Solat di masjid

Alhamdulillah...bersyukur.
Walau duduk di bumi england..islam agama minoriti..masih lagi berpeluang solat di masjid.
Tak perlu bersusah payah mencari2 tempat nak solat.
Setiap hari..tepat pkl 1pm saya akan ke masjid universiti. Hanya 5 min berjalan kaki dr lab saya. Biasanya jam 1.10pm akan ada solat zuhur berjemaah. Berimam kan pelajar middle-east yg kadang2 akan baca doa qunut di akhir rakaat. Mula2 pelik. Bila saya tahu maknanya, tersentuh hati (pernah baca di fb).

Biasanya waktu macam ni la nak jumpa warga malaysia lain (kaum hawa)...esp adik2 undergrade. Sambil menunggu waktu asar, dapat la juga baca alquran sehelai. Waktu asar musim winter lebih kurang jam 1.30pm. Solat berjemaah n balik semula ke lab.

Hanya 30-40minit masa diperuntukkan, dapat solat jemaah dua waktu. Alhamdulillah.

Semalam ada tazkirah lepas asar. Pasal sambutan kristmas. Apa yg dipesan, jika ada org wish kita "merry christmas"...sila jawab semula "happy new year or happy holiday". Jgn sesekali tunjuk yg kita sama2 meraikan krismas.

Mula2 sampai sini rasa janggal bersolat hanya dengan pakai coat. Berseluar. Tp itulah kebiasaannya. Tp utk saya yang duduk di lab, mmg ada bawak telekung. Tak sedap rasanya nak solat mcm tu. so, tetap akan sarung telekung. Nak jumpa Allah kan. Bukan berat pun. Minta mak kirim telekung yg paling ringan, paling x banyak kerawang.

Kat sini lepas solat takde tradisi salam org sebelah. Rasa kureng disitu. Lepas solat, terus bangun.kdg2 sesama malaysia pun mcm tu. bila saya dah abis berdoa tgk2 dah takde org kat sblh. Tp setiap kali jumpa mmg kami sentiasa bersalam...berpeluk.

Masjid uni ni kena ada kelab baru boleh on. So, setiap tahun kena register. Apelah sangat £9 nak dibandingkn dengan apa yang kita guna kan. Di sediakan tempat ambik wuduk sekali. Masjid dua tingkat. Uni ni dekat dgn city center...so, penggunanya bukan semua student.kadang2 yg g city center, sampai waktu solat, datang masjid utk solat. Meriah kan? Esp yg bawak anak2 kecil.masyaAllah...comel sgt.

Masa tgh solat zuhur smlm ada sorg budak lelaki.umur lebih kurang 3 thn. Duk depan mommy die. Bila sampai waktu sujud pandai plk die pergi tpt lain. Sementara nak tunggu asar mommy die diam je...die ni main sana sini. Dlm hati saya ckp "ish..mak die ni, pujuk la anak tu suh duduk diam2". Masa solat asar die ambik kertas n baling ke tingkat bawah- jemaah lelaki tgh solat. Saya yg tgh solat pun dh mcm x kusyuk.lepas solat mak die terus marah.kesian plk kat budak tu. ye la.jgn la terus marah.kena la bg nasihat dulu kat anak tu. rasa sedih plk tetiba teringat balqish n arryan kat rumah.

meh tunjuk sikit gambaran masjid kat uni saya.jgnla imagine masjid yg ade kubah tu. xde la.dalam bangunan je.

ni pintu nak masuk utk bahagian ladies. nampak tak pintu tu renggang sket.biasanya sendal dgn something.sbb...ni bukan main entry. main entry kat sebelah sisi tp kena berkongsi dengan lelaki. pintu tu kalau rapat susah nak bukak...either suh org kat dlm tu bukakkan atau kuis2 guna jari.berat wooo...



bukak je pintu..jeng2.ini la permandangan nya. ni separuh daripada bahagian utk ladies.kalau masa solat jumaat ni je la pun yg ditinggalkan.eh lupa nak bagitau, masjid nie ada dua tingkat. so...tingkat bawah utk org lelaki yea.time solat jumaat je die boleh naik atas. tp saya tak suke solat kat sini sbb mengadap pintu. tak khusyuk rasanya tgk org dtg bukak kasut depan kita. kalau tak ramai mmg xde org solat kat sini.


ni side satu lagi. nampak tak tangga tu..hah..kat bawah tu la utk lelaki n imam. bawah jam tu ada jam menunjukkan waktu jemaah -bukan waktu masuk solat yea. biasanya musim winter nie zuhur pkl 12 dah masuk tp jemaah utk zuhur start kul 1.10pm sebab asar kul 1.24pm (tp jemaah start kul 1.30pm). kat sini mmg kena alert dgn waktu solat.



toilet?alhamdulillah..bersih. gembira n lapang rasa hati kalau dapat berjemaah kat sini. semoga ibadatku diterima Allah..InsyaAllah...amin... :). kalau waktu maghrib saya akan solat kat school je.nnt saya tunjuk tpt solat kat lab saya plk yea.

0 comments:

Pages - Menu