detik kelahiran arryan

sabtu 10.03.2012

pagi2 tu Mr darl dah suruh siap nak ajak g whitley bay beli ikan.yeaa...stok ikan seabass. so kami pun bersiap2 la sbb mr darl ckp kalau dah ade baby mesti tak dapat g kedai ikan tu.

so..lepas beli ikan..kami singgah sandhaven...pantai nan indah mengingatkan kampung halaman suami (Pd)..actually nak ambil gambar balqish kat situ..tp windy n sejuk gilerr...kuat beberapa minit pun rasa dah kejung tgn so, kami duk dlm kereta je.



on the way balik singgah jesmond dane..kalau musim spring biasanya banyak bunga cantik.tp awal lagi.. cuma nampak ramai yg dah start bersantai2 sambil jogging kat situ.seronok gak berlibur kat situ dgn family.


besarnya perut..baru perasan.hahaha





Ahad 11.03.2012

2.30am - tetiba rasa pinggang mcm sakit.pegi toilet check kalau ada pape tanda.nothing...aik..baru 38 weeks. EDD lama lagi 22.03.2012. Try recall balik sakit bersalin camane.masa yg sama...tgk jam.tido dh tak berapa lena dah masa tu.

3.30am - sekali lagi terjaga sbb rasa mcm contraction..

start from 6.30am - contraction adalah setiap 30 minit. Masih lagi mild contraction. Bagitau mr darling " rasa mcm contraction tp xsure..tengok dulu camane yea"..boleh plk x sure. normally hari ahad kami keluar mkn2 n hari tu kawan mr darl plan nak makan kat orangegrass...boleh plk terpikir..hmmm....kena pegi nie sbb kot2 bersalin nnt lama tak dpt mkn. Tp sbb tpt tu jauh so, mr darl kate..tak payah.kite stay kat rumah je hari nie.kebetulan tomyam smlm banyak lagi so lunch makan tomyam je.


10 am - mild contraction for every 15 minutes..masih boleh bertahan.call mak kat mesia n suara mak dah lain.of course la die risau but i told her "no worries....i'm OK"..walaupun sbnrnye cuak.


1.30pm - masih lagi mild contraction.

2.10pm - ym dgn family di malaysia.lama gak berborak dkt sejam. masa tu mmg xde rasa contraction langsung.mayb sbb hapy dapat ckp ngan family.kebetulan masa tu sume ade kat rumah.dah start minta maaf n minta doakan dipermudahkan urusan bersalin.

4pm- contraction dh semakin kuat n of course sakit tak tertahan2 but still can handle it.call Syida (student master) ; tanye free ke tak sbb kemungkinan besar balqish akan tumpang umah diorg mlm ni.

4.32pm- call rvi (royal victoria infirmary) ...midwife ckp tunggu sampai ada sign (bleeding @ water broke) and contraction minimum 3 times for every 10 minutes baru call semula....

5.10pm - start sakit for every 10 minutes. solat maghrib -still boleh solat spt biasa lagi.

7.30pm - sakit for every 5 minutes. dah siap sedia maternity record.kemas apa2 yang patut.kemas brg2 balqish.makan malam.

8.20 pm - call rvi labour n emergency..midwife suh dtg. tunggu isyak n solat. masa nie mmg dah tak boleh berdiri.solat pun kena duduk je.

8.50pm - hantar balqish rumah syida. pesan kat balqish jgn nakal2 n balqish pun doa "ya Allah..semoga adik baby selamat keluar dari perut mommy.semoga perut mommy tak berdarah banyak".

9.10pm - sampai rvi. midwife check. baru buka 2cm n dah ada sign (darah).
- blood presure -OK
- baby -Ok
-my weight - 63kg..oh hanya naik 8kg saja utk pregnancy kali nie.

saya diberi pilihan samada nak balik rumah atau stay hospital tp husband tak boleh stay sama selagi tak masuk labour room. Kami decided utk saya stay hospital memandangkan contraction agak kerap. sambil2 tu saya bisik kat baby -keluarlah esok sayang sbb esok tarikh cantik sket.

wad sgt selesa. ada 4 katil hanya satu katil je ada patient n pastu saya. siap ada personal tv ok + internet tp kena masukkan debit card laaa...

setiap 10 min ada midwife dtg jengah. saya cuba utk tido tapi tak boleh..sbb contraction makin kuat n makin kerap. midwife offer painkiller -of course saya nak. pastu die ukur kaki saya.saya tanya kenapa? rupa2 nya saya kena pakai stokin khas..ok...cute ok.


ISnin 12.03.2012

2am- ohhh...memang sudah tak tertahan2. midwife tu kesian tgk saya. die tanya nak paracetamol tak? saya angguk....Ya Allah..sakitnya hanya tuhan yang tahu.

4am - sekali lagi saya mengerang sakit dan saya diberi 2 biji painkiller. midwife check blood pressure. die bagitau...die kesian tgk saya n try call bahagian labour room ada kekosongan ke tak n akan hantar saya ke labour room.

4.30 am - saya dihantar ke labour room. midwife suruh saya call husband utk dtg rvi sbb dah boleh teman kan saya =). saya call mr darl n kebetulan die pn susah nak tido n 10 minit lps tu mr darl pn sampai...ohh..masa tu check baru buka 2cm. saya ckp ngan mr darl saya tak tahan n nak mintak c-zer je. saya bgtau midwife. midwife suruh bersabar n tunggu 7am baru decide samada nak teruskan normal procedur @ c-zer je. lgpun kena tunggu turn kalau nak c-zer. ok..ada masa 2 jam.memang sakit tak tertanggung. masa tu jugak husband baca yaasin kat telinga saya. sambil menanggung sakit..saya ikut sama baca dlm hati...


labour room adalah selesa giler.satu bilik sorg n setiap kali midwife nak masuk die akan ketuk pintu dulu..baguskan? siap ada pool lagi utk sape yg nak bersalin dlm pool.hehehe...







7am - yeaa..tepat 7am midwife check...kuasa Allah...bukaan sudah 5cm. sungguh tak diduga.n midwife tanye..masih nak c-zer atau teruskan utk normal procedure. Of course la saya pilih utk normal procedure. yelaaa...dah semalaman menanggung sakit...alang2 menyeluk pekasam.

7.31am - tetiba rasa mcm nak wee wee n bluppp..air mengalir banyak n terus bgtau midwife air ketuban dah pecah n midwife senyum 'that is a good sign'.contraction still hebat.


8.00 am- midwife tanya either saya nak suntikan 'Diamorphine' utk kurangkan rasa contractions..yesss!! I need it!! saya disuntik dan start dari saat itu saya mula la cakap merapu but still x boleh hilangkan rasa contractions tu.


Diamorphine and Pethidine - These are opiate drugs, which are given by injection into the muscle at the top of your leg. Opiates are stronger and longer lasting than Entonox. This drug can make some women feel sick or even be sick. For this reason, we usually give another drug called Stemetil with the opiate to help counteract the nausea.

  • You may feel relaxed and contractions may slow down. This can give you a 'breathing space' and take the ‘edge’ off things if you have been distressed by the intensity of labour.
  • Some women dislike feeling disorientated.
  • Giving it too near to the time of birth may mean that your baby is less alert than if you hadn't had the injection at that time. This can make a baby reluctant to feed in the early days.
  • A drug called Narcan is very occasionally given to a baby to reverse the effect of the Diamorphine or Pethidine if the baby needs it.






8.30 am - saya dioffer gas entonox..yea..saya mahu..saya mahu...

Entonox - This is a mixture of Oxygen and Nitrous Oxide that you breathe in during contractions. It can help to relieve pain over the height of contractions.

  • Some women say it makes them feel light-headed.
  • The effects are short lasting, so if you do not like the feeling, you can stop using it and have no lasting effects during your labour.
  • May make your mouth feel dry – take frequent sips of water








8.45 am - saya dioffer epidural plk. dr pakar dtg n terangkan semuanya pasal epidural. soalan pertama saya " is it pain?(procedure)" ..nop.he said. apa lagi..ok laaaa...dan saya di suruh telungkup ke depan. n pegang bantal. terasa tulang belakang saya dikira n dicucuk sesuatu.saya pernah melaluinya masa c-zer dulu n kedua2 nya masa tgh sakit contractions. so, takdelah rasa sakit sgt.tapi..mr darl yg duduk belakang saya kata...ngeri hokey...


Epidural - An epidural numbs the nerves in your lower body and abdomen. For 85% of women, it provides complete relief from labour pains. For others, the anaesthetist may need to adjust or re-site the epidural to ensure effective pain relief. For women who require a Caesarean section (12% of all labouring women) the epidural anaesthetic can be ‘topped up’ to provide adequate pain relief for this operation. Your movements will be limited.

  • You will have a drip in the back of your hand.
  • The anaesthetic enters your body through a narrow tube in your lower back.
  • Your baby’s heartbeat will be continually monitored for the rest of your labour.
  • The midwife will take your blood pressure frequently.
  • You may need to have a catheter to help you empty your bladder during labour.
  • The midwife will tell you when you need to push if you are unable to feel contractions.
  • You will be able to walk when the anaesthetic wears off which can take up to six hours.
  • One woman in 100 will have a severe headache following an epidural.

There are no studies to indicate that there are adverse effects for the baby.





ok...bkn bermaksud tak sakit ok lps tu.still rasa contraction cume tak sakit pinggang je. masa tu rasa mcm nak meneran je tapi midwife kate..tunggu dulu.

11.21am - vaginal examination = 9cm..yuhhhuuu.masa tu rasa mcm ..ish dah boleh bersalin ni. tapi midwife kate..nnt dulu. n die target pkl 3pm akan 'fully dilated'.

When the cervix is completely open, we say that you are 'fully dilated'. At this point there is nothing to stop the baby from being born, but there is still a while to go. The baby has to move down the birth canal. Contractions may slow down or stop for a while.

Soon, the baby's head will press downwards and stimulate the nerve endings in your bottom. These are the same nerves that are triggered when you open your bowels and the feeling is exactly the same. You may feel that you will open your bowels if you push now, and sometimes, this happens. Please don’t be embarrassed about this, it is a common feeling and your midwife is used to this.


ya Allah..lambat betul masa berlalu.masa tu duk tanye mr darl.."lagi bape lama nak pkl 3?"...

jam yang sentiasa dijeling...


3pm : yesss...midwife suruh saya bersiap sedia utk push. bgmane keadaan kaki saya? kaki saya tak diangkat tapi kedudukannya tumit kiri bertemu tumit kanan..dapat bayangkan tak camane? bayangkan sendiri ok.

n setiap kali contraction kuat midwife suruh tarik nafas panjang n push. tarik nafas n push. tarik nafas n push. so, setiap kali contraction kena push sebanyak 3 kali.




peneman setia...tanpa die..tak mungkin saya dapat lakukannya...yup..tanpa die tak wujudla balqish n arryan...




ini juga peneman setia. nasib baik la kukuh..kalau tak dah lama lunyai kot sbb saya asyik gigit je kalau nak menahan rasa sakit.





setelah lebih kurang 4 kali contractions tetiba rasa mengantuk yang amat dan saya tertido... gelak la mid wife n minta mr darl kejut saya.hahaha..tula..byk sgt drug dlm badan.

3.30pm: akhirnya stlh lebih kurang 8-10 kali contractions n push saya berjaya keluarkan kepala baby. pastu dah tak rasa contractions. bahu tak kuar lagi tu..heart beat baby makin slow.midwife dah kelam kabut terus tekan emergency button..haaaa datangla lebih kurang 3-4 org midwife. diorg tolong tekan perut n tolak baby.

3.33pm : alhamdulillah..baby selamat lahir ke dunia. ohh..sangat maniss rasanya. lepas tu midwife keluarkan 'uri'. kat sini nak uri kena request kalau tak die akan bakar je uri tu.




4pm - Dr U Arava - specialist dr dtg n explain ttg 'perineal tear' and saya adalah third perineal tear = teruk hokey dan cuba utk yakinkan saya yang saya tidak akan rasa sakit ketika 'dijahit'. angguk je laaa..kalau tak jahit camane plk kan?

5.45pm - saya dibawa ke OT. ramai menunggu kat situ.kuasa epidural ditambah.dan Dr U Arava start menjahit.banyak yea...saya cuba kira tapi tak leh nak focus. bile saya mcm sakit je 'ouchhh'..dtgla pakar epidural tu n tanye..sakit ke?n sedaya upaya die akan buat saya rasa selesa n tak sakit.sampaisatu tahap rasa mcm...ya Allah..mengada2nya aku..cuba la tahan sket..akhirnya saya tahankan je. rasanya lebih kurang 6.15pm siap dijahit n semua org ucap congrats kat saya n said "we wish to meet you again next year". my answer is "nop..this one will be the last one". sume gelak.ingat keje aku nak beranak je ke tetiap tahun.

lps tu saya dibawa ke wad biasa. masa tu mr darl n baby dah ade. mr darl turun pegi makan n midwife bakarkan roti utk saya + buatkan air panas. ohhh..walaupun menanggung sakit yang amat sgt tapi rasa hilang mcm tu je bila dilayan dengan baik.takterasa pun diri nie foreigner n sampai satu tahap saya boleh rasa even saya bersalin di hosp swasta di negara sendiri tak mungkin saya terima layanan sebaik ini.

saya sangat2 bersyukur..dipermudahkan segala urusan. dilayan dengan baik. mr darl siap dibuatkan kopi sementara menunggu saya kat labour room.hebat kan layanan diorg?alhamdulillah..hilang jugak rasa kerinduan pada keluarga di malaysia.

malam tu saya tido dlm wad dgn baby n esoknya saya dibenarkan keluar. sblm nak keluar tu..lebih kurang 5-6 doktor check arryan dan saya. check telinga laaa..physical check laaa..itu la ini laaa..tp sumenya cepat. setelah siap segala dokumen 5.30pm mr darl n balqish dtg ambil saya n baby...

bahagianya bile dah sampai rumah..dapat bersama dgn yang tersayang.....




Alhamdulillah..Allahuakbar..Terima kasih Allah atas kurniaan yang terindah ini...

0 comments:

Pages - Menu