abah

kelmarin masa tengah nak makan malam,Mr Darl cakap

- abah tu sangat penyayang (abah merujuk kepada abah saya = en aziz)
- tapi abah tu pendiam sangat.
- kalau abah tu banyak cakap...mesti korang adik beradik sedih sbb tahu betapa sayangnya abah kat korang adik beradik.

iyeaaa..saya sedihhh...mengalir2 air mata jatuh kepipi.

saya beli Al-Quran utk diri sendiri. sapa pernah jumpa Miracle of Reference. sangat bagus Alquran tu kan? harga? agak mahal tapi berbaloi.

kebetulan abah ada kat rumah masa saya bawak balik. abah nak pinjam dulu. saya bagi pinjam dan abah suruh saya belikan yang lain utk die.

mak kata....biar abah guna dulu. cakap je dah habis. sbb agak mahal n saya tak sampai hati nak mintak duit dr abah nnt tp saya pun bknlah berduit sangat pada masa ini.

bila abah dah kat umah, saya call abah cakap al-quran tu dah abis. abah kata OK.

tapi Khamis lepas, abah dtg bawa Al-Quran tu,

saya ingatkan abah bawak sbb nak baca.

tapi rupa-rupanya dia pulangkan terus. saya pun ternampak al-quran tu bile abah dah balik. die letak dlm bilik solat tingkat bawah.

Ya Allah sedihnya hati ini.

Balqish tahu tak.....

atuk sayang sangat kat Balqish.

Kalau hari nie Balqish cakap kat atuk..."atuk...saya nak buku hello kitty laaa"

esoknya atuk dah belikan.

kalau petang nie Balqish call atuk n cakap "atuk....saya nak tabung ikan jugak mcm kat umah atuk"

esok petang atuk dah sampai rumah pura kencana dengan bawak tabung ikan yang atuk beli kat ayer hitam padahal tak sampai 20km dr umah kita.

Bila balik kampung meja jepun atuk tinggi, Balqish makan mesti kena alas kusyen sbb tak sampai...
Balik sekali lagi atuk dah belikan kerusi kecik utk Balqish.

paling sedih....sebelum hantar pegi railway stesen masa balik PD jumaat lepas Balqish cakap "saya nak beg ada tayar...ada tarik2 tu"
atuk tanya " beg kaler pink ke kaler biru?"
BAlqish jawab " kaler pink"

subhanallah...hari Ahad balik ke kluang masa bukak kereta nampak ada beg tarik kaler pink dlm plastik. Jenuh atuk ngan uncle carik kat Kluang (mak bgtau).Khas utk penuhi permintaan cucunda.
happy betul Balqish....3 hari 3 malam asyik citer pasal beg tarik je.

Ya Allah...memang saya dah perasan. dari dulu lagi.

kalau dengan abah...mintaklah apa saje. secepat mungkin die akan tunaikan.

sampai Mr Darl cakap "HArgailah abah sbb kita tak akan ada abah mcm tu kat dalam dunia nie".

saya menangis...menangis..dan terus menangis...

Mr Darl ckp lagi " balut Alquran tu elok2 buat mcm hadiah, lepastu bagi kat abah semula nnt. Biar die tahu itu die punye.Kite punye nnt carik yang lain"

itulah yang akan saya lakukan. Rasa mcm nak terbang balik Kahang Timur sekarang nie jugak utk bagi Al-Quran tu kat abah. Rasa mcm nak peluk abah sekang nie jugak dan cakap

"abah...Ogy sayang abah. Sayang sangat2. Ogy hargai sgt2 apa yang abah dah buat utk Ogy, utk keluarga Ogy selama nie".

dan saya...terus menangis.


3 comments:

Khairayu said...

aduhaii..sedihnye..aku pun menangis jugak tau bace,huhuhu..kem salam en.aziz ye :)

g_mulan said...

to ayu : thanks ayu sbb paham kan perasaan aku.sedih kan?

Anis Radzi said...

abah rozi memang penyayang, tengok dari air muka pun dah tahu..hargai dan tunjukkanla yg kita sayang sangat kat dia sementara dia masih adakan..=)

Pages - Menu