arryan 1st birthday

huh!

lamanya tak update blog.
sebab? bz.
sabtu lepas ada sorg kakak tu buat makan2..so, mintak tolong bakar ayam. pagi tu dah masak nasi lemak. tengahari bakar ayam. petang sampai ke malam plk g rumah kak aisah. dah abis sehari. blog pun x sempat update.

ahad?arryan tak sihat.selsema.merengek je.tp sbb nak buat birthday party kan..so, kenala beli barang2. petang tu gagahkan jugak g kedai beli barang.sejuknya ya Allah...sudahnya selsema arryan makin teruk siap demam lagi.

utk birthday menu yg saya buat nasi ayam, spagetti, tiramisu, banana caramel flan, nugget, sausages, kek kasih sayang. giler wei. kalau kat malaysia, confirm 3/4 adalah tempah.kat sini? gunala tulang empat kerat ni utk buat semua.

party start kul 5pm. hari selasa.terpaksa buat hari selasa sbb sabtu ada dua rumah angkat barang utk balik malaysia pastu ptg tu ada birthday party adam pulak. last2 ckp kat darling say, kita buat selasa je la...mmg betul2 tarikh lahir arryan 12 mac.

tema : football. ni kelakar. mak bapak yg over tau. anak2 memang la ada yang pakai jersey ada yg tak pakai...tp mak bapak siap g sport direct tu beli jersey baru.hahahahha. yg mengalah kaum ibu la. kenala pakai jersey last season punye.masing2 datang bergaya ngan jersey.i like it.

gambar ni sama je dgn gambar dlm fb cuma kast sini saya buat caption yea.
enjoy..arryan 1st birthday party.

ini la birthday boy. masa ni dalam pkl 4.45pm lot.party x start lagi.mood dia pun ok lagi. comel woo pakai jersey.nampak bulat je.ingatkan nak pakaikan jersey dgn jeans..tp daddy dia pakaikan gak seluar pendek tu.hehehehe.macam dah besar je.



ni la tetamu terawal merangkap pembantu. khairi n mar. masa ni arryan nak pow limau tu dari mayra. die memang tau.sape tgh makan sume dia nak pow pastu muntah sbb banyak sangat makan.





org sibuk kat dapur.dia pun..sibuk jugak. terhuyung hayang jalan sbb badan tak berapa nak sihat.


 satu lagi...sausages tu dia langsung takleh makan.makan muntah..makan muntah.



ini geng lps dah memulakan operasi.kanak2 memang sume duk bilik ni sbb nak main.keluar hanya utk ambil makanan je.


napa tah banyak2 makanan ni yg darling saya snap. hahahhaha. ok meh citer pasal timun.masa kat malaysia saya tak suka langsung timun. kalau beli nasi lemak tu,saya akan letak tepi timun mmg tak makan. tp kat sini timun buat ulam je. sedap. tak berair..rangup.



ni sume actifry yg tolong masak.terima kasih teknologi.tak perlu guna banyak minyak.org kata sesudu.saya tak letak langsung.licin gak semuanya. good for health.


ni antara party decoration. alaa...beli kat city center je.sume ada...tinggal nak gantung2 je pun.




sebelum para tetamu datang..moh la kami sekeluarga berpossing sakan dulu. chelsea team.tengokla...jersey saya lain dari sume org. sanggup mengalah sbb masa beli utk tiga helai ni dah £84..padahal tgh sale tu. nasib baik masa tu saiz utk saya takde. mmg kedekut oooo..sebabnya..kat sini takleh pakai jersey keluar g jalan2. nak mampus kena hamun ngan penyokong newcastle united.kena pandai2 la bawak diri ye. jersey newcastle kitorg belum ada lagi.kena ada tu!


ini nama dia kek kasih sayang. setiap kali birthday yg tersayang saya mesti nak buat kek sendiri.baru rasa puas hati. walaupun kek ni hangit tp ramai gak yg berminat. topping dia tu nak buat colour hijau konon2 padang bola sepak la...tp kaler kat sini x pekat..dah sume org ingat kek-mint flavour.hahhahaa.


ok..ni kek tempah kat uncle byker tu. alaaa...saya ada tulis kat entry lepas. kek ni sedap ok. saya pun tak sempat rasa. yg bestnya kek ni tak keras pun cover luar tu n tak berapa manis. tah pape uncle tu tulis chelsea fc..padahal tak suruh pun.kitorg nak suh die lukis logo tp logo chelsea susah sket nak buat.sangat puas hati ngan kek ni. £40 sahaja ye :)


gadisss... ni dayah n bella. sorg nufc sorg lagi pakai harimau malaya!

masa ni tgh siap sedia nak menyanyi lagu n tiup lilin.boleh pulak birthday boy nak minum susu...kena la bagi dia susu dulu.


Happy birthday to you...happy birthday to you..happy birthday to arryan...happy birthday to you....
dekat lima kali kot ulang nyanyi.hahahha




bukannya nak tiup lilin, die nak pegang api tu...geram je tengok api goyang2 kiri kanan.




masa potong kek birthday boy dah rimas + meradang....



fatin.me. dayah. bella. kak bak. sporting wokeh memasing.


para hadirat.... memang syok sekali sekala berkumpul mcm ni..makan bertrip2.


para hadirin.. tiga family nak balik dah bulan ni.sedihnya.makin sikit la malaysian kat newcastle ni.


adik2... maryam. aqiedah.atikah.nabila.

port kanak2. nasib baik tak roboh katil tu.memang bersepah abis segala toys. lantak la nak janji parents korang dapat makan dengan aman damai.



oooo..okeh2 ada gambar pun. sup ayam saya n kuah spagetti.


sekali lagi..bila kata nak ambik gambar masing2 sibuk tahan napas.




bila dah kenyang masing2 berundur.alhamdulillah.makanan cukup. sblm balik kenala bergambar2 dulu.penat dah pakai jersey tu.

ini family kak bak. husband + anak pompuan dia takde dlm gambar.



 geng anak2 dara.





family Dr noraisah n abg din. baru abis viva 27 feb lepas.this weekend nak balik malaysia. gonna miss u kak aishah.

k.aishah.adeeba.abg din.hanna
liverpool

pun dah nak balik malaysia ahad ni. 
yuha.zack.adam.
jersey pahang okeh


InsyaAllah balik malaysia this coming jun.

dilla. faisal.
chelsea



ok ni geng mommies ncl. kecoh wokeh. yg saya perasan la kan..geng2 mommies kat sini lagi huha huha daripada gadis2.memang sporting la mommies..two thumbs up!



family imran -Dr to be n Dr Naimah (viva jan lepas).kesian diorg ni jersey dah masuk kotak, kena la punggah semula.kitorg sebaya tau.suke couple ni. cool je. balqish mmg kawan baik ngan ilya.

imran.naimah.ilya.juan.
nufc



lg sekali dgn family yuha.


family kak rokiah n anak2. syuhada n aniq.kat sini die macam penasihat bg pihak mak2 saya la ni.hehehe..i kan muda belia lagi.

ini family tok penghulu. arsenal wei.tengokla arrissa tu.siap pakai stokin.bawak bola lagi.comel kan?

bye. azizul.arrissa.

ok ni lawak. boleh pulak pagi2 tu mesej saya tanya theme disco party ke? camane plk la arryan nak berdisco. sudahnya husband dia ckp..biar abg je pakai jersey....wakilkan. elina plk pakai stokin bola je.hahahha.

elina.ghazali.sarah.hanna.

masa ni dah waktu utk tido.masing2 mata dah kuyu dah. thanks to mar yg sanggup dtg awal tolong. jasamu akan ku kenang.

mar.khairi. marsya.madyha.mayra.
diorg pakai jersey german yea.


family kak shikin n abg amir.pun nak balik april nie..waaaaa... anak diorg yg first tu boy yea.tapi lupa la nama apa.

abg amir.kak shikin.husna


Overall, saya sangat puas hati.walaupun badan letih tp puas hati dapat kongsi rezeki dengan kawan2. semoga semangat mcm ni akan sentiasa ada bila balik malaysia nnt. kena apply kan utk kawan2 di malaysia plk. seronok tau!!

utk arryan qusyairy..mommy doakan arryan jadi anak yg soleh, dengar cakap mommy daddy, rajin mcm kakak balqish, sihat tubuh badan. 

selamat ulang tahun pertama saya. semoga majlis akan jadi kenangan utk arryan satu hari nanti :)



0 comments:

Pages - Menu