memori 1
kan selalu org cakap
hanya Allah tempat kita mengadu, hanya kepada Allah kita meminta pertolongan...
Balqish : Mummy..tadi kan, Aziz (kawan sekolah dia) pukul2 orang lain. Mummy boleh ke kita pukul2 orang?
Mummy : hmm...tak boleh laaa...nnt Allah marah.
Balqish : tu la...saya nak mintak tolong Allah la. mummy pinjam telefon...(sambil buat gaya tengah bertelefon)... "Hello Allah, boleh tak tolong pukulkan Aziz".
Mummy : eh..mane boleh telefon Allah....sebab tu kita kena solat.masa solat la kita minta tolong dari Allah .
memori 2
kalau kena marah biasanya Balqish akan masam muka, tak boleh terima dan akan cakap
Balqish : Mummy marah2 saya. mummy memang tak sayang saya.
Mummy : takla..sebab mummy sayang la mummy marah2 awak.kalau awak buat benda tak betul memang lah mummy marah...takkan mummy nak diam je.
sejak tu, dia tak kisah kalau saya marah die sebab lepas kena marah dia akan cakap balik dengan muka senyum
"mummy..saya tau.mummy marah saya sebab mummy marah kat saya kan?"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
alahai..comelnya balqish ni...erm..geram je dgr ayat2 dia..betah betul...moga jadi anak yang bijak dan menghormati orang tua ye...:-)
hahahha..banyak cakap kak. jenuh gak nak melayan.kalau dua beradik mesti lagi comel dan banyak keletah kan k.ziha?
Post a Comment