lapan belas jun

5 tahun lalu..
18 Jun 2006
tepat jam 10am kita sah menjadi suami isteri
pengantin dirai gilang gemilang
selepas 3 hari...
kamu pulang ke putrajaya mencari nafkah
saya ke parit raja menuntut ilmu
hidup kita berjauhan
bertemu pun dua minggu sekali
enam bulan selepas itu baru kita terima berita gembira




4 tahun lalu
18 Jun 2007

masih lagi kita hidup berjauhan
mengandungkan anak, tinggal sendirian
saya semakin sibuk dengan projek akhir
kamu pula dengan bermacam2 aktiviti kerja
banyak pahit dari yang manis
tarikh tersebut tidak lagi diraikan



3 tahun yang lalu
18 Jun 2008
dulu kita berjauhan..kini kita serumah
menyewa di taman manis
dulu kita berdua...kini kita bertiga
bersama si manis penyeri keluarga
dulu kereta dua...
kini kereta tinggal satu..sbb pagi2 sama tempat dituju...
hidup kembali ceria..namun tarikh ini tidak juga dirai
hanya kad sebagai ingatan



2 tahun yang lalu
18 Jun 2009
wah cepat betul masa berlalu
si anak sudah semakin membesar
karier berjalan lancar
masing2 sibuk
tarikh tidak dirai
kerana ketika itu saya induksi di mersing dan kamu di rumah menjaga anak
ketika itu sudah bersedia untuk menambah ahli keluarga
kita hanya mampu merancang Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya


setahun yang lalu
18 Jun 2010
diam tak diam...
empat tahun sudah melayari rumah tangga
empat tahun kamu jadi pilot dan saya co-pilot
hidup sudah semestinya semakin sibuk...
sementelah mahu masuk rumah baru
rumah sendiri di pura kencana
pemikiran dan perancangan lebih ke arah rumah baru
barang apa yang nak dibeli
konsep apa
nak tempat kabinet dapur dengan siapa
warna apa
hingga terlupa nak rancang apa nak buat pada tarikh ini




dan hari ini
18 Jun 2011

kita masih di pura kencana
kita masih berkereta satu
kita masih menuju tempat yang sama seawal 8 pagi
tapi melencong ke little caliphs menghantar si anak
kita masih sibuk berkerja
tapi dalam masa yang sama...
kamu membantu saya mencapai impian
semoga impian menjadi kenyataan
semoga pada tarikh ini pada tahun hadapan rutin harian kita akan berubah
amin....(sama2 doakan ya)
semoga ada sesuatu berlaku pada hari ini
tarikh ini akan diraikan..
tak kira dengan cara apa
sbb sudah lima tahun
mempertahankan cinta dan kasih sayang yang disemai
dan diharap cinta ini mekar
sehingga 10,20,30,40,50,60 mahupun 100 tahun yang akan datang
semoga cinta ini akan bertemu akhirnya di syurga


cintaku.....terima kasih yea
yang paling utama...
Alhamdulillah..terima kasih ALLAH atas nikmat & rezeki yang Kau berikan pada kami sekeluarga



2 comments:

norziha said...

selamat hari ulangtahun rozie..semoga kekal bahagia hingga ke syurga abadi....

g_mulan said...

terima kasih k.ziha =)

Pages - Menu