biasanya kena pandai tackle sket nak suh balaja (so, ibubapa kenalpasti anak2 anda)


by the way..lambat tu...bukan bermakna lambat gilerr...tp beza dlm sebulan dua je ok.so, take note yea parents.

fuhhh..mcm2 lagi laaa. then, die panggil 3 org littlecaliphs.

Teacher aisyah nampak saya n ckp " sbnrnya Balqish terpilih tapi die taknak sbb die dah baca buku level lain, so, die taknak buat yang ni"
hmm..Nur Balqish nie mmg...benda2 yang nak ke hadapn nie mmg susah sket. tapi kalau tahu kawan2 dapat reward mesti die nak jugak. tp, die kat luar dewan, so..tak dapat la nak panggil die,lagipun taknak keluar dewan sbb saayanglaaa...nak dgr semuanya. so, terlepasla satu performance. Mr Darl suh keluar gak pujuk Balqish....hmmm pegila tgk Balqish jap. bila dah nak dekat pkl 12.30pm tu, ceramah pun dah habis tetiba teacher aishah panggil Balqish, Shaura n Mirza. Nampak teacher pegang buku Bacalah Anakku 1...ohhh..kena membaca la nie. saya pun pegang n pujuk Balqish.


mummy : Awak nak dapat good khalifah tak?jom..kena berani pegi depan, baca then dapat sticker. nak tak?
Balqish : Ok..baca apa mummy?

mummy : ntah laaa...

Balqish terus ambik buku pre-reading n start baca.pastu die pinjam buku bacalah Anakku then baca lagi.


Teacher Dilla : Dikesempatan ini, kami mahu menyampaikan hadiah kepada 3 org little caliphs 4 years yang berjaya habiskan pre-reading pada Jan lalu dan kini sdg baca Bacalah Anakku siri 1.
NurBalqish Qaisarah....

wow..terkejut saya.ok..ambil hadiah dr pn Sabariah.




Pn Sabariah : umur berapa tahun?
saya : 4 years

Pn Sabariah : tp..keciknya...lahir bln berapa nie?
saya : 9 September
Pn Sabariah : wow..maknanya blm 4 years br 3 and half years...Well done! (sambil tepuk bahu saya). I believe she can read by 4 years old.

saya : InsyaAllah Pn.


pastu, Shaura n Mirza pula dapat hadiah.then, die panggil sorg2 utk baca kat depan. bila tiba giliran Balqish, saya cepat motivasikan die

saya : Awak nak jadi good khalifah kan?kena berani.kena baca kat depan tu.
dan..Balqish ke hadapan. lepas habis Balqish baca, Pn Sabariah tanya

Pn sabariah : Is it your first child?

saya : yes. (1st.the one and only I have now)

Pn sabariah : Ok Good.



possing dr kami dengan pengasas littlecaliphs

pn sabariah : nnt masukkan dlm website yea.promote sket little caliphs.=)

pastu Balqish pun dah girang gembira sbb dapat hadiah. As a reward from mummy n papa..ptg tu jugak kami bawak Nur Balqish pegi wet world... kami nak Balqish rasa gembira mcmmane gembiranya kami.

:: rintihan hati ::

Alhamdulillah Ya Allah, Kami bersyukur atas segala nikmatMu. Kami percaya dengan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Disebalik kesedihan kerana belum dikurniakan rezeki utk anak kedua kami gembira dengan hadirnya anak pertama yang sangat membahagiakan hati kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.


nak tahu cerita lebih lanjut dan gambar lebih clear sila la ke sini yea...

Anak?

selama 10 thn perkenalan sampai la nie..
tak pernah sekali pun tanye mr Darl
"laling..nak anak bape org ek?"
tak penah nak rancang pun.
tapi bagi saya 3 adalah Ok.
sbb adik beradik mak saya ada 3 org.
adik beradik saya ada 3 org yg masih hidup (2 org telah tiada).
kalau nak g mana2 sume org boleh ikut sbb seat kete kat belakang kan ada 3 je.
Ingat lagi...bila saya asyik mintak kat mak nak adik perempuan sbb nak tocangkan rambut die, kakak nangis2 taknak.alasan die " nnt g mane2 akak tak dapat ikut sbb kete tak muat".
kelakarkan..alasan tak sesuai langsung.

dan sekarang...bila rasa mau baby lagi (bkn sekarang dah bertahun2 dulu)...
masih belum dikurniakan rezeki.
sampai kan dah beberapa org cakap
"alaaa rozi..aku rasa ko nie kena sambung blaja baru dapat baby.mcm masa Balqish dulu. tgk..sbb ko tgh blaja masa tu, so, Balqish pun rajin blaja "<--org cakap ok.bkn saya.

hmmm....baru je berangan nak cuti bersalin 100 hari.Masa balqish dapat duk umah 2 minggu je.pastu dah kena dtg UTHM.sedih tul...

tapi kalau dah 40 kali org ckp mcm tu..memanglah akan jadi kenyataan kan.
so, mr Darl pun asyik cakap "sambunglah blaja cepat2..cepat sket Balqish dapat kawan"
see...yela..yang mengandungnya saya..yang mabuknya saya...yang blaja nye saya jugak kan..aaaiiihhhh(asyik2 mengeluh)

TAPI,
saya pasrah jika itu ketentuan-Nya.
saya redha..so, kena cepat2 cuti belaja nie....
hmm tapi kan...PhD tu 3 tahun...lepas PhD nak sambung lagi ke utk anak yang ketiga?ke...masa PhD dapatkan setahun sorg..kekeke....(jgn layan...bengong)

:: rintihan hati::
Ok stop!mau buat PhD proposal....(-_-')
(skang nie nak anak lebih 3 pun takpe.grand livina kan ada )


sahabat

Baqish kan antara pioneer little caliphs kat parit raja...so dah ramai la kengkawan die berbanding yg baru masuk awal thn ari tu.Masa mula2 tak ramai lagi little caliphs, yang stay sampai petang lagi la sket je adalah dalam belas2 org je.

ingat lagi...masa mula2 masuk, Balqish xreti nak berkawan yela...mana ada rakan sebaya nak jadi kawan die kat umah kan..so..selalu la sesorg je. Tetiba..ada pulak mamat ensem nama Zaquan duk jadi kawan die. Kemain Teacher N cakap...kesana kesini ngan si Zaquan. Tapi Zaquan tu ada asthma so selalu la tak datang sekolah..sian Balqish (-_-')...

pastu selang beberapa minggu lepas tu, tetiba teacher Dilla bagitau

TD : Puan, Diorang nie sekarang kawan baik (sambil tunjuk kat Balqish, K.Long (anak k.anim) n Syifa'(anak azreen).

saya : oh yeke?tak tahu la pulak

TD: iye puan...makan sama2...belajar sama2 sampai mandi pun sama2. org lain mandi sorg2 diorg mandi bertiga.

saya : Ohhhh...(sambil dlm hati..alhamdulillah Balqish dah pandai berkawan)

sampaila pada suatu petang

TD : Puan, tadi tghari Balqish, k.long ngan Syifa' pura-pura tido. Ingatkan diorg tido betul, tak sampai hati nak kejut. Sekali, bila kitorg mengendap rupa2nye diorg bertiga tengah main bedak. K.Long bedak kepala Balqish, Balqish bedak belakang Syifa', Syifa' bedak K.long. Apa lagi, bila kami sergah...terkejutlah diorg nie.kekeke

Saya : kekeke...wah sampai mcm tu sekali ke?

saya tak marah Balqish main bedak tu, cuma saya rasa mcm comel je...budak umur 3 thn dah pandai berkawan sama2.mcm mane la Balqish berinteraksi dgn kawan2 die agaknya..dah lah garang..pelat pulak tu.Comelkan.

Tapi tu dulu...mama syifa dah pergi sambung blaja kat USM, masa tu Balqish ngan K.Long hari2 cakap nak tukar sekolah sebab nak sama ngan Syifa.. aihhhh... budak2.camtula perangai.

Bila masuk tahun baru....
ramaila kawan2 baru....

satu petang masa tu little caliphs baru abis solat asar n tengah tgk video ttg ambil wuduk, saya pun sampai nak ambil Balqish.
Dalam ramai2 tu,saya nampak ada sorg budak perempuan nie asyik pandang luar je.Bila die nampak saya dia panggil Balqish cakap " Balqish..mama awak datang ".
dan saya nampak Balqish berlari ke tempat letak beg.
tapi budak perempuan tu yang bawakkan beg kepada saya (Balqish berlenggang).
that girl is Nur Alya (anak zarafi).

saya : aikk?thank u Alya
Teacher N : Tu la puan, Balqish dah ada kawan baik baru sekarang nie. Alya pulak. Alya nie suka sangat ngan Balqish. Pergi mana2 mesti nak dgn Balqish. sampaikan pegang2 baju Balqish pastu Balqish nangis ngadu "Teacher, Alya asyik tarik2 je baju saya".
saya : Oohh..takpe.Bagusla ada kawan.

dan setiap petang memang saya rasa Alya lagi alert kalau saya sampai school berbanding Balqish sendiri. dan ayah Alya pun sampai sekarang duk ckp kat saya " Alya tu...hari2 Balqish...hari2 cerita pasal Balqish"...
Ntah ape la yang die ceritakan tu ek..=P

Dan suatu pagi...
Biasanya little caliphs yg sampai awal akan tgk tv atau dengar teacher baca buku cerita.
tapi ada sorg budak nie duduk kat bangku luar dengan Teacher Mai.

saya : Assalamualaikum teacher.
Teacher Mai : Wa'alaikumussalam...nie hah...die nie tunggu Balqish. Selagi Balqish tak dtg die taknak masuk kelas. Semalam nangis taknak masuk sbb ingatkan Balqish tak dtg (smlm Balqish lewat sket sampai).

saya : Oh yeke...(sambil mcm confused).

ptgnye masa ambik Balqish, die dengan girl tu lagi.

Teacher N : Puan, nie lagi sorg peminat Balqish.
saya : tu la...yang nie nama die sape pulak?
Teacher N : Darwisya...
saya ;OOO...saya pelik la..Balqish nie bukannye banyak ckp pun, tapi apsal org suka sangat nak kawan ngan die?
Teacher N : a'ah kan puan ...ntahla (sambil ketawa)...

minggu nie disbbkan beli chicky meal dapat tumbler kfc...so, balqish bawak bekal air ribena pegi school.

saya : awak kongsi air tak dengan kawan2?
Balqish : ada...k.long ada mintak sket air saya.
saya : K.long ckp mcm mane?
Balqish : hmmm..."K.long nak sikit air boleh".
hik hik hik comel kan???

saya : awak kawan lagi tak dengan K.Long?
Balqish : kawan
saya ; Alya?
Balqish : kawan.
Saya : Darwisya?
Balqish : Darwisya tu saya tak suka laaaa... (pastu die ubah topik).

Lepas nie nak tengok..sapa pulak yang nak jadi NEXT person...


:: rintihan hati ::
teringat masa kecik2. suka ada bestfriend bila kat sekolah rendah. Bila gaduh sket, mula la carik bestfriend baru.kekeke..bila masuk sek menengah pun camtu.kesana kesini ngan best friend.bila dah masuk U still ada bestfriend.sampai gaduh2 sbb jeles (sesama pompuan pun nak jeles). Bila masuk keje dah takleh nak ada bestfriend sbb masing2 ada life sendiri...tapi teman makan saya selain Mr Darl adalah k.anim (ummi k.Long)....
kekeke...sbb tula anak jadi bestfriend sbb mummy diorg pun rapat jugak.
alhamdulillah..at least Balqish ada kawan...




her wish


Ada budak mau pegi zoo...
hari2 cakap...
"mummy, saya nak pegi zoo"
"mummy...kite nak g mane nie?nak g zoo ke?" <--padahal nak g kedai je..mlm plk tu.

dan selalunya mummy jawab " sekarang nie x boleh la sayang..weekdays giraffe, elephant..sume tido...kalau weekend, masa papa tak work..barula boleh pegi..."

dan semalam..balqish tnye mr darl..
"papa...haiwan tu ape yea"
cececeh...nmpak sangat teringin nak g zoo.

nnt la ye sayang.... kalau mummy n papa free..nnt mummy bwk awak. hmmm...actually zoo melaka tu dah byk kali dah g bawak Balqish... cume masa tu die kecik lagi.. ape daaaa...


alaaa...ape susah...
balik PD nnt pegi je belakang umah atuk..mcm2 binatang ada..kambing ada, ayam ada...kambing mcm2 jenis tau....
cume elephant je la yang takde..kekeke


:: rintihan hati ::
zoo JB ok tak ek?ke..binatang kat dlm tu dah makin tua n kurus?

Maafkan mummy sayang...

fuhhh,
dah lama rasanya tak mencoretkan apa2 kat sini...
dan coretan kali ini khas utk Nur Balqish...
apa yg mummy nak tulis nie adalah luahan hati mummy..
supaya Balqish boleh baca bila besar nnt.

ok...masa Balqish umur around 2 years ++ kat lutut kiri Balqish cam ada ruam kecik mcm ketuat.
mummy pandang remeh je..sbb rasa cam gatal2 biasa n boleh hilang.

sampaila baru2 ni bile atuk tegur bijik2 tu dah macam merebak.
haaaa...kelam kabut la mummy n papa g jumpa pakar.
mula2 jumpa pakar kanak2..die suh refer ke pakar kulit.
sbb nak cepat mummy n papa pegi klinik Surjit di Kluang...
Dr kat situ mmg pakar kulit n pakar kecantikan.
masa pegi tu petang so, suami die yang bg rawatan (husband die bkn pakar kulit)...tapi sbb die tgk kami nie dr B.Pahat, so, die call wife die suh dtg.

around 3.30pm...wife die pun dtg n terus cakap kena buat laser bagi hilangkan ketuat + akar2 die sekali.
dua tiga kali mummy tanye sakit tak Dr?
Dr tu jawab tak sakit laaa.mcm kena gigit semut je.
Balqish pun cool je.
Bila Dr suruh baring atas katil..Balqish baring jek.
then, Dr suruh papa pegang badan Balqish n ada 2 org pembantu pegang kaki Balqish.
Mummy masa tu rasa mcm nak pitam dah sbb takut.
Sumpah, mummy pun tak tau proses die mcm mane.
Bile die On laser je n terus tuju kat ketuat tu...Balqish punye menjerit Ya Allah...tuhan je yang tahu.
mummy dah kelam kabut.
nak dtg dekat takut.
tp mummy kesian sgt kat balqish.
Balqish jerit..sakit...sakit...
masa tu mummy rasa mcm dah nak nangis.
mummy cuba pegang tangan Balqish.
mummy tgk papa pun dah mcm tak keruan.
masa papa toleh belakang mummy nampak dari sipi2 laser tu bakar kulit Balqish.
Mummy bau hangit kulit dibakar.
Ya Allah...
rasanya proses tu berlaku dalam 5 minit tp mummy rasa mcm 50 jam.
mummy rasa mcm nak suruh Dr tu stop je.

Alhamdulillah..semuanya berakhir dengan selamat.
Tapi mummy tetap salahkan diri sendiri.
Cepat sangat buat keputusan sbb mummy ingat tak sakit.
mlm tu bile kawan papa dtg (agen insurance) n cakap boleh buat kat pantai/ putra barula mummy rasa menyesal.
tu laaa...lain kali tanye dulu.
apa guna bayar insurance tiap2 bulan kalau taknak guna bile memerlukan.

mummy minta maaf yea sayang.
mummy ingat benda tu remeh je.
Semoga anak mummy cepat sembuh yea.
mummy cuba lakukan yang terbaik...
tak sangka pulak jadi mcm nie.

tapi sekarang Balqish dah Ok kan.
mummy tau anak mummy kuat!!!

Salam maaf dari mummy.

Pages - Menu