bila weekend tiba...

bila tiba weekend ade je perancangan.
weekend nie nak pegi mana ek?
bila call mak, mak pun ckp "korg nie tak berubah2.mmg kaki jalan.bila cuti je hilang...bila cuti je hilang"
nak buat camane..tak kisah la plan yg dirancang @ tak..kalau kena dgn masa mmg OK je.

weekend baru nie,
sabtu - Balqish sek Balai newcastle , mummy - sessi belajar masak cendol, papa- tido.

hari sabtu papa kerja lama -nak kumpul duit die kata.nnt kita tgk hasil tangkapan die ek.

so...mr darl start kerja from 4am-9am =5 jam.


saya kat rumah plk, lps subuh bertungkus lumus masak breakfast, lunch.
10.30 am - hantar Balqish ke sek Balai. sek yang dianjurkan oleh adik2 undergraduate -terima kasih yea adik2.

mula Balqish taknak pergi sbb die kata "mommy..I want school with sand. not school with kakak2.scaryyyy" waaaa...pastu nangis.geram tul.bila tgk die dah ok sket, br tinggalkan sbb mommy ada agenda lain.hahaha... alhamdulillah...Balqish happy je lepas tu...







lepas tu trs g rumah k.su utk belajar buat cendol.

senang je buat cendol nie rupanya.
tu laaa..kat m'sia nak apa sume ada. kat sini kena la buat sendiri kalau nak makan. nie ye cara2 buat cendol

Cendol hijau

2 cawan tepung beras

6 cawan air

2 sudu kecil air kapur

(ratio 1:3:1)
serbuk pewarna dan pewangi pandan secukup rasa


Air gula

gula melaka/gula pasir/gula merah


Santan

serbuk santan/ santan cair/fresh milk garam secukup rasa
jagung

red bean
pulut

1. Masukkan semua bahan untuk cendol hijau ke dalam satu bekas. Kacau sehingga adunan sebati


2. Setelah itu, masukkan ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan cendol pekat. (Non-stick utensils are advisable untuk elakkan adunan cendol hangit). Kacau sampai 'lekang'?


3. Meanwhile, sediakan air sejuk dalam sebuah bekas yang lain dan get 'penapis ikea yang ada lubang besar' ready. Acuan penapis ikea akan digunakan untuk menghasilkan cendol yang 'gemok dan comel'.


4. Masukkan cendol yang ke dalam acuan. Pastikan air rendaman cendol ditukar selalu supaya cendol tidak melekat antara satu sama lain.


1. Masak air gula sehingga likat. Gunakan api sederhana


1. Masak santan dalm air panas. Masukkan fresh milk jika anda mahu mengurangkan jumlah kalori yang berat. Letak garam secukup rasa.

bukti saya menghadiri kelas cendol..

"mak, lepas nie, kalau nak mkn cendol, ogy buatkan ek.hehehe"


sunday-27 nov 2011 hmm..mata susah betul nak lelap lepas subuh. terus je berjaga. tunggu mr darl balik kerja. hari nie mr dar keje 5am-9am...dekat 10am br sampai rumah. sampai2 terus suruh buat pilihan samada 1. pergi carboot hexham + jalan2 metro center 2. pergi angel of the north + jalan2 metro center aduhai.....last2.pilih utk ke angel of the north. hanya lebih kurang 10-15 min je dr rumah kami.dekat je. angin mmg kuat gilerrrr.sebab tu rasa mls nak berjalan2. mmg rasa nak terbang masa kat situ.serriuuusss....sejuk..grrrrr...

suka sgt gambar nie.heheh..not bad aaa figure for 24 weeks preggy mommy.ok la tu...kekadang nmpk mcm p'puan buncit je.




dan inilah permata hati kesayangan saya. anak kesayangan merangkap BFF saya di newcastle. die la tpt saya mengadu..kawan bangun pagi..kawan menonton tv sampai larut mlm..kawan tgk drama cinta elysa...kawan pilih2 baju...kami berdua mmg mcm kawan baik. senang berurusan dgn balqish. alhamdulillah Allah atas anugerah yang Kau berikan pada kami berdua. 16 weeks ++ akan lahir adik baby. semoga sementara adik baby dlm perut balqish dapat kasih sayang sepenuhnya dr kami berdua.InsyaAllah..walaupun adik baby dah lahir, Balqish tetap BFF mommy selama2nya. semoga hubungan baik kita akan berterusan sampai balqish besar. beza kita hanya umur..tapi dari segi pemikiran..kamu mmg sahabat mommy paling sejati... sayang nur balqish qaisarah.



P/s: kalau org tanya...berapa berat naik masa pregnant nie tak tau nak jawab apa sbb sblm pregnant 56kg. lepas 2 bulan turun ke 53kg. this week baru kembali semula 56kg.

eh..cop..kawan2 di m'sia..drama cinta elysa tu dh abis ke blm sbnrnya?tgk dr youtube sampai episod 10 je...tak sabar nak tgk episod 11.

1 comments:

Dr. Norziha said...

jie...kalo nak tengok cter tu mb boleh tgk kt sini ye http://malaymoviesfull.blogspot.com/

akak ade layan jugak kdg2, skrg tgk cter DHIA....x sabo utk episod seterusnya..

jaga diri bebaik ye

Pages - Menu