Meh la tgk gambar2 balqish sepanjang school trip smlm.
Cheers,
Rozi
sekali..smlm masa hantar balqish g school, mak aminah bgtau school trip harini. tuesday ok.tuesday.bkn thursday.
trip start kul 10.15am. parents kena join kalau tak kesian plk balqish takleh ikut.
phewwww.masa tu kul 9.20am.
gile laaa..laju2 tolak stroller. g beli nugget + chicken popcorn.
sampai rumah 9.30am.
masukkan nugget + chicken popcorn dalam actifry.set 15 mins.
sediakan susu arryan + pampers.
kul 9.45am husband balik. bagitau n siap2.
kul 10am gerak ke school semula. sambil lari2 anak.darling saya pulak tukang tolak stroller.
10.10am sampai school.
10.15am gerak g museum.jalan kaki ye tuan2 puan2. dengan snow nya.jauh plk tu.
tapi mcm eh..best gak discovery museum ni.macam2 ada.
sampai museum kena la follow diorg punya aktivity. sampai kul 1pm saya gerak ke school saya plk sbb kul 2pm ada safety workshop. wajib hadir yea.kalau tak, takleh buat experiment. punya la penat + mengantuk + sejuk..redah jugak.
itu la cerita hari semalam.
wahai snow.
wahai kesejukkan.
tolongla dengar jeritan batinku.
tolong la pergi jauh sket.
tolong la bagi haba pada kami kat sini.
kesian la kat kami.
tak tahan wei..ni dah sejuk tahap nak nangis nie.
kalau nak tau, mak n abah nie sebenarnya berjiran. bukan jiran jauh ok.no no no.jiran selang sebuah rumah.scary tak?hehehehehe
selalu gak korek citer dr mak camane abah ngurat mak tp mak taknak citer la.
mak kawen masa umur 23 tahun dapat akak umur 24 tahun. abah pulak masa kawen umur 26 tahun. lepas kawen mak abah tak duk umah family diorg, sanggup duk umah sendiri. tanah tu mcm tanah terbiar, so abah bersihkan bina rumah.skang ni adik beradik abah yg duk situ. satu tanah tu, diorg boleh bina sampai 3 biji rumah = 3 adik abah duk situ.
bila akak lahir tahun 79 mak pindah kahang timur. sampai la skang nie. dalam tempoh 35 tahun..makabah ada 5 orang anak. eh? bukan 3 ke? tak..kami ada 5 adik beradik.kakak. saya.pastu masa saya umur 3 tahun, mak bersalin adik perempuan kembar.nama dia rohana dgn rohani. kembar siam. berkongsi satu jantung. seronok sgt masa tu. siap dah cop2..rohana adik kakak saya n rohani tu adik saya. tp Allah lebih menyayangi mereka. lepas sebulan, sorg sakit n berjangkit kat sorg lagi n meninggal dunia. kitorg pun tak sempat jaga sebab lepas lahir je, adik2 tu terus kena bawak g hospital kl. tutup citer sedih ye.
4 tahun lepas tu lahirla eppy. pengarang jantung mak abah.satu2nya anak lelaki.manja..nasib baik bertanggungjawab.Alhamdulillah :))
tahun ni..special sket, anniversary makabah dapat sambut kat mekah. sepatutnya mak abah g umrah bln 4.tp napa tah dipercepatkan tarikh. hari2 saya dapat call mak. beza masa uk n mekah 3 jam je. rasa dekat sangat...tp still jauh.
eh..nak citer anniversary kan? smlm call mak lagi. mak citer..dia pun lupa anniversary tp smlm lepas saie mak tunggu makngah n cik timah kat tempat letak kasut tp diorg tak sampai2 (kasut ada lagi). masa tawaf makabah, makngah ngan cik timah tawaf sama2.tp masa saie berpecah plk. kunci bilik pada cik timah so, mak taknak la balik hotel dulu. tunggu punye tunggu sampai dah kul 2 lebih.mak dah risau.perut dah lapar.last2 mak abah makan nasi minyak kat restoren je sbb kalau balik hotel confirm makanan dah abis. tu la mak kata...tu kira nasi minyak celeberate anniversary la tu. sampai hotel tgk makngah n cik timah dah ada dlm bilik baring penat.rupa2 nya diorg tak ingat kat mana letak kasut, balik hotel tak pakai kasut.muahahahaha. petang tu abah yg ambikkan kasut diorg semula.
seronok dgr citer org g rumah Allah...insyaAllah, satu hari nanti,akan tiba gilliran saya, shah, balqish n arryan.amin.
jumaat nie lepas asar mak akan gerak dari mekah ke jeddah.pastu terus naik flight sampai changi airport. akak n eppy dah tunggu kat rumah kluang utk sambut mak abah.alhamdulillah. kebetulan cuti sekolah kan, so akak bolehla balik kluang.ruginya saya takde sama2.
tetiba rindunya kat adik beradik...anak sedara.bila la berpeluang nak tgk diorg.
mak abah ...happy anniversary.semoga perkahwinan yg sedia terbina sentiasa mendapat rahmat dariNya. InsyaAllah. terima kasih Allah, pertemukan mak n abah. tanpa mereka takda la kami di dunia ini.
we love u so much!!
>>>> Aziz.Rogayah.Rozana.Roziah.MohamadHafeni. <<<<
Pagi ni saya breakfast roti + nutella + segelas nescaffe.
Pastu hantar balqish g school.angin kuat giler + snow turun mencurah2. Ni bkn jenis snow light2 yg terbang indah di bawa angin.ni style snow cam serbuk basuh baju yg di campak dr atas langit.sakit wooo kena muka.
Balik tu tgk nasi lemak ada baki sket lagi.sambal ikan bilis banyak lagi.kuarkan ayam.hmmm nak goreng malas.hmmm...ok la diet. Saya g school takyah bawak bekal la.balik kang baru makan.lgpun kalau bawak nasi lemak ni sian plk org kat rumah tak makan pape.
Sblm g school sempat capai sepacket kinder bueno ngan toblerone...alas perut incase lapar dlm lab.ohh...sebotol air masak.
Sampai lab ngap ngup kinder bueno.tgk jam dah pkl 12 tghari.serius...lapar gilertahaptakleh blah.kawan lunch plk masih bercuti kat lake district.ok ambil coat + gloves trs g canteen kat depan school.hahahaha.meredah snow tajam.jumpa org jalan pakai tshirt selai -geordie la sangat yea.
Sampai kaunter eh ada haddock serve with rice/chips.apa lagi.terus ambik dengan sayur kubis lagi.trs feeling lunch ala2 kat cafe malaysia.lunch sensorg ok.
Sekejap je bila makan sesorg 15 mins dah siap.sarung coat + gloves ...redah snow balik semula lab.sambung keje.oooohhh sejuk.takleh la nak diet sejuk2 ni.perut lapar wei.
Unit SLAB SLAI
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi
waktu UK skang ni 2.03 pm.
mak abah pergi sana dengan jiran, dengan mak ngah (kakak mak)..so takdela kami risau sangat.ramai yg dah kenal pergi saing2.boleh saling tengok menengokkan.
yang pakai jubah kaler kelabu tu mak ngah saya.yg jubah biru tu jiran sblh rumah saya. yg baju biru (lelaki muda) tu sepupu saya. saya ada dua je sepupu. sebab anak makngah ada dua org je. maklong pulak takde anak (mak tiga beradik je)...oooo..baru terasa sunyinya hidupku.
tengokla si kenit tuah melekat je ngan nenek dia.abah memang mcm tu.bila nak pergi jauh, dia mmg takkan dekat dgn org yg dia sayang.saya dah paham sangat perangai dia.sbb dia takut terkenang2. alolololo..tuah..bila la mummy G dapat gomol2 tuah.
kurang 24 jam dari sekarang, mak n abah akan berangkat ke madinah. pastu baru ke mekah utk menunaikan umrah.Alhamdulillah..bersyukur pada Allah akhirnya mak n abah jadi tetamu Allah.
Pagi ni x larat gile nak hantar balqish g school sbb sejuk.
Ok...hari2 sejuk.tp pagi ni mmg sejuk.bila keluar rumah je angin kuat giler.siap beralih stoke.mayb sbb rumah kami atas bukit sket kot tu yg angin kuat.serious menggigil.
Balqish cam biasa la seronok je g school.td teacher dia remind me next week 26 mac ada lawatan g museum.kena byr sepound. Parent kena ikut.alaaaa...museum tu sblh je ngan school saya.layan je la.yg penting budak2 happy.apa la yg saya nak pack utk lunch nnt.kena pikir ni.
On the way balik rasa nak singgah kedai tp malas la.rasa nak cpt je sampai rumah. Sambil berpikir2 tu saya jalan belakang org kulit itam ni.rasanya dia baru dtg sini sbb sblm ni takde.masa mula2 dia dtg, mmg menarik perhatian ramai sbb dia tak pakai stroller.dia lilit2 badan n letak anak dia.macam comfy je anak dia dalam balutan tu.tp mak dia badan besar, boleh la buat camtu, kalau saya x sempat sampai school arryan dah terlorot ke bawah kot.hahahaah. Ni gambar curi2 yea.kalau ada kesempatan saya nak tau camane die lilit n bape minit utk buat lilitan tu.guna kain selimut ok.
Sudahnya saya ikut je blkg dia sampai terlepas kedai.hahahahah.ptg ni lps ambik balqish nak jalan2 cari makan la. malas nak masak :p
Smlm darling saya je manchester.ada dua kawan dia sama2 keje sprm dulu dtg.nak g jalan2 uk katanya. Kalau kami ikut, tak muat plk kete.lagipun balqish kan school.so, tinggal saya n anak2 kat ncl ni.dua malam plk tu.selasa baru balik sini semula.
Risau gak sbb tak pernah2 lagi tinggal bertiga ngan anak2. Kalau kat malaysia ni confirm saya dah balik rumah parents.hahahaha.
Smlm lepas je hubby gerak, saya terus keluarkan tilam letak kat living room.kitorg akan berkampung dpn tv 3 hari ni.senang sket.nak tido lewat pun takpe.lg pun , saya boleh buat keje sambil arryan tgk tv kan.
Mlm semalam kul 8pm tetiba balqish tanya apasal daddy take so long time keluar rumah.oh dah rindu rupanya.bila face time dah menangis plk.wookeh, balqish tak pernah berpisah ngan daddy.kalau saya yg g jauh, dia relax je.saya la yg duk meroyan melalak.arryan plk x paham apa2 tp setiap kali face time dia nak muka dia je ada. Bila tiba turn kakak dia marah.arryan..arryan.
Ptg smlm arryan tido lama.mlm dah susah nak tido.biasanya sblm 8.30pm arryan dah tido.nasib baik ada citer kingkong so, kitorg anak beranak melayan la citer tu sampai abis.pandai plk arryan takut bila kingkong tu keluar.hahahahah.
Ok darling.we miss u so much! Cepat2 balik ye.
Minggu ni je saya kena bakar ayam tiga kali. Setiap kali tu, ayam lbh kurang 10kg.ishhh..memang dah muak tgk ayam.
Bila mar kata nak perap ayam letak ketumbar etc. saya pun bongkar la rempah ratus yg mak pos.
Pastu sendiri rasa confused.nak tepon mak, mak dah tido. Msg kat mar tanya mana satu ketumbar? Mana satu ketumbar putih.
Punye la kena gelak.mana ada ketumbar putih. Jintan putih laaa.dgn jintan manis. Ok. Now saya dah kenal dah. Tp tu pun mar tak confirm sbnrnya.hahahah
Saya kan...mmg jarang2 nak up status. Ada satu hari sbb boring lunch sorang kat pantry lab. Saya up satu photo ni kat fb. Kisahnya camni. Masa birthday arryan kan saya buat nasi ayam. So, selasa makan nasi ayam. Pastu org last ada la dalam 4 families bungkus jugak nasi ayam tu n tinggalkan sikit utk kami. Masalahnya kat umah tu saya je yg makan, darling say tak usik pun.
Sudahnya...dari hari selasa, lunch + dinner saya makan nasi ayam tau sampai la hari khamis. Masa ambik gambar ni hari khamis la.mmg rasa dah takleh nak telan dah. Tapi hadap la jugak sbb perut lapar...
Yg bestnya, bila dah licin tetiba geng middle east dtg nak makan n diorg cakap " wow..malaysian food. I love it. U should bring it for us one day"...hahahah.kalau tau, nak je saya swap lunch ngan diorg. Diorg ckp wife diorg malas, sbb tu diorg bawak bekal sandwich ngan buah je.hahahaha.
Disebabkan status ni la, bila jumpa org sabtu lepas, masing tanya "nasi ayam dah abis ke belum?" Dengan nada menyindir yea. Disebabkan tu jugak saya sanggup pakat2 ngan mar n bye nak tolong yuha masak nasi kerabu.sbb yuha nak angkat barang naik kontena utk balik malaysia, so nak buat nasi ayam utk makan2...tp kitorg buatkan nasi kerabu utk dia. Sanggup bergaung tenaga tu.
Next week plk naimah nak buat makan2. Kesian plk dia beria nak buat nasi ayam madu. Siap tanya saya boleh ke tak rasa bersalah plk saya.hahahaha. Saya cakap " buat je la nasi ayam naimah. Masa tu dah lupa kot rasa nasi ayam camane.haahahaha".
Sorry ye peminat nasi ayam.lps ni kalau nak buat makan2 mmg takde la saya nak buat nasi ayam lagi.
Kat sini kan pada saya application utk tau waktu solat tu penting sbb masa solat berubah2. Drastik ok perubahannya.
Masa mula2 datang saya ambik kalendar waku solat dari masjid medina. Pastu salin satu2 dlm log book. Pastu g solat kat masjid uni. Pernah sekali tu saya solat zuhur padahal ,masjid uni dah masuk asar. Saya confused gile. Lain ok. So, saya decided utk setia pada satu application je. Sbb masa saya banyak kat uni, saya guna application yg sama ngan masjid uni...iaitu islamic finder.
Free je application tu kalau guna iphone. Mmg kena check setiap masa. Lagi2 kalau musim winter, waktu solat pendek2.yg bagus nya dgn application ni, dia akan vibrate n bg signal kalau masuk waktu. Bagus kan.
Tapi baru2 ni lain plk. Die ada tulis note peringatan. Suka pulak saya baca.kadang2 senyu, sorang2.Alhamdulillah..saya suka kalau sering diingatkan mcm ni. Sempatla saya captured dua kali sbb biasanya mesti tak sempat.
Siang makin panjang. Tak lama lagi subuh 2.30am la. ni pun pkl 6.18am dah abis waktu subuh.kalau arryan bangun nak susu mmgla saya terus bangun solat.takut terlepas waktu subuh. Thanks to arryan sbb selalu jadi jam loceng mommy.
huh!
gambar ni sama je dgn gambar dlm fb cuma kast sini saya buat caption yea.
enjoy..arryan 1st birthday party.
ini la birthday boy. masa ni dalam pkl 4.45pm lot.party x start lagi.mood dia pun ok lagi. comel woo pakai jersey.nampak bulat je.ingatkan nak pakaikan jersey dgn jeans..tp daddy dia pakaikan gak seluar pendek tu.hehehehe.macam dah besar je.
ni la tetamu terawal merangkap pembantu. khairi n mar. masa ni arryan nak pow limau tu dari mayra. die memang tau.sape tgh makan sume dia nak pow pastu muntah sbb banyak sangat makan.
org sibuk kat dapur.dia pun..sibuk jugak. terhuyung hayang jalan sbb badan tak berapa nak sihat.
satu lagi...sausages tu dia langsung takleh makan.makan muntah..makan muntah.
ini geng lps dah memulakan operasi.kanak2 memang sume duk bilik ni sbb nak main.keluar hanya utk ambil makanan je.
ni sume actifry yg tolong masak.terima kasih teknologi.tak perlu guna banyak minyak.org kata sesudu.saya tak letak langsung.licin gak semuanya. good for health.
ini nama dia kek kasih sayang. setiap kali birthday yg tersayang saya mesti nak buat kek sendiri.baru rasa puas hati. walaupun kek ni hangit tp ramai gak yg berminat. topping dia tu nak buat colour hijau konon2 padang bola sepak la...tp kaler kat sini x pekat..dah sume org ingat kek-mint flavour.hahhahaa.
ok..ni kek tempah kat uncle byker tu. alaaa...saya ada tulis kat entry lepas. kek ni sedap ok. saya pun tak sempat rasa. yg bestnya kek ni tak keras pun cover luar tu n tak berapa manis. tah pape uncle tu tulis chelsea fc..padahal tak suruh pun.kitorg nak suh die lukis logo tp logo chelsea susah sket nak buat.sangat puas hati ngan kek ni. £40 sahaja ye :)
gadisss... ni dayah n bella. sorg nufc sorg lagi pakai harimau malaya!
masa ni tgh siap sedia nak menyanyi lagu n tiup lilin.boleh pulak birthday boy nak minum susu...kena la bagi dia susu dulu.
bukannya nak tiup lilin, die nak pegang api tu...geram je tengok api goyang2 kiri kanan.
masa potong kek birthday boy dah rimas + meradang....
fatin.me. dayah. bella. kak bak. sporting wokeh memasing.
para hadirin.. tiga family nak balik dah bulan ni.sedihnya.makin sikit la malaysian kat newcastle ni.
adik2... maryam. aqiedah.atikah.nabila.
port kanak2. nasib baik tak roboh katil tu.memang bersepah abis segala toys. lantak la nak janji parents korang dapat makan dengan aman damai.
oooo..okeh2 ada gambar pun. sup ayam saya n kuah spagetti.
sekali lagi..bila kata nak ambik gambar masing2 sibuk tahan napas.
bila dah kenyang masing2 berundur.alhamdulillah.makanan cukup. sblm balik kenala bergambar2 dulu.penat dah pakai jersey tu.
ini family kak bak. husband + anak pompuan dia takde dlm gambar.
family Dr noraisah n abg din. baru abis viva 27 feb lepas.this weekend nak balik malaysia. gonna miss u kak aishah.
family imran -Dr to be n Dr Naimah (viva jan lepas).kesian diorg ni jersey dah masuk kotak, kena la punggah semula.kitorg sebaya tau.suke couple ni. cool je. balqish mmg kawan baik ngan ilya.
ok ni lawak. boleh pulak pagi2 tu mesej saya tanya theme disco party ke? camane plk la arryan nak berdisco. sudahnya husband dia ckp..biar abg je pakai jersey....wakilkan. elina plk pakai stokin bola je.hahahha.
masa ni dah waktu utk tido.masing2 mata dah kuyu dah. thanks to mar yg sanggup dtg awal tolong. jasamu akan ku kenang.