Kari Ikan Utara Denmark

kak sifu : kak sarah

penaja lokasi : k. herda + Esyah


Kari Ikan Utara Denmark


Bahan A


1. Lada hidup (kaler hijau)

2. Bawang putih

3. bawang kecik

4. bawang besar


(bahan A perlu dicincang halus- tak perlu blend)









Bahan B

1. garam masala Ismail Yahya

2. halba campur Ismail Yahya

3. rempah kari ikan Ismail Yahya

4. sedikit air

5. minyak masak

6. air asam jawa

7. santan







*garam masala





*halba campuran



*rempah kari ikan

*semua bahan di atas boleh diperoleh di kedai Ismail Yahya BP. LOkasi kedai akan diupdate kemudian


Bahan C

1. Bendi

2. Tomato

3. Ikan bawal















Cara membuatnya:


1. Gaulkan separuh drpd bahan A dengan rempah kari ikan Ismail Yahya + air secukupnya.



2. Panaskan minyak dalam kuali

Tips: Kuali yg digunakan dalam masak kari, kalau boleh biarla agak tebal bontot kuali. Kalau tak bahan tumisan cepat hangus.<--ditujukan utk yg br blaja memasak


3. Tumis separuh daripada Bahan A hingga naik bau dan kekuningan.dimulai dengan bawang putih, bawang merah dan lada hidup hijau.

4. Masukkan helba campuran bersama beberapa helai daun kari.

Tips: Kejap je. Kalau lelama, halba campur cepat hangit dan mengeluarkan aroma yg kurang menyenangkan

5. Masukkan bahan A yg telah digaul dengan kari, air dan garam masala
Tips :Selepas masukkan bahan A, kari dan garam masala , perlahan kan api dan tumis sampai pecah minyak dan bertukar warna ke coklat gelap. Lagi satu pesanan kalau boleh hendaklah selalu kacau supaya rempah tadi supaya tidak hangit. Kalau hangit tak sedap nnt kari pahit.


6. Masukkan air asam jawa mengikut sukatan yang bersesuaian. Kalau suka masam, bykkan

asam jawa. Begitu juga sebaliknya.

Tips: Kari seharusnya mempunyai rasa "masam", barulah namanya masak kari.

7. Masukkan santan setengah kilo (utk 20 org masak). Kalau santan segera, 1 kotak santan kecil yg berharga RM1.80 mencukupi utk 2-4 org.

8. Kacau hingga sebati. Sekiranya terlalu pekat, maka masukkan air sedikit demi sedikit mnegikut kadar kepekatan kari yang ingin anda hasilkan.

9.Kemudian, masukkan garam secukup rasa.

10. Masukkan ikan bawal + bendi + tomato..








Tadaaaa...inilah hasilnya..


P/s : tulisan kaler biru tu, adalah pembetulan (yg dibuat oleh k.sifu- credit tuk k.sifu)

Pages - Menu