Jauh perjalanan, luas permandangan

Tajuk..mcm nak g jauh je.


Kitorg on the way nak g scotland ni. 2nd time. Yg first dulu g jalan belah2 glasgow.kali ni nak g lochness, inverness, ben nevis, tpt penggambaran kuch kuch hota hei...glencoe.

Ok.nnt saya update ye.




Our little arryan

Arryan ni suka duk dapur.mula2 risau gak.lama2 mcm, agaknya sbb masa pregnant saya suka masak kot.


Pastu besar sket, suka no main sudip ngan besen.tah pape.

Kalau tak bagi, dia main permainan masak2 kakak. Kelakar, tp sbb dia cam ganas, takpela bg je la main.

Lately, minat sgt ngan lori.kete.haaa tu baru la mainan budak lelaki.oooohhh abis truck2 kat umah tu yg selama ni jadi perhiasan dh jadi barang permainan dia.

Bangun tido, truck, nak mandi, truck, nak tido truck, 24 hours.tp comel je kan.ye la; dulu masa balqish asyik ngan teddy bear je, ni arryan ngan kete2 n truck pulak.
 

Ni sebahagian drpd koleksi kami.

Tido pun nak dgn truck tu.


Satu lagi aktiviti dia panjat tingkap rumah.suka sgt, duk kat situ.

 
Gambar ni saya ambik dr tingkap dapur saya.arryan duk mengendap.


Pastu, main atas meja.dah bape kali dah jatuh dr meja sbb khayal tgk tv, pastu terjatuh.tak reti serik.


Tu je.esok sambung ngumpat pasal arryan ye.

Ujan rintik rintik

Pagi ni hujan.lebat la jugak.tapi tak selebat hujan di malaysia.masih boleh redah.


Teringat plk time pagi2 hujan kena hantar balqish g school.rasa nak tolak stroller sambil nangis je.tp kuatkan hati jugak.eh... Lupa nak bagitau, darling saya dah keje ngan gomen.pastu keje belah petang.yuhuuuu.

So, pagi2 just kena siap2 kan diri, siapkan balqish, pastu trs g school.dlm kul 4 gitu darling ambik balik. Hantar balqish g sekolah agama every tues n thurs,kumon every wed. Tu la rutin harian skang ni. Takde dah tragedi tolak2 stroller pagi2 ni.hihihihi.

Setiap kali nak jemput balqish dr school, arryan la yg excited sbb dpt main2 kat playground sekolah tu. 





Takde la playground sgt..tp mcm ada bukit n arryan duk daki bukit tu pastu gelungsur. Tu pun kalau cuaca elok la.ni gambar ptg semalam ye.




Ok..ni gambar pagi ni. Hihihihi


Jemputan hari lahir

Smlm balqish balik dr school bawak invitation card.


Next week birthday classmate dia. Theme : super power. Hahahahahhaah. Balqish plk dh merengek2 nak fancy dress. Tengokla.kalau rajin, mummy beli.pakai sekali je pun.

Tp kagum la anak omputih ni..rajin betul buat invitation card sendiri. Comel plk tu. 




Mood raya lagi


Mcm biasa, sambutan raya kat sini meriah dr seminggu sblm sambutan. Sapa nak jadi ketua chef.nak kena masak apa? Nak masak umah sapa? Pkl berapa? Seronok tau.sbb sume org mengembleng tenaga.

Sbb masa aidilfitri kawasan kitorg kena masak kambing, so aidiladha ni kitorg kena masak ayam.

Jenuh la nak lantik chef.nk lantik org baru kang, takut x tau pape.so, lantikla chef dr malaysia.hihihihi. Teknologi kan ada.chef pakai facetime lagi tau. Tak pasal2 mak saya yg jadi ketua chef bg resepi sume. 

Program masak2 start kul 4 pm = 11 mlm waktu malaysia. Confirm la chef dh tido.kitorg main agak2 je la. nasib baik sedap ayam masak merah kitorg.
Lama gak la.sbb periuk kecik, kena masak dua kali.kul 11 mlm baru abis masak.

Dan sambutan raya aidiladha mestila meriah.masa ni pun nak berkumpul n jumpa sume org.seronok, bila sume pakai baju kebangsaan.mcm kat malaysia je rasanya. 








Penjimatan

Last week tesco ada buat offer. Beli satu diapers percuma satu.hmm... Borong sakan la.


Banyak gak la dpt jimatkan duit.harap2 bontot ian tak mengembangla dalam tiga empat bln ni. Sbb sume saiz 4+.hahahahahahaha


Sampai tak muat dia nak duk dlm troli tu.


Skang ni, kalau kakak g school ian berangan la plk main toys kakak. Masa ni dia tgh berangan jadi cashier... Lawakla si tembam ni.


Jadi cleaner vacum rumah.



Ni tak tau la.suka sgt main atas meja. 


Kedai ikan fresh

Penemuan terbaru.


Kalau tak kena drive 45mins baru sampai kedai ikan fresh.tp skang ni drive tak sampai 5mins dh sampai kedai ikan fresh. 

Seronok.

Kedai bukak setiap hari kecuali isnin.seronok kan? Sbb biasanya weekend baru ada masa nak g beli ikan.

Haritu pegi ada ikan merah.balik trs masak sup.sedap.bentuk2 ikan dia pun mcm ikan malaysia je. Suka suka suka.






Best kan?

Aidiladha

Tahun ni, buat pertama kalinya aidiladha tanpa keluarga. Eh kali kedua.danggg...


Kali pertama masa first time dtg uk.pastu, last year mak n abah ada sama.this year, kena la masak sendiri.sob sob sob.

Raya hari selasa.isnin tu mula2 rasa nak g lab tapi tak sihat.demam.selsema.batuk.cuaca pun tak elok.arryan plk baru balik demam, kesian pulak kalau kena ujan nnt demam semula.

So, jadila surirumah hari isnin tu.takde benda nak buat, masakla lauk utk raya.sib baik la kat sini sejuk. Masak awal2 pun memang takkan basi punya.kena masak banyak sbb niat nak panggil org makan pagi raya nanti.

Menu raya aidiladha tahun ni

1. Laksa johor
2. Rendang kasih sayang mak
3. Ketupat

Dari last friday dh stand by cari ikan makerel fresh.nasib jumpa. Rebus ikan, tumis bawang, lada, kari...jadila kuah laksa johor.

Pastu masak rendang daging.tahun ni masak rendang 3kg. Mak ckp, banyak gile.tp tak sampai malam, licin rendang tu. sedap sangat kot.

Kek tak buat thn ni.tak sempat.so iceland  tolong buatkan kek.hihihi..


Tak dpt pun g solat raya thn ni.sbb dua beradik tu bangun lambat. Yg buat lg sedih, pagi raya tu ada kelas english 11-1pm. Kena la g kelas ngan jubah raya. Sejuk la pulak. 

 
Darling ckp, ian dh macam pakistan kecik dah, pakai jubah pastu pakai jacket.



Kakak balqish pun berjubah jugak.sponsored by nenek kg.







Balik dr kelas trs g umah kak ita. Ada jugakla org jemput dtg beraya.kak ita every year mmg buat satay.sedapnya.sedap giler. 


Lps tu trs balik rumah n tunggu tetamu dtg.sblm g kelas ramai gak yg dh dtg rumah. Last tetamu sureen n d gang. Sampai kul 11 mlm dtg beraya.letih mmg la letih tp seronok bila tengok makanan sume abis..sedap lettew.hihihihi


Salam aidiladha utk semua!!

- tahun ni xde gambar sefamili pun :(

Cakkk!!!

Dah lama tak update.


Tak sempat nak bukak blog dah.hihihihi

Sekarang ni dh makin sejuk.daun dah semakin kering, kuning, oren, merah fan berguguran.

Wajib ambik gambar hujung minggu ni sblm semua pokok togel tanpa daun. 

Hari ni saya g robinson lib.nak pinjam buku.tp tah sempat baca tak tidak.selak2 ambik point penting je.

Tak tau la apesal, hari ni rasa cam takde mood.loser. Sume la. Ya Allah, kuatkanlah hati ku.

   

Cantik kan? Suka autumn. Sumenya nampak cantik.tp sejuk laaa. Kena korek2 semula cari glove. Boots pun dh kat mana2. Dah tak sesuai nak pakai kasut sukan comel2 dah.


Pages - Menu