hari ini 090911

Setiap tahun sejak 4 tahun yang lalu, tarikh 0909 adalah tarikh paling bermakna bagi saya dan mr darl...

start dr tarikh 9 september 2007...

  • berubahnya status saya jadi mommy
  • kena berjaga malam buatkan susu
  • kena packingkan baju org lain selain baju sendiri
  • belajar tukar diapers
  • sayang orang lain lebih dari diri sendiri...
  • sikat dan ikat rambut anak kecil
  • berjalan kena bawak botol susu dan tuala lap kecil
  • uhhhh..mcm2 lagi

sehingga ke saat ini, hidup semakin lebih bermakna...
  • dulu baby kecik golek2... sekarang dah petah bercakap
  • dulu pandai gelak je... sekarang dah pandai membaca, mengira, solat
  • dulu mandi dlm besen... sekarang mandi sendiri ( tp siaplah setengah jam dlm toilet)
  • dulu kena bagi makan ... sekarang dah pandai mintak n ambil sendiri
  • dulu pakai pampers ... sekarang pakai panties je
  • dulu minum susu dlm botol ... sekarang minum susu dlm cawan
  • dulu tak pandai minta2 .. sekarang dh pandai cakap "mommy tolong buatkan kek blueberry"

ohhh..sesungguhnya Nur Balqish tiada tandingannya. Dialah yang terbaik utk saya dan suami.

Terima kasih Allah kerana kurniakan anak seperti Nur Balqish pada kami sekeluarga. Sangat2 bersyukur dengan pemberianMu ini... dan semoga kami dapat mendidik Nur Balqish seperti yang Kau kehendaki...Amin..




Selamat Hari Lahir sayang.... semoga diberi pemikiran yang cerdas dan badan yang cergas. Semoga Nur Balqish jadi anak solehah dan membahagiakan mommy n papa... we love you so much!




ptg nie kita potong kek yeaaa =)

ceciter besut


Ok meh sini citer pasal BTN ek.
memang dulu utk sah jawatan dah kena pergi BTN tp utk study oversea kena pergi BTN lagi.

memula rasa sedih + geram + malas + xde mood.

sebab kena g jauh....Besut, terengganu. sib baik la last minutes cik pej pendaftar tu tepon bas utm n bas utm sudi tumpangkan saya n ain..so...ok la kan.

gerakla sesama ain dari parit raja ke utm.lepas maghrib tunggu bas sampai.sblm tu..berkenal2an dengan staf dr utm. alhamdulillah...takdir Allah..kami semua satu kepala n giler2.hilang sket tension.

oohhhh..perjalanan beribu batu. dlm bas tu cuma ada 8 org je,so pilihla mana nak duduk. memang dah mcm2 gaya nak sesuaikan diri nak tido.bangun tido bangun tido..dlm kul 7am sampai la kat kem tu.

daftar..dapat cadar + selimut + sarung bantal...then cop katil...

lebih kurang sama je modul dia ngan btn biasa cuma banyak gak kelonggaran.

telefon? masa awal2 urusetia ada tanya " sorang ada bawak berapa biji hp"..hahaha..sbb tau kot mesti ada yg standby bawak hp lebih.kih kih kih..saya la tu. so, hp takkan diambil kecuali masa aktiviti sdg berjalan hp kena kutip masuk dlm bekas. alaaa..ada hp pun line tak clear.tapi jadilah utk pengubat rindu.

conclusions:

1. rasanya program ni, rakyat malaysia kena hadir at least 5 thn sekali. baru la..ada feel cintakan malaysia. sampai situ memang insaf. takut kalau negara kita yg aman damai nie jadi mcm negara lain tu. lagi2 bila nyanyi lagu " disini lahirnya sebuah cintaaaaa"...alaaaa..lagu sudirman Warisan.





memang sedih + touching giler n sayang giler kat Malaysia.

so, sesiapa yg berniat nak jadi pemberontak tu fikir2kan la. esp yg ditaja belajar kat luar negara, jgn lah dok kutuk2 kerajaaan. kalau kerajaan kita tak mantap, tak dapatlah kita belajar kat luar negara tau!

2. Jangan lupa bawak cetong..tau tak?tak tau tanya org kola pilah. dulu den skolah kat nogori.tengok senarai peralatan yang perlu dibawa, ada perkataan cetong.pobondo tu? hahaha...carik k. (linda...senyap yea). pastu satu yang penting bawak kain batik utk basahan (mandi)..sbb mandi pakai kolah je.cepat dan menyamankan. nak tunggu air baldi penuh dlm toilet..tak mandi la jawabnya.

3. bawaklah hanger beberapa keping utk sidai pebenda yang patut.

4. mcm saya mmg dah siap2 bawak baju putih 5 helai + 3 helai kain hitam + 5 helai tundung = dah gosok siap2 kat rumah.senang citor. takdelah nak numpang seterika org utk mengiron. plug plk satu bilik (20 katil) adalah lbh kurang 1 je plug boleh guna.sadis tak?

5. Bawaklah baju kurung biasa selai + kain batik lebih utk persembahan last day tu. selalunya memang kena nyanyi2 lagu patriotik.

6. setiap waktu di kem adalah sgt berharga. kalau boleh 5 minit pun nak tido kat atas katil. sbb kena bangun awal n aktiviti agak menuntut kefokusan minda jugakla.

7. haaa...bawak air mineral 2 botol besar siap2 + asam boi + gula2 mentos @ apa jua makanan utk hilangkan mengantuk.

8. bab tudung tu, takyah la nak pakai tudung yuna yuni nie. tak sompek. org dk tgk tudung korang je. Best kat kem tu, tak kira la ko jawatan apa...Dr ke...pakar ke....semua sama je sbb kena pakai baju putih kan.

tu je la perkongsian saya pada kali ini. yang penting kalau boleh mmg tak sanggup nak tinggal anak dan suami lagi...huwaaa.len kali buat btn kat ofis tpt kerja aci tak?kekeke.










Teacher Azni


Balqish...
teacher Azni nie, teacher awak kat little caliphs tau. jgn lupa plk. sblm cuti raya, teacher azni bgtau jumaat tu, last day die kat little caliphs sbb die nak pindah ikut husben kerja kat sabah.

hmm...sapa yang sedih bila dengar berita tu ? Balqish steady je..mommy la. ye laaa...teacher azni la yang ajar Balqish dari a, ba , ca sampai dah pandai baca buku cerita. dar qiraati 1 sampai dah nak abis qiraati 2. ajar Balqish lipat baju, cara bukak baju n mcm2 lagi.

so, sebab dapat tau last minutes, cari la sket souvenir tanda ingatan dan terima kasih dr kami sekeluarga. Harap2 teacher azni suke laaa.

masa nak balik tu salam la ngan teacher azni. Hati dh gundah gelana nie. boleh plk teacher azni cakap "puan, halalkan segalanya yea kalau saya ada termarah ke...terbuat apa2 ke kat Balqish". Oh..mommy dh sedia cengeng..harusla berderai air mata. masa nak balik teacher azni panggil lagi Balqish n peluk die. pergghhh..memang drama hindustan.mommy laaa.

ok kenapa saya nangis?
1. sebab saya tau...Balqish TAKKAN jumpa teacher Azni lagi sampai bila2. itula pertemuan terakhir.kecualila kalau ada miracle.

2. sedih sbb die org yang bertanggungjawab mengajar anak kita dr tak tau apa2,blur2 masuk sekolah sampai dah tau banyak benda skang nie.

3. saya sorg yg amat2 menghargai cikgu. sampai sekarang masih segar dlm ingatan guru2 yg banyak berjasa pada saya dari umur 6 tahun. dan guru tadika adalah guru yang paling mulia.

bila balik pura kencana.on the way dlm kereta Balqish menyanyi guna gitar die..."napa mommy menangis..mommy jgnla sedih2....mommy nak ikut teacher azni ke????" (sila nyanyi ikut rentak sendiri). hahaha..tergelak2 kami berdua. Balqish..Balqish...awak tak tau erti perpisahan lagi.nnt dh besar sket..awak paham laaa..



Terima kasih en Mot

ok..
sambung sket tajuk entry

Terima kasih en Mot kerana membahagiakan mak dan abah walaupun sekejap je.

1st..sori sbb lama tak update. sebab? malas + bz (alasan biasa.hehehe)

2nd..baru perasan takde entry utk ucap selamat menyambut ramadhan dan selamat menyambut hari raya.

3rd. uihh..byk benda nak citer..pasal btn..pasal pregnancy...psl mcm2..satu2 ok.

berbalik ke topik asal.

Mot adalah seekor kucing. kaler kelabu. ekor kontot pastu kat ujung mcm ada patah sket.

mak memang anti-kucing. dr kecik sampaila kitorg besar.jgn harapla kucing nak masuk dlm rumah. abah memang syg kucing.tp kerana menghormati-pasangan, terpaksala korbankan minat.

tipulah kalau tak pernah bela kucingkan. pernah sekali, masa kecik2 dulu.kucing tu kaler kuning.kitorg panggil die manja. hmm..lama gak la die idup. pastu mati.pastu, terus mak anti-kucing semula.

sampai la satu ketika, kira2 dua bulan lepas. wah kemain mak dan abah cerita pasal sekor kucing nie. baik perangai laaa....dengar cakap laaa...tak pandai manjat meja makan laaa...semangat betul. hari2 citer pasal kucing. nasib baik kucing, kalau org dah dapat la adik angkat sorg lagi. abah bagi nama comot kat kucing tu. bila balqish balik, die pulat tukar panggil Mot. Balqish yang anti + takut ngankucing pun dh mula sayang + bergurau ngan Mot. Mot nie plk, perangai die..kalau xde org die duk la main2 + melepak dlm rumah. kalau ramai org, die mula la bawak die..duk kat luar. kalau psl makan, toksah citer laaa...tak sempat Mot nak bukak mulut nak mengiauuuwww...die dah dh diberi mkn. memang kenyang la jadi kucing perliharaan en aziz nie.

raya tahun nie, raya pertama MOt dengan family kami. Tp Mot asyik bawak diri je konon2 merajuk. Mot nie manja tau ngan abah n eppy. masa raya ke-5 (kami kat PD) mak tepon bagitau Mot sakit perut cirit birit. sian Mot..layu je (mak cakap). tengok, Mot sakit perut pun nak bagitau sampai ke PD.

bila balik dr PD ke Kluang (sabtu ptg) sampai2 je mata abah dah bengkak. aikkk..tetiba balqish ckp " mommy..nenek ckp MOt dh mati"...aikkkk...

iyeaaa..Mot dah mati..mati sujud abah cakap.mulut dia keluar darah. tak taula apa puncanya. Yang paling sedih eppy laaa..melalak mcm tak ingat.pastu abah pulak. eppy ngan abah yg tanam Mot, mak plk tak sanggup nak tengok.

wahhh..panjangnya entry utk Mot. tetiba je ptg tu, ada sekor kucing nakal nie sibuk nak masuk rumah. memang nakal, panjat sana, panjat sini tp mak n abah tak suka. diorg cakap taknak kucing tu. tak sama mcm Mot...Mot..Mot...

ok Balqish, kalau awak baca nie masa awak dah besar nnt, tak tau la awak ingat lagi ke tak psl Mot. setiap kali jumpa kucing, semuanya awak panggil Mot.

kepada Mot..semoga berbahagia disana. doa2la mak n abah cepat2 dapat pengganti Mot. Sian diorg. dahla kitorg nie nak g jauh... eh..nape emo plk nie.

harap2 mak n abah dikurniakan cucu2 yang ramai dari akak n eppy lepas nie. aminnn...

Pages - Menu