SUARA JUMAAT...

Jumaat yg hening...
actually...setiap hari jumaat, warga UTHM akan dapat artikel yg bertajuk SUARA JUMAAT. So, mulai minggu nie, saya akan berkongsi artikel tersebut...

Tajuk: HASAD DENGKI DAN FITNAH PEROSAK ORGANISASI


Sifat hasad terbit daripada sifat bakhil kerana orang yang bakhil ialah orang yang tidak mahu memberikan sesuatu yang ada padanya kepada orang lain.

Shahih (tulisan Arab: syain – Ha – ya – Ha) pula adalah sifat yang lebih buruk di mana seseorang itu bukan sahaja tidak mahu berkongsi apa yang ada pada dirinya bahkan juga tidak mahu melihat apa juga kurnia dan nikmat Allah yang maha luas ini jatuh ke tangan orang lain. Orang yang bersifat shahih ini menurut Imam al-Ghazali adalah lebih jahat daripada orang yang bakhil.

Sebagai seorang Islam kita seharusnya mengambil iktibar daripada larangan Nabi s.a.w tentang sifat-sifat buruk ini. Baginda s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

Oleh itu Suara Jumaat kali ini menyeru agar semua umat Islam yang sayangkan agama, organisasi, masyarakat dan negaranya membuang segala sifat hasad dengki dan gejala fitnah memfitnah ini.

Imam al-Ghazali mencadangkan beberapa langkah untuk dilaksanakan bagi membuang sifat-sifat buruk ini. Kata beliau, “Sepatutnya janganlah engkau melihat kepada seseorang kecuali engkau melihat bahawa dia adalah lebih baik di sisi Allah daripada engkau dan dia mempunyai beberapa kelebihan atas dirimu.”


1. Jika lihat orang muda; (bisikan di dalam hati) - orang muda ini belum pernah berbuat maksiat kepada Allah sedangkan aku sudah banyak berbuat maksiat. Jika lihat orang yang lebih tua; (bisikan di dalam hati) - orang tua 1. ini menyembah Allah lebih dahulu daripadaku maka tidak syak lagi bahawa dia lebih daripada aku.

2. Jika lihat orang yang alim; (bisikan di dalam hati) - orang yang alim ini telah dikurniakan bermacam-macam kurniaan yang tidak dikurniakan kepadaku.

3. Jika lihat orang jahil; (bisikan di dalam hati) – orang yang jahil ini berbuat maksiat dengan kejahilannya sedangkan aku mengerjakan maksiat berserta dengan ilmu.

4. Jika lihat orang kafir; (bisikan di dalam hati) – boleh jadi nanti dia memeluk Islam dan mengakhiri hidupnya dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) sedangkan aku belum tahu nasib pengakhiran hidupku.

semoga artikel ini dapat membersihkan hati kita.InsyaAllah....

0 comments:

Pages - Menu