Ramadhan di kejauhan

Salam ramadhan semua...
Thn ni pengalaman pertama menyambut ramadhan nun jauh dr tanah air. Confused jugak mula2 dgn tarikh mula puasa...tapi akhirnya kami mula puasa sehari awal dari malaysia which is hari jumaat.

Dah namanya puasa..sama je la kan menahan lapar dahaga..nafsu sepanjang hari. Yang tak samanya cuma suasana dan waktu. Kami kat sini tgh summer so siang adalah panjang dari malam. Dalam pkl 3am subuh dah masuk...so, biasanya pkl 1.45am kami dah bangun untuk bersahur. Then....tunggu la jarum bergerak sampai pkl 9.30pm baru la berbuka. Lebih kurang 18 jam la.

Memula rasa mcm eh..boleh ke aku posa? Tahan ke ? Tp alhamdulillah..Allah maha Mengetahui. Rutin harian diteruskan seperti biasa.takde perubahan di siang hari cuma cabaran pada mlm hari je. Waktu siang biasanya saya akan ke school dan balik petang. Dlm pkl 4.30pm memulakan aktiviti kat dapur.masak...gedegang gedegung...pkl 6pm siap!

Anak2 uk biasanya tido awal.arryan pkl 7pm mmg dh start mengamuk nak tido. Ingat lg balqish masa kecik dulu, kalau tak pkl 12 mlm mmg x tido. Kalau tido kul 8pm maunya dia bangun ajak main kul 1pg. Tidak disini ye.anak2 akan tido straight sampai pagi. Mommy diorg pun sama la..kul 8pm dah tido dah.so, dgn blqish2 sekali tido pkl 8pm. Bagus jugak sbb senang nak bangun pagi utk g school.

Ok..balik semula kisah ramadhan. Sbb dah biasa tido pkl 8 so, bila tiba ramadhan mmg cabaran besar. Biasanya dh siap masak relax2 jap. Tunggu jam berdetik kul 9.30pm. Mata masa tu mmg dah mengantuk gilerr. Tiba je waktu berbuka..baca doa...makan... 10 minit dah siap. Basuh pinggan..g toilet ambil wuduk, solat maghrib n trs tido. Serius tak larat! Isyak pkl 10.45pm tau.mmg xlarat nak tunggu.

Tido punye tido sambil2 tu duk melayan arryan menyusu tetiba kul 1.40am mr darling kejut sahur.apa perasaan? Panaskan lauk...senduk nasi pastu mengadap nasi tu.br je mkn berbuka td.tetiba kena makan lagi.kalau tak makan takut tak tahan plk...so, makan je laaaa.

Tu la namanya makan tanpa perasaan. Semoga puasa kami diterima Allah..amin. Lepas sahur baru la cepat2 solat isyak n masa tu la nak tambahkan amalan sementara tunggu subuh masuk.

Try jugak buat pakora..tp mmg xmakan sbb xcukup masa nk mkn.so, lps tu mmg malas la nak buat side dishes. Tp alhamdulillah...bulan posa ni merasala jugak mkn bubur lambuk (adik2 master tolong buatkan) pastu smlm sue hantar satay n laksa johor.terima kasih yea.

Selamat berpuasa yea kawan2... Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya...amin.


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Dilston Rd,Newcastle Upon Tyne,United Kingdom

Bakat melukis

Balik school je balqish terusla ambik kertas, colour pencil...melukis.mewarna. Bersungguh2. Ada je idea die. Hasilnya boleh tahan jugak.ikut sape ye bakat melukis nie. Yg penting bkn ikut saya sbb mmg xpandai melukis...yeahh right! Ikut mr darling...

Best kan jadi budak kecik..penuh imaginasi..pastu melukis..
Mommy simpan ye sume lukisan balqish..nnt dh besar kita tgk semula...

Ini lukisan utk ptg nie...power puff girl!







Ini lukisan last week...rapunzel..comel kan?


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Dilston Rd,Newcastle Upon Tyne,United Kingdom

Annual report

Harini balqish bwk balik annual report dr school. Next week final week utk balqish ke nursery lps tu summer holiday n sept nnt balqish akn start masuk reception class plk.

Seronok plk baca annual report balqish.memang detail. Tak sangka plk teacher die akan tulis sedetail tu.

Btw, sayangku nur balqish qaisarah..mommy n daddy bangga dgn kamu. Even lain bahasa n budaya, cpt je kamu adapt. Confident level pun 100% lebih dr kat malaysia dulu. Don't know why...mayb kat malaysia pressure kot..sini happy go lucky je masing2 bila g school. Teachers plk very the mak2 melayan karenah budak2 kecik nie.




The six area of learning in nursery...










Hahaha...balqish mmg suke nk bergaya cantik2 bila g school.kalau pakai dress sanggup taknak pakai jumper sbb nk show off...balqish...balqish...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Dilston Rd,Newcastle Upon Tyne,United Kingdom

My domok and his accesoriesss

Lg 2 hari my domok comel genap 4 bln. Cpt je masa berlalu.jiwa pun dh mula rasa sebati tinggal di bumi geordie ni.Hahaha..lupa daratan.

My domok comel pun semakin hari semakin bijak ketawa...terkekek2 kalau kena agah. Dulu2 x pandai menangis.skang dh pandai dah....menangis kuar air mata kalau org tak layan die. Suka sgt bercakap.ohhh..seronoknya bila ada baby nie..



















Untungnya arryan sbb jadi anak kedua n lahir kat sini (banyak brg baby)... Bila jadi anak kedua, parents dah tau apa yg sesuai n tak sesuai dibeli utk anak. Biasanya anak kedua ni mewarisi barang anak pertama. Abis tu satu brg baby pun tak bawak dari mesia...so, sume kena beli baru laaa.:(

Meh saya citer sket pasal stroller. Kat sini penggunaan stroller adalah berada pada tahap max sbb sume pasaraya n pengangkutan awam n jalan2 kaki lima adalah sgt user friendly dgn stroller user ni. Mmg jarang la tgk org dukung anak kat sini. Lagi pulak sejuk kan..so, lagi selesa anak duk dlm stroller kot.

Ini adalah minggu awal2 kelahiran. 3 bulan pertama boleh la pakai pram ni. Ok..stroller ni pilihan mr darl.kalau ikut taste saya mmg ke laut la.rasanya masa saya pregnant 6 month lagi mr darl dh beli n berangan2 tak sabar tunggu baby keluar sbb nak tolak stroller.hahahaa...

Stroller ni highly recommended sbb practical kot. Sbb senang.taklah buggy sgt. Tayar ok...oh serba serbi ok la n bercita2 n sambar satu lagi sblm balik mesia sbg persediaan utk baby no 3.. Eh? Sbb kat malaysia mahal wooo..sini pun mahal jugak tp sbb nilai duit tinggi so, nampak murah. Padahal kalau convert ke rm mau nangis...hehehehe....

Yg tak best nya accessories die jual berasingan.so, cost pun semakin tinggi la ye.takpe anak punya pasal. Yg penting baby selesa duk dlm tu n mommy, daddy n kakak boleh berenjoy2 an.


















Bila arryan dh masuk 2 bulan setengah die dah mula boring duk terbaring. So, tukarlah drpd pram kepada stroller asal. Ok..nie basic die sbnrnya.

So, baby akan duduk mengadap kita, kalau boring tgk muka mommy boleh pusing tgk ke depan yea.tp arryan kata die suka tgk mommy.so, pusing arah mommy je la.









Eh? Tukar baju... Baju boleh bertukar nak design apa...winter? Summer? Warna terang? Warna gelap? Terpulang ikut citarasa. Yg bestnya bila g klinik, doktor pun suke dg stroller ni...









Sebab apa beli Stokke® Xplory®  berbaloi?? sebab ini :






Bila arryan dah boleh duduk sket kena la beli high chair.hmm...mmg takde brand lain la pilihan di hati.so, order..click click click, dlm masa 3 hari sampai.









Nampak mcm simple je kan.kayu sekeping tp menyesal tak beli awal.sbb selesa. Balqish pun suke. Kalau arryan tak duk situ mmg balqish la yg ambik alih tahta.kekadang mommy pun sama.hahaha...serius best n kena beli satu lagi utk balqish n utk adik arryan..eh?taklaaa..utk balqish je.sng die nak buat homework.









Lagi sekali accessories dijual berasingan. So, utk baby nie kena beli seat tambahan.tgk arryan sampai tertido2 tgk orang makan.hahaha...bila baby baring, baby adalah dlm kedudukan setara dg muka mommy die..so senang la nak makan sambil agah2... Bila dah boleh duduk stabil baru beli accessories utk duduk plk.tu nnt yea..






Stokke® Tripp Trapp®

Kesimpulannya...brg yg mahal mmg kualiti tinggi.walaupun mcm tak caya..tapi kena caya jugak!yg penting baby selesa..ketawa je..mommy pun sng la buat aktiviti lain.hahahaa...

Brand yg sama, ada jugak jual baby carrier.mmg menarik. Tapi sbb arryan dah besar n takde la berdukung sgt so, mcm tak berbaloi beli sbb harga mmg masyuk...tapi tgkla...mayb utk adik arryan..eh?



Stokke MyCarrier


- Posted using BlogPress from my iPad

Demam bola

Demam bola euro 2012 dah berlalu, baru nak tulis..hehhehe...

Congrats to spain. Pemain yg gagah! Rasanya kalau saya la main bola sepak maunya pengsan 40 kali sbb duk berlari je.dah la padang besar.

Kat sini x la terasa demam sgt sbb sume perlawanan start petang. So, xdela kena bangun awal pagi mcm kat mesia semata2 nk tonton bola. Normally, second game abis kul 10pm, masa tu br masuk maghrib. Lepas solat tido la..

Peminat setia biasala mr darl n skang dh ada member tonton bola. Si tecik arryan.wah..bila tengok bola tegak je leher..

Kami ada beli tiket utk olympic juga.yeay! Arryan pun kena tgk. Tiket utk arryan £1 je. Balqish plk £4. Tak sabar..tp masa tu bln puasa. Hopefully sumenye ok!














- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Dilston Rd,Newcastle Upon Tyne,United Kingdom

Cepatlah september..

Yeay! Gembiranya rasa hati...

Tak sabar nak tunggu september sebab..mak n abah nak dtg sini..yeayyyy..nyanyi lagu gembira.

InsyaAllah mak abah sampai 5 sept then 24 nov baru balik mesia semula. Hip hip hoorey!

Mr darl kata, suka la tu..mestilah!






- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Dilston Rd,Newcastle Upon Tyne,United Kingdom

Makan makan

Haha!
Dua tiga kali dah berulang rumah k.rokiah n umah syida utk jamuan makan2. Saje je...memenuhi kehendak tekak.hari tu umah kak rokiah dia masak rendang noghori + ketupat segera+ sayur lodeh + tiramisu..pergghhh masyuk. Rumah liza n syida plk first masak western chicken chop ++ pastu 2nd time masak lauk kekampungan, sup ayam, daging masak kicap,sayur kentang, sambal ikan bilis, etc ect...
Huh..puas menyental.tibalah giliran kami minggu lepas. Tu pun lepas balik dr hadrian walk jumaat tu. nnt citer ek psl hadrian walk tu.
Kami masak seafood. Ketam masak sambal, telur ketam masak tomyam ( ni pun liza yg masakkan), sayur campur goreng, seabass steam...

Memang masyyuuk.makan tak ingat donia. Tu la aktiviti hari sabtu kami. Ye la nak g umah sedara jauh.so, lawat la rumah kawan2 sambil makan2. InsyaAllah akan teruskan tradisi ni masa bulan posa nnt. Mesti seronok bila dpt buka posa ramai2. Geng makan2.















Mcm2 ada..strawberry coklat (mr darl buat). Tiramisu (k.rokiah). Puding roti ( syida)...







- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Dilston Rd,Newcastle Upon Tyne,United Kingdom

Pages - Menu