Mood yelek

Smlm sabtu xde mood.
Pagi2 masa mee goreng pastu melekat anak beranak depan tv sampai petang.
Sudahnya..malam pun tido dpn tv.hahaha.
Best plk.
Bentang tilam...tido!

Eh...dh bgtau ke belum?
Tak lama lagi dapat anak sedara belah saya.
Yeay!
Adik yg kawen last year tu.
Selalu rasa syoknya kalau sblm 1st ann dah ada anak sbb masa kami dulu tak.hahaha
InsyaAllah ima bersalin pertengahan bulan feb.
Confirm2 la mak n abah yg jaga.
Padahal ima tu anak pompuan 1st dlm family n ada 4 abg.
Tapi sbb abg2 die dah kawen n mak die bela semua anak sedara die, so mak die ckp kat mak saya " awak jagala ima dalam pantang..jaga anak die. Saya tau awak nak sgt cucu mi. saya takpe...dah ramai kat sini.lagipun this month je dua org kakak die lahirkan baby"

Mak ape lagi..suke la die.
Beria beli barang2 baby. InsyaAllah baby boy!
Dapatlah kawan ngan arryan nanti.
Cop! Belah shah..wani pun dah bersalin. Baby boy jugak.

So...belah shah dah ada arman n adam hakimi.
Balqish je takde kawan lagi.
Tak lama lagi tunggu anak syahir n nurul pulak. :)
Yg kami sempat jumpa arman je.
Tu pun masa dtg sini, arman tak reti lagi nak panggil2 org.

Merlin? Oooo..dah abis ye.
Lupa pulak nak update.
Die tayang live masa malam 24 dec aritu.tp kami tak tgk pun.
Sebabnya nak marathon tgk episode yg tertinggal.
Esoknya 25 dec kami marathon tgk merlin sambil makan maggi asam laksa.
Sapa kata susah nak dpt maggi asam laksa kat oversea? Tipu hokey.
Taknak la citer ending die ..kat malaysia baru nak start kan?
Yang penting king arthur mati.hahahaha!
Pastu scene last sekali comel sbb ada lori lalu n merlin dah tua kena jalan kaki.
Oooo..gonna miss u merlin! Harap2 dapat la jumpa melin live sementara ada kat bumi england ni.mane la tau ek.

Kecundang jua

Semalam kami mencemar duli.
Akhirnya.
Keluar rumah...sejuk.
Ke metro centre. Nak g city centre anytime boleh pegi. Dekat je kan.
Perjalanan yg 20 minit jadi lebih kurang sejam. Sbb jam sepanjang jln.
Sampai sana...doa2 ada la parking utk kami.
Terus ke parking tingkat4.
Alhamdulillah...ada satu kete keluar.oh mayb sbb kami sampai dah pkl 2.30pm so ada yg dah nak balik kot.
Parking je 4 tingkat.kat sini mall die tak sama mcm malaysia.
Takde shopping mall yg bertingkat2 mcm angsana tu.eh angsana 3 ke 4 tingkat ek?
Paling2 dua tingkat.tu pun nasib2. Selalunya setingkat je.
Kalau yg dua tingkat tu kekadang shopping mall kat bawah, kat atas cafe.
Cuma lebar n besar.
Masa mula2 dtg host kitorg ckp metro centre kat sini adalah shopping mall terbesar kat europe.ye ke tak tau la.hahaha.
Tapi memang besar. Everytime dtg mesti pegi kat customer service n ambik phamplet shop finder.dah setahun still x ingat. Sbb mall ni dua tingkat n ada 5 area. Ikut colour yea.
Selalu parking kat area yellow. Yellow bersambung ngn blue. Pastu kat tgh2 grey.pastu kat sblh sana red ngan green mall.
Manusia ? Toksah citer.ramaiii sgt2.
Selalunya kalau g mall ni...takleh la nak masuk sume kedai. Pegi mana yg perlu je.
Dan semalam kami dpt beli.... Food processor...yeah.suke!

Beli sket baju utk arryan.tu pun dpt saki baki je mesti smlm diorg dah memborong abis-abisan.

Eh...semalam rezeki kami.
Ada org baru balik bershopping di chesire oak..singgah manchester n tapaukan half chicken aljazeera utk kami. Alhamdulillah. Terima kasih zul n bai.

Kalau g manchester jgn lupa singgah restoren al- jazeera. Rasanya pernah buat entry pasal restaurant ni.sekali pergi tak cukup. Sblm balik mesti pegi sekali lagi n tapau siap2.

Okie dokie.
Selamat hari jumaat uolls.
Jgn lupa baca surah al-kahfi yea :)

khas utk anak kecil

beranak kecil kat bumi england nie lain pulak penyakitnya.
alhamdulillah..masa lahir takde pulak arryan kena jaundice.padahal sini xde matahari pun.
alhamdulillah.

masa lahir tu kat newcastle sejuk.lagi plk masa tu duk rumah bawah.sejuk sangat.
sentiasa pasang heater.
rupa2 nya kulit arryan tak tahan.
kesian arryan.
merah n mengelupas kulit die.
pergi gp..die bg krim je.
dah la berminyak..bau tak best..pastu tak elok gak.

last2 ada kawan recommend benda ni

Aveeno tu utk body wash.rasanya ada jual kat boots.tp tak semua boots.merata cari.akhirnya jumpa jugak kat boots sblh lloyds kat city center.

dikawankan dengan Johnson's baby soothers naturals. bau wangi. pakai lepas mandi or setiap hari.pagi petang.
kalau keluar jalan2 bawaklah yg jenis tube tu.senang. sebelum keluar kereta sapu.especially kat pipi. sbb tu la kadang2 baby kat sini pipi merah2.pedih tau.jangan biarkan kulit die kering.sapu je. cium pun..sedap je.

lepas pakai cream ni mmg kulit arryan takde masalah. alhamdulillah...



ini pulak memamg turun menurun. minyak yuu yee cap limau. untuk arryan je dah 3 botol besar dah guna. kat sini sejuk...so kena selalu sapu la esp kat perut, betis..tapak kaki. dropolene plk dh start una sejak balqish kecik.kalau ada ruam2 sapu je sblm pakaikan diapers.

kulit arryan tak sensitif..tak beruam mayb sbb sini sejuk kot.so, setiub tu..baru guna suku.

satu lg bum cni. ni mak la yg bagi.sapu kat dada n kat belakang sblm tido utk kurangkan batuk. kite pun kalau batuk2 boleh guna tau. memang lega lepas tu. utk baby, jangan la sapu banyak sgt.


dan..ni dah promote aritu.nak promote lg sekali..olbas n nasosal.
sume yg ada anak kecik kat tpt sejuk wajib ada benda nie.

olbas sapu kat baju/ sapu tangan / bantal baby.

nasosal tu pulak letak dalam hidung baby. hingus cepat kering.baby mudah nak bernafas.tido pun nyenyak.


kalau kat malaysia..lain pulak keperluannya. nasib baik arryan lahir sini n dapat adapt dengan cuaca kat sini.kalau baby baru dtg macamane agaknya ek.

ini je perkongsian utk kali ini :)

Cerita 'hari bertinju' tahun ini

Pelik tapi benar.
Takde plan utk boxing day tahun ni.
Tak mcm tahun lepas.
Sebulan awal dh booked hotel utk boxing day.

Apalah ertinya boxing day kalau darling saya bekerja hingga jam 11 pagi.
Nak g city center.parking confirm penuh.
Nak g metro center...toksah ckp la...kalau hari biasa weekdays ye bkn weekend bersusun manusia..apetah lagi boxing day.
Ok..boxing day sbnrnya adalah stock clearance. Sehari selepas krismas.barang2 mmg murah.

So..pagi2 bangun.bermalas2 an dan semalam dah rendam kacang ijau.nak buat bubur durian laa.
Lepas kemas2 bg makan arryan...terus start boilkan air.masukkan kacang.sbb dah rendam so..takyahlah rebus lama2 yea. Bila tgk kacang mcm dah empuk n pecah masukkan santan n gula. Tabur garam sket. N last sekali masukkan durian.nyummmeh...terus bg resepi bubur durian.hahaha.

Dah siap bubur durian.

Lepak2 tgk email..hot uk deals. Oh...kenwood food processor harga asal £40++ jadi £17.99...
Terus click argos online - out of stock.
Semua out of stock.benci.batalkan niat.

Ym dengan mak, eppy n ima.
Sampai terlupa nak solat zuhur. Sib baik sempat seblm asar.

Lepas asar baru nak mandi. Pakai wangi2. N masih terasa malas. Last2 duk depan tv mengadap movie.

Tu la boxing day tahun ni.

Kalau tahun lepas 10 jam die chesire oak. Tahun nie sepanjang hari di rumah.utk rekod dah 4 hari tak keluar rumah. Cuaca sejuk..angin kuat.lepak kat umah je la.

Pada saya utk boxing day..kite kena ada target nak beli ape.kalau tak memang duit keluar mcm air.mmg la semua serba serbi murah £5 selai.kalau dah 10 helai dah berapa pound.convert ke rm dh berapa.pastu nnt nganga.

Lagi pun dah takde nak beli apa kot. Jam dah banyak.kasut pun. Handbag pun.
Rasanya target nak beli jeans.sbb time boxing day levis jual sehelai £25 je.kalau hari biasa pun paling2 dapat sehelai £40. Tp jgn sesekali nak masuk fitting room.nak masuk kedai beratur apetah lagi nak try jeans. Redha je la. kalau dah tau saiz senang la.ambik bayar.lagipun tak sesuai la nak bershopping dgn stroller.nak memilih lagi.

Pada saya, kalau berboxing day di factory outlets mmg berbaloi2. Kalau dkt city center buat penat berebut2 je. Tapi kat factory outlet pun kena target.mcm dulu...last sekali kami masuk next n gap ingatkan nak carik baju baby..yg tinggal yg tah pape.tapi..tahun lepas mmg puas hati..senyum je :)))).

Mungkin esok..takpun lusa baru nak keluar bebelanja. Baju arryan pun sume dah nampak perut bila tido. Cepat sgt besar arryan ni.hehehe..harap2 ada lagi org newcastle tinggalkan sket utk kami.jangan la abis kan sume.kekeke.

untuk kamu berdua

hari tu saja2 tgk Uk deals.
ada jual fluffy pillows. harga die £4.99 harga asal berbelas pound kot.
tu la lain kali takmo dah bukak uk deal nie.
membuatkan nafsu membeli membuak2.
mula2 rasa nak beli satu utk balqish.
tetiba terkenang pulak anak yg sorg lagi.

so beli la dua.
satu penguin..satu ladybird.
bila sampai..balqish nak penguin.
automatic adik dapat ladybird.

balqish suka tido atas penguin tu.
ladybird plk jadi bantal peluk mommy.
sedap peluk malam2 rasa panas jek.

dia ada tali pengikat.kalau bukak..jadi la fluffy pillow.macam yg kat bawah nie.
tu la kawan2 balqish masa tido.
penguin - bantal
bebe - bff
dan satu lagi bff
kitty
ishh..malam2 sblm tido kena cukup sume nie.


bila ikat tali die jadila bentuk gini...boleh letak atas katil.comel je. surface die mmg fluffy.best sgt!!!



kalau org anak 5 camane ek. nak beli kat org nie..terkenang kat org ni. saya nie mmg jenis tak sampai ati la.

 ari tu kan balqish mintak basikal.saya beli kan la. tetiba rasa tak sampai ati bila arryan duk pegang2 basikal tu.padahal arryan tak tau ape pun.tah le..kalau boleh nak sama rata je untuk anak2 ni.

nanti la arryan besar sket..mommy belikan basikal yea.

balqish pulak tak sabar2 nak bawak basikal nie kat luar.
masalahnya tgh winter.
menggigil wooo...nak bersiar2 naik besikal kat luar.
kat dalam rumah plk kecik ke area. ke depan ke belakang  je la.
terkenang rumah pura kencana.
boleh main badminton kat dlm rumah.
sabar ye balqish.
nnt summer kite main kat luar ye
harap2 masa tu arryan pun dah pandai jalan.
sure lagi seronok.

basikal nie ade carrier kat belakang.
tp xleh letak arryan la kat belakang tu.
patah carrier tu nnt.
utk bebe n kitty ok la.
hahaha..nampak tak satu lagi basikal kat tangga tu?
tu lagi laaa.. tak pernah nampak pun tuan die bawak jalan2.
sian basikal tu.kekeke....



gambar studio

hik hik hik..
tipu. studio la sangat.
bergambar dalam bilik je.
atas katil.
asalnya darling saya n arryan je yg nak berpossing.
sudahnya kami anak beranak pulak berpossing lebih.
saya ni nak ambik gambar mmg la tak reti.
goyang laa...tak center la...
kalau di ambil gambar ok :)

mula2 mesti gambar daddy + arryan.kena ambik ati die dulu..hahahha...
suke ek jadi fans chelsea.suka ati mu laaaa....gue tak layan bola.



i like this picture. sebab dua2 tengah senyum.tp arryan tengah tergelak.penat tau jadi tukang ambik gambar sambil menyanyi + mengagah..sebab masa nie arryan dah ngantuk nak tido. we all pulak dah nak gerak g makan roasted turkey.



bila sampai my turn..taknak berdiri.nak duduk atas katil..sebenanrnya tak larat wei nak berdiri sambil dukung dumuk i ni. dah la kat atas katil...tak balance.maunya jatuh tergolek tiga beranak.duduk senang. tengok...arryan pun happy. masa nie i possing sambil nyanyi pok amai2.tu la sebabnya arryan tepuk tangan. ko mampu?...


lagi sekali...ceria kan?suke laaa...


 ok..cukup2 laaa.kang muak pulak.


sebenarnya turn balqish n arryan tp arryan dah takmo bergambar. dah nak merangkak kat bawah. cik kak sorg nie jangan di offer berpossing...macam2 gaya die boleh buat.


alololo...diela jantung...die la permata hati..sayang balqish..



ok..kite dah lewat nie...mommy nak tolong masak side dishes lagi nie. kakak turun peluk arryan. eh darling..cantik plk angle ni. cpt snap...


sekali lagi di tepi katil.pastu arryan mmg beul2 mengamuk.ok...kite gerak sekarang.


dan yang ini adalah cover photo utk fb says.. really loves this pic. sayang sangat kat kamu berdua..balqish n arryan.and also my sweetheart...darling shahrizal. tanpa kamu bertiga hie...tak bernyawa saya dibumi newcastle ni agaknya.


cheers...
selamat bercuti n selamat tahun baru 2013. semoga tahun 2013..kami diberi kebahagiaan dan kejayaan berganda.insyaAllah...

200 soalan sehari

bila balqish duk ralit tgk youtube kat ipad
"balqish..masuk bilik kejap"
"ada apa mommy?"
"buat Kumon"

>___________<

hik hik hik..sian die.
tapi mmg kena buat!
kalau tak, bila dah bertimbun sapa nak siapkan?
cuti kali ni dah la lama...so, bertimbun la homework.
setiap pagi kena buat.
bukan lama... 10-15 minit je utk sekeping exercise.
sekeping exercise soalan lebih kurang 200.

balqish kena tabah.
esok balik malaysia..lagi banyak homework tau.
selalu balqish buat kumon/homework kat meja ni.
tp arryan suka kacau..so..kena la beralih ke meja study mommy.tinggi sket.
adik..adik...


tebal tak homework? separuh yg atas tu dah siap.nak kena semak. yang bawah tu kena buat...



Alhamdulillah..balqish anak yg rajin.
suruh buat kumon, terus je die duduk kat atas kerusi n ambik kertas exercise tu.
ok la kan.
lepas tu kena la puji2 sket bagi die gembira.
:)))))

kad perayaan

even duduk di negara majoriti kristian..kami tak celebrate krismas pun.

nasib baik kat lab pun takde secret santa..tukar2 hadiah nie.takdela rasa mcm nak join ke tak ek.
christmas dinner pun buat kat restoren halal..tp saya tak pergi sbb start pkl 6pm.ada anak kecik..boleh la nak excuse.

tapi utk balqish..susah sket.sbb budak2.even die tau takleh celebrate krismas tp kalau dah ahri2 bawak balik kad berkeping2..kena la juga balas kan?
satu je la saya puji kat sini walaupun negara maju, musim krismas kalau g pasaraya sume jual kad.
kat sekolah mmg digalakkan bagi kad utk satu kelas.
klasik kan?
kat kelas siap disediakan golden box.mcm peti surat.so..setiap pagi ade je yang masukkan kad dlm box tu.

tengoklah kad yg balqish dapat...
kira2 tadi adalah dalam 25 keping.banyak kan?


dalam satu kelas ada 30 murid.nak senang.saya terjumpa pack nie...beli je. ada satu utk teacher.


pastu teacher die dah bagi senarai nama siap2. boleh la salin semula. kalau malas sangat.gunting tampal.
tengokla..dlm kelas ramai muslim jugak <--based name.="name." on="on" p="p">

ini balqish...die tengah bz menulis nama kengkawan atas kad. lepas siap pandai mengeluh penat.hahaha



pastu..tampal terus pastu dah tak tau mane satu teacher punye.lantakla...sape yg dapat khas utk teacher kira nasib la tu. last day before school holiday, balqish bawak balik hasil kerja die. tema of course la krismas.



tapi..saya paling suka yg tengah2. kreatif kan? tu tapak kaki balqish..boleh pulak jadi reindeer. reindeer tu rusa yang bawak sledge ho ho ho snta claus yea. (balqish yg bagtau)


die suh stick kat wall bedroom die.pastu die pun stick jugak la lukisan2 yg die buat. suruh plk snap pic. haiyyooo..mengalahkan blogger.


pagi tadi, husband balik kerja pun bawak balik kad krismas. sweet je kan...



dan ini kad dari teacher balqish...akan di simpan utk kenang-kenangan..







till then. jumpa lagi. mau makan nasi goreng kampung panas.nyum nyum...





health visitor dah datang

today is the day.
monday....health visitor will come and visit us ...visit arryan la.

pagi2 bangun masak nasi goreng sbb smlm tak makan nasi..grill lamb je.masyuuk.
nasib baik living room dah kemas semalam.
carpet dah vacuum.
lepas masak..bg arryan makan.
then...darling saya balik keje.kitorg pun menyantap.

kul 10am..health visitor tak sampai lagi.
lupe ape.
tetiba bell is ringing...ding dong.
knock knock knock on the door...
comingggggg...
saya bukak pintu. sorg pakistan ke ape ek..tp muslim la.
perempuan.health visitor.
ok..die naik atas.
arryan takut.mula la nak nangis.malu.gerak pun takmo.duk beriba je.

kena interview ngan health visitor tu.
arryan tido kul bapa?
bangun kul bape?
ada bangun tgh malam tak?
minum susu berapa ml sehari?
makan berapa kali?
makan apa?
merangkak tak?
pandai mencapai barang tak?
gigi ada berapa batang?

sume i jawab jujur yea.

she explained...
cukup umur setahun arryan dah boleh mula minum 'fresh fat milk'. skang nie pun dah boleh start letak fresh fat milk kat makanan die. seboleh2nya jangan beli makanan kat kedai. suh arryan makan apa yang kita makan. let say kita makan nasi lauk ikan.bagi arryan makan yg sama.

yogurt dah boleh makan.triffle.
sepatutnya umur 9 bulan nie arryan dah tido straight..tak bangun2 lagi.
bagi makan 3 kali sehari n snack in between.
bawak arryan join social group <-- bawak="bawak" dah="dah" ni="ni" p="p" padahal="padahal" saya="saya" tidak.kekeke="tidak.kekeke" tipu..cakap="tipu..cakap">
then, die keluarkan penimbang. mcm biasa arryan kena bogel. 9.19kg.masa hari tu kat rumah mar timbang 9.5kg = with clothes.

pastu..die bagi nasihat itu ini... n die kate nanti kad libarary sampai n since arryan dah ada gigi kena daftar dengan dental.orait...
pastu..dapat beg yang ada buku2.balqish la yg suka.
umur arryan 2 tahun, die akan datang lagi.tp kalau ada problem nak suh die datang boleh call.
umur setahun..arryan akan dapat satu lagi injection. jgn risau.surat appointment akan sampai kat rumah.

dah abis..thank you so much. you are welcome.

lain kali kalau datang bawak mainan pulak yea :)







jatuh cinta

wooo..saya sudah jatuh cinta sama kamu
Love etc.
jatuh cinta sama kewangianmu.
mula2 just beli lotion and shower gel.
lotion die mmg best.wangi je.
tp..kalau shower gel still xleh kalahkan fairy snow lush saya.
tapi kelmarin beli perfume plk...
mmg wangi.
sumenya dari body shop :)






 dua tiga hari nie..angin kencang woo.
bukan sikit2..bukan angin sepoi2 bahasa.
nie memang kencang.
macam duk tepi laut yg mcm nak ribut.
tapi..taklaa
cuaca panas means...ada matahari.
panas tu tak la.
tapi angin mmg kuat gilerr.
kalau tolak stroller..boleh beralih la stroller tu.
nasib baik balqish tgh school holiday.
takyah la nak meredah angin hantar die pepagi.
cum...bila duk dlm rumah rasa takut plk dgr angin kencang semacam.












Layan movie

Hari ahad.
Tak ke mana. Duduk di rumah n layan movie.
Mula2 nak tgk lord of the ring part 2.
Tp..last minutes darling saya cakap ...nak tgk war horse tak? Ni confirm best!
Ok.

Yup mmg best. Dari mula sampai minit yg terakhir setiap scene mmg best.
Citer die ttg anak farmer nama Albert.ayah die beli kuda.tp kuda tu kecik.xleh membajak.bapak die frust. Tp Albert ni sayang kat kuda tu n ajar kuda tu. sekali ujan n bapak die takleh bayar sewa kat landlord.so..die jual kuda tu - kuda tu nama joey- kat askar england sbb masa tu nak g berperang. Albert sedih sgt.mak die ckp bapak die tu dulu ex sarjan. Die ada bagi tali penghargaan sarjan tu..albert gantung kat joey.

Masa england vs german.askar yg tunggang joey mati. Joey kena tangkap ngan askar german.
Setiap scene ada kisah lain.macam2 onak dan duri si kuda joey ni kena tempeh.sampai la Albert ni dah boleh masuk askar n g perang.masa tu die terjumpa joey. Walaupun masa tu die kena balut mata tp sbb die ada buat bunyi (yg die n joey je tau) so die confirm la tu joey.

Lepas abis perang kuda2 kena lelong.termasuk joey. Kengkawan Albert ni kumpul duit sbb nak tolong Albert dapatkan joey. Tp ade pulak atuk ni nak beli 100 guinea. Atuk nie ada kat scene lain bila joey nie ada org bawak kat tpt lain n cucu atuk ni nama emili suka kat joey. Tp sbb askar germany lalu tempat tu n nampak kida ni die rampas semula.

Masa tu dah sedih. Tak dapat la Albert tu joey semula. Tapi atuk tu tak tamak...die pulangkan joey tu kat Albert. So..Albert bawakla joey balik rumah die jumpa mak bapak die semula.

Serious touching.ok...saya tgk citer ape sume touching. Tapi ni sbb kuda.mmg best.
Harap2 adalah part 2. Kesian pulak emili tak dapat jumpa joey.mane la tau kan.
Pelakon die takde yang glamour pun.
Takde scene2 yg menjolok mata.sesuai di tonton segenap lapisan.
Mmg best. Angle yang diambil semuanya cantik.
Pengambaran di England.
England mmg cantik tau especially bila lalu dekat rumah2 ladang. Indah sangat permandangan.

Ok...kalau ada 10 bintang...saya bagi 10.5.
Hahaha


Great dinner!

Minggu lepas start merancang.
Khamis discussion.
Jumaat beli barang.
Sabtu majlis.

Kami pun nak cuba buat roasted turkey ala2 mat saleh ni.
Sbb kat MA bro ade jual turkey halal..ape salahnya cuba.bila lagi?
Biarpun ada yg ckp
" eh...turkey tu tak sedap ok.jgn menyesal"

Tak...kami teruskan juga.
Berpandukan resepi dr internet n youtube.
Tadaaaa!

resepi


Target nak beli turkey 7kg.sbb yg nak join ada 6 family.
Tp org kat kedai tu ckp..turkey yang sedap adalah between 4-5kg.
Ok.ambik 5kg.
Harga? Before ni die cakap sekilo £5 = rm25.
Tapi utk tahun ni sekilo hanya £4... So.utk turkey hanya kuar £20.
yang makan lebih kurang 20 org = 6 families.

Disebabkan majoriti family yg join adalah yg duk hostel, so, Rumah mar jadi host.
Diorg request kami buat durian crepe n pavlova.
Hokehhh!
Kul 10am baru start g dapur.
Tu pun goreng mee dulu sbb dah kelaparan.
Semalam adalah sgt sejuk n nyaman...
Duk bawah duvet je.
Oh ye.semalam adalah the shortest daylight. Hanya 7 jam utk waktu siang.patutla...
Lepas siap mee n pavlova turn darling saya plk masuk dapur.
Servis bertukar tangan.saya plk jaga
Asalnya die kena men'crepe' je.saya tukang balut.
Die kata die tak puas ati...die nk balut sendiri. Wokeh. No hal.
Lepas siap sumenya...kali ni buat dua adunan + 4ulas durian, kami bersiap.
Saje tunggu lepas asar ,1.30pm...kami pun gerak ke bowsden court.




Kat bowdsen plk operasi start 10.30am.
Buat stuffing (utk letak kat turkey n masukkan dlm perut turkey tu)
Masak gravy.

Kami sampai turkey dah ada atas meja.fuyoooo...rupa2nya turkey tu 2 jam dh masak.alhamdulillah. Siap beli meat termometer lg. kat tesco harga £2 ye.
Cuit sket turkey...enak.


Pastu terus sama2 buat side dishes.


Utk side dishes kami buat
1. Mashed potatoes
2. Sauted carrots
3. Creamed spinach
4. Boiled sprout
5. Roasted stuffing





Lepas selesai solat maghrib...susun2 barang..tepat pkl 5pm...ramai yg dtg.
Kak aishah bawak yorkshire puding -ini mkn dgn gravy. Ada jugak peas salad.

Sume tak tau camne nk korbankan turkey.last2 abg din yg potong.perghh meleleh air liur.


Serius sedap.
Sedap giler.
Tambah plk dgn side dishes.
Mmg sedap!
Yes!tahun depan boleh buat lagi.

ni baru 3 families...tak cukup korum lagi...




Pastu sessi borak2 sampai pkl 8.30pm.
Arryan pun dh tertido2 sbb tu waktu tido die.
Kami pun pulang semula ke fenham.
Tido.
Tp masih teringat2 turkey tu.
Rasa nk order lg la plk.

Utk dinner semalam satu family kuar £10 je.tp mmg makan sampai kenyang. Nnt saya masukkan resepi yea.

hensem tak hero pujaan hati saya ni?? sorg tu makan takde la banyak tapi perut muncit.. :P





Balqish n arryan

Saya suka gambar ni.
Walaupun ni gambar 2 bln lepas.
Suka!

Beza betul anak saya yg dua org nie.
Perangai pun jauh beza.
Tapi balqish mmg kakak yg baik.
Kalau org duk bully adik die...die tak bagi.
Alhamdulillah...suka tgk balqish mcm ni.
Tak sangka plk.
Ingatkan die susah nak terima kehadiran adik die.
Dah bertahun2 manja sesorg.
Rupanya tak.
Kakak tetap kakak.
Alhamdulillah.

Betul cakap abah - bersyukur la dapat anak sulung perempuan sbb biasanya die pandai jaga adik.

Padahal abah anak sulung tu.

Yup! Saya setuju dgn teori tu.
Bkn sbb saya perempuan sulung.
Sebab kakak saya yg sulung.
Mmg jaga adik2 sampaila kami besar.
Tima kasih kakak...i love you so much!





Entry suke suki

Saje je nak tunjuk kedai lush kegemaran saya.
Bila masuk bau wangi.
Hati tenang.
Lenkali..kalau stress nak g sini la.

Pastu kejadian 2 minggu lepas.
Ada kete kat tgk2 eldon square.
Banyak signature.
Bukan senang nak dapat conteng kete ni.
Nak mampos kena marah.
Ni org offer..ape lagi.
Tak kisahla tujuan apa.
Janji ada signature saya kat situ.muahahaha.










Pages - Menu