Tido kat hobbit house mcm tido dalam khemah je. Takde la selesa sgt pun. Tp kami memang bawak siap2 bantal dan dua duvet.
Pagi2 isnin 5 mei tu kami kena buat keputusan samada nak naik ke atas lagi takpun terus balik ncl.
Isnin tu bank holiday dan last day chairlift available kat glencoe mountain. Kalau nak main salji lagi kat atas tu tunggu winter ye.
Tp, sebenarnya dia akan bukak jugak just utk mountain bike dgn sapa2 nak hiking kat atas tu. Bila tah, tu kena tgk website dia ye.
Pikir punye pikir last2 decided takyah la naik lagi.nak balik perjalanan 5 jam.kalau naik confirm nak main salji lagi.baju kotor.penat lagi. Last2 ok la kul 10 check out n balik.
Sblm balik singgah jap glencoe visitor center beli la apa2 yang patut.
Sebenarnya tak sabar nak pegi sini... Safari park kat stirling. Memang lalu pun kalau nak balik ncl.
Sume sekali kalau beli online, 1 adult 1 student 1 kids £33. Perjalanan lebih kurang sejam setengah je dari glencoe.
Eh.. Dah sampai entrance dah.
Kalau rajin nak dgr lebih details lagi sila la ikut schedule kat bawah ni ye.
Kitorg trs ambik route utk ke safari park. Make sure tingkap kereta rapat.
Pastu terus cari parking.parking banyak tp org memang ramai.kitorg trs gi naik boat. Tengok org utan je pun.
Pastu baru jalan- jalan tengok binatang.tak dpt tgk semua. Kawasan terlalu besar.
Short cut terus pegi funfair. Ni tak free ye.ken beli token kalau nak main.
Tak pasal2 mommy dpt naik kapal terbang ngan kuda.hihihihi
Nak abiskan token, main la tembak-tembak.dulu masa anak sorg, payah tul nak abiskan token.skang kejap je dah abis.
Bagi diorang ni main sampai penat.
Pkl 4pm kami gerak balik ke ncl.perjalanan lebih kurang 3 jam setengah lagi.
Ni sempadan england scotland.
Selalu sampai sini mesti dah gelap.kali ni siang lagi dapat la ambik gambar batu ni.
Sampai rumah, walaupun penat tapi rasa puas hati. Seronok sebab dapat bercuti santai. Anak2 pun happy je. Nextttt????