bicara petang

Ingat tak saya citer pasal gula-gula masin.
semalam petang lepas ambik balqish dr school, tanye die

mummy :Dah habis ke gula-gula masin awak?
Balqish : Dah.
mummy : awak bagi kat sape?
Balqish : Mirza.

tengok...rancang lain last2 bagi org lain plk (-_-').

pagi ini sekali lagi Darwisya (full name : Adini Darwisya- anak sapa ek.nak kenal la parents die)dah ada kat pagar sambut kedatangan Balqish.

pagi nie Balqish bawak bekal air masak (tumbler yg dapat dr kf* )

Darwisya : Eh..awak pun bawak jugak.
Balqish : * diam
saya : Bawak ape?oooo..tumbler nie. Darwisya pun ada jugak ke?
Darwisya : *angguk.

pastu mereka pun berpegangan tangan masuk ke school...comel kan?

wah..saya nak kembali ke zaman kanak2. teringat kat cikgu along, cikgu izzah dan cikgu mala. tu la 3 org cikgu tadika kemas kat kampung saya.bertahun2 jadi cikgu tadika kat situ. cikgu2 tu semua anak org situ gak so, kalau ternampak skang nie, terdetik dlm hati

"eh eh cikgu mala...eh eh..cikgu izzah"

bila dah naik sek rendah, bila citer psl sekolah tadika mesti tanya kawan

"eh..ko dulu kelas cikgu sape?aku kelas cikgu along"...mcm meriak.sbb cikgu along chantik =)....<--tp dah lupe sket muka cikgu along yang ingat, die pakai spec mata tebal sangat.

bayangkanlah...3 org cikgu tu je la yang mengajar anak org2 kat situ.skang nie dlm satu kampung ada berapa banyak kindy/school.dalam kindy/school plk ada bape ramai teacher.memang patutla budak skang nie pandai2 berbanding zaman dulu2.

:: rintihan hati ::
dah lama tak buat rintihan hati.pernah sekali cikgu tadika buat rules sape tak pakai baju senam kena bogel.pergghhh..ada sekali tu sampai nangis2 suh mak balik umah ambikkan baju senam sebab taknak kena bogel.

ada sekali, kawan bawak bekal maggi pegi tadika.mcm best je, nak mintak sket malu.pastu paksa mak suh masakkan maggi sebab nak bawak pergi tadika.

mak kata " tak boleh...nanti maggi nie kembang. maggi kena cepat2 makan mana boleh tunggu lama2"...

saya kata "tak kira..nak jugak nak jugak <---budak degil.

last2 mak masakkan. sudahnya...waktu rehat bukak bekal, maggi dah kembang semacam.kuah dah langsung xde.dengan masin gileeerrr.nak muntah rasa. balik rumah, mak tanya "esok nak bawak bekal maggi lagi tak?"
saya "taknak laaaa"

2 comments:

LINDA ALEEQA said...

hehe..teringat dulu msa tadika org kelas cg izzah..pastu tak bwk baju senam kena pakai suar dalam jer...kecik2 dulu dah tau malu.yg pnting malu kt azzy jer masa tuh..haha!gatai!

g_mulan said...

to linda : hah!tu la psl.ish memang tak patut kan.bukan sengaja lupe pun.sib baik tak penah kena.kekeke.

Pages - Menu