Cerita 'hari bertinju' tahun ini

Pelik tapi benar.
Takde plan utk boxing day tahun ni.
Tak mcm tahun lepas.
Sebulan awal dh booked hotel utk boxing day.

Apalah ertinya boxing day kalau darling saya bekerja hingga jam 11 pagi.
Nak g city center.parking confirm penuh.
Nak g metro center...toksah ckp la...kalau hari biasa weekdays ye bkn weekend bersusun manusia..apetah lagi boxing day.
Ok..boxing day sbnrnya adalah stock clearance. Sehari selepas krismas.barang2 mmg murah.

So..pagi2 bangun.bermalas2 an dan semalam dah rendam kacang ijau.nak buat bubur durian laa.
Lepas kemas2 bg makan arryan...terus start boilkan air.masukkan kacang.sbb dah rendam so..takyahlah rebus lama2 yea. Bila tgk kacang mcm dah empuk n pecah masukkan santan n gula. Tabur garam sket. N last sekali masukkan durian.nyummmeh...terus bg resepi bubur durian.hahaha.

Dah siap bubur durian.

Lepak2 tgk email..hot uk deals. Oh...kenwood food processor harga asal £40++ jadi £17.99...
Terus click argos online - out of stock.
Semua out of stock.benci.batalkan niat.

Ym dengan mak, eppy n ima.
Sampai terlupa nak solat zuhur. Sib baik sempat seblm asar.

Lepas asar baru nak mandi. Pakai wangi2. N masih terasa malas. Last2 duk depan tv mengadap movie.

Tu la boxing day tahun ni.

Kalau tahun lepas 10 jam die chesire oak. Tahun nie sepanjang hari di rumah.utk rekod dah 4 hari tak keluar rumah. Cuaca sejuk..angin kuat.lepak kat umah je la.

Pada saya utk boxing day..kite kena ada target nak beli ape.kalau tak memang duit keluar mcm air.mmg la semua serba serbi murah £5 selai.kalau dah 10 helai dah berapa pound.convert ke rm dh berapa.pastu nnt nganga.

Lagi pun dah takde nak beli apa kot. Jam dah banyak.kasut pun. Handbag pun.
Rasanya target nak beli jeans.sbb time boxing day levis jual sehelai £25 je.kalau hari biasa pun paling2 dapat sehelai £40. Tp jgn sesekali nak masuk fitting room.nak masuk kedai beratur apetah lagi nak try jeans. Redha je la. kalau dah tau saiz senang la.ambik bayar.lagipun tak sesuai la nak bershopping dgn stroller.nak memilih lagi.

Pada saya, kalau berboxing day di factory outlets mmg berbaloi2. Kalau dkt city center buat penat berebut2 je. Tapi kat factory outlet pun kena target.mcm dulu...last sekali kami masuk next n gap ingatkan nak carik baju baby..yg tinggal yg tah pape.tapi..tahun lepas mmg puas hati..senyum je :)))).

Mungkin esok..takpun lusa baru nak keluar bebelanja. Baju arryan pun sume dah nampak perut bila tido. Cepat sgt besar arryan ni.hehehe..harap2 ada lagi org newcastle tinggalkan sket utk kami.jangan la abis kan sume.kekeke.

0 comments:

Pages - Menu