Jangan lepaskan peluang yang ada


Peluang apa?

Peluang menikmati cahaya matahari.

Isnin cuti lagi.

Sunny day.

Dah la hari terakhir cuti dengan cuaca yg sangat elok.takkan nak dipersia-siakan?

Pagi2 mr darl duk tanya2 kita nak g mana hari ni?
Rasa nak duk dalam rumah je tp last2 bgtau cuba search rumah amstrong.

Kebetulan ahad tu kan balik awal n masak siap2.so pagi isnin tu terus makan nasi.

Siap2 kul 10 lebih gerak ke cragside house and gardens. Ni memang main redah je ni. Perjalanan lebih kurang 45mins dr ncl. Dekat dengan alnwick castle.

Sebelum park kereta dah kena bayar ticket, nasib baik bawak cash sebab bayar ticket kena pakai cash sahaja.ohh lupa nak mention, kat sini jarang2 g jalan bawak cash.sebab sume guna debit card.bawak cash bila nak g carboot je. Kalau ada pun dalam £10 je. 

Sib baik baki duit carboot semalam ada lagi. Utk 2 adults ticket house n garden £27.50.
Budak kecik dua org ni free.


Main parkin dh full. So, kami kena park kereta kat formal garden punya parking.kena la menapak jauh nak g ke house.jauh means memang jauh ye dan bebukit bukau.



Dekat 15mins kot jalan lenggang kangkung sampai la kat visitor center. Tetiba blurr.eh..bukan rumah besar ke? Takkan ni je kot.kat area tu ramai org tengah berpicnic.


Ni la visitor center tu. Rasa nak nangis.takkan la kecik ni je kot.


Kat dalam bangunan tu adalah diterangkan pasal amstrong ni. 


Rumah dia kat tempat lain ye.kena menapak lagi.naik bukit, turun bukit. Rupa-rupanya ada shuttle bas. Dah sampai baru tau.



Masuk rumah ni, ticket kena check.stroller kena tinggalkan.


Amstrong ni hebat tau.dia teror part mechanical development.so, dia applied kat rumah ni. Rumah ni rumah pertama yg ada lift guna hydraulic machine. Pastu siap ada bilik mcm fridge utk simpan daging2 sume tu.






Rumah ni ada lebih kurang 100 lebih bilik.memang cantik-cantik.hebat kan dia.padahal sume ni dia buat lebih kurang tahun 1880-an camtu.


Ian sekarang ni susah nak tgk camera kalau nak ambik gambar dia.geram betul.







Keluar je balqish dh duk berzikir "i'm hungry, i'm hungry". Kat tepi tu ada rock garden ngan iron bridge.tp, kami tak pegi pun sebab susah la dengan nak tolak stroller lg.

Patah balik semula ke visitor center tu utk berpicnic.orang pun dah tak ramai sebab dah pkl 3 lebih.





Yg dah makan nasi kat rumah, makan roti ngan buah je.

Lepas makan, balqish request nak rolling down the hills.pergi la nak.janji bahagia.
Bergolek2 la dia. Tp takde gambar.ada video je.arryan taknak golek2.main ranting kayu je.


Pastu bergambar semula.




Pastu kemas-kemas.
Kami naik shuttle bas plk utk pegi formal garden. Cantik ye formal garden ni tp bukak dr mac- sep je.
Bunga dia pun time spring je kot yang cantik.

Ada clock tower.


Arryan konon-konon suka bunga.


Motif? Nak gambar bunga n clock tower tu.tp orang nya tak nampak pun.



Tengok ukiran owl kat pokok ni.


Sblh formal garden ada kandang kambing. Suka la arryan. Timmy!!


Hujan pun start turun renyai2.sib baik park kereta dekat je.


Masuk kereta pastu kitorg tour sekeliling cragside house n gardens.ada dua tasik besar. Perjalanan lebih kurang 6miles. Tp cantik sangat.banyak tempat boleh berhenti n sesuai utk picnic n bbq.


Last sekali singgah play area.suka la arryan n balqish.



Dah puas main.balik semula ncl.tak sampai bapa minit, dua orang kat belakang ni dah start tido.

Tu la last outing kami utk cuti easter ni. 
Harap2 balqish n arryan pun enjoy!

0 comments:

Pages - Menu