sbnrnye nak tulis entry on 9.11.11...tapi bz sangat.tak sempat.
sudah sepurnama kami bermastautin di bumi England nie. cepat betul masa berlalu. ALhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah S.A.W kerana kami tak memerlukan masa yang lama utk adapt dengan environment kat sini. walaupun memang jauh berbeza dgn bumi malaysia.
Alhamdulillah...rasanya seminggu dua je kot hidup agak kelam kabut..lepas tu..semuanya setel.
1. jet lag
hahaha...nie mmg kelakar. yela.beza m'sia n uk 7hours.mana tak jet lag. hari pertama sampai pkl 3pm kami sekeluarga dah tido.sbb kat m'sia dah pkl 10pm.pastu, pkl 2am dah terbangun n tak tau nak buat apa.tapi jet lag saya sehari je =). mr darl lepas 4 hari baru ok.balqish plk lps seminggu baru OK.
2. rumah
memang dah book sebelum sampai lagi.kebetulan ada family nak balik mesia,so, die offer rumah die. landlord OK + kedudukan rumah strategik.dan kami nie pun bukanlah memilih sgt.janji boleh hidup + tido dgn selesa pn dah OK sgt. dan family tu (family jerry) mmg baik hati sgt...tinggalkan segala peralatan rumah + rempah ratus..kami hanya perlu topup mana yg kurang je.terhutang budi tp xsempat jumpa...jumpa dlm fb je. Hanya Allah yang dapat membalas jasa jerry sekeluarga.
3. makanan
hmm...mula2 dua minggu makan ayam je.sbb tak tau nak cari ikan kat mana.tapi sekarang nie...wuhuhuuuu..ada banyak ikan fresh. br tadi makan udang besar masak lemak cili padi. lada kering?ada....kalau setakat milo malaysia, kicap masin +manis kicap udang tu..mmg ada la.so, takde la nak rindu2 sgt. cuma rindu masakan kampung je la.esp masakan mak...makanan halal...mmg banyak sgt area rumah nie.Kfc halal?ada.kekeke...even ada kedai ayam goreng yg lg sedap dari kfc. sayur + buah sgt segar...
4. cuaca
newcastle adalah sgt sejuk.masa baru2 sampai 17 darjah C + windy.tu pun rasa mcm dah sejuk gilerrr.sekarang nie 1 darjah C pun ada.dlm rumah pun 24 jam pakai sweater.tak tau la mcmane nak hadapi winter nie.
5.solat
no prob.kat uni ada surau cuma jauh sket je dr school. masjid pun dekat utk mr darl solat jumaat.alhamdulillahh...
6. pengangkutan
bas sentiasa ada. rasanya mcm 10 min sekali. masa takde kereta, hari2 la naik bas g school.tp kenalah jalan sket.ok bukan jalan sket..jalan banyak sbnrnye.sbb kena turun kat city center. yg bestnya sambil2 tu boleh cuci2 mata. tp alhamdulillah...lepas seminggu setengah...ada jumpa kereta.juga org x-m'sian yang dah balik. condition OK..so..kitorg pun beli. lepas tu mmg xde la naik bas..pergi dan balik ada orang hantar...yeaaaahhhaaa. alaaa...naik kete dr rumah ke school tak sampai 5 min pun.
7. kawan2
memang la ramai.kat mana2 boleh jumpa.surau ada...masjid ada...school ada...school balqish ada...masa tu la nak berkenalan pun. area sini pun ramai malaysian.
8.school balqish
dah dua minggu die start sekolah.seminggu cuti apa tah. so far so good. die pun dah start paham apa teacher cakap n dah pandai buat ayat in english.kadang2 kat rumah die yang mintak semua org speaking english sbb die nak pandai cepat2 speaking english sbb nak cakap2 dgn kawan2. Malam2 balqish kena mengaji n buat kumon.tu je la aktiviti die..opsss masa lain 24 jam cartoon.
9. study?
hah..nie yg penting sekali. dapat kawan selab yang baik.kepala giler2.kadang2 ptg2 boleh plk main golf dlm lab. supervisor yang muda + prihatin +baik =alhamdulillah. buat masa ini progress adalah mengikut seperti yg dijadualkan dan diharapkan akan terus konsisten. yang penting komitmen dan disiplin.insyaAllah..sama2 doakan yea.
10. pregnancy?
minggu nie adalah minggu ke-20.dah half way. ada lagi 20 minggu.perut alhamdulillah...sudah semakin membesar. dah start jumpa midwife n sdg arrange beberapa kelas breastfeeding n kelas bersalin.sedang memikirkan samada nak try ke tak bersalin dlm pool (kata mcm kurang sakit). n mayb akan buat scanning dalam dua minggu lagi. tak lama lagi boxing day - boleh la beli baju baby banyak2.
apa2pun masing2 dah mula teringat malaysia. teringat mak abah...mak ayah..adik beradik. internet la penghubung kasih.gosip di malaysia tetap follow ok.
hujan emas di negeri orang
hujan batu di negeri sendiri...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment