Salam ramadhan semua...
Thn ni pengalaman pertama menyambut ramadhan nun jauh dr tanah air. Confused jugak mula2 dgn tarikh mula puasa...tapi akhirnya kami mula puasa sehari awal dari malaysia which is hari jumaat.
Dah namanya puasa..sama je la kan menahan lapar dahaga..nafsu sepanjang hari. Yang tak samanya cuma suasana dan waktu. Kami kat sini tgh summer so siang adalah panjang dari malam. Dalam pkl 3am subuh dah masuk...so, biasanya pkl 1.45am kami dah bangun untuk bersahur. Then....tunggu la jarum bergerak sampai pkl 9.30pm baru la berbuka. Lebih kurang 18 jam la.
Memula rasa mcm eh..boleh ke aku posa? Tahan ke ? Tp alhamdulillah..Allah maha Mengetahui. Rutin harian diteruskan seperti biasa.takde perubahan di siang hari cuma cabaran pada mlm hari je. Waktu siang biasanya saya akan ke school dan balik petang. Dlm pkl 4.30pm memulakan aktiviti kat dapur.masak...gedegang gedegung...pkl 6pm siap!
Anak2 uk biasanya tido awal.arryan pkl 7pm mmg dh start mengamuk nak tido. Ingat lg balqish masa kecik dulu, kalau tak pkl 12 mlm mmg x tido. Kalau tido kul 8pm maunya dia bangun ajak main kul 1pg. Tidak disini ye.anak2 akan tido straight sampai pagi. Mommy diorg pun sama la..kul 8pm dah tido dah.so, dgn blqish2 sekali tido pkl 8pm. Bagus jugak sbb senang nak bangun pagi utk g school.
Ok..balik semula kisah ramadhan. Sbb dah biasa tido pkl 8 so, bila tiba ramadhan mmg cabaran besar. Biasanya dh siap masak relax2 jap. Tunggu jam berdetik kul 9.30pm. Mata masa tu mmg dah mengantuk gilerr. Tiba je waktu berbuka..baca doa...makan... 10 minit dah siap. Basuh pinggan..g toilet ambil wuduk, solat maghrib n trs tido. Serius tak larat! Isyak pkl 10.45pm tau.mmg xlarat nak tunggu.
Tido punye tido sambil2 tu duk melayan arryan menyusu tetiba kul 1.40am mr darling kejut sahur.apa perasaan? Panaskan lauk...senduk nasi pastu mengadap nasi tu.br je mkn berbuka td.tetiba kena makan lagi.kalau tak makan takut tak tahan plk...so, makan je laaaa.
Tu la namanya makan tanpa perasaan. Semoga puasa kami diterima Allah..amin. Lepas sahur baru la cepat2 solat isyak n masa tu la nak tambahkan amalan sementara tunggu subuh masuk.
Try jugak buat pakora..tp mmg xmakan sbb xcukup masa nk mkn.so, lps tu mmg malas la nak buat side dishes. Tp alhamdulillah...bulan posa ni merasala jugak mkn bubur lambuk (adik2 master tolong buatkan) pastu smlm sue hantar satay n laksa johor.terima kasih yea.
Selamat berpuasa yea kawan2... Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya...amin.
- Posted using BlogPress from my iPad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment