minggu ini masuk minggu ke-36

Mulai hari ini...saya telah berpesan2 kepada labmates saya...

"if anything happen to me..(ex: water broke) please send me directly to RVI."
RVI - royal Victoria Infirmary -hospital bersalin di newcastle yg lokasinya lebih kurang 200 tapak kaki dari lab saya.

tahuuuu..contraction bukannya terus bersalin.tapi..kena ambil langkah berjaga2.kena berpesan.kang..kalau sakit betul2 kang diorg tak tau nak buat apa.dah la kat dlm lab nie hanya ada 3 wanita.tak pasal2 baby lahir dlm lab..mmg betul2 baby permanent magnet nie.hahaha.

tapi saya juga berdoa..biarlah saya rasa contraction tu masa kat rumah lagi.at least boleh batalkan hasrat nak g school n menanggung sakit kat rumah je.

ok..brg2 sume dah setel tinggal nak set up bilik confinement je.memandangkan master bedroom besar n heater yg ada tak dapat memanaskan keseluruhan bilik so, satu katil akan diangkut semula ke satu bilik kecik (dlm master bedroom ada 2 katil queen).baby cot pun akan letak kat dlm tu sbb bilik tu kecik sket n panas la jugak kalau heater on.kalau master bedroom tu heater langsung tak berkesan.sian baby nnt.

sejuk dinewcastle bukan sejuk main2 yea.serius.masa kat malaysia rasa tak tahan panas n seronoknya tgk org duk kat tpt sejuk.sekali dtg sini..haaaa ko..rasakan!!nak rasa?dtgla sini.

sebelum bersalin pun mcm org bersalin, berstokin 24 hours + pakai sweater lagi + duvet lebih kurang tebal 11inch.inikan plk bile dah bersalin.harap2 masa tu dh btl2 spring n temperature takde la sesejuk skang nie..bila la nak abis winter nie.

skang nie dah tak mampu nak berdiri lama utk memasak kat dapur.sbb sejuk sgt n pastu sakit pinggang.so...dah ckp kat mr darling...minggu nie adalah minggu penyerahan tugas kerja2 dapur.sekian harap maklum. kalau rajin, berasapla dapur..kalau tak rajin...sampaila makanan ke muka pintu secara delivery.up to you la darling nak buat camane.janji kenyang.agaknya kalau lauk berpantang tu ada delivery, confirm hari2 order online je.kekeke.

so, perkembangan terbaru?perut je la yg semakin maju ke hadapan. nak possing ngan perut pun tak best sbb cuaca sgt sejuk kat luar.nak g berpossing atas rumput kat cowgate tu ngan perut..tunggu cuaca ok sket.adik baby sabar dulu yea.

last week still lagi berjalan2 ke carboot.tak tau la bila nak pencen.on friday masih lagi aktiviti berjalan2 cuci2 mata ngan su kat city centre sementara nak balik rumah.so, overall masih gagah berjalan2.cuma nak g kelas ada malas sket.kekeke..ok.minggu nie nak rajin semula la.

orait..dah nak masuk 9 bln nie n anytime from now akan masuk ke labour room, saya dengan rasa rendah diri ingin mohon maaf dari semua.kalau terngata ke..penulisan yang tah pape..membuat jiwa pembaca kacau, saya mohon maaf yea. doakan saya dipermudahkan utk bersalin normal..Naaaakkk sgt rasa bersalin normal tu camane.saya kena berpantang sendiri yea.takde mak bapak..mak bapak mertua maupun sedara mara yg akan tolong.100% sendirian berhad.so,doakan saya kuat, sihat, baby sihat, balqish tak meragam, mr darling pandai masak.
itu sahaja utk kali ini....











2 comments:

Dr. Norziha said...

askm jie,

take care ye..pape awak boleh emel akak : nc262@exeter.ac.uk

selamat bersalin :-)

Hanim said...

Selamat bersalin Rozii..semoga segalanya dipermudahkan.. :)

Pages - Menu