Pantai lg

Biasala bila summer start la beach trip utk school balqish.
Cam biasa, parents kena ikut.
Pantai yg sama masa nursery dulu.cullercoats beach.

Gerak dr sekolah pkl 9.30am pastu trs g st james punya metro station.naik train beramai2 nak g pantai.budak2 enjoy la...mak bapak muka toya je sbb masing2 letih.dah la kena pack makanan, jalan lebih kurang 3km nak ke metro station tu.

Dari st james nak g cullercoats kena bayar adult £4.40. Pastu utk balqish £1.20 sebab dah lebih 5 tahun.itu return ticket.ok laaa.kalau tak, memang takde la nak naik metro punya train ni.

Sampai cullercoats (last station) trs la tukar2 baju.kelakar tgh keletah budak2 ni.ada yg berenang2 atas pasir. Temperature lebih kurang 15 degC.langsung takde matahari ye. Balqish main pasir je.nak ajak cecah kaki kat air pun takmo.





Arryan? Huh...ni jangan diajak.mula2 ajak cecah2 kaki je tetiba nak main air trs.terusla tukar uniform.hmmm...main la air puas2.sejuk ok.rasa dia cam masukkan kaki dalam air yg penuh ais.camtu la.kita ni pun kejap2 je celup2 kaki.arryan siap main kejar2 ombak.





sampai kaki dah biru baru la nak keluar dari air.tu pun bertarik.dah keluar dr air..sambung balik main pasir.





pastu lapar.makan nugget.tukarkan baju.makan.minum susu.tido.alhamdulillah...aman duniaku. Tinggal nak jaga  balqish je.ni senang.



Bila dh tengahari sket baru la mentari muncul.masa tu br kakak nak main ngan air.

Pkl 2pm camtu kitorg bertolak balik rumah.kepala masing2 penuh ngan pasir.balik.mandi.rehat.




Penat gilerr wokeh.

7 years uolls

Yuhuuuu.eh.alhamdulillah.


Hari ni genap 7 tahun usia perkahwinan kami.kalau baby lahir dah masuk darjah 1 kan? Hehehehhe.

Nothing special.smlm siap takde dinner lagi sbb penat sgt mengemas.hahahahha.nasib la.

Pagi2 celik2 mata tgk darling i dah wish kat fb.i love u too sayang!!!

7 tahun lepas,
Akad nikah serba ringkas.
Umur baru 24 tahun.baru setahun keje.
Majlis persandingan takde tukar2 baju cina, india bagai.tula dua helai je.satu baju sanding, satu lg tukar lps makan beradap just utk ambik gambar.

Photographer? Ahhahahahahaha...bayar rm300 je utk 3 roll film.takde la beribu riban. Video? Tu pun last minute sbb mak ckp kenangan seumur hidup sekali upah hanya rm250 je kot.jadi la. alhamdulillah.diingati sampai kini menjadi sebutan jiran sbb perkahwinan serba ringkas tp meriah.yg penting kehidupan selepas tu. 

Mas kawin rm22.50. Dengan hantaran rm7000. Takde serba serba ni :).untung si suami tu kan? Hahahahahaha.

Alam rumahtangga? Tipu la kalau takde gaduh.mesti ada punya.lg2 la saya ni yg cepat panas, tak pandai memujuk.Alhamdulillah, dapat suami yg penyayang.yg jenis tak berdendam.

Saya pegang dengan kata2 " pilih la  org yg sgt mencintai kita".itu memang benar.sbb perempuan ni suka ikut perasaan :p.

Utk suami tersayang,

Tanpa kamu.siapalah saya.
Tak mampu hidup tanpa kamu.
Semoga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga.





Panas

Dah lama tak update blog.

Banyak benda nak citer.surprise birthday celeb.pastu jalan2 germany.bayern munich uolls.nnt saya citer sume2 tu eh.

Ok.masih rutin sama pagi2 hantar balqish g school.sampai2 school mak aminah bgtau tengahari kang ada picnic kat school field.aiyooo...dah la tak tau pape. Takkan la tak join plk.kesian kat balqish.terusla terkocoh2 balik rumah.buat tuna sandwich ngan evil eggs.

Nasib baik picnic tu start kul 11.15.lepas dah siap sume tu trs g school balqish semula.pastu berpicnic ramai2.alaaa...kat padang sekolah je pun. Kalau kat malaysia mau fengsan picnic tghari buta kat padang.hahahahaahha.

So,saya lewat sket la g lab.takpela. Pengorbanan.asal anak gembira.abis picnic dlm kul 12 trs g lab.

Skang dah start panas.mmg panas.hoooyeeeaah.mencucuk2 tau panas dia.sib baik ada angin sejuk yg bertiup. Tgh2 berpikir2 camane la nak menghadapi dugaan puasa 20jam nnt dgn keadaan panas camni.tapi Allah Maha Mengetahui, insyaAllah...semuanya akan dipermudahkan.first week of ramadhan confirm lembik.lps tu ok la kot.

Meh layan gambar ye :)



Balqish kata, dia dapat sticker ni sbb buat ayat power utk homework dia...wah...congrats balqish.





Pages - Menu