Puasa

Hari ni dah hari ke 9 puasa.cepatnya masa berlalu :).cepatla masa...cepatla berlalu....


Rutin harian seperti biasa.esok last day balqish sekolah.yeaaayyy!!! Takyah tolak stroller pagi2 lagi.

Biasanya rutin bulan puasa ni start kul 2am.masa tu nak solat sunat, panaskan lauk, masak air, panaskan nasi.imsak lebih kurang kul 3am.dlm 2.30am cantu kejut la roommate i yg sorg tu.pastu makan.nyum nyum. Pastu solat subuh.sambung tido semula. 

Bangun pagi terkejar2 nak mandikan arryan n balqish,sendiri mandi n siap2 g hantar balqish school.pastu sendiri g school sampaila petang.

Kat sini syok.buka puasa around 9.30pm.pkl 8mlm pun sempat lagi nak masak.balik school biasanya saya relax2 dulu...tido ke.kul 7pm baru bangun n start masak. Baru la rasa bertenaga nak solat terawikh malam tu.Tapi dua hari lepas tak dpt tido petang so, mlm takde energy nak solat.sedih betul.nak kena tune balik ni.

Pkl 9pm tu start panas2 kan lauk hidang n 9.30++ buka puasa.pastu solat maghrib.biasanya buka tak lama.kul 10pm dah selesai sume.isyak plk kul 11.20pm.dapat bayangkan betapa energy sgt2 diperlukan utk solat isyak + terawikh.Alhamdulillah, diberi kekuatan. Cuma semalam arryan demam.merengek je.kul 10 lebih camtu try tido kan arryan.dengan saya2 sekali tido.bangun2 dah kul 2.15am.nak terawik menda.tak sempat.sediah betul.

Kadang2 bila buka puasa tu, terbayang2 kalau kat malaysia time2 mcm ni dah balik terawikh.tp tu pun masih ada yg liat nak solat terawikh.macam kami ni mmg mencabar betul.nak solat terawikh, tunggu isyak kul 11 lebih.kul 12am baru habis terawikh.takde makna nak moreh2 nya.tak larat.

Kat sini ada gak buat terawikh ramai2 (malaysian) setiap sabtu malam ahad tp kami tak join.arryan tido awal.roommate plk keje awal pagi.last week dgr citer habis terawikh kul 1.30am.terus sahur kot.

Setiap org cabaran lain2.malaysia panas.sini pun tengah panas.panas sini lain macam sket. 30 degC pun dah tahap bahaya, kena duk umah je tau.skang ni around 26-27.dengan masa 4 jam je utk makan sehari (4 jam tu termasuk tido, solat), memang dapat minum air sket je.semakin hari makin takde tenaga.waaaa.

Tp kena kuatkan hati.kuatkan semangat.pengalaman kan :). 

So, rajin2 solat terawikh ok.takde alasan.no no no.(ckp kat diri sendiri jugak).




1 comments:

~Mami Little Hero~ said...

Sama lah rutin kita, balik keje solat zuhur pastu terus tido. Bangun kul 7 terus masak nasi ngn lauk. Lepas buka solat maghrib ngan baca quran. Terawih tak buat2 lagi ni sbb asyik flat manjang. huhuhu. Letih sangat puasa dalam cuaca gini. LH baru lepas demam. Gamaknya panas sangat.

Pages - Menu