pregnancy

pregnant???hmm...kawan2 sekeliling sume dan nak masuk anak ke dua...Bukan tak teringin nak tambah baby...teringin gak...comel jek tgk baby...tapi rasenye mase belum sesuai...ramai gak yang tanya "eh Rozi, ko bile nak tambah?org lain (kawan seangkatan) sume dah nak masuk dua.Ko je yg still selamat lagi"selamat dalam erti kate lain tak ter'eksiden'....
tu la...tunggu ek...ni sbb kena tangguhkan pregnant anak kedua.

  1. kena tunggu paling2 pun 2 tahun sbb sblm nie di operate. memangla ade yang main langgar jek...tapi kesihatan ibu kena jaga beb. Kalo bole nak sangat bersalin normal next time....budget kurangla sket.
  2. Belum pegi induksi & BTN. Induksi & BTN penting utk sah jawatan dan dijangkakan bln 6 nie...so, kalo pregnant kang kena tangguh pulak...tapi hubby kate org pregnat senang dapat excuse (takyah lari)...yeke?baik jangan tanggung risiko kan?
  3. Kalo bole nak beza Balqish ngan adik 3 tahun. Macam saya n kakak saya.sebab rasenye macam sesuai jek 3 tahun tu....tak terlalu rapat n tak terlalu jarak(bg saye la).Sebabtu kal bole nak baby lahir tahun 2010.
  4. Bagi mase utk kumpul duit...Memang la barang2 baby dah takyah beli lain...tapi untuk bersalin nanti. Bkn nak kondem goverment (memandangkan saya pun keje goverment) tapi kalo bole nak bersalin private....(saya nie tak setabah insan2 lain)...mase bersalin dulu pun husband teman tido malam kat ward samapi 3 malam...kalo kat goverment jangan harapla....
  5. Rasenye Balqish tak puas bermanje lagi..sian kat die pulak kalo cepat sangat dapat adik..prihatin tak mama?hehehe...sebenarnye...belum bersedia lagi nak keje part time(jadi guard)...kalo bole...bagila mama n papa tido lena jap.
  6. Bagi peluang kat kakak n kakak ipar lahirkan anak tahun 2009 nie...Diorangkan kawen last year..so bagila chance dapat baby tahun nie...sbb sian la kat mak kalo bersalin serentak...tak terjaga plk die nnt...bayangkanla mase Balqish lahir, mak saya turun berat badan 5kg...kalo 2 org serentak maunye turun sampai 10kg...hahaha...
  7. sebenarnye...kalo bole nak start mengandung lepas masuk umah baru (umah dijangka siap hujung tahun nie).Sebab banyak barang nak kena angkat...tapi...pikir2 balik nak g sambung blaja 2011...kalo pregnant lepas bln 12 baby lahir hujung tahun 2010...nnt nak g blaja baby kecik lagi...so...rasenye lepas bln 7 tahun nie mase yang sesuai kot...lagipun bole ecsape angkat barang2 mase pindah umah nnt....huhuhu...

itu je kot alasan2 buat mase nie...untukmy dearie hubby...sabar ek....masenye akan tiba okeh....

untuk tatapan dan rujukan ibu2 dan bakal2 ibu...

Kesakitan bersalin satu nikmat


PEMBANGUNAN negara dan kecanggihan teknologi ada kalanya membataskan pengorbanan manusia untuk menempuh kepayahan dalam meneruskan kehidupan. Baik dalam pekerjaan atau apa sahaja, manusia akan cuba mengelak untuk melakukan pengorbanan dan bersusah payah, yang penting segala impian terlaksana dengan cara mudah.Ini termasuk juga kaum wanita yang mengambil jalan mudah untuk tidak mahu mengandung dan melalui kesakitan bersalin tetapi lebih suka melahirkan kandungan mereka melalui pembedahan.Perkara ini walaupun agak sedikit mudah tetapi perlu diberikan perhatian kerana melahirkan anak melalui cara normal merupakan jihad dan pengorbanan yang tidak ada tolok bandingnya dengan pengorbanan lain.Sesetengah wanita mahu mengandung tetapi berasa susah hati apabila memikirkan bentuk badan mereka selepas melahirkan. Konon kata kawan-kawan, badan akan kembang, susuk badan akan menjadi tidak menentu dan kemungkinan suami pula akan lari.Sejauh mana kebenaran ini, hanya kita sendiri yang dapat memberikan jawapannya. Mengandung dan melahirkan adalah nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Esa sementara bentuk badan pula terpulang kepada individu menjaga tahap kesihatan dan pemakanannya.Ada pula yang tidak mahu mengurus dan menjaga anaknya setelah lahir, ini semua berpunca daripada sikap seseorang itu, bukannya salah orang lain. Ada kalanya wanita yang hidup mewah dan sentiasa terdedah kepada kehidupan sosial takut untuk mengandung dan bersalin kerana tidak mahu ada gangguan dalam hidup mereka.Kemewahan yang dilalui juga ada masanya membataskan kehidupan mereka dalam melalui detik-detik pahit dan kesakitan ketika mahu melahirkan. Rasa sakit bersalin akan tetap dirasai, betapa pun mudah terjadinya kelahiran itu. Wanita yang mudah bersalin dikira bernasib baik kerana masa kelahiran itu pendek berbanding dengan yang perlu menanggung kesakitan selama berjam-jam. Sesetengahnya sampai berhari-hari.Bagaimanapun wanita Islam tergolong dalam jumlah mereka yang lebih tinggi daya tahan kesakitan ketika hendak bersalin, oleh itu jarang kita dengar ada wanita Islam yang bersalin sampai terjerit-jerit kerana tidak tahan sakit.Selain itu mereka mungkin mempunyai kekuatan di dalam hati dan sentiasamendoakan, keselamatan mereka dengan memohon perlindungan dari Allah s.w.t. supaya memudahkan mereka bersalin.Untuk pengetahuan umum, kesakitan ketika bersalin berpunca daripada kuncupan. Kuncupan ini berlaku untuk memaksa bayi keluar daripada rongga punggung ibu untuk dilahirkan.Apabila kuncupan ini berlaku, rahim akan mendatangkan rangsangan kepada urat saraf dan membawa mesej ini kepada saraf tunjang dan seterusnya ke otak. Di dalam otak segala maklumat dan mesej yang hendak disalurkan tentang kesakitan akan dianalisis dan dirasai.Tidak dapat dinafikan kesakitan untuk melahirkan ini juga dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor psikologi atau jiwa seseorang. Misalnya tahap ketahanan fizikal dan mental mereka, ketabahan, kesabaran dan perasaan takut dan sebagainya.Apabila kesakitan berlaku, sesetengah ibu akan berasa takut yang amat sangat disebabkan seluruh urat saraf dan otot-otot akan menjadi tegang dan si ibu tentunya menjadi semakin cemas bimbang dan resah.Pun begitu teknologi yang ada sekarang membantu wanita melahirkan anak dengan paling mudah tanpa melalui kesakitan yang ketara. Untuk melaksanakan ini pelbagai kaedah dan cara boleh dilakukan. Di antara kaedah yang ditekankan ialah menerangkan ataupun menghilangkan kesakitan di peringkat otak secara psikologi seperti dengan cara meningkatkan ketabahan dan ketahanan seseorang itu dengan menguatkan jiwanya.Sebagai orang Islam, salah satu cara untuk menahan kesakitan tersebut ialah dengan berbanyak-banyak mengucapkan nama Allah, bertasbih, berzikir.Apabila kalimat ini terkeluar daripada mulut, maka Allah akan memberikan rahmat-Nya dan meringankan kesakitan kepada wanita berkenaan.Selain itu rasa sakit bersalin juga boleh diatasi dengan peralatan moden yang terdapat di hospital-hospital pada masa ini. Contohnya melalui suntikan dan juga pembedahan. Bagaimanapun kebanyakan doktor dan bidan menyarankan supaya wanita yang mampu melahirkan bayi secara normal berbuat demikian kecuali mereka menghadapi masalah yang memudaratkan diri mereka sekiranya bersalin cara normal.Bagi meringankan kesakitan untuk bersalin di bawah ini diturunkan beberapa cara untuk menangani masalah sakit tersebut untuk panduan dan ingatan.

1. Seelok-eloknya wanita yang mengandung dan menunggu saat melahirkan hendaklah menjaga pemakanan dan kesihatan dirinya.

2. Jarak kehamilan antara seorang anak dengan anak juga mesti diambil kira supaya kasih sayang terhadap anak-anak serta penjagaan mereka akan dimanfaatkan sepenuhnya.

3. Kewangan merupakan sumber penting yang harus diberi perhatian memandangkan kebanyakan wanita memilih untuk melahirkan di hospital. Sesetengah wanita bekerja mempunyai keistimewaan kerana kelahiran bayi mereka ditanggung oleh syarikat. Bagi yang tidak ditanggung dan masih berharap untuk bersalin di hospital elok merancang kewangan dengan teliti.

4. Menerima cahaya mata dengan tenang dan gembira tanpa menun-jukan reaksi negatif. Contohnya, jika teringin anak perempuan tetapi yang lahirnya anak lelaki. Anggaplah sahaja kelahiran yang diberikan itu adalah anugerah Tuhan dan perlu diterima dengan rasa syukur.

5. Banyak membaca buku-buku tentang mengandung dan bersalin bagi meningkatkan pengetahuan. Seelok-eloknya menghadiri kelas untuk ibu mengandung bagi mendapatkan panduan dan bimbingan.

6. Suami isteri hendaklah memikirkan tentang tempat kelahiran dan sebagainya lebih awal daripada tarikh jangkaan supaya tidak kelam kabut. Ini juga untuk mengelak daripada membuat tempahan pada saat akhir yang mungkin memberi masalah kepada anda apabila tiba saat hendak bersalin.

7. Pada minggu akhir kehamilan elok ambil cuti dan berehat di rumah sambil melakukan senaman-senaman ringan supaya urat saraf dan otot-otot tidak kejang. Suami perlu menemani isteri ketika ini atau jika perlu mintalah ibu atau saudara-mara rapat menemani.

Doa-doa ketika hendak bersalin elok juga diamalkan setiap masa. Di antara ayat-ayat yang perlu dibaca ialah surah Albiya ayat 87, membaca ayat Kursi/AI-Baqarah ayat 255, Al-A'raf: ayat 54, membaca surah AI-Falaq dan Surah An-Nas.

Doa ini apabila diamalkan memudahkan wanita yang sakit hendak bersalin melawan kesakitan mereka.

Apabila telah selesai dan selamat bersalin, ibu-ibu dinasihati supaya ja-ngan pula lupa membaca doa kesyukuran yang bermaksud:"Aku memohon perlindungan dengan kalimat llahi yang sempurna daripada semua syaitan dan binatang-binatang yang berbisa dan daripada pandangan mata yang jahat."

Pada masa yang sama jangan lupa apabila bayi itu selamat menjenguk dunia, jika dia lelaki, hendaklah diazankan di telinga kanannya dan jika yang lahir itu perempuan hendaklah dilaungkan lafaz iqamah di telinga kanannya.Mudah-mudahan anak yang lahir itu akan menjadi insan mulia dan anak solehah di dunia dan akhirat dengan bimbingan kita sebagai ibu bapa mithali. Amin......

2 comments:

zaman*reena said...

reason yg munasabah untuk kite yg belum pg induksi n nk tido malam... reasons kiter same la rozie.. kiter pun cukup ler 2 dulu wat masa nie.. ade rezeki next year baru ade sorg lagik, sbb tahun ni budget nk pg induksi.. n' way good luck!!

g_mulan said...

thanx reena...hahaha...tu la pasal.kena abiskan induksi dulu...lepas tu baru la bebas nak buat ape2 jek...ok anak kite same2 lahir thn 2010 ek...eh...Balqish same tahun ngan pia kan?2007?

Pages - Menu