cerita ceriti

dah tgk super 8?
pegila tgk....seronok + tak boring + best dr mula sampai la akhir.
thanks cinta hati sbb belanja...dah lama kite tak tgk movie kan.
mula2 balqish taknak tgk sbb ingatkan tgk citer hantu rasuk tu...
"sakit..sakit..sakit...sakit" -yg kat melodi tu
persoalannya..kenapa super 8 ek?
geng2 die ada 6 org je.
naper plk 8?
haaa....g tgk nnt bagitau ek..


pastu bila mlm sbb dah lama tak tgk TV, so smlm kemaruk layan TV sampai pkl 1 pagi
ok...
mula2 layan gladiator kat ntv7..memang syiok...
pastu..layan Tv3 tak.

haaa..ni nak kongsi nie.
baru la tau...asal kejadian nama rock kapak.
alaaa...rock kapak tu pun kapak sebenarnya...nash cakap la
sbnrnye..rock carpark.
skang nie penyanyi nak buat show, penganjur akan sediakan hotel utk salin2 baju.
dulu2 diorg saling kat car park je..sbb tu la panggil rock car park.
ada paham?

pastu layan citer hantu kat ntv7.apetah tajuk die...nak sebut pun takut "kill kate motera...kalau tak silap laaa...ishh..seram
dah la tengok sesorg..cinta hati dan titon plk.
kejap2 tgk tangga..kejap2 tengok tingkap...
bila time hantu die nak membunuh je..terus tukar channel.
kekeke..tgk sampai habis tau.
tapi tak tau la hantu tu bunuh camana.
giler kejam citer tu.
pastu, nak tido dah takut sesorg sbb sume org dah tido...





anak nak ambil spm

ada seorg budak
mentang2 dah pandai membaca
mentang2 dah pandai mengira

dari celik mata
sampai la dah nak tido

kejap2 buat maths
kejap2 baca anakku 8
kejap2 baca read easy 3
kejap2 baca buku cerita "kenapa ayam mengais tanah"
kejap2 ambik colour....mengaler buku Dora
kejap2 ambik pen mummy + kertas a4 melukis
kejap2 tanya "mummy..nama mummy ROZIAH AZIZ kan?" sebab nak tulis
kejap2 ketawa "nama atuk pendek je..nama saya panjang"
kejap2 buat maths semula
kejap2 baca plk buku "Raksasa yang iri hati"


Haiiiiihhh...anak2
risau saya dan cinta hati
mengalahkan org nak ambik SPM lagaknya-kata cinta hati
24/7 mengelek buku
harap2 sampai besar la yea

tapi awak tu kecik lagi
main2 la dulu....
tapi bagus jugak
takyah mummy bacakan buku cerita lagi utk awak..kekekke...


air coke.terima kasih.

Pagi tadi makan kat kedai mamak dengan si cinta hati
tgh tunggu makanan, tetiba ada sorang i***a datang dan bercakap dengan si cinta hati
"saya mau air coke.boleh bayarkan?"
cinta hati buat muka blurrr n mamat tu blah.

kat belakang meja kami ada 2 org mamat melayu nie..
i***a tu tanye lagi " mau air coke.tolong bayar yea"
"okeh" kata mamat tu.

saya kata dlm hati "baik hati jugak mamat 2 org tu"
cinta hati cakap "kemain, nak air coke"

mamat i***a tu duduk sblh meja mamat belakang meja kami pastu minta ais kat org kedai tu
dia tuang air coke dlm gelas ade ais..pastu minum
ada lagi suku tinggal...
mamat i***a tu bangun n blah

apa lagi mamat dua org tu tgk air coke tak abis
diorg pn bising
"dah lah mintak air coke.minum tak abis.pastu tak reti nak ucap terima kasih.ape daaa"

cinta hati -senyum-
saya - hmm..sib baik tak jadi baik hati td.

Kamulah papa pilihan

kepada semua Bapak2....ayah2....daddy2....abah2..
n especially Balqish's papa

selamat HARI BAPA


kenapa saya dan Balqish wajib menghargai kamu wahai cinta hati ku?


sebab (untuk saya)


1. kamu yang selalu betulkan komputer saya. saya nie buta IT. itu tak tau..ini tak tau.tapi takpe..kamu ada, senang idup saya.

2. kamu ada supir a.k.a driver saya. rasanya paling jauh saya drive skang nie pun setakat 15-20 km je kot. yang lain sume kamu drive, saya duk tepi nyanyi2, makan2 jajan,layan2 cakap pastu titun.hahaha.

3. kamu tukang siang ikan di rumah. ini memang saya suke. menyenangkan kerja memasak saya.

4. kamu tukang tumbuk cili bile saya nak makan sambal darling. actually saya tak suka tumbuk cili..ekkeke..sbb tu duk puji je sambal kamu. eh taklah, sambal kamu mmg first class.

5. kamu tukang buang ekor + topi taugeh.ini semalam ptg.kalau tau kamu x suke makan taugeh, saya tak suh kamu buat kerja tu.

6. kamu tukang basuh kete.hmm saya cuci alas kaki kete boleh la.

7. kamu tukang ingatkan saya segala perkara yang patut saya buat tapi saje buat2 lupe sbb taknak buat.ok ini seriusss...

8. kamu rajin masukkan baju dlm washing machine, pastu masukkan sabun, pastu tekan sana sini..tot tit..tot tit...pastu saya jemur baju sbb kamu selalu lupa, pastu kamu angkat baju yang dah kering naik atas, pastu saya tukang lipat.lepas tu, setiap kali lipat baju saya akan cakap kat kamu "taknak belajar lipat baju ke?" sbb saya rasa nak retired dr tugas melipat baju.hehehe.

9. kamu tukang kejut saya, carik saya bile dah tengah mlm saya tertido kat mane2, n suruh saya masuk bilik n tido.

10. kamu pasang aircond hari2 sblm tido sbb saya takkan buat.

11. setiap kali abis mkn, kamu akan angkat pinggan, basuh pinggan, tunggu saya + anak abis makan pastu kamu ambik penyapu pastu sapu lantai bekas nasi Balqish jatuh2, pastu ambik kain basahkan n lap meja makan.

12. kamu tukang beli n kumpul mainan dr fastfood pastu buat koleksi.

13. kamu suka menyokong idea berlagha2 saya.

14. pagi2 kamu angkat beg laptop saya masuk kete, drive pegi keje, hantar Balqish, hantar saya sampai ofis, pastu kul 9 lbh ambik saya bawak pergi sarapan kat 'bendera' pastu hantar balik ke ofis, pastu pukul 5pm ambik saya kat ofis semula, pastu pergi littlecaliphs ambik balqish, pastu balik pura kencana, singgah seveneleven beli aiskrim pastu baru sampai rumah, angkat beg laptop n mcm2 beg naik atas.fuhhhh...

15. kalau g jln2 kamu la yang mengusung kamera berat tu, pastu klik sana sini, saya + anak hanya cuci2 mata, possing sini sket, sana sket, pastu balik kamu upload kat fb sblm tu kamu edit.


sebab (kepada Balqish)

1. pagi2 lepas siap pakai baju semua papa duduk sblh Balqish (of course tgh lena) duk pikir camane nak kejut Balqish, gerak2 balqish...main itu ini...pujuk Balqish dlm 5 minit pastu baru Balqish bangun.

2. dah bangun papa tanggalkan baju Balqish, dukung Balqish kat belakang pastu bawak pergi toilet.papa gosokkan gigi balqish pakaikan penutup kepala (taknak rambut kena air) , pastu mandikan Balqish.

3. pastu, papa ambik tuala, lap badan balqish. Pakaikan baju sekolah.eh mana mummy?mummy plk hanya tukang ikatkan rambut je.tu pun membebel2 banyak.

4. bila balqish demam, papa yang tukang bagi ubat.habis basah seluar papa bila balqish muntahkan ubat.

5. papa tukang masakkan maggi n telur separuh masak bile balqish nak sbb mummy x kuasa nak layan kalau masak simple2 nie.kih kih kih

6. papa tukang carikkan air sejuk dlm fridge utk Balqish sbb mummy x suka bukak fridge.

7. setiap mlm, papa akan bukakkan getah ikat rambut, sbb nak Balqish selesa. napa mummy tak buat?oooo oooo sbb mummy dah tido dulu sblm Balqish.

8. Papa tukang bukakkan CD dora.

9. Papa teman Balqish tgk citer One Piece n translate kan utk Balqish.eh..ke Balqish yang teman papa? =)

10. masa kecik2, malam2 papa yang tukang buatkan susu utk Balqish dan sekarang nie pun sama, sblm tido, papa buatkan susu sbb mummy..sbb mummy...(sama ngan reason no.7)

11. masa balqish kecik, papa tukang tukarkan diapers bila balqish poo poo..mane mummy? 100m dr Balqish sbb sket2 uweekkk...uweeekk...ngengada kan? Bile Balqish besar pun sama. sib baik skang nie dah tak pakai diapers, senang je poo poo dlm toilet. eh..boleh tak baby terus ajar poo poo kat toilet je,senang sket.

12. bila time makan papa akan ambikkan kicap manis pastu letak kat nasi Balqish pastu cubitkan ikan + kuah sayur ke dlm pinggan Balqish. Mummy ? dah start ngap ngap ngap.

fuhhhh..memang penat nak menaip. kalau ada anugerah papa mithali.Inilah calonnya. yang paling penting kamu yang set up kan blog nie, saya tinggal menaip je.hehehe.... kalau takde kamu, saya tulis dlm diari je.

Kesimpulan nya wahai cinta hati saya....kamu papa terbaik untuk Balqish dan perlu sentiasa jadi yang terbaik. Kami amat menyanjungi kamu...

khas buat ayahanda Aziz Ujot. Selamat HAri BAPA.




lapan belas jun

5 tahun lalu..
18 Jun 2006
tepat jam 10am kita sah menjadi suami isteri
pengantin dirai gilang gemilang
selepas 3 hari...
kamu pulang ke putrajaya mencari nafkah
saya ke parit raja menuntut ilmu
hidup kita berjauhan
bertemu pun dua minggu sekali
enam bulan selepas itu baru kita terima berita gembira




4 tahun lalu
18 Jun 2007

masih lagi kita hidup berjauhan
mengandungkan anak, tinggal sendirian
saya semakin sibuk dengan projek akhir
kamu pula dengan bermacam2 aktiviti kerja
banyak pahit dari yang manis
tarikh tersebut tidak lagi diraikan



3 tahun yang lalu
18 Jun 2008
dulu kita berjauhan..kini kita serumah
menyewa di taman manis
dulu kita berdua...kini kita bertiga
bersama si manis penyeri keluarga
dulu kereta dua...
kini kereta tinggal satu..sbb pagi2 sama tempat dituju...
hidup kembali ceria..namun tarikh ini tidak juga dirai
hanya kad sebagai ingatan



2 tahun yang lalu
18 Jun 2009
wah cepat betul masa berlalu
si anak sudah semakin membesar
karier berjalan lancar
masing2 sibuk
tarikh tidak dirai
kerana ketika itu saya induksi di mersing dan kamu di rumah menjaga anak
ketika itu sudah bersedia untuk menambah ahli keluarga
kita hanya mampu merancang Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya


setahun yang lalu
18 Jun 2010
diam tak diam...
empat tahun sudah melayari rumah tangga
empat tahun kamu jadi pilot dan saya co-pilot
hidup sudah semestinya semakin sibuk...
sementelah mahu masuk rumah baru
rumah sendiri di pura kencana
pemikiran dan perancangan lebih ke arah rumah baru
barang apa yang nak dibeli
konsep apa
nak tempat kabinet dapur dengan siapa
warna apa
hingga terlupa nak rancang apa nak buat pada tarikh ini




dan hari ini
18 Jun 2011

kita masih di pura kencana
kita masih berkereta satu
kita masih menuju tempat yang sama seawal 8 pagi
tapi melencong ke little caliphs menghantar si anak
kita masih sibuk berkerja
tapi dalam masa yang sama...
kamu membantu saya mencapai impian
semoga impian menjadi kenyataan
semoga pada tarikh ini pada tahun hadapan rutin harian kita akan berubah
amin....(sama2 doakan ya)
semoga ada sesuatu berlaku pada hari ini
tarikh ini akan diraikan..
tak kira dengan cara apa
sbb sudah lima tahun
mempertahankan cinta dan kasih sayang yang disemai
dan diharap cinta ini mekar
sehingga 10,20,30,40,50,60 mahupun 100 tahun yang akan datang
semoga cinta ini akan bertemu akhirnya di syurga


cintaku.....terima kasih yea
yang paling utama...
Alhamdulillah..terima kasih ALLAH atas nikmat & rezeki yang Kau berikan pada kami sekeluarga



aktiviti malam

malam tadi sebelum tido, sementara tunggu papa buatkan susu, saya bercerita

bukan bercerita kisah cinderella
bukan bercerita kisah dongeng

tapi bercerita tentang...

bagaimana hadirnya Balqish ke dunia
cerita saya,

dulu2..awak kecik je...mcm jari kelingking mummy...
awak hidup dlm perut mummy...
lama2 awak jadi besar..sebab bila mummy makan, awak pun makan...
perut mummy pun jadi besar...
makin lama..makin lama..awak pun lahir
masa kecik awak kuat nangis..tapi comel sangat...
mummy jaga awak..sayang awak...sampai awak besar mcm nie


dan Balqish dengar dengan penuh minat
bersinar2 mata die
tersenyum2
saya minta die pegang kesan ceaser pada perut saya
"awak lahir ikut sini la.."
"oh..yeke mummy. sakit tak?"
"memanglah sakit.tapi mummy tak kisah.asalkan mummy dapat jumpa awak, pegang awak...sayang awak "
" oh..saya sayangggg mummy " sambil peluk saya

saja saya bercerita sbb sekarang dia dah mula paham
supaya dia lebih menghargai ibubapa
dan balqish adalah anugerah Allah pada kami yang paling berharga
kalau ada anak ke-2, ke-3 ..boleh tak saya nak yang sama perangainya, rajinnya, bijaknya, comelnya mcm Nur Balqish Qaisarah...
sebab dia lain dari yang lain...
dia sungguh istimewa dimata kami...




Memori indah bersama Nur Balqish

memori 1

kan selalu org cakap

hanya Allah tempat kita mengadu, hanya kepada Allah kita meminta pertolongan...


Balqish : Mummy..tadi kan, Aziz (kawan sekolah dia) pukul2 orang lain. Mummy boleh ke kita pukul2 orang?

Mummy : hmm...tak boleh laaa...nnt Allah marah.

Balqish : tu la...saya nak mintak tolong Allah la. mummy pinjam telefon...(sambil buat gaya tengah bertelefon)... "Hello Allah, boleh tak tolong pukulkan Aziz".

Mummy : eh..mane boleh telefon Allah....sebab tu kita kena solat.masa solat la kita minta tolong dari Allah .

memori 2

kalau kena marah biasanya Balqish akan masam muka, tak boleh terima dan akan cakap

Balqish : Mummy marah2 saya. mummy memang tak sayang saya.

Mummy : takla..sebab mummy sayang la mummy marah2 awak.kalau awak buat benda tak betul memang lah mummy marah...takkan mummy nak diam je.

sejak tu, dia tak kisah kalau saya marah die sebab lepas kena marah dia akan cakap balik dengan muka senyum
"mummy..saya tau.mummy marah saya sebab mummy marah kat saya kan?"




alhamdulillah...

alhamdulillah..
hilang segala debaran...
hanya 15-20 minit

hanya mampu doa dan tawakal
semoga rezeki memihak kepada kami sekeluarga
sesungguhnya Engkau penentu segala-galanya Ya Allah...

terima kasih suamiku shahrizal
terima kasih anakku Balqish
terima kasih mak dan abah
terima kasih kakak dan adik
terima kasih k.anim,mun, farhah,k.zaza, jun
terima kasih kawan-kawan
terima kasih atas doa dan kata2 semangat dari kalian

saya amat2 menghargainya


ada banyak lagi cabaran untuk ditempuhi...

mohon doakan yea =)

doakan yea

Assalammualaikum

hari ini bukan penentu segala-galanya
tapi
hari ini adalah titik permulaan
doakan saya ye kawan-kawan
semoga saya dapat menikmati sedikit nikmat dunia ini
dan sudah pasti nikmat akhirat jua akhirnya


Ya Allah, semoga lidah ini tidak kelu untuk berkata2.

Amin ya Rabbal'Alamin.

Pages - Menu